Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

19
SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam Pendahuluan Analisis SWOT merupakan satu kaedah perancangan strategik yang mencari Kekuatan(Strenght), Kelemahan (Weakness), Peluang(Opputunity) dan Ancaman(Treat) terhadap sesuatu keputusan, krisis dan dasar yang akan dilaksanakan ataupun telah berlaku dalam sesuatu organisasi.Pada kebiasaanya analisis SWOT ini dilakukan oleh organisasi perniaagan dan korporat bagi menjana dan memperoleh pendapatan mahupun menyelesaikan segala bentuk masalah yang timbul sehingga akhirnya menyebabkan prestasi sesebuah syarikat merundum.Akhir-akhir ini analisis SWOT tidak hanya digunakan oleh organisasi yang beroreantasikan keuntungan sahaja kerana kedapatan beberapa badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti politik telah mula mengamalkan pendekatan analisis SWOT dalam setiap bengkel yang dianjurkan oleh organisasi-organisasi tersebut.Analisis SWOT ini telah diasaskan oleh seorang penasihat perniagaan dan pengurusan di Amerika Syarikat yang bernama Albert Humpery 1 sekitar tahun- tahun 60an dan 70an. Apabila kita membincangkan tentang kepentingan analisis SWOT didalam Pentadbiran Awam, kita melihat banyak pakar khususnya dibidang pengurusan mengeluarkan definisi dan konsep terperinci dan berbeza mengenai takrifan ‘Pentadbiran Awam’.Pentadbiran awam menurut Dwight Waldo dalam bukunya yang berjudul Classic Of 1 Albert Humpery (1926-2005) merupakan graduan dari Illonis University.Bekerja di Stanford Research Institute dimana pasukan yang diketuainya telah menemui kaedah SWOT yang digunakan sehingga ke hari ini. Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 1

description

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Transcript of Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

Page 1: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Pendahuluan

Analisis SWOT merupakan satu kaedah perancangan strategik yang mencari

Kekuatan(Strenght), Kelemahan (Weakness), Peluang(Opputunity) dan Ancaman(Treat)

terhadap sesuatu keputusan, krisis dan dasar yang akan dilaksanakan ataupun telah berlaku

dalam sesuatu organisasi.Pada kebiasaanya analisis SWOT ini dilakukan oleh organisasi

perniaagan dan korporat bagi menjana dan memperoleh pendapatan mahupun menyelesaikan

segala bentuk masalah yang timbul sehingga akhirnya menyebabkan prestasi sesebuah syarikat

merundum.Akhir-akhir ini analisis SWOT tidak hanya digunakan oleh organisasi yang

beroreantasikan keuntungan sahaja kerana kedapatan beberapa badan-badan bukan kerajaan,

pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti politik telah mula mengamalkan pendekatan analisis

SWOT dalam setiap bengkel yang dianjurkan oleh organisasi-organisasi tersebut.Analisis SWOT

ini telah diasaskan oleh seorang penasihat perniagaan dan pengurusan di Amerika Syarikat yang

bernama Albert Humpery 1sekitar tahun-tahun 60an dan 70an.

Apabila kita membincangkan tentang kepentingan analisis SWOT didalam Pentadbiran

Awam, kita melihat banyak pakar khususnya dibidang pengurusan mengeluarkan definisi dan

konsep terperinci dan berbeza mengenai takrifan ‘Pentadbiran Awam’.Pentadbiran awam

menurut Dwight Waldo dalam bukunya yang berjudul Classic Of Public Administration

mendefinasikan Pentadbiran Awam ialah organisasi dan pengurusan manusia dan benda-benda

untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan yang dianggap sebagai seni dan sains pengurusan

sebagaimana yang dapat dikaitkan kepada hal ehwal sesebuah negeri atau negara (Ahmad Atory

Hussain, 2001).Pentadbiran Awam juga menurut K.Ramanathan dalam bukunya yang berjudul

Konsep Asas Pentadbiran Awam sebagai alat kerajaan yang penting yang secara langsung

terlibat dalam memberi keberkesanan mana-mana sistem pemerintahan dimana institusi

pentadbiran awam termasuk pegawai-pegawainya terlibat secara langusng dalam menjayakan

semua dasar awam yang diluluskan terlebih dahulu oleh badan perundangan( K.Ramanathan,

1993).Apabila kita melihat kedua-dua definisi ini dapatlah kita kaitkan bahawa pentabiran Awam

adalah ejen yang menjalankan apa jua dasar dan tujuan kerajaan bagi kesejahteraan rakyat

disesebuah negara.

1 Albert Humpery (1926-2005) merupakan graduan dari Illonis University.Bekerja di Stanford Research Institute dimana pasukan yang diketuainya telah menemui kaedah SWOT yang digunakan sehingga ke hari ini.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 1

Page 2: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Diawal-awal tahun 90an, Malaysia pada ketika itu dipimpin oleh YAB Dato Seri Dr

Mahathir Mohamad telah mula melancarkan satu gagasan yang dikenali sebagai kerajaan

berteraskan kepada teknologi maklumat dan sehingga ke hari ini rakyat Malaysia saban hari amat

sinonim dengan ungkapan kerajaan elektronik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia 2dewasa

ini.Gagasan ini akhirnya telah ditakrifkan oleh sebahagian pengkaji-pengakaji pengurusan

sebagai sebahagian daripada perubahan Pentadbiran Awam dalam sesebuah negara.

Tugasan ini akan cuba kepentingan dan peranan analisis SWOT yang memfokuskan

kekuatan(S), kelemahan(W), peluang(O) dan ancaman(T) penggunaan teknologi maklumat

keatas pentadbiran awam dinegara Malaysia khususnya dan beberapa buah negara lain.Teknologi

maklumat ini hadir ketika negara dalam proses pembaharuan terhadap pentadbiran awam sejajar

dengan ledakan maklumat yang tanpa sempadan.

i. Kekuatan (Strenght)

Kemunculan teknologi maklumat dalam pentadbiran awam telah memperkemaskan lagi

sistem dan mempertingkatkan kecekapan urus tadbir kerajaan dimana dengan adanya instrument

ini segala rekod dan maklumat penting dapat disimpan secara kemas dan tersusun didalam satu

fail yang teratur dan mudah dirujuk apabila dikehendaki.Dalam pada itu ia juga telah berjaya

meminumkan pengunaan borang sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan kerajaan nya

sebagai kerajaan tanpa kertas atau paperless administration dalam urusan-urusan seharian

disamping menjamin ketelusan dalam hal membuat keputusan sesuatu proses itu, butir-butir yang

lebih relevan dapat diiisikan pada borang yang disediakan secara on-line dan tepat mengikut

spesifikasi sesuatu jabatan.

Piagam pelanggan diperkenalkan supaya pelanggan dapat mengetahui perkhidmatan yang

bakal mereka nikmati dari sesuatu jabatan secara tidak langsung kualiti dan tahap kecekapan

pekerja-pekerja disektor awam dapat ditingkatkan kerana ingin memenuhi tuntutan piagam

pelanggan, piagam ini dapat membantu kerajaan mempertingkatkan proses penyampaian

perkhidmatan kepada pelanggannya.Dalam tahun 1994, kerajaan telah meluluskan sebanyak

992.63 juta bagi mengkomputerkan agensi-agensi kerajaan (Ahmad Atory Hussain, 2001).Dalam

2 Multimedia Super Corridor(MSC) adalah inisiatif kerajaan dalam memperkasakan bidang teknologi maklumat,Diasaskan pada tahun 1996 merangkumi kawasan KLCC, KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.Pada 7 disember 2006 lembah klang telah tersenarai sebagai kawasan dalam MSC

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 2

Page 3: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

memastikan perkhidamtan on-line dapat diterima secara menyeluruh dikalangan rakyat kerajaan

telah memperkenalkan Rangkaian Perkhidmatan Awam 3atau PSN. Melalui PSN ini orang ramai

dapat menjalankan segala transaksi pembayaran secara on-line di Pejabat-pejabat Pos.Dalam

usaha kerajaan mempercepatkan proses harian dipejabat peralatan automasi pejabat digunakan

dengan lebih menyeluruh supaya proses seperti kutipan hasil, prosesan teks, penyaluran arahan

dan maklumat terhasil lebih baik dan efisen.

Kerajaan juga telah membina pengkalan data bagi tujuan memudahkan orang ramai

mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat.Antara pangkalan data yang digunakan seperti

Perkhidmatan Maklumat Talian Terus Sawit (Palmoils), Sirimlink4 dan Talian Perkhidmatan

Awam (CSL) telah diwujudkan.Tujuan agensi-agensi ini adalah memudahkan penyaluran

maklumat yang sahih diterima oleh orang ramai dan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi

tersebut disamping meningkatkan persaingan dengan sektor swasta.Penubuhan agensi seperti

Sirim yang ditugaskan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dapat dilihat apabila Dato Sri Dr

Mahathir Mohamad pada ketika itu mengarahkan supaya Sirim melakukkan satu tahap piawaian

yang dinamakan ISO 9000 dimana penekanan kepada kualiti kerja ditekankan dalam sektor

awam seterunya memangkinkan lagi pertumbuhan produktiviti dikalangan pekerja sektor

awam.Teknologi maklumat juga membantu menyokong pertumbuhan ekonomi dalam negara

sebagai contoh dengan pembukaan MSC banyak pelabur-pelabur asing menanam modal keatas

projek tersebut ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara berkembang dan maju

setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Kualiti hidup rakyat juga dapat ditingkatkan apabila rakyat tidak perlu lagi menunggu

sesuatu keputusan itu dalam jangka waktu yang lama kerana dengan kemudahan yang disediakan

segala keputusan yang diputuskan oleh kerajaan dapat disampaikan secara hands-on kepada

pelanggan.Rakyat juga dapat menilai dan memberikan komen berhubung sistem pentadbiran

kerajaan secara terus apabila laman-laman sesawang khusus untuk rakyat menyalurkan

pandangan dan apa jua masalah yang dihadapi dengan hanya mengakseskan segala permasalahan

3 Rangkaian Perkhidmatan Awam merupakan rangkaian sistem talian aplikasi yang membolehkan segala pembayaran atau pembaharuan pelbagai perkhidamatan agensi-agensi kerajaan dilakukkan di Pejabat Pos.4 Sirimlink menyediakan koleksi maklumat berkaitan teknologi maklumat, Standard Malaysia, Paten, Jurnal-jurnal teknnikal, Direktori kepakaran Malaysia dalambidang sains dan teknologi.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 3

Page 4: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

mereka kedalam laman-laman sesawang seperti yang dilakukkan oleh Biro Pengaduan Awam 5(BPA) Jabatan Perdana Menteri.Dengan adanya pendekatan seperti ini, kualiti hidup rakyat

dapat dipertingkatkan selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dalam pentadbiran

kerajaan.Jelas pada kita bahawa antara kekuatan yang diperoleh dari perlaksanaan pengunaan

teknologi maklumat adalah seperti peningkatan produktiviti, pengurangan kos pengurusan dan

prestasi kerajaan yang membanggakan.

ii. Kelemahan (Weakness)

Sungguhpun banyak faedah dari pengunaan teknologi maklumat ini pada pentadbiran

awam terdapat juga kelemahan pada instrument ini. Pertumbuhan yang pesat dalam teknologi

maklumat ini terutamanya melalui kemudahan internet telah banyak mendedahkan maklumat

secara lebih luas dan memungkinnya berlaku pencerobohan yang memungkinkan kebocoran

maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan.Ini dapat dibuktikan apabila kedapatan

akhir-akhir ini segala maklumat yang dianggap sulit sebelum ini telah berjaya diketahui oleh

mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri Melaka telah

merasakan amat tersinggung dengan sebuah institusi bank yang telah mendedahkan transaksi

kewangan mereka oleh kakitangan bank.

Satu lagi contoh yang tepat untuk diambil ialah dari laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri

Amrin Buang 6dalam laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa pengurusan sistem

perakuanan berkomputer standard Kerajaan Negeri(SPEKS) Selangor menghadapi risiko

keselamatan sistem operasi dan aplikasi serta intergriti data (petikan utusan online, 20 Oktober

2009). Menurut laporan tersebut, terdapat keselamatan sistem yang tidak memuaskan kerana

ketiadaan pengasingan tugas, kata laluan yang tidak dirahsiakan dan tiada aktiviti bagi mengesan

akses yang tidak berlaku.Perkara ini menurut laporan tersebut bakal menimbulkan risiko

5 Biro Pengaduan Awam yang berobjektif untuk menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat.Diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan diketuai oleh seorang Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah.6 Tan Sri Ambrin Buang berasal dari Selangor.Dilantik menjadi ketua audit negara pada februari 2006.pernah menerajui beberapa kementerian dan pihak berkuasa tempatan.Mencetuskan kegemparan dengan laporan audit pada tahun 2006 secara rambang yang mendapati terdapat kesalahan tadbir urus pada sesuatu kementerian.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 4

Page 5: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

pencerobohan, kerahsiaan dan intergriti SPEKS 7itu sendiri.Disini kita melihat bahawa teknologi

maklumat ini sebenarnya memungkinkan pencerobohan dan ketirisan maklumat yang mudah

untuk diperoleh oleh sesiapa jua, disebabkan itulah kerajaan pada tahun 2000 telah

memperkenalkan satu rangka dasar keselamatan dan teknologi maklumat dan komunikasi yang

mana ia bertujuan bagi memberi perlindungan kepada asset-aset ICT kerajaan (petikan dari

Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000).Diakhir-akhir ini, terdapat kemudahan-kemudahan

teknologi maklumat yang disalah gunakan oleh kakitangan kerajaan.Perkara ini dapat ditegaskan

oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datin Paduka Norsiah Harun yang mengatakan bahawa

sebanyak 20 peratus kakitangan kerajaan Negeri Johor telah menyalahgunakan internet

menyebabkan sistem komunikasi itu menjadi lembap dan menyulitkan orang awam( petikan dari

laman web pesima, 24 Januari 2006).Kegiatan seperti ini seolah-olah telah menjadi satu budaya

yang menular kepada kakitangan awam bukan sahaja dinegeri Johor malah diseluruh negara.

Banyak kemudahan teknologi maklumat ini disalah gunakan dengan cara melayari

laman-laman pornografi, memuat turun sehingga menyebabkan sistem penyampaian kerajaan

kepada masyarakat menjadi amat lembap dan tidak produktif seperti yang diharapkan.Perkara ini

turut mendapat reaksi daripada Naib Canselor Universiti Darul Iman Malaysia, Profesor Datuk

Dr Alias Daud dimana beliau mengingatkan penjawat awam yang menggunakkan internet

dipejabat untuk mendapatkan serta menyimpan maklumat membabitkan sebarang pernyataan

fitnah atau hasutan yang akan menjejaskan imej kerajaan ( petikan dari utusan online, 26

Oktober 2009 ).Baru-baru ini kerajaan Finland telah mewartakan bahawa larangan penggunaan

laman sosial Facebook kepada kakitangan kerajaannya sehingga boleh menyebabkan

kelembapan kepada sistem penyampian untuk rakyatnya dan memundurkan tahap produktiviti

kakitangan sector awam mereka semasa waktu kerja. Perkara ini adalah salah satu kelemahan

yang dapat dilihat dalam instrument teknologi maklumat ini.Dalam pada itu, menurut laman web

PESIMA8 terdapat beberapa laman-laman web yang bertujuan untuk mengaburi dan menipu

individu-individu bagi mendapatkan maklumat akaun bank seseorang.Laman web yang hanya

dikenali sebagi laman web ‘phising’ yang mencuri maklumat peribadi seseorang menampakkan

7 Sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh kerajaan negeri –negeri disemenanjung Malaysia.Tujuannya bagi melicinkan dan mempertingkatkan produktiviti kecekapan pengurusan kewangan negeri.8 Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 5

Page 6: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

lagi kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam teknologi maklumat khususnya dalam

pentadbiran awam.

iii. Peluang (Oppurtunity)

Tidak dapat dinafikan kemunculan penggunaan teknologi maklumat ini telah

mengundang banyak peluang yang baik dan menguntungkan.Kerajaan Malaysia khususnya amat

bersungguh dalam menakhoda penggunaan ICT disektor awam.Perdana Menteri Malaysia, Dato

sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berkata bahawa MSC telah menjana pendapatan

sebanyak 730 juta hasil daripada 183 syarikat 9dibawahnya dan menyediakan peluang pekerjaan

sebanyak 7,115 tempat terutama kepada para graduan yang mencari peluang

pekerjaan.Perkembangan ini adalah sesuatu yang begitu membanggakan kerana industri

berasaskan teknologi maklumat dinegara kita boleh dianggap baru dan masih muda jika

dibandingkan dengan negara-negara lain.Dalam pada itu pelbagai skim galakan yang diberikan

oleh kerajaan khususnya diluar bandar bagi meningkat tahap celik computer dikawasan tersebut

menyebabkan jurang diantara bandar dan luar bandar menjadi rapat dan kompetetif.

Apabila menyebut mengenai peluang pekerjaan, Kementerian Tenaga, Air Dan

Kominikasi (KTAK)10 yang pada waktu itu diketuai oleh Dato Shaziman Abu Mansor selaku

menteri telah menyatakan bahawa 3000 tempat latihan dan pekerjaan akan disediakan pada

graduan teknologi maklumat (petikan bernama.com, 19 Mac 2009) di kementerian tersebut pada

tahun 2009.Peluang dan latihan ini kiranya dimanfaatkan sepenuhnya oleh graduan-graduan ini

akan menyebabkan kecekapan penggunaan teknologi maklumat akan dimaksimumkan

penggunaannya.Satu lagi perkara yang begitu menarik untuk dikaji ialah perhubungan diantara

sektor awam dan swasta dapat dijalinkan dengan begitu akrab sekali sehingga boleh

menyebabkan satu transperancy kepada sektor swasta.Transparent ini penting bagi menjamin

kerjasama yang baik dikedua-dua sektor supaya pertumbuhan ekonomi negara meningkat dari

semasa ke semasa.

Kita juga sejak lihat penubuhan PSN telah menampakkan penyeragaman dipihak sektor

awam dimana satu jabatan dapat berkerjasama dengan jabatan lain dan kadangkala nampak

9 Dibahagikan kepada 5 sektor iaitu kreatif, perisian, sokongan, pembentukan dan kerja berdasarkan internet.10 Kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 6

Page 7: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

seolah ia kelihatan satu jabatan.Ini secara tidak langsung melalui rangkaian teknologi maklumat

yang serba canggih ini akan memperteguhkan pertadbiran awam dinegara kita seterusnya

memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan produktivi perkhidmatan awam dan

ekonomi negara.Kerajaan elektronik 11yang sedang dan akan dimajukan oleh kerajaan merupakan

satu manfaat besar kepada masyarakat, melalui usaha ini juga dapat kita lihat bagaimana pihak

swasta juga turut berganding bahu.Melalui kerajaan elektronik ini kerajaan bukan hanya mahu

melihat pentadbir awam hanya menjadi pengguna semata bahkan mahukan mengopitimumkan

penggunanan bidang ict ini kepada satu tahap yang boleh dibanggakan sekaligus meningkatkan

tahap kecekapan mereka disektor awam.Kerajaan elektronik ini akan memberikan impak yang

lebih kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khusunya.Perkara ini

semestinya mendatangkan peluang kepada mereka yang mempunyai kepakaran dibidang

teknologi maklumat.

Teknologi maklumat ini juga menjadi pemangkin kepada satu budaya kerja yang

berinovasi dan kreatif.Ini dapat dibuktikan apabila wujudnya hari inovasi yang memberikan

penekanan kepada pembudayaan pengunaan teknologi maklumat sektor awam.Kerajaan juga

merancang untuk menubuhkan pusat inovasi kerajaan atau dikenali sebagai MYNIC 12yang mana

ia bertujuan untuk melakukkan inovasi dalam mana-mana bidang yang memberikan tumpuan

kepada teknologi maklumat dan bidang bio teknologi.Ini sudah pastinya menghasilkan peluang-

peluang pekerjaan yang baru selain memperkenalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang

mempunyai daya inovasi terutama dibidang teknologi maklumat.Terdirinya pusat ini ia secara

langsung mampu menarik tenaga kerja mahir dibidang tersebut untuk kembali berkerja di

Malaysia dan dapat membantu kerajaan dalam proses memanggil semula tenaga-tenaga mahir

dibidang teknologi maklumat supaya menyumbang kepakaran dalambidang teknologi maklumat

bersama kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu usaha-usaha telah diambil bagi menggalakkan pengusaha-pengusaha

menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat pada harga yang berpatutan sekaligus

menyebabkan pemian-pemain utama industri ini memperoleh manfaat dari perlaksanaan

teknologi maklumat yang dilakukan oleh pihak kerajaan.Kedapatan pengusaha-pengusaha yang

11 Kerajaan Malaysia melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu daripada Aplikasi Perdana MSC dengan aspirasi untuk menggunakan teknologi multimedia dalam membentuk semula cara kerajaan beroperasi.12 Singkatan kepada Pusat Inovasi Kerajaan

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 7

Page 8: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

bergiat didalam industri ini bukan sahaja dapat bergantung kepada pasaran dan perkhidmatan

tempatan sahaja malahan telah ada yang menembusi pasaran antarabangsa.

Kewujudan pusat-pusat pengajian tinggidan pusat-pusat latihan baik ditubuhkan oleh

kerajaan mahupun swasta menyediakan peluang pelajaran kepada masyarakat sekaligus

memantapkan lagi modal insan yang akan mengendalikan kemudahan teknologi maklumat

apabila memasuki sektor awam mahupun Swasta.Penyediaan biasiswa dan pinjaman untuk

pelajar meneruskan pelajaran mereka bukti kesungguhan kerajaan dalam menjadikan Malaysia

sebuah kerajaan Elektronik.

iv. Ancaman (Threats)

Walaupun ada peluang-peluang yang ditawarkan, instrument ini tetap tidak terlepas dari

menerima ancaman yang biasanya dipanggil ancaman keselamatan ICT.Menurut Pesima,

pencerobohan maklumat sesuatu perkara itu amat mudah dilakukkan pada sistem komputer

melalui sistem internet tanpa wayar setempat, kafe siber dan hotspot di seluruh

dunia.Pencerobohan maklumat ini juga melibatkan penggunaan dan ubahsuai cirri-ciri

perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan dan

persetujuan mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap sesuatu pengkalan data.Ini juga

termasuk capaian tanpa kebenaran, pencerobohan laman web, melakukkan kerosakan pada

sistem, perpindahan data dan juga pindaan kepada konfigurasi sistem.

Ancaman kedua pula ialah Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak terjadi dan

dilakukkan dalam apa jua penghantaran mesej baik melalui emel termasuklah penyalahgunaan

dan pencurian identiti dan pencurian maklumat.Perkara ini banyak terjadi dewasa ini dan telah

banyak dilaporkan oleh media massa mahupun elektronik.Perkara ini amat serius kerana

kadangkala melibatkan sesuatu jabatan kerajaan dan boleh menyebabkan pelanggan berpersepsi

negatif dalam sesuatu hal kiranya kesahihannya tidak dijelaskan oleh pihak yang terlibat.Hal ini

turut berlaku apabila ketua pengarah kastam mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat

penyamaran dan pemalsuan diinternet yang mengaitkan jabatan kastam dan ketua pengarahnya

dalam urusan transaksi di Internet.Perkara ini juga dikesan dengan menggunakan logo dan dan

kad kuasa kastam, antara lain beliau menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan

apa-apa arahan yang berkaitan dengan transaksi kewangan yang melibatkan orang awam dan

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 8

Page 9: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

pihak kastam.Dalam pada itu , Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Komunikasi13 Datuk

Fadillah Yusof berkata kes penipuan melalui internet semakin meningkat sejak kebelakangan ini

serta membimbangkan. Beliau berkata, pengguna yang tertipu tidak perlu takut kerana maklumat

mereka akan dilindungi sepenuhnya, antara penipuan dikesan termasuk data kad kredit dan

akuan bank, iklan dan tawaran hadiah, pembohongan serta pelaburan internet yang menyebabkan

pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah

siber (petikan dari Berita Harian, 26 Mei 2008).

Ancaman yang ada pada teknolgi maklumat ini juga boleh menghalang penyampaian

perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.Ancaman keatas keselamatan computer dimana

perkhidmatan pemprosesan maklumat sengaja dinafikan terhadap pengguna sistem, ia

melibatkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan sistem bertindak secara tidak

normal.Antara ancaman yang kerap kali dibangkitkan ialah serangan virus seperti Virus Phishing

yang telah mencuri maklumat-maklumat peribadi kakitangan awam berkaitan

perbankan.Ancaman-ancaman ini kadangkala boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan orang

awam terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi teknologi maklumat.

Satu lagi perkara yang menjadi permasalahan ialah perlanggaran dasar yang dibuat bagi

tujuan membocorkan maklumat.Apa-apa jua yang dipinda atau diubah akan terikat dengan akta

jenayah komputer 1997 14.Adalah menjadi satu kesalahan apabila pelanggaran dasar terhadap

keselamatan ICT dilakukkan .Dalam pada itu Bernama melaporkan bahawa terdapat 2,784 kes

dikenal pasti oleh kerajaan berhubung pemalsuan Mykad sejak jun 2000 hingga jun 2009,

perkara ini melibatkan kebocoran maklumat awam yang besar dan amat merisaukan.Amat jelas

disini bahawa ancaman pada bidang teknlogi maklumat ini amat merisaukan walaupaun banyak

telah dilakukkan oleh pihak kerajaan.Baru-baru ini, pada 7 September 2009 ketika

mempengerusikan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan15, Dato Sri Najib Tun Razak berkata

kajian mengenai peruntukan undang-undang siber sedia ada telah siap dan ia akan membantu

13 Kementerian Sains, Teknologi Dan Komunikasi kini dikenali sebagai kementerian sains, teknologi dan inovasi (MOSTI).Ditubuhkan pada tahun 1973.Bertanggungjawab sepenuhnya kepada kajian sains dan teknologi dalam negara.Pada waktu ini kementerian ini diketuai oleh Datuk Dr Maximus Ongkili. 14 Akta Jenayah Komputer 1997 adalah berkaitan dgn kesalahan berkaitan penyalahgunaan komputer utk tujuan melakukan Jenyah. Di bawah akta ini, akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.15 Dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 9

Page 10: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

kerajaan menanggani aktiviti tidakbermoral dan salah disisi undang-undang dalam internet

(Utusan Malaysia, 8 September 2009).Dalam pada menghadapi ancaman-acaman terhadap

keselamatan ICT ini pihak kerajaan telah menubuhkan disetiap peringkat dan jabatan kerajaan

skuad ICT yang dikenali sebagai Computer Emergency Respond Team (CERT).16Selain dari

pada itu dasar-dasar seperti Dasar Keselamtan ICT, Akta Jenayah Komputer, Pekeliling-

Pekeliling Tambahan yang dikeluarkan dan Skuad-skuad khas yang ditubuhkan adalah usaha

kerajaan bagi membendung masalah yang melibatkan teknlogi maklumat ini.

Baru-baru ini sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah

memperkenalkan satu perisian yang dinamakan inetmon dimana perisian ini adalah platform

tercanggih untuk pemantauan rangkaian dan keselamatan, berfungsi sebagai platform tercanggih

untuk rangkaian dan perkidmtan yang melibatkan teknlogi maklumat (Utusan Malaysia, 5

November 2009.Usaha-usaha sebegini dilakukkan semata bagi melindungi dari ancaman

komputer khususnya dari segi penyampaian maklumat kepada masyarakat oleh kerajaan.

Ketegasan kerajaan dalam menguatkuasakan mana-mana akta yang berkaitan dengan

teknologi maklumat ini dapat dilihat apabila Menteri Penerangan, komunikasi Dan Warisan,

Dato Seri Utama Dr Rais Yatim menyatakan bahawa sebanyak 11 kes termasuk kes menghina

Sultan Perak telah didakwa dibawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia

membabitkan denda berjumlah RM 24,500 ( Utusan Malaysia, 22 Oktober 2009).

16 Pasukan ini dianggotai daripada pakar-pakar dalam bidang ICT untuk menangani keselamatan komputer disesebuah kementerian.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 10

Page 11: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Kesimpulan

Daripada analisis SWOT yang dilakukkan telah dapat kita melihat bahawa penggunaan

teknologi maklumat keatas pentadbiran awam negara mengandungi pelbagai unsur dan

rencam.Tidak dapat dinafikan bahawa pembaharuan kepada jentera Pentadbiran Awam negara

yang berteraskan kepada teknologi maklumat telah dapat memudahkan urusan seharian

pelanggan yang berurusan dengan pihak kerajaan.Pembaharuan ini dilakukkan sejajar dengan

zaman ledakan teknologi maklumat dan negara yang bakal menuju kepada tahap negara maju

pada tahun 2020 kelak.Reformasi dalam pentadbiran awam negara telah banyak kali dilakukkan

bermula dari zaman British hinggalah ke zaman kerajaan pimpinan Perdana Menteri YAB Dato

Sri Mohd Najib Tun Razak semata-mata bagi meningkatkan tahap produktiviti kakitangan awam

dan mampu bersaing bukan sahaja diperingkat domestik malah diluar sempadan negara.

Melalui tugasan yang menyasarkan kepada kepentingan SWOT keatas pentadbiran awam

dapat kita ketahui bahawa dengan perlaksanaan teknologi maklumat ini, maklumat dan rahsia

yang dahulunya begitu kebal untuk dinikmati oleh mana-mana pihak kini mudah diperoleh tanpa

kawalan yang cekap dan efisen, betapa peluang dari segi pelajaran, perkerjaan dan pelaburan

begitu lumayan dilapangan teknologi maklumat serta peluang-peluang perniagaan yang

berteraskan kepada persaingan untuk pemain-pemain utama sektor ini diberikan dan bagaimana

MSC yang pada awalnya mendapat kritikan hebat dari suara-suara sumbang dalam negara

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi salah satu dari punca

pendapatan ekonomi negara.Tidak dapat tidak, pembaharuan kerajaan kepada penggunaan

teknologi maklumat dilihat sebagai satu langkah yang proaktif dan meletakkan kepentingan

rakyat ditempat teratas polisi kerajaan.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 11

Page 12: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Rujukan

Buku

1. Ahmad Atory Hussain.2001.Pengantar Pentadbiran Awam.Kuala Lumpur.Penerbit:

Utusan Publications

2. K. Ramanathan.1993.Konsep Asas Pentadbiran Awam.Kuala Lumpur.Penerbit: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

3. Wan Idros Wan Sulaiman, Ghazali Mahyudin.2008.Politik Malaysia Perspektif Teori

Dan Praktik.Bangi.Penerbit:Penerbit UKM.

4. Malaysia Kita.2000.Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.Kuala

Lumpur.Penerbit: International Book Services

5. Junaidi Hj Abu Bakar.2000.Modul Pentadbiran Awam Di Malaysia.Bangi.Penerbit:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Capaian Internet

1. http://www.pesima.net

2. http://www.bernama.com.my

3. Utusan 0nline.2009.26 Oktober

4. Utusan Online.2009.20 Oktober

5. Utusan Online.2009.5 November

6. http://en.wikipedia.org/wiki/Albert_S_Humphrey

Lain-lain

1. Utusan Malaysia.2009. 8 September

2. Utusan Malaysia.2009. 22 Oktober

3. Utusan Malaysia.2009.26 Oktober

4. Berita Harian.2008. 26 Mei

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 12

Page 13: Bincangkan kepentingan analisis SWAT dalam pentadbiran awam.

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 13