BM KARANGAN.docx

download BM KARANGAN.docx

of 38

Transcript of BM KARANGAN.docx

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    1/38

    Dimensi Diri Latihan 1: Seorang r akan anda telah terl ibat dengan gejala sosial yang seriu s sehingga rak an andaitu mengabaikan pelajaran. Hu raikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan u ntuk membantu rakan anda itu .

    Baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya telah terlibat dengan gejala sosial yangserius. Rakan saya itu kerap memonteng kelas, terlibat dengan vandalisme dan sering tidakhadir ke sekolah. Sebenarnya rakan saya ini seorang pelajar yang cemerlang dalamakademik dan kokurikulum. Namun, guru-guru di sekolah berasa hairan kerana sejak akhir-

    akhir ini rakan saya itu sering mengabaikan pelajarannya. Sebagai seorang sahabat, saya bertanggungjawab untuk membantu rakan saya itu supaya dia insaf bak kata pepatah sesatdi hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Saya berharap, usaha-usaha yang saya lakukan ituakan menyedarkan rakan saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang remaja dansebagai seorang pelajar. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat saya lakukan untukmembantu rakan saya itu?

    Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu rakan saya itu ialah saya akanmenasihatinya supaya tidak menjerumuskan diri dalam kancah gejala sosial. Saya akanmengingatkan sahabat saya itu tentang akibat sekiranya rakan saya itu terlibat dengan gejalasosial. Saya akan menyedarkan rakan saya akan tanggungjawabnya sebagai seorang anakagar tidak menghampakan harapan ibu bapanya. Rakan saya perlu sedar bahawa dia pernahmencapai kecemerlangan dalam akademik dan pernah menerima anugerah pelajar terbaikPMR. Saya berharap nasihat-nasihat saya itu dapat menyedarkan rakan saya dan rakan sayaakan berubah sikap serta insaf akan kesalahan yang dilakukan sebelum nasi menjadi bubur.Saya tidak mahu rakan saya berasa menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu

    pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa rakan saya itu dan

    memberitahu mereka tentang pembabitan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berbuatdemikian kerana kemungkinan ibu bapa rakan saya itu tidak tahu tentang penglibatan anakmereka dalam kegiatan yang tidak sihat di sekolah. Saya berharap, ibu bapa rakan saya itudapat mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Besarkemungkinan, faktor kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa yangmenyebabkan rakan saya terjebak dalam gejala sosial. Apabila ibu bapa rakan saya sudahmengetahui masalah anak mereka, saya berharap ibu bapa rakan saya dapat memberikansepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap rakan saya itu. Ibu bapa rakan saya mungkinakan lebih bertanggungjawab dan mengadakan perbincangan dengan anaknya untukmengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jelasnya, tanggungjawab saya untukmemberitahu ibu bapa rakan saya itu diharapkan dapat membantu rakan saya untuk kembalike pangkal jalan.

    Di samping itu, saya akan mengajak rakan saya untuk berjumpa dengan gurukaunseling untuk menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling. Saya akan memberitahu gurukaunseling tentang penglibatan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berharap gurukaunseling dapat membantu dan membimbing rakan saya dengan menasihatinya supaya

    berubah sikap. Sesi kaunseling ini amat penting kerana menerusi sesi kaunseling,diharapkan rakan saya itu akan sedar dan insaf tentang perbuatannya yang salah selama ini.Rakan saya juga dapat mengenali identiti diri dan bermotivasi untuk berubah apabila gurukaunseling memberi nasihat dan dorongan kepada rakan saya itu. Saya juga berharap, rakansaya dapat membina keyakinan diri dan menyedari betapa pentingnya pembinaan sahsiahdiri dan akhlak dalam kalangan remaja sebagai benteng supaya tidak mudah terpengaruholeh rakan sebaya yang tidak sihat. Tegasnya, menerusi sesi kaunseling ini, rakan sayasebagai remaja dapat menginsafi dan menyedari peranannya sebagai remaja yang mewarisi

    pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dalam

    bukunya Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melihat masa depanremaja maka lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja, maka baiklah masadepan negara. Sebaliknya, jika buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara.

    Seterusnya, saya juga akan mengajak rakan saya itu menyertai program-programyang berfaedah. Saya akan membawa rakan saya menghadiri majlis-majlis ilmu seperti

    program yang berunsurkan agama dan motivasi diri. Sebagai contoh, saya akan mengajakrakan saya menghadiri ceramah agama, Majlis Tazkirah, kelas mengaji al-Quran, Kem BinaInsan dan Kecemerlangan Diri. Menerusi majlis ilmu yang dihadiri itu, saya berharap rakansaya akan insaf dan lembut hatinya serta menyesal dengan apa yang pernah dilakukannyaselama ini. Menerusi Kem Kecemerlangan Diri dan Bina Insan pula, rakan saya pastimembina keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk berubah terutamanya dalam proses

    pembentukan minda dan akhlak. Hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang baikdalam majlis-majlis ilmu itu, rakan saya itu dapat membezakan dan mengenali antara rakanyang baik dengan rakan yang tidak baik. Jelasnya, rakan saya itu tidak akan mudahterpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik dan dia juga tahu menghargai masakerana masa itu emas.

    Akhir sekali, saya juga akan sentiasa membantu rakan saya dalam pelajaran. Sayaakan mengajak rakan saya menghadiri kumpulan perbincangan. Saya juga akan membanturakan saya menerangkan tajuk-tajuk bagi memahami topik-topik pelajaran yang ketinggalanselama ini. Saya akan mengajak rakan saya mengulang kaji pelajaran di perpustakaan danmencari rujukan serta berbincang tentang topik-topik yang kurang difahami. Saya jugaakan mengajak rakan saya menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di sekolah ataudi luar sekolah. Saya akan menasihati rakan saya tentang kepentingan pelajaran dalamkehidupan. Tanpa pelajaran, masa depan seseorang itu gelap. Pada masa yang sama, sayaakan mengajak rakan-rakan yang lain untuk membantu dan sudi mengadakan perbincangandengan rakan saya ini. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk memastikan rakan saya

    benar-benar insaf dan tidak mengabaikan pelajaran.Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha membantu

    rakan yang terlibat dalam gejala sosial adalah sesuatu yang murni dan perlu diteruskan.Saya berharap, usaha yang saya lakukan ini dapat membantu rakan saya supaya tidakmelibatkan diri dalam gejala sosial. Saya juga berharap, rakan saya benar-benar insaf dan

    bertanggungjawab terhadap masa hadapannya kerana sesal dahulu pendapatan, sesalkemudian tidak berguna . Rakan saya perlu ingat bahawa sekir anya dia tidak berubah, tidak

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    2/38

    ada sesiapa pun yang akan membantunya untuk berubah. Sebagai remaja, rakan saya perlumempunyai jati diri agar tidak mudah dipengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik.Tegasnya, rakan saya perlu berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan kerana pepatahmengatakan rajin dan usaha tangga kejayaan dan yang bulat tidak datang bergolek, yang

    pipih tidak datang melayang.

    Latihan 2 (Dimensi Diri) Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasukmencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.

    Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangandalam peperiksaan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk

    mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapaisekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranyamurid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidaksepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan

    peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusanyang cemerlang dalam peperiksaan bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan , sesalkemudian tidak berguna. Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia,saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakahmodus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untukmencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

    Langkah pertama yang saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika gurusedang mengajar di kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedangmengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalamminda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan ba hawa Lima puluh

    peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapatmewujudkan suasana bilik darjah bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa

    bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atauditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya jugamenyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebihmemahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-gurusekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang faham kerana berdasarkan satukajianyang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajardalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakansoalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.Tegasnya memberi tumpuan ketika guru mengajar dan menyiapkan kerja rumah yangdiberikan oleh guru merupakan satu langkah dan persediaan yang sedang saya lakukanuntuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

    Selain itu, saya menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya inginmencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satukajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara

    berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan apabila peperiksaan sudahtiba, hal ini diibaratkan nasi sudah menjadi bubur. Kita haruslah sediakan payung sebelumhujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-

    pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu emas dan masa lalu tidak akan kembali, maka mereka tidak dapatmenghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan.Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untukmembuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaanyang akan saya duduki nanti.

    Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru disekolah, barulah saya bertanya kepada guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya jugaharuslah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah bak kata

    pepatah malas berkayuh perahu hanyut , segan bertanya sesat jalan. Malahan, j ika sayatidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlahsaya bertanya kepada guru di tuisyen. Tambahan pula,jika terdapat sesuatu topik itu diajardua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga boleh mengikuti program di sekolahkerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sayaakan menyertai segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya sayamenyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan

    jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program sekolah dan mengikuti kelas tuisyen merupakan salah satulangkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

    Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyaikeinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnyaterlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca dengan

    permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya.Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akandapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertaikumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahamitopik-topik yang telah diajarkan oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan

    peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    3/38

    rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapatmenimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk

    belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan darikumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalammenyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan rakan yang baikini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalamhidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semuladengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruhsaya melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan

    jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul denganrakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuatsebarang keputusan dalam hidup saya.

    Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya dan saya juga akansentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang orang tua, Tuhan hanya akan menolong danmemberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Kenyataan ini pasti benar keranaorang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh padanasihat dan asuhan ibu kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.Misalnya, ibu saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu,saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doadan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekalipun,saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa,restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa

    berdoakepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan keranamanusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya,untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihatkedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhanatas segala pemberiannya.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapaikecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah dan segala

    perbincangan yang saya rancangkan. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan.Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita

    pada malam-malam yang gelap gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaanterutamanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, hidup kita sudah tentu teraba-aba dalamkegelapan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangantanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

    LATIHAN 3 (DIMENSI DIRI) Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk menggembirakan ibubapa adalah dengan menjaga nama baik mereka.

    Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjaga nama baik ibubapa anda.

    Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anaknya. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk memastikan anak-anak sentiasa selamat dan sihat. Ibu bapa juga sanggup berkorban dan bersengkang mata berjaga malam semata-mata untuk menjagaterutamanya ketika anak-anak sakit. Bagi ibu bapa, tiada detik yang palingmenggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak membesar sebagai seorangyang berguna dan berjaya dalam hidup. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita

    perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa kita dan membalas jasa mereka walaupunmereka tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada kita. Sebagai seorang anak,saya bertanggungjawab menggembirakan ibu bapa saya dan menjaga nama baik merekakerana saya sedar bahawa tiada ibu bapa, tiadalah saya . Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus saya lakukan untuk menjaga nama baik mereka?

    Langkah utama yang akan saya lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa saya adalahdengan belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Ibu bapasaya pasti akan gembira apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam

    peperiksaan dalaman sekolah atau peperiksaan awam. Untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan , saya akan menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru sedang mengajar.Sekiranya saya tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tertentu, saya tidak akanmalu bertanya kepada guru saya kerana pepatah menyatakan bahawa malas berkayuhperahu hanyut, segan bertanya sesat jalan . Selain itu , saya akan mengulangkaji

    pelajaran secara berkumpulan bersama-sama rakan sekelas ketika ada masa yang terluang.Saya juga akan menyediakan jadual belajar secara sistematik dan efisyen. Semua kerjarumah yang diberikan oleh guru akan saya siapkan mengikut ketetapan masa yang diberioleh guru. Saya juga akan sentiasa membuat persediaan lebih awal dengan mengulangkaji

    pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar kerana pepatahmenyatakan sediakan payung sebelum hujan . Kejayaan yang akan saya peroleh hasilusaha saya yang bersungguh-sungguh ini tentulahkan akan menaikkan nama baik ibu bapasaya. Reputasi ibu bapa saya sebagai contoh dalam kalangan masyarakat akan terselah dannama baik mereka juga akan terbina. Jelasnya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untukmemperoleh keputusan yang cemerlang untuk menjaga nama baik ibu bapa saya.

    Selain itu, untuk menjaga nama baik ibu bapa, saya akan bergaul dan berkawan denganrakan-rakan yang baik dan dapat membimbing saya menjadi seorang insan yang bergunakepada masyarakat apabila dewasa kelak. Hal ini demikian kerana, saya akan memastikandiri saya tidak terlibat dengan rakan-rakan yang bermasalah yang boleh mempengaruhi sayaterjebak dalam kancah gejala sosial seperti merempit, melepak , ponteng sekolah ,melakukan vandalime dan melibatkan diri dalam penagihan najis dadah. Saya akan sentiasa

    berpegang pada pepatah yang menyatakan bahawa jika kita berkawan dengan seorangtukang besi, baju kita akan tercarik kerana terkena percikan api, tetapi jika kitaberkawan dengan seorang penjual minyak wangi, tubuh badan kita akan turutberbau harum. Saya juga akan membezakan anatara rakan yang baik dengan rakan yangtidak baik. Saya akan berkawan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pelajaran agar

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    4/38

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    5/38

    dalam keluarga. Ibu bapa merupakan orang yang terpenting di sebalik kejayaan seseorang.Ibu bapa berkorban jiwa raga , masa dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak mereka

    berjaya. Ibu bapa jugalah yang memberi panduan kepada anak-anak agar tidak terpesongdaripada landasan kejayaan. Persoalannya, apakah sumbangan yang akan saya berikankepada ibu bapa jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti?

    Jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti, saya akan membalas jasa ibu bapa dengan memberikan wang kepada ibu bapa saya setiap bulan tidak kira ibu bapa saya berkedudukan atau berjawatan dan mempunyai pendapatan yang baik. Ibu bapasaya boleh menggunakan wang tersebut untuk keperluan harian dan perkara-perkara yang

    berkaitan dengan kebajikan mereka seperti kesihatan. Saya akan memastikan wang yangsaya berikan itu mencukupi untuk kegunaan harian dan kebajikan mereka. Saya akan

    bertanya kepada ibu bapa saya berkaitan jumlah wang yang diperlukan oleh mereka.Sekiranya, pemberian saya tidak memadai dan mencukupi, saya akan sentiasamenambahkan kiriman tersebut sesuai dengan pendapatan yang saya peroleh.. Saya akanmenggunakan pelbagai cara untuk memberikan wang kepada mereka. Contohnya, saya akanmemasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank ibu bapa saya secara terus kepada merekaatau pun mengirimkan wang menerusi kiriman wang pos dan sebagainya. Dengan adanyawang di tangan mereka, hati mereka akan tenang dan kehidupan mereka akan senang. Jadi,

    pemberian wang merupakan salah satu sumbangan saya kepada ibu bapa jika saya telah berjaya pada suatu masa nanti untuk menggembirakan mereka.

    Selain memberikan wang tunai secara tetap. saya juga akan membawa ibu bapasaya menunaikan haji atau umrah serta melancong ke tempat-tempat yang disukai mereka

    jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti. Selama ini, Ibu bapa sayamungkin tidak berpeluang untuk menunaikan haji dan umrah atau makan angin sertamelancong ke mana-mana kerana pendapatan mereka yang terhad ketika membesarkan sayadan adik-beradik yang lain. Pada hemat saya, inilah masa yang sesuai untuk membawa ibu

    bapa saya menunaikan umrah dan haji atau melancong sambil menggembirakan mereka.Setiap ibu bapa pasti gembira dan bersyukur seandainya anak-anak dapat memenuhi impianmereka untuk pergi ke Tanah Suci menunaikan rukun Islam yang ke-5. Selain itu, saya jugaakan membawa ibu bapa saya melancong dan mengunjungi tempat-tempat bersejarahseperti mengunjungi Bumi Anbiya di Jordan, Syria, Turki dan Mesir untuk melihatsendiri kesan peninggalan dan penyebaran Islam di sana. Oleh itu, menghantar ibu bapamenunaikan haji atau umrah dan melancong bersama ibu bapa merupakan sumbangan saya

    jika saya telah berjaya pada suatu masa nanti.Di samping itu, saya juga akan membelikan insurans kesihatan kepada ibu bapa saya

    jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti. Saya berpendapat bahawainsurans sebegini sangat penting kepada ibu bapa kerana peribahasa Melayu seringmenyebut, sediakan payung sebelum hujan . Jika ibu bapa saya menghadapi masalahkesihatan, mereka tidak perlu risau kerana melalui pembelian insurans kesihatan, merekaakan mendapat rawatan terbaik. Sebagai contohnya, jika ibu bapa saya sakit, saya akanmembawa mereka ke hospital swasta yang terbaik dan merawat mereka segera melalui skiminsurans yang di tawarkan. Saya tidak mahu ibu bapa saya menunggu terlalu lama sebelum

    mendapatkan rawatan untuk dirinya di hospital biasa. Kita faham bahawa nisbah seorangdoktor dan pesakit di hospital biasa ialah 1:100. Bilangan rakyat yang memerlukan rawatandi hospital terlalu ramai. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, saya akanmenyediakan insurans kesihatan untuk ibu bapa saya agar mereka mendapat rawatan terbaik

    pada hari tua mereka. Jadi jelaslah bahawa pembelian insurans kesihatan merupakansumbangan yang dapat saya berikan kepada ibu bapa saya jika saya telah berjaya pada suatumasa nanti.

    Seterusnya, jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti, saya akanmembina sebuah rumah yang indah dan lengkap dengan segala kemudahan untuk kedua-dua ibu bapa saya nanti. Rumah tersebut akan didirikan di kawasan pinggir bandar yang

    berdekatan dengan masjid atau surau dan pusat membeli belah. Rumah yang disediakan inimempunyai beberapa buah bilik. Selain bilik tidur yang dilengkapi perabot, saya juga akanmenyediakan bilik-bilik khas untuk ibu bapa saya menjalankan aktiviti harian tanpasebarang gangguan seperti bilik riadah, bilik ibadat, dan bilik bacaan. Dengan adanya bilik-

    bilik khas ini, ibu bapa saya akan dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang kondusif.Mereka juga dapat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan walaupun ketika hujan.Salah satu contoh rumah agam yang menjadi idaman saya untuk disumbangkan kepada ibu

    bapa saya adalah seperti rumah yang dimiliki oleh Datuk Yusuf Haslam yang bernila RM6 juta. Jadi, rumah agam yang lengkap merupakan sumbangan saya kepada ibu bapa jika sayatelah berjaya satu masa nanti.

    Akhir sekali, saya akan menyumbangkan sebuah dusun seluas beberapa ekarkepada ibu bapa jika saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masa nanti. Ibu bapa saya telah

    bersusah payah mengerjakan tanah yang tidak sampai suku ekar sewaktu membesarkansaya. Mereka sanggup membanting tulang berbakti kepada tanah untuk mencari rezekidalam membesarkan saya adik-beradik. Sebagai cara untuk membalas jasa mereka, sayaakan menyediakan dusun bersama-sama pembantu khas. Di dalam kawasan dusun tersebut,saya akan membina sungai kecil yang mengalir perlahan. Di dusun tersebut juga, saya akanmenanam pokok buah-buahan kegemaran ibu bapa saya. Dusun tersebut merupakan contohdusun yang akan saya sumbangkan agar mereka dapat menikmati keindahan alam semula

    jadi . Saya yakin bahawa sumbangan ini akan menyebabkan ibu bapa saya ceria dangembira. Sebagai orang tua yang sudah lama tinggal di kampung, saya faham tentang jiwaibu bapa saya yang tidak akan meninggalkan rumah dan tanah tempat kelahiran mereka.Sudah terang lagikan bersuluh, sumbangan dusun seluas beberapa ekar akan sayasempurnakan untuk ibu bapa saya nanti jika saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masananti.

    Berdasarkan huraian berkaitan sumbangan saya terhadap ibu bapa jika saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masa nanti, saya yakin impian ini akan terlaksana dalamtempoh sepuluh tahun lagi. Hal ini demikian kerana pencapaian saya dalam bidangakademik sangat terserlah. Kejayaan dalam bidang akademik akan membolehkan sayamembina kerjaya yang cemerlang. Kecemerlangan dalam kerjaya akan membolehkan sayamemberikan sumbangan yang bermakna kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah

    bersusah payah memelihara, mengasuh dan mendidik saya tanpa jemu. Jika ditakdirkan

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    6/38

    saya kurang berjaya sekalipun, saya akan tetap memberikan sumbangan mengikutkemampuan saya. Kata-kata hikmah yang sering diucap, harta benda boleh dicari tetapiibu bapa tiada galang gantinya . Kesimpulannya, saya perlu belajar bersungguh-sungguhagar impian untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa akan terlaksana.

    Latihan 5 (Dimensi Diri) Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat andalakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.

    Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir iniisu para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalammedia massa sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan semua

    pihak kerana para pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada masahadapan, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusatsumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membacadalam kalangan pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras denganFalsafah Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantumeningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah?

    Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat sayalakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salahsatunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemasdan menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untukmengemas kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber akandiadakan secara berkala agar pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya

    juga akan memastikan buku-buku disusun atur dengan kemas di atas rak-rak bukumengikut kategori dan jenis buku. Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapatdiwujudkan. Situasi ini dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasamengulang kaji pelajaran di pusat sumber. Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarikmampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.

    Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program Nilamuntuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya bolehmembantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan

    para pelajar semasa program Nilam. Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan denganlancar dan berkesan. Hal ini dapat membantu meningkatkan penggunaan pusat sumbersekolah dan juga menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilammerupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk danmeningkatkan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat pentingdan melambangkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Dengan membaca, seseorang ituakan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata peribahasamembaca jambatan ilmu. Justeru, pelaksanaan program Nilam yang berkesan menjadi daya

    penarik kepada para pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.

    Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakankemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak

    pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber untukkebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak pengurusan menyediakan komputer yang bolehdiguna pakai oleh pelajar untuk melayari internet bagi mendapatkan pelbagai informasiterkini.Saya akan membantu dari segi penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik.Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat meningkatkanilmu pengetahuan mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa untukmemberi keselesaan kepada para pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebihmewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan para pelajar berkunjung ke pusatsumber sekolah.

    Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti mulia dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongansekiranya pengunjung menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama , bak kata

    peribahasa budi bahasa budaya kita. Layanan mesra daripada pengawas menggembirakan para pengunjung dan merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegaskepada semua pelanggan terutama sekiranya mereka lewat atau sengahaja tidakmemulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan.

    Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolahagar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantumeningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICTkhususnya komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkanmasa dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan langkah bijak kerana semua bahan

    bacaan berbentuk buku akan direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjamandan pemulangan buku yang dilakukan secara scaning . Kaedah ini akan mewujudkansistem pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu menungguterlalu lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yangsistematik dan efektif adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumbersekolah.

    Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi penggunayang bermaklumat dan pemikir yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada pelajarsendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya, tepuk dada tanyalah minda. . Semua

    pihak perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat sumbersekolah bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    7/38

    Latihan 6 (Dimensi Diri) Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkanpermainan tradisional di negara kita.

    Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dandisisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalahmerujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuksatu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai

    jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batuseremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada

    permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untukmengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini.Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan

    permainan tradisional di negara kita?

    Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisionaladalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja padamasa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Merekasering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu,sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan

    permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengaksesmaklumat tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap

    permainan tradisional yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yangmemberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai permainan tradisional bersertagambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untukmemartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yangsemakin popular dalam kalangan remaja.

    Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainantradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya

    pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainantradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersamarakan-rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malahdapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga bolehmengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatifakibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih

    baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara- perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.

    Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajarsekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainantradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulissurat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisionalmenjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsungakan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya jugaakan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasaaktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukanialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi

    permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar.Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agarkepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal makatak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai

    permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi.Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainantradisional.

    Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cintaakan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisionalmerupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipeliharaagar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanamdalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jikaasasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silumempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa keranasesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dandiamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remajaseperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini,maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakatMalaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasacinta terhadap negara

    Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisionalagar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysiaumumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu danmeminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan

    dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan dinegara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana adakemahuan, di situ ada jalan.

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    8/38

    Karangan Dimensi keluarga Latihan 1 Kes pembuangan bayi sering menjadi taju k utama dada akhbar tempatan saban har i.Peningkatan kes pembuangan bayi perlu dibendung sebelum menjadi trend masyarakatuntu k mencari penyelesaian mu dah menyelesaikan masalah kelah ir an anak ti dak sahtaraf terutama dalam kalangan r emaja. Pada pendapat anda apakah lan gkah-l angkah yang boleh diambil ol eh ibu bapa untuk

    menangani masalah ini .

    Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian

    tentang jenayah pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa kianmeningkat. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita penemuan seorang mayat bayi yangdimasukkan ke dalam beg pakaian dan dibuang ke dalam perigi dan juga bayi yang barulahir dicampakkan dari tingkat dua di satu kawasan perumahan. Perkara yang menyedihkankita jenayah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan akan mencorakkegemilangan negara kelak. Persoalannya, di manakah letaknya sikap bertanggungjawabdan belas kasihan serta perikemanusiaan remaja yang berani membuang bayi mereka begitusahaja. Remaja ini seharusnya mengikut akal fikiran yang waras dan bukannya bertindakmengikut hati dan hawa nafsu serakah semata- mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikutrasa binasa .

    Pelbagai strategi telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha membendung masalah

    ini. Namun, masalah ini gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah golongan yang palinghampir dengan remaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalammenangani masalah pembuangan bayi ini. Ibu bapa perlu bijak membahagikan danmeluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak. Ibu bapa perlumenyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak serta memberikan kasihsayang secukupnya terutamanya anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana anakremaja sebenarnya memerlukan perhatian dan layangan yang lebih daripada ibu bapa keranamereka akan rasa lebih dihargai. Contohnya, ibu bapa perlu memperuntukkan masa untukmembawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu atau melakukan aktiviti yangmelibatkan ahli keluarga bersama-sama. Selain dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa aktiviti yang dilakukan ini dapat menghalang anak-anak daripada

    melakukan aktiviti yang tidak berfaedah di luar pengetahuan ibu bapa.

    Dalam melayari kehidupan remaja yang penuh cabaran, remaja sering mencarimodel yang boleh dicontohi. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang

    positif kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi model yang boleh diikuti dan dicontohioleh anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya Si ayah atau Si ibu mahu anak-anak mereka

    berakhlak mulia, tidak meninggalkan solat, maka sebagai orang tua, hendaklahmelakukannya terlebih dahulu, seperti kata peribahasa, bagaimana acuanbegitulah kuihnya . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak -anak di

    peringkat awal, sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik, maka akan baik daneloklah akhlak anak itu. Sekiranya hitam corak yang dilakar, maka akan hitamlah

    kehidupan anak-anak itu kelak. Mendidik anak biarlah dari kecil, bukannya bila dahmenjadi buluh baru hendak dilentur, akan pecah dan patahlah buluh tersebut. Begitu jugadengan anak-anak, bila sudah besar amat sukar untuk dididik seandainya pada asasnya tidakdimulakan, bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa

    berperanan besar memastikan anak-anak tergolong dalam golongan yang berakhlak mulia,lalu tidak sesekali akan melakukan maksiat yang menyebabkan kesudahan yangmengaibkan dalam menutup episod hitam yang berlaku. Mereka tidak akan sanggup untukmenconteng arang ke muka kedua- dua ibu bapa mereka kerana anak yang berakhlak akansentiasa menjaga maruah diri mereka dan juga maruah keluarga.

    Di samping itu, ibu bapa juga perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui , rakan merupakan golongan kedua yang palinghampir dan rapat dengan remaja selain ibu dan bapa.Pepatah arab ada menyebut, sekiranyakita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita berbau harum, dan sekiranyakita berkawan dengan pembuat besi, kita juga turut terkena percikan apinya. Ibu bapa tidakseharusnya membiarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan mengamalkan

    pergaulan bebas. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan dengan siapa anakmereka berkawan. Ibu bapa perlu menasihati dan memberi kesedaran kepada anak tentang

    batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan bagi mengelakkan berlakunyahubungan intim dan keterlanjuran yang secara tidak langsung menyumbang kepada

    berlakunya jenayah pembuangan bayi ini. Berkawan antara lelaki dengan perempuan tidakmengapa, asalkan tahu batas-batas pergaulan. Jangan sampai mendorong melakukanmaksiat, melakukan zina seterusnya mengandung anak luar nikah. Akhirnya, untukmenutup malu, lalu remaja yang terlibat sanggup membuang bayi yang tidak bersalah dimasjid, di depan rumah atau dibuang ke dalam sungai. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar berkawan dengan kawan yang mempunyai akhlak yang baik, berwawasan danmendorong melakukan aktiviti yang berfaedah. Kawan yang baik dan berakhlak akanmengelakkan diri daripada menghampiri maksiat dan kejahatan. Mereka akan sentiasamenjaga adab pergaulan.

    Agama teras kehidupan dan merupakan panduan kepada setiap penganutnya. Olehitu, ibu bapa perlu memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak . Didikan agama merupakan benteng yang ampuh untuk untuk mengelakkangolongan remaja terjebak dalam kancah maksiat. Mereka akan dapat membezakan antara

    baik dan buruk, halal dan haramnya tindakan serta perlakuan yang akan dilakukan. Anak-anak akan mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan

    budaya negatif. Oleh itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mendalami bidang agamaseawal usia tujuh tahun. Apabila pegangan agama menguasai diri, seseorang itu akan

    berfikir berulang kali sebelum melakukan sesuatu yang menyalahi ajaran agama. Namun,ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelasyang mengajar anak-anak ilmu keduniaan berbanding dengan program-program kerohaniandengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    9/38

    perkembangan dan kemajuan seseorang. Didikan agama yang kurang akan menipiskantahap keimanan seseorang. Akibatnya mereka tidak takut untuk membuat dosa dengan

    beranggapan perbuatan tersebut tidak mendapat balasan Alllah SWT pada masa itu juga.Remaja yang nipis imannya tidak dapat bertindak secara rasional dan lebih suka bertindakmengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah. Lantaran itu, bagi remaja yangmelahirkan anak tidak sah taraf ini, mereka sanggup membuang bayi mereka kerana

    bertindak mengikut emosi dan tidak memikirkan bahawa perbuatan mereka ini akanmenambahkan lagi dosa yang sedia ada. Seandainya anak yang dibuang itu masih hidup danditemui oleh orang lain, akan selamatlah anak tersebut, tetapi seandainya bayi itu mati,

    jadilah dia seorang pembunuh.

    Seterusnya langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah pembuangan bayi ini adalah mengubah tanggapan dan persepsi mereka terhadap anak-anak. Jangan memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Ibu bapa perlumembuat ketetapan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak terutamanya kepadaanak-anak perempuan kerana gejala pembuangan bayi ini lebih melibatkan golongan remaja

    perempuan. Tetapkanlah peraturan, anak-anak perempuan tidak dibenarkan keluar malamatau pulang lewat malam. Selain itu, ibu bapa perlu menegur anak-akan perempuan agartidak memakai pakaian yang terlalu mencolok mata sehingga menimbulkan keghairahanorang lain untuk menghampiri mereka dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepadamereka. Keadaan ini bukan hanya berlaku di luar rumah, malahan mungkin akan berlaku didalam rumah sendiri yang boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram yang akhirnyamelahirkan zuriat. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak jika sekiranya ada sesuatuyang meragukan. Sebab pernah terjadi, anak yang masih bersekolah mengandung tanpadisedari oleh ibu bapa disebabkan kurang berkomunikasi dengan anak-anak. Selain itu, ibu

    bapa juga jangan terlalu mengongkong anak-anak. Sekiranya mereka berpeluang hidup berjauhan dengan keluarga, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas difikiranmereka tanpa berfikir panjang. Anak-anak akan berubah sikap seperti membujur lalumelintang patah dengan bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Hal ini berlakuterutamanya bagi anak-anak gadis yang berpeluang menuntut di pusat-pusat pengajiantinggi kerana beranggapan mereka bebas melakukan apa- apa sahaja. Jangan sampai, sudahterhantuk baru terngadah dan nasi sudah menjadi bubur . Sesungguhnya, sesaldahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna .

    Intihanya, gejala pembuangan bayi yang serius tiada penghujung sekiranya tidak adakesedaran dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk mengubah sikap kerana untukmenangani masalah pembuangan bayi ini bukan hanya menjadi tanggunggjawab ibu bapasahaja tetapi memerlukan kerjasama semua pihak. Langkah-langkah yang diambilsewajarnya akan menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan agar setiap remaja yangterdedah kepada gejala negatif ini perlu mempunyai semangat yang kuat untuk menghadapicabaran. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang amat kejam. Sedangkan haiwan

    pun tidak berlaku kejam kepada anaknya. Anak itu satu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu,

    kita mesti menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya masih adaruang untuk ibu-ibu muda yang mengandung anak luar nikah ini mencari jalan pulang, bakkata pepatah Melayu, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan . Walaupun didepan jalan amat berliku, namun remaja yang terlibat perlu menguak halangan untukmencari sinar kehidupan.

    Latihan 2: (Dimensi Keluarga) M enabung amat penting un tuk menjami n kehidupan pada masa hadapan. Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budayamasyarakat ki ta?

    Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusiadalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi,momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasimuda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecillagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabungmerupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalamsanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan

    peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan olehibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

    Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagaibudaya kelu arga . Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat danefektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapayang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa me rupakan orang yang

    pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke duniaini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yangkosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwaanak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagiandaripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermatdan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahuakan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangankanak- kanak sebelum kudis menjadi tokak.

    Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anaksejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa.Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positifseperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil.

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    10/38

    Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapamereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbidalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia,anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini

    bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawamereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka,siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlumenerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

    Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menun juk - nunjuk . Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidakmembazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras

    paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunaitanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli

    perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang beradaoleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak

    berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika adaibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapatmenukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermatdalam diri anak-anak.

    Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak danharus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskanwang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara

    penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiatmenabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang

    boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anakuntuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakaldigunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, semua orang memerlukan

    pujian. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya merekamelakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinananak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka.Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudahditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan

    penerapkan amalan menabung sudah terang seperti murai berkicau hari siang. Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang

    baik kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Merekaharus menabung wang bersama dengan anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Olehitu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiatmenabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk

    menabung sekiranya ibu bapa mereka sendir iseorang yang boros dantidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa

    pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu jugamengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

    Jika berkawan dengan tukang besi, baju kit a akan tercarik terkena percikanapi; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum, kawanmerupakan magnet sakti yang boleh mempengaruh anak -anak yang berusia seumur jagung.Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan denganmereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuhsekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati mati,ikut rasa binasa. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk

    bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembahmaksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnyaibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabungakan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkananak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

    Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalammemastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakanJikalau tiada wang semua kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada

    padii semua jadi, ada beras semua deras. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnyawang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harusmenyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup.Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajuinegara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakatmadani. Air bersih, ikannya jernih.

    Latihan 3: (Dimensi Keluarga) I bu bapa meru pakan dua in san yang banyak berj asa bagi memastikan kejayaan anak- anak dalam kehi dupan. Hu raikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasakedua-dua ibu bapa mereka.

    Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belumtentu dapat menjaga seorang ibu. Situasi sebeginilah yang sedang berlaku pada zaman ini.Ibu bapa ditinggalkan hidup merempat di jalan oleh anak anak yang tidak

    berperikemanusiaan. Mereka sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tuadalam keghairahan mengejar kemewahan dan kemajuan materialisme. Kita seharusnyaingat bahawa si ibu yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari danmembawa kita ke muka bumi ini. Si bapa pula telah bersengkang mata untuk mencarinafkah bagi membesarkan kita. Mereka sanggup mengetepikan kegembiraan merekasemata-mata untuk membahagiakan kita. Bagi mereka, kesusahan yang dilalui oleh merekatidak bererti apa-apa sekiranya anak- anak mereka hidup bahagia. Oleh itu, kita perlu

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    11/38

    menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mereka merupakan insan yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa ibu bapa, siapalah kita? Persoalannya, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapamereka?

    Sebagai seorang anak yang taat, kita seharusnya menghormati kedua-dua ibu bapakita. Apabila usia sudah lanjut, ibu bapa mudah tersinggung dengan apa-apa yangdiperkatakan oleh anak- anak. Dalam hal ini, kita seharusnya menjaga pertuturan dan

    pengucapan kita apabila berbual dengan ibu bapa agar mereka tidak berasa tersisih.Menurut pujangga sekiranya engkau tidak menghormati ibu bapamu, maka suatu harinanti, anak-anakmu tidak akan menghormati mu. Sekiranya kita menghormati ibu bapa kitadan sentiasa bersopan santun dengan mereka, mereka akan merasakan bahawa diri merekadisayangi dan dihargai. Sebagai contoh, ketika kita berjalan di hadapan orang tua kita, kitaseharusnya tunduk sebagai tanda hormat. Hal ini menunjukkan bahawa kita sentiasa

    bersikap merendah diri di hadapan ibu bapa kita. Ibu bapa hanya mengharapkan diri merekadihormati sejajar dengan usia mereka. Kita janganlah sesekali menyakitkan hati ibu bapakerana kesedihan dan kekecewaan mereka boleh memusnahkan kita dalam sekelip mata.Kita harus mengambil iktibar daripada kisah Si Tanggang dengan ibunya agar tidakmenerima nasib seperti Si Tanggang yang bertukar menjadi batu akibat sumpahan ibunya.Anak yang derhaka tidak akan mendapat keredaan Allah kerana menyakiti hati ibu bapamerupakan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Oleh itu, wajarlah kita menghormati ibu

    bapa untuk membahagiakan mereka.Di samping itu, kita juga perlu menjaga ibu bapa kita yang sudah uzur. Kita

    janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit setelah memperoleh kesenangan denganmenghantar mereka ke rumah orang tua. Hal ini kerana mereka telah membesarkan danmenjaga kita dengan baik sehingga kita berjaya dalam hidup . Oleh itu, kita perlu menjagaibu bapa kita sehingga mereka menemui ajal mereka. Falsafah Cina ada menyebutmenyimpan seorang tua di dalam rumah umpama kita memiliki suatu barang yang amat

    berharga. Ibu bapa yang sudah tua mengharapkan anak - anak mereka ada bersama-samamereka kerana mereka tiada tempat bergantung melainkan kita. Kitalah menjadi tempatmereka mengadu, menangis, bergembira dan berkongsi segala perasaan mereka. Hal inikerana hubungan yang terjalin antara seorang ibu dengan anaknya ialah hubungan yangditentukan oleh Tuhan di dunia dan akhirat. Selain itu, kita juga perlu menyediakan segalakeperluan dan permintaan ibu bapa kita. Pada usia yang semakin lanjut, mereka mudah lupatentang apa-apa yang diperlukan oleh mereka. Dalam hal ini, kita perlu menyediakansegala keperluan ibu bapa kita seperti makanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa danubat-ubatan. Ada ketikanya, ibu bapa berasa segan untuk meminta sesuatu daripada kitasebagai anak kerana mereka merasakan bahawa hal ini akan membebankan kita. Kitaseharusnya ingat bahawa suatu ketika dahulu, ibu bapa kita telah menyediakan segalakeperluan untuk kita tanpa diminta. Mereka sanggup memakai pakaian yang lama untukmembeli pakaian yang baharu untuk kita. Oleh itu, kita harus menjaga segala keperluan ibu

    bapa kita bagi membalas segala penat lelah mereka. Ulama ada mengatakan bahawaseseorang yang tidak mendapat keredaan ibu bapa tidak akan mencium bau syurga.

    Sekiranya kita gagal menjaga kebajikan ibu bapa kita, maka kita telah melakukan dosa.Jelasnya, kita harus melaksanakan kewajipan kita sebagai anak yang saleh dengan menjagaibu bapa kita dengan baik.

    Selain itu, kita juga harus belajar bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaandalam pelajaran. Setiap ibu bapa mengharapkan anak- anak mereka agar berjaya dalamhidup. Mereka sanggup bertungkus lumus demi menyekolahkan kita agar kita hidupsenang pada kemudian hari. Dalam hal ini, kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguhdalam mencapai kejayaan untuk membalas jasa ibu bapa kita. Kita janganlah membiarkanhasrat ibu bapa kita berkecai seperti kaca terhempas ke batu. Hal ini akan meletakkan ibu

    bapa kita dalam keadaan yang sedih sekiranya kita gagal menunaikan hasrat mereka.Mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada kita tetapi hanya mendoakan agar kitamenjadi insan yang berilmu dan berguna serta dipandang mulia oleh masyarakat. Ibu bapaakan berasa bangga dan gembira apabila melihat anak- anak mereka memperoleh segulungijazah. Kita juga tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat. Kita harusmengikuti jalan yang betul untuk menjaga perasaan ibu bapa kita. Meraka sudah tentu akan

    berasa sedih sekiranya melihat kita melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tegasnya, kitaharus belajar bersungguh-sungguh agar pengorbanan ibu bapa kita tidak menjadi sia- sia.

    Seterusnya, kita perlu meluangkan masa bersama-sama ibu bapa kita. Walaupunsibuk dengan kerjaya, kita harus meluangkan masa untuk bergaul dan beramah mesradengan mereka. Apabila semakin tua, ibu bapa kita mudah diselubungi perasaan kesunyian.Pada ketika inilah, mereka memerlukan teman untuk berbual-bual. Kita seharusnyamenemani mereka ketika mereka berasa sunyi dan sepi. Memang tidak dapat dinafikanapabila telah berkerjaya, kita lebih banyak menghabiskan masa dalam kerjaya. Namun

    begitu, pada masa lapang, kita perlu menziarahi mereka dan berbual-bual dengan mereka.Kita juga perlu bergurau senda dengan mereka untuk menghiburkan hati mereka. IlmuwanIslam ada menyatakan sekiranya kita lupa akan jasa ibu bapa, maka kita juga telah lu paakan diri kita. Bagi anak -anak yang tinggal berjauhan, mereka boleh berhubung denganibu bapa mereka melalui telefon. Ketika berbual dengan mereka, kita perlu menggunakan

    pertuturan yang bersopan dengan mereka agar tidak menggores perasaan mereka. Bukan itusahaja, kita juga boleh membantu ibu bapa kita melakukan kerja-kerja rumah untukmeringankan beban mereka. Sebagai contoh, kita boleh membantu ibu kita untuk memasak,mencuci pakaian, mengemas rumah dan sebagainya. Jelasnya, komunikasi yang baik antaraanak-anak dengan ibu bapa dapat menjamin keharmonian keluarga.

    Sejajar dengan konteks perbicaraan, kita juga perlu menyambut sesuatu perayaan bersama-sama ibu bapa kita. Kita perlu ingat bahawa syurga terletak di bawah tapak kakiibu bapa. Menjelang musim perayaan, kita perlu balik ke kampung untuk menyambutsesuatu perayaan. Ketika musim perayaan, kita dapat meluangkan masa yang lama bersama-sama mereka. Kita juga perlu meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu sebagai tanda menghargai

    jasa mereka. Dengan itu, ibu bapa kita akan merasakan bahawa diri mereka dihargai keranakita sudi mengadakan majlis untuk mereka . Malah, kita juga boleh mengadakan majlissempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa kita. Melalui majlis sebegini, ibu bapa kitadapat mengimbau kembali kenangan manis mereka sewaktu muda. Walaupun ibu bapa kita

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    12/38

    sudah tua, kita juga boleh menyambut hari jadi mereka. Masa itu emas, jikalau kitameluangkan masa untuk ibu bapa kita dalam mengadakan majlis khas untuk mereka, masaitu bagaikan permata, lebih mahal daripada emas. Bukan itu sahaja, kita juga perlumeraikan kejayaan kita bersama- sama ibu bapa kita. Hal ini kerana kejayaan itu sebenarnyahasil titik peluh ibu bapa kita. Walaupun sudah berkahwin, kita perlu memberikankeutamaan kepada ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak ternilai.

    Akhir sekali, kita perlu mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa kita di dunia dandi akhirat. Doa kita akan termakbul sekiranya permintaan kita ikhlas. Bayangkanlahsekiranya ibu bapa kita telah meninggal dunia, adakah kita akan berpeluang untuk melihatmereka semula? Maksud Al-Quran ada menyatakan Dan ucapkanlah doa : WahaiTuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku, sebagaimana mereka mendidik danmengasihani aku sewaktu aku kecil. Oleh itu, kita harus berdoa ag ar ibu bapa kitadikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Bagi ibu bapa yang sudahmeninggal, kita juga boleh berdoa agar mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang mulia. Setiap anak digalakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran untukdisedekahkan kepada arwah ibu bapa mereka. Orang India pula akan mengadakan upacarasembahyang pada setiap ulang tahun kematian ibu bapa mereka. Bagi masyarakatCina, mereka akan menyembah roh arwah ibu bapa dan nenek moyang mereka pada setiapTahun Baru Cina dengan melawati kubur orang tua mereka. Dalam hal ini, setiap agamamenyeru kepada bangsanya untuk berdoa agar roh ibu bapa mereka tenteram.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak harusmelaksanakan kewajipan mereka dengan menjaga ibu bapa dengan baik. Selagi ibu bapakita hidup di muka bumi ini, kita perlu memenuhi segala permintaan dan hajat merekasebagai tanda menghargai pengorbanan mereka. Hal ini kerana apabila mereka sudah tiadadi dunia, kita tidak berpeluang melakukan sesuatu bagi membalas jasa kedua-dua orang tuakita. Ketika itu, kita akan menyesal namun pepatah menyatakan bahawa sesal dahulu

    pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita menyahutslogan Sayangilah Ibu Bapa kita dan berbakti kepada ibu bapa kita agar hidup diberkati.Firman Allah SWT yang bermaksud Sesungguhnya orang -orang yang mulia ialahorang- orang yang tida melakukan dosa. Kita janganlah melakukan dosa denganmenyakitkan hati ibu bapa kita. Tegasnya, setiap insan harus mendukung kewajipan sebagaianak yang soleh dan solehah serta melaksanakan kewajipan tersebut dengan baik agar hidupdiberkati.

    Latihan 4: (Dimensi Keluarga) I bu bapa merupakan in san yang berperanan pentin g bagi menggalakkan anak-anakmenggunakan barangan buatan Mal aysia. Hu raikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalammenggalakkan penggunaan barangan buatan Mal aysia.

    Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara majumenjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan

    pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agartidak lagi mengagung-agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini sudahsetanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluarannegara kita dijamin lebih baik. Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidakmengetahui atau menyedari tentang kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan negarakita, lebih-lebih lagi orang muda-muda yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggidalam memilih kebendaan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan

    penggunaan barangan buatan Malaysia?Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu

    bapa perlulah menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akansentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan

    bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang palingdikagumi kerana ibu bapalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anakdiibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai danmenggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan bersinar. Walaubagaimanapun, ibu

    bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana iniakan menyebabkan anak-anak hilang rasa kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka.Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar,

    barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslahmenjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan menyokong barangan buatanMalaysia yang berkualiti ini.

    Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anakmereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadidemikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja supaya

    mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Hal ini akan dapat menyuntik nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dansanggup berkorban untuk negara kepada generasi mudakita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa banggauntuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea,semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG danPanasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana MenteriMalaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    13/38

    baik negara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jikaanak-anak telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli baranganMalaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan

    bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja.Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan

    bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produkMalaysia pasti akan laris di pasaran.

    Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapamembawa anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlahmembawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan olehKementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnivalsebegini telah ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai tawaran potonganharga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan dan batik, yang merupakan budayayang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan

    pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yangtersendiri. Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapaharuslah membeli barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan barangan buatanMalaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis pertandingan. Dalamkonteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan-pertandinganseperti menulis esei, melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Halini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya mengetahui kualitidan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia,seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan

    buatan Malaysia untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan

    Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya,menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa haruslah memberitahuanak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinyasetanding dengan produk-produk luar negara, malah harganya juga cukup murah untukdimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakanseperti Kempen Beli Barangan Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anaksedar dan mengetahui secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis,memandang rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-

    jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka, tetapi,sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualitidan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting dalammenerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada anak-anak supaya merekasedar dan bijak memilih benda yang baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yangmerupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yangamat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan menggunakan

    barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja

    mengimport barangan luar negara malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapatdicapai. Sedarlah bahawa barangan Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang

    buatan import negara malah mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. RakyatMalaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia MenjanaTransformasi menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsayang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia.Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita

    berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

    LATIHAN 5 (Dimensi Keluarga) Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalamkalangan masyarakat .

    . Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehinggamenjangkau empat puluh buah rumah a tau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik,

    bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarangmenyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup

    berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jadi,kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangatkejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau

    bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangatkejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur. Oleh itu, semua lapisanmasyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangatkejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektifwajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalanganmasyarakat?

    Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan olehmasyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang

    berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslahmenyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat.Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut

    bersama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dansekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baikdan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara

    bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    14/38

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    15/38

    tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untukmemohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan

    bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jirankita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengankita. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupankita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini.Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan.Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuhdan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikansemangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dansejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kamimenciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu

    berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal- mengenali.

    LATIHAN 6 (Dimensi Keluarga) Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskanperanan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

    Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang adatelah membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilangkaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yangterbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amatmembanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damaikerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangandunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat

    jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang ban gsa seperti DatoMaharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang

    bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotikdalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkansemangat patriotik dalam jiwa anak-anak?

    Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yangutama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu

    bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkandan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul

    pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan

    sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahajadapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahimyang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikanamalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat

    patriotik dalam jiwa anak-anak.Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan

    sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akannegara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anakdapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dannovel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-

    buku tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelasmenunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilaiilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-

    buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akansentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuhke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi

    penawar.Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan

    kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagaicontohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang

    boleh menunjukkan sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketammengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harussentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnyakuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapaharuslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapatmenjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlumenjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.

    Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa- peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkangenerasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah , pemuda harapan bangsa,

    pemudi tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum anak -anak masuk tidur, ibu bapa bolehmembacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah

    perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lainketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehlah juga menceritakan sendiri pengalaman nenek

  • 8/14/2019 BM KARANGAN.docx

    16/38

    moyang terdahulu, betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahanJepun di negara kita sehingga terpaksa makan ubi kayu sahaja. Anak-anak yang bijak sudah

    pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding kehidupan yangditempuhi oleh nenek moyang mereka dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotikdalam jiwa anak-anak kerana anak-anak akan insaf dan sedar bagaimana susahnyakehidupan pada zaman penjajahan dan lahirnya perasaan mensyukuri nikmat kemerdekaanyang ada sekarang. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyaimaklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melaluisejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulahsentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau

    berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkansemangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan

    berterusan kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap ceritayang pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlumelaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang

    bersemangat patriotik.Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-

    sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 Septemberdan sebagainya. Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotikdapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, anak-anak dapat bersama-samamengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak kemerdekaan, mendengar

    perkisahan cerita-cerita tentang kesengsaraan pengorbanan para pejuang tanah air untukmemerdekakan negara, dan sama-sama menyaksikan perbarisan yang bolehmenyemarakkan semangat cinta akan tanah air. Anak-anak dapat melihat sendirikemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutansebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkaidan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta

    benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia berdiri megah sepertisekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untukmelihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yangharmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pastisemangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah darirebungnya.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapamemainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapatdiberikan oleh seorang ayah kep ada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia .Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa

    kepada pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakantanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cintaakan negara dan berwawasan.

    LATIHAN 7 (Dimensi Keluarga) Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidupsihat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

    Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyatMalaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemarimakanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara

    berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung,obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkangaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahuibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya,apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalamkalangan anak-anak mereka?

    Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangananak adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbangmengikut piramid makanan. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yangmengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat,

    protein, vitamin, mineral, l