Contoh penulisan fokus kajian mengikut 6 kriteria.pdf

2
Tajuk Kajian: Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Di Dalam Kelas Bagi Murid Masalah Pendengaran Tahun 5 Arif Melalui Peneguhan Negatif. Kriteria Contoh Penulisan Kebolehtadbiran Penyelidik mendapati peneguhan negatif ini dapat dilaksanakan di dalam kelas tanpa mengira mata pelajaran serta tidak melanggar etika sebagai seorang guru biasa. Selain itu, penyelidik telah pun berpendapat kajian ini dapat dijalankan dengan lancar kerana penyelidik menjalankan intervensi dengan menggunakan waktu rehat dan waktu pulang. Penyelidik juga berpengetahuan dalam menggunakan kaedah pengumpulan data seperti temu bual dan yakin bahawa subjek kajian mampu menunjukkan perubahan tingkah laku selepas intervensi dilaksanakan. Kajian ini juga mudah dilaksanakan memandangkan subjek kajian adalah murid dalam kelas penyelidik dan hanya melibatkan seorang murid sahaja. Jadi kajian yang dijalankan dilihat mampu dipraktikkan di sekolah. Kepentingan Kajian ini adalah penting untuk mengukuhkan tingkah laku positif murid yang diingini ketika berada di dalam kelas. Kajian ini juga adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif dengan menggunakan peneguhan yang bersesuaian. Sekiranya tingkah laku negatif murid tidak diubah ini akan mengganggu keselesaan alam peiajaran dan mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil pembelajaran murid juga mungkin tidak tercapai. Justeru, fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan. Kebolehgunaan Hasil kajian dapat membantu guru menggunakan peneguhan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah-masalah tingkah laku negatif murid di dalam kelas. Peneguhan negatif ini juga dapat membantu guru menanamkan nilai-nilai murni di dalam diri murid ketika di dalam kelas. Jadi, peneguhan negatif ini boleh digunakan oleh semua guru tanpa mengira mata pelajaran yang diajar, tempat dan jantina selagi bersesuaian dengan situasi untuk tujuan modifikasi tingkah laku murid. Peneguhan negatif ini juga boleh diguna pakai oleh guru biasa tanpa melibatkan jawatan tertentu kerana kesan penggunaan peneguhan negatif ke atas tindakan murid tidak akan menyakitkan, murid. Kawalan Skop kajian ini adalah kecil. Murid X adalah murid penyelidik sendiri dan penyelidik tidak melibatkan murid lain yang bukan subjek di dalam kajian ini. Aspek kedua adalah masa intervensi. Penyelidik menjalankan intervensi dengan menggunakan masa interaksi penyelidik bersama kelas tahun 5 Arif iaitu ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan penyelidik tidak mengganggu masa interaksi guru lain bersama tahun 5 Arif. Seterusnya adalah tempat. Intervensi dijalankan di dalam bilik darjah tahun 5 Arif itu sendiri dan penyelidik tidak menggunakan kawasan lain untuk menjalankan intervensi. Akhir sekali adalah isu kajian yang mana

Transcript of Contoh penulisan fokus kajian mengikut 6 kriteria.pdf

  • Tajuk Kajian:

    Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Di Dalam Kelas Bagi Murid Masalah Pendengaran Tahun 5 Arif Melalui Peneguhan Negatif.

    Kriteria

    Contoh Penulisan

    Kebolehtadbiran

    Penyelidik mendapati peneguhan negatif ini dapat dilaksanakan di dalam kelas tanpa mengira mata pelajaran serta tidak melanggar etika sebagai seorang guru biasa. Selain itu, penyelidik telah pun berpendapat kajian ini dapat dijalankan dengan lancar kerana penyelidik menjalankan intervensi dengan menggunakan waktu rehat dan waktu pulang. Penyelidik juga berpengetahuan dalam menggunakan kaedah pengumpulan data seperti temu bual dan yakin bahawa subjek kajian mampu menunjukkan perubahan tingkah laku selepas intervensi dilaksanakan. Kajian ini juga mudah dilaksanakan memandangkan subjek kajian adalah murid dalam kelas penyelidik dan hanya melibatkan seorang murid sahaja. Jadi kajian yang dijalankan dilihat mampu dipraktikkan di sekolah.

    Kepentingan

    Kajian ini adalah penting untuk mengukuhkan tingkah laku positif murid yang diingini ketika berada di dalam kelas. Kajian ini juga adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif dengan menggunakan peneguhan yang bersesuaian. Sekiranya tingkah laku negatif murid tidak diubah ini akan mengganggu keselesaan alam peiajaran dan mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil pembelajaran murid juga mungkin tidak tercapai. Justeru, fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan.

    Kebolehgunaan Hasil kajian dapat membantu guru menggunakan peneguhan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah-masalah tingkah laku negatif murid di dalam kelas. Peneguhan negatif ini juga dapat membantu guru menanamkan nilai-nilai murni di dalam diri murid ketika di dalam kelas. Jadi, peneguhan negatif ini boleh digunakan oleh semua guru tanpa mengira mata pelajaran yang diajar, tempat dan jantina selagi bersesuaian dengan situasi untuk tujuan modifikasi tingkah laku murid. Peneguhan negatif ini juga boleh diguna pakai oleh guru biasa tanpa melibatkan jawatan tertentu kerana kesan penggunaan peneguhan negatif ke atas tindakan murid tidak akan menyakitkan, murid.

    Kawalan Skop kajian ini adalah kecil. Murid X adalah murid penyelidik sendiri dan penyelidik tidak melibatkan murid lain yang bukan subjek di dalam kajian ini. Aspek kedua adalah masa intervensi. Penyelidik menjalankan intervensi dengan menggunakan masa interaksi penyelidik bersama kelas tahun 5 Arif iaitu ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan penyelidik tidak mengganggu masa interaksi guru lain bersama tahun 5 Arif. Seterusnya adalah tempat. Intervensi dijalankan di dalam bilik darjah tahun 5 Arif itu sendiri dan penyelidik tidak menggunakan kawasan lain untuk menjalankan intervensi. Akhir sekali adalah isu kajian yang mana

  • penyelidik dapat mengawalnya dengan intervensi yang dijalankan oleh penyelidik melalui 2 kitaran. Peneguhan negatif mampu dijalankan oleh penyelidik kerana tidak melibatkan kos dan tidak mengambil masa yang banyak.

    Kolaboratif Penyelidik telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di sekolah. Kerjasama yang diterima penyelidik tidak kira dari pihak pentadbir dan juga guru-guru. Guru penolong kanan pendidikan khas telah memberi kerjasama yang baik apabila penyelidik meminta untuk mengambil alih tahun 5 Arif. Guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi kelas tahun 5 Arif juga tidak menunjukkan sebarang masalah apabila pengkaji mengambil alih beberapa waktu interaksi bersama kelas tahun 5 Arif. Selain itu, penyelidik juga berkolaboratif dengan rakan sejawat ketika menjalankan intervensi di dalam kelas.

    Kerelevanan kepada sekolah

    Fokus kajian ini memberi faedah kepada pihak sekolah terutama kepada guru-guru disiplin. Buku Pengurusan Sekolah menyatakan bahawa matlamat akhir guru adalah membentuk disiplin kendiri yang baik. Pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas setiap guru dan bukan semata-mata tanggungjawab Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Disiplin sahaja. Peranan guru dalam melaksanakan disiplin adalah dengan mengawas disiplin dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan dalam kegiatan luar sekolah.