Contoh Strategi Inovasi PdP PPD Hilir Perak

4

Click here to load reader

description

Contoh Strategi Inovasi PdP PPD Hilir Perak

Transcript of Contoh Strategi Inovasi PdP PPD Hilir Perak

  • 1

    CONTOH STRATEGI / TEKNIK INOVASI PdP

    Contoh Kreatif dan Inovasi: MAJOR MATEMATIK

    CONTOH PERTAMA

    PENGGUNAAN MULTIMEDIA (POWER POINT SLIDES)

    Pengajaran harus merangkumi penggunaan kreatif teknologi seperti ICT

    untuk pembelajaran penerokaan dan konstruktivis dalam matematik.

    Sebagai contoh, guru yang mengajar bab pecahan, mungkin agak sukar

    untuk menerangkan bagaimana proses pecahan itu berlaku, tetapi guru

    dapat menjelaskan proses tersebut melalui penggunaan slaid atau pun

    perisian matematik. Dengan cara ini pelajar dapat menggambarkan proses

    pecahan tersebut.

    Sila lihat contoh slaid di bawah:

    Slaid 1

    Tahun 4: PECAHAN

    Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang sama Penyebut

    Situasi:

    Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong

    buah oren tersebut kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas

    daripada limau itu dan Adi memakan 3 ulas daripada limau

    itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan oleh Ali dan

    Adi??

  • 2

    Slaid 2

    Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali

    dan Adi .

    Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =2/8

    Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8

    Jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah: 2/8 + 3/8= 5/8

    Persembahan slaid di atas boleh dikategorikan sebagai pengajaran

    kreatif dan inovatif yang disediakan oleh guru matematik.

  • 3

    CONTOH KEDUA

    PENGGUNAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER

    TAHUN 3: TAJUK SIFIR

    Pengajaran guru merangkumi pendekatan konstruktivisme di mana murid

    belajar melalui kaedah penerokaan

    Guru perlu mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

    perpusatkan murid (student centred)

    Guru Menggunakan persisian komputer yang sesuai untuk membantu murid

    menerokai konsep operasi darab dan seterusnya membina sifir darab mereka

    sendiri

    Langkah-Langkah Kaedah Pengajaran Baru (berbantukan komputer)

    1. Guru minta murid membaca sifir darab sekali sahaja (BUKAN MENGHAFAL):

    2 X 1 = 2

    2 X 2 = 4

    2 X 3 = 6

    2 X 9 =18

    2. Guru mengemukakan soalan berikut:

    Apakah maksud 2 X 3 ?. Mengapa 2 X 3 adalah sama dengan 6

    Apakah maksud 3 X 2 ? Mengapakah 3 X 2 juga sama dengan 6

    3. Guru membimbing murid menjalan aktiviti menerokai konsep operasi darab

    dengan persisian yang sesuai (lihat contoh gambar)

    a) Pelajar menerokai konsep dengan perisian-perisian (Rajah 1, Rajah 2 dan

    Rajah 3)

    Rajah 1: Menerokai Konsep Operasi darab

  • 4

    Rajah 2: Menerokai Konsep Operasi Darab

    Rajah 3: Menerokai Konsep Operasi Darab

    4. Guru meminta murid menerangkan maksud darab yang mereka dapati kepada

    murid-murid lain. Guru menjadi fasilitator untuk membantu murid mendapatkan

    persefahaman tentang maksud operasi darab

    5. Guru meminta murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk membina sifir darab

    yang berasaskan 2.

    6. Guru mencabar murid membina sifir darab yang berasaskan 3 (aktiviti

    pengayaan)