esei praktikum

2
Apa yang diharapkan melalui praktikum ini Praktikum 1 merupakan praktikum pertama saya. Saya amat berharap pada praktikum kali ini saya mendapat pengalaman dan tunjuk ajar bagaimana ingin menjadi seorang guru yang berjaya. Saya ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Malakoff. Harapan saya agar saya mendapat seorang guru pembimbing yang sanggup berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada saya. Selain itu saya juga akan mewujudkan hubungan yang positif dengan semua orang di sekolah, daripada pihak pentadbiran, guru-guru, staf sokongan sehinggalah ke pengawal keselamatan. Saya akan cuba meminta tunjuk ajar guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Malakoff kerana mereka merupakan guru yang berpengalaman dan mengetahui selok belok dunia pendidikan. Saya berharap agar dapat menyertai aktiviti- aktiviti yang dijalankan di sekolah ini sebagai pendedahan awal kepada saya dalam memasuki dunia pendidikan yang mencabar ini. Saya juga akan cuba belajar cara kehidupan seorang guru yang sejati. Selain itu saya juga akan cuba mempraktikkan segala yang telah dipelajari di institut selama 4 tahun ini. Oleh kerana Praktikum pertama hanya mengkehendaki saya mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil. Saya akan mengajar dengan cara yang saya telah pelajari di institut untuk menilai sejauh mana keberkesanannya. Ilmu pendidikan yang telah saya pelajari pada setiap semester juga

description

esei praktikum

Transcript of esei praktikum

Apa yang diharapkan melalui praktikum ini

Praktikum 1 merupakan praktikum pertama saya. Saya amat berharap pada praktikum kali ini saya mendapat pengalaman dan tunjuk ajar bagaimana ingin menjadi seorang guru yang berjaya. Saya ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Malakoff. Harapan saya agar saya mendapat seorang guru pembimbing yang sanggup berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada saya. Selain itu saya juga akan mewujudkan hubungan yang positif dengan semua orang di sekolah, daripada pihak pentadbiran, guru-guru, staf sokongan sehinggalah ke pengawal keselamatan. Saya akan cuba meminta tunjuk ajar guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Malakoff kerana mereka merupakan guru yang berpengalaman dan mengetahui selok belok dunia pendidikan. Saya berharap agar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini sebagai pendedahan awal kepada saya dalam memasuki dunia pendidikan yang mencabar ini. Saya juga akan cuba belajar cara kehidupan seorang guru yang sejati. Selain itu saya juga akan cuba mempraktikkan segala yang telah dipelajari di institut selama 4 tahun ini. Oleh kerana Praktikum pertama hanya mengkehendaki saya mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil. Saya akan mengajar dengan cara yang saya telah pelajari di institut untuk menilai sejauh mana keberkesanannya. Ilmu pendidikan yang telah saya pelajari pada setiap semester juga mungkin akan membantu saya dalam menyediakan suasana P&P dan persekitaran yang selesa. Saya juga mengharapkan anak murid saya nanti dapat memberikan kerjasama yang baik serta minat untuk belajar. Harapan saya agar mereka dapat memahami apa yang saya ajari kelak. Saya juga amat berharap tunjuk ajar dari En. Maniyarasan selaku pensyarah pembimbing saya untuk praktikum ini.