ESEI RPH

6
ISI KANDUNGAN Tajuk atau topik pelajaran patut ditulis mengikut tajuk yang telah dirancangkan secara urutan dalam Rancangan Pelajaran. Tajuk ini memberitahu apa yang menjadi fokus pengajaran dan pembelajaran pada hari itu atau dikenali sebagai standard kandungan dan standard pembelajaran. Ia berfungsi sebagai ‘advanced organizer’ agar semua fakta, konsep, teori dan lain-lain dapat disusun yang dikaitkan kepada tajuk ini. Tajuk atau topik pelajaran yang patut diajar bagi sesuatu kelas telah disediakan oleh PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran. Oleh itu tidak banyak perbezaan dari segi topic yang akan wujud antara kelas yang sama tahapnya. Seseorang guru yang cekap akan menyusun rapi topik- topik ini ke dalam Rancangan Kerja Tahunan, Rancangan Kerja Semester, Rancangan Kerja Mingguan dan Rancangan Kerja Harian. Contohnya: FOKUS STANDARD KANDUNGAN 2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu 2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu 2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu. K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar K2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam

description

Rancangan Pengajaran Harian Sejarah

Transcript of ESEI RPH

ISI KANDUNGAN Tajuk atau topik pelajaran patut ditulis mengikut tajuk yang telah dirancangkan secara urutan dalam Rancangan Pelajaran. Tajuk ini memberitahu apa yang menjadi fokus pengajaran dan pembelajaran pada hari itu atau dikenali sebagai standard kandungan dan standard pembelajaran. Ia berfungsi sebagai advanced organizer agar semua fakta, konsep, teori dan lain-lain dapat disusun yang dikaitkan kepada tajuk ini. Tajuk atau topik pelajaran yang patut diajar bagi sesuatu kelas telah disediakan oleh PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran. Oleh itu tidak banyak perbezaan dari segi topic yang akan wujud antara kelas yang sama tahapnya. Seseorang guru yang cekap akan menyusun rapi topik-topik ini ke dalam Rancangan Kerja Tahunan, Rancangan Kerja Semester, Rancangan Kerja Mingguan dan Rancangan Kerja Harian.Contohnya:FOKUSSTANDARD KANDUNGAN2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu

STANDARD PEMBELAJARAN2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.

K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar K2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitarK2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhi kehidupan harian

Seseorang guru perlu membuat diagnosis bagi membolehkan pengajarannya disesuaikan dengan keperluan, kebolehan, minat murid-murid. Pemilihan isi pelajaran diasaskan kepada pertimbangan ke atas pemilihan dan penyusunan isi sesuai dan berkaitan dengan objektif pelajaran, isi pelajaran hendaklah relevan kepada murid-murid dan pengalaman murid-murid, huraian isi terutamanya berkaitan fakta, konsep, prinsip, generalisasi dan sebagainya di samping dapat mengembangkan pengetahuan dan pemikiran kritis murid serta dapat menarik minat kepada pengajaran guru. Akhir sekali ialah penyampaian isi oleh guru dengan cara yang mudah difahami.Hasil PembelajaranHasil Pembelajaran merupakan suatu keterangan mengenai apa yang dilakukan oleh murid untuk membentuk asas sesuatu inferens terhadap pembelajaran . Hasil pembelajaran menyatakan apa yang pelajar tahu dan boleh buat atau jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah mengikuti kursus pengajian mereka. Hasil pembelajaran dibina untuk menilai prestasi pelajar daripada segi apa yang pelajar tahu dan boleh buat di akhir kursus pengajian. Selain itu, memastikan pelajar menguruskan pembelajaran mereka.Di samping itu, menjadikan apa yang diajarkan dan dipelajari itu intentional. Akhir sekali, mengetahui apa yang perlu diubah serta memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran.ObjektifObjektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkah lakunya. Objektif terdiri daripada Objektif perlakuan yang menitikberatkan tingkah laku dan pencapaian murid yang tidak berpusatkan guru. Daripada itu, guru perlu lebih peka kepada keperluan dan kebolehan pelajarnya. Objektif berguna pula adalah untuk memberi arah tuju kepada guru di samping membantu menilai kemajuan perjalanan pelajaran di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif amat penting kerana objektif boleh menjadi panduan kepada guru semasa merancang dan memilih bahan pengajaran di sepanjang proses pembelajaran. Bahan-bahan yang relevan juga dapat disusun atur seupaya objektif tercapai. Objektif mempunyai kait rapat dengan penilaian. Guru dapat menilai setakat mana pengajarannya telah berkesan. Aktiviti-aktiviti susulan juga dapat disusun bagi memastikan pelajar dapat memanfaatkan semaksimum mungkin.Penulisan objektif yang baik mempunyai 5 elemen (SMART). Pertama ialah spesifik yang menyatakan secara jelas dan tepat apakah yang perlu dilakukan oleh murid contohnya menyenaraikan, mengklasifikasikan, menghurai dan lain-lain. Kedua ialah boleh diukur (Measurable) yang perlu dinyatakan cara untuk mengukur atau menilai untuk menentukan sama ada murid-murid benar-benar mencapai objektif khas yang dikehendaki. Pengukuran ini dijalankan melalui ujian, demokrasi, pemerhatian atau rubric. Ketiga ialah boleh dicapai (Achievable) iaitu memastikan objektif khas yang ditulis boleh dicapai. Keempat, sebenar dan relevan (Realistic, relevant dan result-focused) dengan memastikan objektif khas yang ditulis benar-benar boleh dicapai dan boleh membantu murid untuk mengaplikasikan kepada situasi lain. Akhirnya ialah tempoh masa (Time-frame) yang merujuk kepada beberapa perkaran iaitu sebenarnya murid akan melaksanakan objektif, bila objektif itu perlu dicapai, tempoh pencapaian dan limitasi masa untuk membolehkan objektif itu dicapai, tempoh pencapaian dan limitasi masa untuk membolehkan objektif itu dicapai.ContohnyaObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapatI. Menyatakan maksud Zaman Air BatuII. Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku pada Zaman Air BatuIII. Menyenaraikan 2 keperluan menghargai alam sekitar

AktivitiAktiviti yang hendak ditentukan boleh dalam bentuk aktiviti individu atau berkumpulan. Jika dalam kumpulan, perlu memastikan setiap individu dalam kumpulan mempunyai fungsi. Walau bagaimanapun dalam masa merancang aktiviti yang hendak dijalankan dalam kelas, pelbagai aspek perlu diambil kira. Antaranya aktiviti itu perlulah jenis yang lebih berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru semata-mata. Selain itu, memastikan bahawa aktiviti itu adalah menarik yang berupaya mengekalkan minat murid dan mendorong murid untuk terus berusaha. Aktiviti perlulah sesuai dengan fokus yang hendak disampaikan pada hari itu. Sehubungan itu, aktiviti yang ditentukan mestilah yang akan mencapai objektif perlakuan yang telah ditetapkan. Aktiviti juga perlu ditentukan berdasarkan kebolehan murid. Contohnya jika guru hendak menjalankan pembelajaran koperatif dalam kelasnya sebagai aktiviti berkumpulan, pastikan pelajar tahu apa tanggungjawab masing-masing, Aktiviti yang hendak disampaiakn sepatutnya dalah berdasarkan domain (Kognitif,afektif ataupun psikomotor yang hendak ditekanakan dalam pengajaran. ContohnyaAktiviti1. Menonton tayangan video musim sejuk2. Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuaca panas3. Melihat gambar keadaan bentuk muka di kawasan yang mengalami musim sejuk melalui slaid power point 4. Membentangkan jawapan berdasarkan kad arahan yang diberikan.

Kemahiran BelajarDalam Persediaan Mengajar, kemahiran yang guru hendak pelajar peroleh bagi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran perlu difikir dengan eksplisit. Kemahiran asas yang perlu diambil kira seperti kemahiran merujuk, menulis, melukis dan mengira. Kemahiran-kemahiran belajar yang lain adalah kemahiran mengingat, mendengar secara aktif, mencatat nota, memproses maklumat dan menemu ramah.Guru perlulah sedar jenis kemahiran yang guru hendak murid peroleh sepanjang sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu,guru mestilah masukkan idea ini dalam perancangannya agar murid dapat mencapai kemahiran yang dikehendaki dengan mudah cepat licin dan lancar.