esei teori konflik

download esei teori konflik

of 20

Transcript of esei teori konflik

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    1/20

    Manusia sememangnya suka bersaing kerana persaingan merupakan faktor

    turun-temurun yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Persaingan dalam

    perhubungan perseorangan atau antara individu adalah sesuatu yang tidak

    dapat dielakkan. Persaingan wujud kerana terdapat pertembungan kepentingan,

    nilai, tindakan, status, halatuju dan berbagai keinginan. Persaingan ada

    ketikanya memang sengaja diwujudkan kerana kepentingan spesifikasi tugas

    (Bisno, 1988).

    Persaingan boleh terjadi antara dua individu atau kumpulan atau dalam diri

    individu atau kumpulan itu sendiri. Pertembungan dua pihak atau dua individu

    yang berusaha untuk memiliki sesuatu yang sama dan terhad sudah tentu akan

    mewujudkan satu suasana tidak harmoni apabila satu pihak memperolehinya

    dan satu pihak lain tidak memperolehinya.

    Apabila ini terjadi maka kesan pertama yang dapat dilihat akibat pertembungan

    ini ialah hubungan yang kurang baik. Sekiranya tiada usaha untuk memperbaiki

    hubungan ini ia boleh menyebabkan berlakunya konflik yang berpanjangan.

    Konflik kerapkali dianggap mempunyai kaitan dengan tuntutan atau perundingan

    di mana penyumbang-penyumbang utama (protagonists) mempunyai

    kepentingan dan matlamat yang berbeza. Apa yang dikehendaki oleh satu pihak

    akan menyebabkan pertentangan dan kekecewaan kepada satu pihak lain.

    Meskipun kedua-dua pihak mempunyai kemahuan untuk mencapai persetujuan,

    mereka mempunyai pertentangan keinginan untuk menentukan cadangan yang

    mana perlu diterima dan diikuti.

    Namun yang penting ialah setiap masalah, krisis, konflik dan sebagainya

    memiliki benih-benih kejayaan ataupun akar umbi kegagalan. Mengenal pasti,

    menyemai, dan menuai benih kejayaan merupakan tugas dan tanggungjawab

    pengurusan krisis (Augustine, 2000) yang juga tugas dan tanggungjawab

    pengurusan konflik. Kebanyakan manusia atau pengurus hari ini cuba

    menyelesaikan masalah, krisis dan konflik dengan melihat dan memahami

    permasalahan yang dihadapi mengikut pandangan mereka sendiri tanpaberusaha memahaminya melalui pandangan pihak ketiga. Ini menyebabkan

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    2/20

    konflik tidak dapat diselesaikan dengan sempurna dan konflik masih terus

    berlaku (De Bono, 1985).

    1.0 Institusi Keluarga

    Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses

    pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga

    maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam

    sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan

    sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi

    berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca

    daripada institusi keluarga.

    Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap,

    wahana ini mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah

    yang dicapai melalui pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan

    yang dilaporkan telah berlaku akibat konflik dan tidak ada persefahaman antara

    ahli dalam sesebuah keluarga. Beberapa teori keluarga bermasalah juga

    dibentangkan bagi membantu usaha memantapkan institusi keluarga.

    1.1 Definisi Keluarga

    Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai a group of

    people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common

    household, (Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi

    rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-

    anak. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri

    daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu

    pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    3/20

    Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk

    sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu

    bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara.

    Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah

    rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok

    rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam

    masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal

    ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).

    Secara umumnya, keluarga yang sah terbentuk berasaskan ikatan perkahwinan

    dan dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah

    keluarga mempunyai objektif-objektif tertentu.

    1.5 Teori Konflik

    Teori Konflik pula mentakrifkan keluarga bermasalah berpunca daripada konflik

    atau pergeseran nilai dan tingkah laku ahli keluarga. Teori ini menerangkan

    bahawa masyarakat tidak stabil dan ahli kumpulan bertanding untuk punca dan

    khidmat yang berkurangan. Sebagai contoh adanya ketegangan antara

    masyarakat kelas rendah atau golongan miskin dengan golongan kelas tinggi.

    Golongan miskin tidak mendapat peluang yang sama untuk belajar boleh menjadi

    punca konflik. Penderaan yang berlaku adalah akibat keadaan keluarga yang

    tidak stabil. Kewangan yang tidak mencukupi boleh memberi kesan negatif

    (konflik) dalam perhubungan keluarga. Mengikut Nijole V Benokraitis (1995:32),

    teori ini menerangkan berbagai kesengsaraan keluarga adalah akibat daripada

    masalah sosial yang berleluasa.

    Daripada sumber (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) teori ini

    mencadangkan bahawa perbezaan kuasa adalah punca berlakunya kekerasan.

    Keluarga yang tidak membahagikan kuasa secara sama rata, contohnya

    keluarga didominasi oleh kaum lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk

    berlakunya kekerasan dalam rumah tangga

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    4/20

    1.6 Bentuk-bentuk Masalah Keluarga

    Berdasarkan huraian konsep dan teori terdapat beberapa pola masalah keluarga

    yang dialami dalam masyarakat. Beberapa permasalahan yang berkait dengan skop

    kajian ini dihuraikan dibahagian berikut:

    1.6.1 Penceraian

    Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu.

    Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.

    Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai penamatan suatu perkahwinan yang

    sah dan formal (Nijole V Benokraitis, 1996).

    Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan

    penceraian berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu

    yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan

    keadaan keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya

    pengetahuan dalam agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat.

    Sebanyak 80% daripada wanita yang terlibat dengan penceraian adalah mereka

    yang tidak pernah mendapat didikan agama dan belajar sehingga tahun tiga sekolah-

    sekolah agama kerajaan Johor (Utusan Malysia, 12 Mei 1999:10). Perangkaan yang

    dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri

    Johor tahun 1998 pula mendapati kadar penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku

    dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun.

    Kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab

    utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta.

    Kesan penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak.

    Menurut U.S Bureau of the Census 1994b, kadar penceraian telah berganda sejak

    dua dekad yang lalu, di mana lebih separuh daripada perkahwinan berakhir denganpenceraian (Wolf, 1996). Mereka juga bersetuju penceraian selalunya menghasilkan

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    5/20

    cabaran ekonomi/kewangan kepada wanita dan anak-anak kerana pendapatan telah

    berkurangan.

    Davidson & Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku

    penceraian di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan

    penglibatan wanita dalam tenaga kerja (Davidson & Moore, 1996). Mengikut Henslin

    (dalam Davidson & Moore, 1996) terdapat lapan pembolehubah yang mempengaruhi

    berlakunya penceraian:

    a. Ketidakserasian peranan suami isteri

    b. Perbezaan cara menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan kerana

    sosialisasi yang berbeza.

    c. Keperluan hidup yang bertambah

    d. Kebosanan dalam kehidupan perkahwinan

    e. Perubahan-perubahan fungsi perkahwinan dan kekeluargaan

    f. Peningkatan usaha memenuhi emosi

    g. Peningkatan sokongan terhadap wanita yang bercerai

    h. Harapan yang keterlaluan tehadap peranan isteri/suami (mengikut tradisi)

    Menurut Fisher (dalam Davidson & Moore, 1996: 657) pasangan yang menghadapi

    risiko yang tinggi untuk bercerai ialah mereka yang berada dalam jangka pendek

    perkahwinan yang mempunyai seorang anak iaitu antara 1-3 tahun perkahwinan.

    Mereka ini tidak berjaya menghadapi cabaran cabaran alam perkahwinan dan gagal

    menyelesaikan soal rumahtangga seperti masalah kewangan, penjagaan dan

    kesihatan anak-anak. Juga campurtangan ibu-bapa , saudara mara menambahkan

    lagi kompleknya cabaran kepada pasangan yang baru berkahwin bagi terus

    menyesuaikan diri mereka dengan alam perkahwinan.

    Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi

    kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga

    masih tinggal bersama walaupun tidak bahagia.

    1.6.2 Penderaan Kanak-kanak

    Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    6/20

    keganasan rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh

    ibu bapa berpunca daripada tekanan (stress). Kegagalan mengawal perasaan

    menyebabkan ibu bapa bertindak melulu dengan melepaskan kemarahan kepada

    anak-anak. Perlakuan mendera anak-anak boleh berterusan daripada satu generasi

    kepada satu generasi melalui pembelajaran. Selain daripada itu, tabiat meminum

    minuman keras yang menyebabkan mabuk juga menjadi punca kepada berlakunya

    penderaan (Muhammad, 1985). Ciri-ciri kurang sihat ini mewujudkan persekitaran

    negatif dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak. Keadaan yang tidak

    memberansangkan ini dialami oleh setiap kaum.

    1.6.3 Keganasan Rumahtangga

    Keganasan rumahtangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal yang

    dilakukan oleh suami kepada isteri dan anak-anak mereka sendiri (Robert, 1993).

    Penderaan fizikal melibatkan perbuatan menyepak, menampar, mencucuh objek

    panas seperti seterika dan bara rokok kepada tubuh badan serta memukul dengan

    menggunakan objek keras seperti talipinggang dan kayu.

    Ianya terjadi apabila kedua dua suami isteri tidak dapat menyelesaikan sesuatu

    masalah dengan cara diplomasi. Pergaduhan mulanya berlaku hingga menyebabkan

    suami mengambil tindakan mendera isteri. Mangsa penderaan bukan sahaja

    menghadapi masalah mental yang serius seperti tekanan perasaan akibat daripada

    perbuatan tersebut malah ianya menjejaskan kesihatan mangsa ( Tamadun, April,

    1998: 23 ). Di antara kesan yang diterima ialah lebam anggota badan, luka-luka,

    melecur kulit dan ada kes penderaan yang membawa maut.

    Di Amerika Syarikat penderaan isteri sering berlaku. Di antara 50-75 peratus wanita

    pernah didera oleh pasangan mereka (Dickinson & Leming, 1995). Ia berlaku dalam

    semua lapisan masyarakat di kalangan golongan kaya atau miskin, berpendidikan

    atau tidak berpendidikan (Thorman, 1980).

    Beberapa kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara

    penyalahgunaan dadah dan minuman keras dengan keganasan rumahtangga

    (Hampton & Coner-Edwards, 1993). Menurut Gullotan, Adams dan Alexander (1986),Gelles, et.al telah membuat kesimpulan bahawa lelaki yang mendera isteri atau anak

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    7/20

    juga sama ada pernah didera atau pernah melihat penderaan dalam keluarga

    sewaktu kecil. Ciri-ciri negatif ini mewujudkan persekitaran yang tidak sihat untuk

    anak-anak membesar

    1.6.4 Keluarga Tunggal

    Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya

    berlaku kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut

    meninggalkan penafian, emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa

    kehilangan dan kesepian serta perasaan lega (Kavanaugh, 1972).

    Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan mencari

    pekerjaan dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan membimbing anak-

    anak (Wolf, 1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal perlu memelihara

    kesejahteraan keluarga seperti memberi kasih sayang secukupnya. Bukan sahaja

    seorang bapa tidak boleh memain peranan sebagai seorang ibu dan sebaliknya,

    tetapi juga masa amat terhad untuk membolehkan keluarga tunggal berfungsi

    sepenuhnya. Tanggungjawab berat yang dipikul oleh satu pihak sahaja ini boleh

    mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai.

    1.6.5. Ibu bapa Bekerja Sepenuh Masa

    Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

    Oleh yang demikian, sumber pendapatan yang kukuh amat diperlukan untuk

    memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi. Ini menyebabkan bilangan isteri

    yang bekerja semakin meningkat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh

    suami. Taraf pendidikan yang semakin baik diterima oleh kaum wanita membolehkan

    mereka mendapat jawatan atau kerja.

    Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama anak-

    anak semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasihsayang. Ini kerana keluarga yang mempunyai kualiti yang baik sperti memberi kasih

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    8/20

    sayang yang secukupnya dapat mengurangkan masalah perlakuan anak-anak

    (Burbach & Borduin,1986). Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk

    mewujudkan rasa yang anak-anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi

    mengelakkan berlakunya perkembangan masalah anak-anak sana ada dari luar

    ataupun dalam.

    Pasangan dwi-bekerja memberi kesan kepada keluarga dalam banyak cara

    (Benokraitis, 1996). Peranan kerja mempengaruhi kualiti perkahwinan,

    tanggungjawab kekeluargaan dan kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun,

    Higgins et.al (dalam Berokratis, 1996) mendapati ibu yang bekerja masih dapat

    meluangkan masa kepada keluarga lebih daripada bapa yang bekerja. Pengkaji-

    pengkaji kebelakangan ini pula mencadangkan bahawa persoalannya bukan

    pekerjaan ibu semata-mata memberi kesan kepada kanak-kanak tetapi kualiti

    penjagaan kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.

    1.6.6 Masalah Remaja dan Juvana

    Kajian Zainal (1985) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflik

    kepada keluarga. Antaranya:

    a. Pencanggahan pendapat dengan remaja.

    b. Remaja dilayan seperti anak kecail

    c. Remaja selalu dikritik oleh ibubapa

    d. Keluarga menentang rancangan remaja

    e. Ibubapa tidak memahami remaja

    f. Remaja tidak dibenarkan keluar dengan kawan dari jantina lain

    g. Ibubapa tidak membenarkan kanak-kanak remaja datang ke rumah

    Masalah-masalah di atas berpunca daripada:

    a. Masalah tiada kemahiran dan pengalaman pekerjaan

    b. Tiada pendidikan sempurna

    c. Suka berangan-angan dan mudah dipengaruhi

    d. Keluarga miskin atau kucar-kacire. Kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    9/20

    Hasil kajian di atas menunjukkan bahawa masalah-masalah remaja mempengaruhi

    kecenderungan timbulnya konflik dalam keluarga dan iklim kekeluargaan juga

    memberi kesan kepada remaja.

    Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga displin

    anak menjadi punca kepada kepada keganasan dan perlakuan delinkuen remaja (

    Bandura & Walters, 1963). Mereka mengkaji faktor perhubungan keluarga dengan

    tingkah laku delinkuen. Kajian mereka menghadkan sampel kepada remaja yang

    tidak mengalami kerumitan kewangan dan yang mempunyai kedua-dua ibu bapa

    tinggal serumah. Kajian itu telah menunjukkan tiada apa-apa perbezaan dari segi

    cara perhubungan ibu-anak di antara remaja delinkuen dan bukan delinkuen.

    Walaubagaimanapun, perbezaan besar terdapat dalam aspek perhubungan bapa-

    anak. Dapatan kajian itu menggambarkan bahawa remaja delinkuen kurang

    mengidentifikasikan diri mereka dengan bapa. Dalam hal ini pihak bapa dikatakan

    gagal memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai moral kepada anak-

    anak mereka.

    Nash turut bersetuju dengan dapatan kajian Bandura dan Walters (1963). Dari kajian

    klinikal yang dibuatnya, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perhubungan

    bapa-anak terutama bapa dengan anak lelaki sangat penting bagi menentukan

    kemungkinan anak remaja terpesong ke arah tingkahlaku delikuen. Antara ciri-ciri

    negatif yang disebutkan adalah seperti:

    a. Hukuman yang diterima daripada keluarga terlalu teruk dan ganas

    b. Sikap bapa terlalu autoritarian

    c. Ibu biasanya dominan di rumah

    d. Remaja mempunyai imej yang rendah terhadap bapanya

    e. Berlaku kegagalan berkomunikasi antara ibu bapa dan remaja

    Kajian berikutnya mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak dan menjaga

    displin anak dengan baik dikaitkan dengan kes juvana seperti mencuri, lari dari

    rumah dan bergaduh (Lefkowitz,Eron,Waldert & Huesman, 1977:57).

    Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikatakan mempunyai hubungan

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    10/20

    dengan pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi aktiviti dan

    perlakuan anak-anak (Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup yang dilalui oleh

    remaja pula boleh mempengaruhi masalah juvana dan jenis kesalahan yang dilaku

    oleh remaja (Hadad,Barocas & Hollenback, 1991:.23). Kajian Hadad (et al)

    menyokong penjumpaan Loeber & Stoutmer iaitu perlakuan delinkuen mempunyai

    hubungan dengan kekurangan tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-

    anak, kurang menghabiskan masa bersama anak-anak, tidak mengambil berat

    tentang pelajaran, kawan- kawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak

    mereka diluar rumah. Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan

    masalah dalam keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk

    melakukan kelakuan yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46).

    Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993) bukan

    sahaja mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana .

    Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu

    atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Kemesraan

    yang wujud dalam keluarga semakin berkurangan dan kasih sayang semakin luntur.

    Anak-anak semakin menjauhkan diri mereka dan mula memencilkan diri. Akibatnya,

    hubungan dalam keluarga semakin dingin dan suram. Sebagai penyelesaiannya,

    anak-anak menghabiskan banyak masa mereka di luar rumah dan sering terdedah

    kepada pengaruh negatif kawan-kawan mereka.

    1.6.7 Jenayah Agama

    Beberapa kajian berkaitan dengan keluarga telah dibuat oleh ahli-ahli akademik di

    Malaysia. Penemuan-penemuan kajian menyatakan beberapa masalah keluarga lain

    belum pernah diketengahkan dalam literatur. Sebagai contoh, kajian Amran (1993)

    berkaitan dengan kes-kes jenayah agama yang dibicarakan di mahkamah-

    mahkamah Syariah Negeri Johor. Kesalahan itu termasuklah:

    a. Minum minuman yang memabukkan

    b. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadhan

    c. Berkhalwat

    d. Persetubuhan harame. Bersedudukan

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    11/20

    f. Pelacuran dan kesalah muncikari

    Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah sosial di Johor

    ialah keadaan latarbelakang keluarga pesalah yang mempunyai masalah-masalah

    seperti:

    a. Ibubapa dan anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama yang sempurna.

    b. Kurang pengawasan daripada keluarga terhadap anak-anak.

    c. Hubungan antara anggota keluarga yang tidak erat.

    d. Suka membuang masa di luar rumah (lepak)

    e. Keluarga yang besar bilangannya.

    f. Keluarga miskin.

    g. Ibu banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki.

    h. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

    i. Perselisihan faham antara suami isteri

    j. Isteri-isteri yang telah ditinggalkan suami tanpa penceraian yang sah (digantung

    tak bertali)

    1.6.8. Disiplin Pelajar

    Halimah (1990) telah menyenaraikan maslah-masalah sosial dan masalah-masalah

    diplin di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disipilin di sekolah

    rendah dan menengah pula disenaraikan seperti:

    a. Memiliki dadah

    b. Mencuri

    c. Berjudi

    d. Merosak harta sekolah dan guru

    e. Merokok

    f. Mengacau

    g. Mengugut guru besar, guru, pengawas dan pelajar

    h. Memeras ugut

    i. Mempunyai senjata merbahayaj. Ahli kongsi gelap

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    12/20

    k. Isu sensitif

    l. Minum minuman keras

    Kajian berkaitan dengan kekeluargaan yang dibuat oleh Hitam (1990) terhadap kes-

    kes akibat halangan dalam perhubungan kemanusiaan (fokus kepada kasih sayang)

    juga telah menyenaraikan masalah-masalah sosial yang ditangani oleh Jabatan

    Kebajikan Masyarakat sebagai:

    a. Penganiayaan/pengabaian anak-anak

    b. Ketidakharmonian di dalam perkahwinan

    c. Ketagihan arak / dadah

    d. Kelahiran anak luar nikah

    e. Pesalah juvana

    f. Wanita dan gadis yang terdedah kepada kerosakkan moral

    g. Jenayah orang dewasa

    h. Perpecahan keluarga

    i. Ketiadaan tempat tinggal

    j. Pelacuran

    k. Kecacatan fizikal dan mental

    l. Masalah kemiskinan

    m. Keinginan melarikan diri

    Masalah-masalah yang disenaraikan merupakan masalah yang dikenalpasti punca

    yang dominan sebelum tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah-masalah

    tersebut.

    Kajian Hitam (ibid) juga merumuskan bahawa keluarga bukan sahaja dapat

    mengelakkan persengketaan tetapi juga anak-anak yang membesar di dalam

    sesebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera, apabila mereka dewasa kelak akan

    menggunakan pengalaman-pengalaman ini bagi membina sebuah keluarganya

    sendiri yang bahagia.

    1.7 Faktor-Faktor Masalah Keluarga

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    13/20

    Oleh itu perlu ada kesedaran daripada semua pihak sama ada ibu bapa, remaja dan

    pendidik meneliti punca/faktor yang membawa kepada masalah keluarga. Secara

    amnya, teori-teori dan kajian-kajian yang di atas mengenalpasti beberapa faktor yang

    menjadi punca keluarga bermasalah. Kebanyakan faktor-faktor berikut akan

    dibincangkan secar ringkas: Kemiskinan, Pengangguran, Tahap pendidikan yang

    rendah, Taraf kesihatan rendah, Kurang kemahiran berkomunikasi, Pengabaian

    tanggungjawab, Hubungan anggota keluarga yang tidak harmoni, Urbanisasi,

    Perubahan nilai dan Globalisasi

    1.7.1 Kemiskinan

    Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak

    memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas

    (seperti makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan

    yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan

    harian dengan baik (Tamadun, April 1998:18) . Ketua keluarga yang tidak

    memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan sesebuah

    keluarga akan berhadapan dengan masalah rumahtangga. Pendidikan formal anak-

    anak seperti persekolahan juga terganggu.

    Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan

    perbelanjaan keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber

    pendapatan yang tetap dan mempunyai ramai anak.

    Keluarga miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan

    setinggan. Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi

    banyak kekurangan contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi

    kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas

    dan tempat membuang sampah. Kawasan setinggan yang tidak tersusun ini menjadi

    sarang masalah sosial seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah. Mereka yang

    tinggal di kawasan setinggan juga mudah dijangkiti penyakit berjangkit yang

    mendatangkan masalah kepada keluarga (Tamadun, April, 1998)

    Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    14/20

    tidak selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan

    pertelingkahan sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada

    kekurangan wang. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga

    menjadi tidak tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, seperti

    penceraian dan keganasan rumahtangga.

    1.7.2 Pengangguran

    Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi

    ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ( Kamus

    Dewan, 1994). Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja

    mengakibatkan kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna.

    Apabila suami tidak bekerja, beban untuk menyempurnakan perbelanjaan keluarga

    diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara

    keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini boleh

    mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak

    dikawal. Keadaan ini membawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang

    merugikan sehingga timbul bermacam-macam masalah keluarga.

    1.7.3 Taraf Kesihatan Rendah

    Taraf kesihatan rendah ditakrifkan sebagai keadaan keluarga yang kerap ditimpa

    sakit. Anak-anak sering sakit dan memerlukan perbelanjaan perubatan. Ibu- bapa

    mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, lelah dan

    sebagainya (Kamus Dewan, 1994: 679). Tempat tinggal yang tidak sesuai seperti di

    kawasan setinggan menyebabkan masalah kesihatan keluarga bertambah serius.

    Kebersihan persekitaran rumah tidak dijaga rapi, kotor dan sampah berselerak

    kerana kedudukan rumah yang terlalu dekat, tidak dapat dipastikan sempadan

    pembersihan kawasan. Keadaan ini memudahkan penyakit seperti denggi dan

    malaria merebak (Tamadun, April,1998 : 34).

    Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa keluarga yang miskin biasanya tidak mampumenanggung kos perubatan atau kos pengangkutan untuk membawa anak-anak ke

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    15/20

    klinik kesihatan. Anak-anak mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya seperti

    pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Sekiranya mereka mampu, ibu bapa yang

    miskin akan membeli ubat yang murah, tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor

    perubatan. Ini akan meningkatkan lagi risiko anak-anak kepada penyakit yang

    merbahaya apabila mereka meningkat dewasa.

    1.7.4. Tahap Pendidikan Rendah

    Ketinggian ilmu menjadi penting dalam memelihara kebahagiaan sesebuah keluarga

    (Utusan Malaysia, 12 September 1990 :11). Ilmu adalah penyuluh hidup dan ianya

    akan memberi panduan dalam kehidupan seharian. Jika pendidikan rendah iaitu

    didikan, ilmu, ajaran yang diterima oleh seseorang tidak tinggi (Kamus Dewan,

    1994:389), pemikiran yang di ambil tidak rasional. Keputusan yang diambil lebih

    mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesannya di kemudian nanti. Jika

    kekurangan ilmu, keputusan biasanya dibuat secara individu tanpa mengambil kira

    pandangan orang lain. Hal ini akan menyebabkan ahli keluarga sering bertengkar

    (Mohamad Hussain,1985:26). Apabila pertengkaran menjadi serius, ia biasanya

    menimbulkan rasa tidak puas hati di satu pihak. Maka tiada lagi persefahaman yang

    wujud dalam sesebuah keluarga.

    1.7.5 Kurangnya Kemahiran Berkomunikasi

    Kurangnya kemahiran berkomunikasi ditakrifkan sebagai ketidakupayaan dalam

    mengadakan perhubungan melalui percakapan, perbincangan, pertukaran pendapat

    dengan seseorang ( Kamus Dewan,1994:456). Masalah komunikasi dan kegagalan

    untuk berinteraksi dengan betul dikaitkan dengan masalah mental anak-anak,

    perbuatan delinkuen dan bertindak agresif dalam setiap perbuatan ( Foster & Robin,

    1989:493 ). Kesilapan dalam kaedah berkomunikasi boleh menimbulkan masalah

    dalam keluarga dan seterusnya cenderung kepada pelakuan yang tidak baik.

    Tiga faktor interaksi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya masalah

    komunikasi dan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi luntur

    termasuklah:a. Suka mendiamkan diri

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    16/20

    b. Menunjukkan kedegilan

    c. Menarik diri apabila berlaku satu proses komunikasi di dalam keluarga.

    1.7.6 Pengabaian Tanggungjawab

    Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan

    pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab

    ditakrifkan sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian

    kepada kewajipan yang dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237). Ibu

    bapa yang tidak menjaga disiplin anak-anak menjadikan anak-anak bebas

    melakukan kesalahan. Ramai remaja mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana

    tidak mendapat didikan serta perhatian sewajarnya daripada ibu (Tamadun, Jun,

    1997:14).

    Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab utama seperti memberi

    nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-

    anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara

    kehidupan.

    Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang

    sempurna pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal

    seperti sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31

    ). Ibu bapa juga kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan

    menjadikan kehidupan anak-anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan

    agama yang kukuh daripada zaman kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan

    bertindak di luar hukum agama dan mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh

    ibu bapa.

    1.7.7 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni

    Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni. Hubungan

    yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian

    atau persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain (KamusDewan, 1994: 450). Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    17/20

    menimbulkan keadaan kucar-kacir ( Mohammad Hussain, 1985:23).

    Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati di antara

    satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak

    menghormati ibu bapa. Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah

    kelaurga kerana suami tidak adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak

    (ister) tidak berpuas hati.

    Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi persefahaman yang wujud

    dalam keluarga. Anak-anak pula merasa kurang mendapat kasih sayang dan

    panduan (Minuchin, 1974:100 ). Setiap individu di dalam keluarga tidak

    mempedulikan hal ahli keluarga yang lain. Perhubungan antara ahli menjadi semakin

    renggang dan tidak harmoni.

    Apabila setiap anggota dalam sesuatu keluarga tidak memeperdulikan hal ahli yang

    lain, dan tidak pula memberi galakan kepada anggota keluarga yang lain, contoh

    bapa tidak mengucapkan tahniah apabila anaknya berjaya dalam sesuatu

    peperiksaan, maka perhubungan tidak harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya

    pasangan tidak dapat menerima kelemahan isteri atau suami, sehingga sering kalipasangan di persalahkan. Maka hubungan harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.

    1.7.8 . Urbanisasi

    Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan

    kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai

    pengubahan atau perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandaratau kawasan perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon,

    menjelang tahun 2025, 61% daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan

    menetap di kawasan bandar. Ini akan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat

    kerana wujud persaingan akibat dari kepadatan penduduk di kawasan bandar

    (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak semestinya semua keluarga yang berpindah

    ke bandar menikmati kehidupan yang mereka harapkan. Mereka yang gagal

    mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup perlu terus bekerja lebih masa di

    bandar.

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    18/20

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    19/20

    remaja, perbuatan melepak tidak menyalahi nilai yang mereka pegang.

    Bila pertentangan nilai berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan

    perhubungan di antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga menjadi

    penghalang kepada pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / dipercayai. Pada saat-

    saat hubungan keluarga menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak

    berfungsi.

    1.7.10. Globalisasi

    Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan berbagai

    bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikat

    multinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini

    tidak lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi

    bebas dan terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 :153).

    Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap

    negara di dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah

    kepada ancaman kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangansisa toksik. Perkara ini terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal

    perniagaan pasaran mereka kerana ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang

    lebih mantap. Individu dan organisasi lebih kompetitif sifatnya.

    Globalisasi juga menyebabkan berlakunya monopoli dalam bidang media massa.

    Budaya masyarakat telah dikawal oleh media yang lebih bersifat komersil dan

    menganggap masyarakat adalah pelanggan yang menjadi sumber kewangan kepada

    syarikat yang mengendalikan media massa. Dalam zaman globalisasi, kanak-kanak

    tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah

    kepada media eletronik seperti internet dan kemudahan siaran televisyen

    berangkaian keseluruh dunia. Media keseluruhannya mengambil tempat dalam

    proses pembesaran anak-anak menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih

    sayang ibu-bapa (Harris, 1996:5).

    Kemunculan budaya akibat globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar

  • 7/27/2019 esei teori konflik

    20/20

    memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan

    yang disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan

    berlakunya perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang

    dibawa oleh media (Dahl, 1998:65).

    Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di dalam

    masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk

    mencari punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan

    sosial terutama di kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam

    kehidupan berkeluarga akan terus berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan

    keluarga menghadapi cabaran-cabaran serta tekanan hidup tanpa menjejaskan

    keharmonian, kestabilan dan kebahagian hidup berkeluarga