FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan...
-
Upload
nguyenmien -
Category
Documents
-
view
233 -
download
3
Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan...
FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN
MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION
PERGURUAN DI UTM.
MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM
AP 050118
4 SPJ
860101-01-5755
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION PERGURUAN DI UTM.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 24, JALAN KASAWARI 3, DR. NOORAINI BINTI OTHMAN TAMAN PERTAMA, SUNGAI ABONG, 84000 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : Dr. NOORAINI BINTI OTHMAN
Tarikh : ………………………………….
FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN
MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION
PERGURUAN DI UTM.
MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM
Laporan ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
i
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM.
Tarikh : …………………………………
ii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibu,
Norhasim bin Mohd. Tahar dan Robiah bte Ahmad,
Terima kasih atas segala pengorbananmu membesar dan mengasuhku. Aku takkan
berjaya tanpa bantuan dan iringan doa darimu. Walau kejayaan ini tidak mampu
membalas segala jasamu, namun ku harap sedikit sebanyak dapat membahagiakan
hatimu.
Buat kakak-kakakku yang dikasihi,
Nur Ezany binti Norhasim dan Nur Idayu binti Norhasim.
Aku tidak lupakan tunjuk-ajarmu dan cara kau mendidik adikmu ini sehingga berjaya ke
tahap ini. Sesungguhnya kejayaanmu selalu menjadi pembakar semangat kepadaku
untuk terus berjaya di masa hadapan untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa kita.
Buat adinda-adindaku,
Nur Fazreen binti Norhasim dan Nur Asyikin binti Norhasim,
Moga kejayaanku ini mampu menyuntik semangat kepada kalian untuk terus berjuang
mencapai kejayaan seterusnya membahagiakan hati ayah dan emak kita.
Semoga Allah S.W.T membuka pintu rahmat dan memberi hidayah kepada kita.
iii
PENGHARGAAN
Segal puji kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya,
penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang diharapkan. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabat
handai baginda.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini
binti Othman yang telah menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk-ajar dan nasihat
tanpa jemu. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui dan mampu membalas jasa-jasa
beliau.
Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Fakulti Pendidikan, UTM, para pelajar tahun 3
pendidikan di UTM amatlah dihargai.
Terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penyelidikan ini. Tanpa bantuan semua pihak, belum tentu kajian ini
dapat disiapkan dengan sempurna.
iv
ABSTRAK
Motivasi dan minat setiap individu dipengaruhi oleh motif-motif tertentu. Setiap
individu melakukan sesuatu disebabkan oleh keinginan mereka untuk memenuhi
keperluan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dapat
meningkatkan minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam bidang perguruan di UTM. Satu
set borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Sebanyak
200 set borang soal-selidik telah diedarkan kepada responden. Data yang dikumpul telah
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social
Science) Version 12.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang dapat menarik
minat pelajar-pelajar dalam profesion perguruan adalah faktor persekitaran tempat kerja
manakala faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam profesion
perguruan kepuasan kerja, kasih-sayang, cintakan ilmu pengetahuan, sumbangan kepada
masyarakat, dorongan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan jaminan masa depan.
Beberapa cadangan telah diberikan bagi meningkatkan motivasi dan minat pelajar-
pelajar yang berada dalam bidang perguruan.
v
ABSTRACT
Motivation and interest of every individual is influenced by certain motives.
Every individual is doing something that derives from his or her desire to fulfill his or
her needs. The purpose of this research is to identify what factors that can boost interest
and motivation of students in teaching profesion, in UTM. A set of questionnaire was
used as an instrument for the data collection. Two hundreds questionnaires were
distributed to the respondents. Data collected was analyzed using SPSS software version
12.0. The result of this research shows that factors which attract the students’ interest in
teaching profession were influenced by working environment while factors that can
boost students’ motivation in teaching profession were the satisfaction in workplace,
love, knowledge, contribution to community, family motivation, peer influence and
secure career in a future. Several suggestions were offered to enhance motivation and
interest of the students in teaching profesion.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA
SURAT
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Profesion 11
1.8.2 Minat 11
1.8.3 Pelajar 11
1.8.4 Motivasi 12
1.8.5 Faktor 12
1.9 Rumusan 13
vii
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Minat 15
2.2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar
dalam Profesion Perguruan
16
2.2.1.1 Persekitaran Tempat Kerja 18
2.3 Motivasi 19
2.3.1 Faktor-faktor Membangkitkan Motivasi 21
2.3.1.1 Faktor Motivasi Intrinstik 21
2.3.1.1.1 Faktor Kasih-sayang 22
2.3.1.1.2 Faktor Memberi Sumbangan
Kepada Masyarakat
23
2.3.1.1.3 Faktor Kepuasan Kerja 24
2.3.1.1.4 Faktor Cintakan Ilmu Pengetahuan 25
2.3.1.2 Motivasi Ekstrinstik 26
2.3.1.2.1 Faktor Jaminan Masa Depan 27
2.3.1.2.2 Faktor Keluarga 28
2.3.1.2.3 Faktor Rakan Sebaya 29
2.4 Penutup
30
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Reka bentuk Kajian 31
3.3 Model Kajian 32
3.4 Tempat Kajian 34
viii
3.5 Populasi 34
3.6 Sampel Kajian 36
3.7 Instrumen Kajian 38
3.8 Prosedur Kajian 39
3.9 Kajian Rintis 40
3.10 Analisis Data 41
3.10.1 Analisis Data Bahagian A 41
3.10.2 Analisis Data Bahagian B dan Bahagian C 41
3.11 Jangka Masa Kajian 43
3.12 Penutup 43
IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Analisis Data Bahagian A 46
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Status Pelajar. 47
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur. 48
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan
Ibubapa
49
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Kursus di Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
50
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan
Tertinggi Ibubapa.
51
ix
4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Terkini 52
4.2.9 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 52
4.2.10 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 53
4.3 Analisis Data Bahagian B 54
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah faktor-faktor yang dapat
menarik minat pelajar dalam profesion perguruan?
54
4.3.1.1 Faktor Persekitaran Tempat Kerja 54
4.4. Analisis Data Bahagian C 56
4.4.1 Persoalan Kajian 2(i): Apakah faktor-faktor yang
dapat meningkatkan motivasi instrinstik pelajar
dalam profesion perguruan?
57
4.4.1.1 Faktor Kasih-sayang 57
4.4.1.2 Faktor Kepuasan Kerja 58
4.4.1.3 Faktor Sumbangan Kepada Masyarakat 59
4.4.1.4 Faktor Cintakan Ilmu Pengetahuan 60
4.4.2 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 2(i) : Apakah
Faktor-faktor Yang Dapat Meningkatkan Motivasi
Instristik (dalaman) Pelajar Yang Berada Dalam
Profesion Perguruan?
61
4.4.3 Persoalan Kajian 2(ii): Apakah Faktor- faktor Yang
Dapat Meningkatkan Motivasi Ekstrinstik (luaran)
Pelajar Yang Berada Dalam Profesion Perguruan?
62
4.4.3.1 Faktor Jaminan Masa Depan 62
4.4.3.2 Faktor Dorongan Keluarga 64
4.4.3.3 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 65
4.4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 2(ii): Faktor-
faktor Yang Dapat Meningkatkan Motivasi
66
x
Ekstrinstik Pelajar Yang Berada Dalam Profesion
Perguruan.
4.5 Penutup
68
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 68
5.2 Perbincangan 68
5.2.1 Faktor yang dapat Menarik Minat Pelajar dalam
Profesion Perguruan.
69
5.2.1.1 Faktor Persekitaran Tempat Kerja 69
5.2.2 Faktor-faktor Yang Dapat Meningkatkan
Motivasi Instrinstik Pelajar dalam Profesion
Perguruan.
70
5.2.2.1 Faktor Kasih-sayang 70
5.2.2.2 Faktor Kepuasan Kerja 70
5.2.2.3 Faktor Sumbangan Kepada Masyarakat 72
5.2.2.4 Faktor Cintakan Ilmu Pengetahuan 72
5.2.3 Faktor-faktor Yang Dapat Meningkatkan Motivasi
Ekstrinstik Pelajar dalam Profesion Perguruan
73
5.2.3.1 Faktor Jaminan Masa Depan 73
5.2.3.2 Faktor Dorongan Keluarga 74
5.2.3.3 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 75
5.3 Rumusan 75
5.4 Cadangan 76
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Kementerian Pelajaran 77
xi
Malaysia (KPM)
5.4.1.1 Perlindungan dan Kebajikan Guru-guru 77
5.4.2 Cadangan kepada Pihak Universiti dan Institut
Perguruan
78
5.4.2.1 Penganugerahan dan Biasiswa 78
5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 79
5.4.3.1 Program Suka-rela Anjuran Bersama Guru
dan Bekas Guru.
79
5.4.4 Cadangan kepada guru 80
5.4.4.1 Mengadakan Jamuan, Kenduri dan Doa
Selamat.
80
5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.5 Implikasi Kajian 81
5.5.1 Implikasi Kepada Kementerian 81
5.5.2 Implikasi Kepada Guru 82
5.5.3 Implikasi Kepada Pelajar 82
5.5.4 Implikasi Kepada Ibubapa 83
5.6 Kesimpulan 83
BIBLIOGRAFI 85
LAMPIRAN
A. Borang Soal-selidik
B. Analisis Kebolehpercayaan
xii
SENARAI JADUAL DAN RAJAH
TAJUK
MUKA
SURAT
Rajah 3.1 Model Kajian bagi Menunjukkan Pembolehubah Tak
Bersandar dan Pembolehubah Bersandar.
33
Jadual 3.1 Bilangan Populasi Responden Penyelidik Mengikut Kursus-
kursus yang ditawarkan oleh UTM.
35
Jadual 3.2 Bilangan sampel yang akan digunakan oleh penyelidik. 37
Jadual 3.3 Skala 5 Mata Bersandar Skala Likert 39
Jadual 3.4 Pengubahsuaian skala Likert 5 Mata kepada 3 keadaan bagi
mempermudahkan proses penganalisaan maklumat
penyelidik.
42
Jadual 3.5 Tahap Penilaian penyelidik berdasarkan min. 42
Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47
Jadual 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Status Pelajar 47
Jadual 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 48
Jadual 4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48
Jadual 4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Ibubapa 49
Jadual 4.6 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 50
Jadual 4.7 Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Tertinggi
Ibubapa.
51
Jadual 4.8 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Terkini. 52
xiii
Jadual 4.9 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa. 52
Jadual 4.10 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu. 53
Jadual 4.11 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Persekitaran Tempat
Kerja Berdasarkan Persoalan Kajian 1.
54
Jadual 4.12 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Kasih-sayang. 57
Jadual 4.13 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Kepuasan Kerja. 58
Jadual 4.14 Taburan Responden Berdasarkan Sumbangan Kepada
Masyarakat.
59
Jadual 4.15 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Cintakan Ilmu
Pengetahuan.
60
Jadual 4.16 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor-faktor Yang Dapat
Meningkatkan Motivasi Intrinsik Pelajar yang berada Dalam
Profesion Perguruan.
61
Jadual 4.17 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Jaminan Masa
Depan.
62
Jadual 4.18 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Dorongan Keluarga 64
Jadual 4.19 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Pengaruh Rakan
Sebaya.
65
Jadual 4.20 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor-faktor Yang Dapat
Meningkatkan Motivasi Ekstrinsik Pelajar yang berada dalam
Profesion Perguruan.
66
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
IPT : Institut Pengajian Tinggi.
IPG : Institut Pendidikan Guru.
BISP : Bayaran Insentif Subjek Pendidikan.
SSM : Sistem Saraan Malaysia.
KPLI : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A Borang Kaji Selidik
B Analisis Kebolehpercayaan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Negara Malaysia telah menyasarkan untuk menjadi sebuah negara perindustrian
dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ini adalah berdasarkan kepada
kertas dasar yang telah ditulis oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Febuari
1991 kepada Majlis Perniagaan Malaysia yang berjudul “Laluan ke Depan” atau “The
Way Forward”. Kertas dasar ini kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020 yang
menghuraikan sembilan matlamat utama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju dengan mengikut acuan sendiri (Berita Harian, 30 April 1997).
Wawasan 2020 ialah wawasan yang merangkumi semua aspek bukan sahaja
bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi serta
perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial,
kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah
bangsa, serta juga keyakinan. Berdasarkan sembilan matlamat utama Wawasan 2020,
2
terdapat satu matlamat yang mengharapkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang
mempunyai masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang sains dan juga teknologi.
Matlamat ini tertulis dalam matlamat yang ke-enam dalam Wawasan 2020.
Menurut Ibrahim (2001) matlamat yang dimaksudkan itu ialah
“Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
masa depan.”
Bagi menyediakan Malaysia ke arah itu, Pendidikan di Malaysia telah mula
untuk menitik beratkan dan menekankan kurikulum yang lebih bertumpu kepada
akademik terutamanya dalam bidang sains dan teknologi untuk melahirkan teknokrat
yang bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menaikkan taraf semua
Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1997
(Berita Harian, 7 Julai 1997).
Selaras dalam merealisasikan Dasar Wawasan Negara (DWN), pihak kerajaan
perlulah melaksanakan langkah-langkah tertentu terutamanya melatih lebih ramai guru
dengan pengkhususan dalam bidang sains dan teknologi supaya masalah kekurangan
guru tidak timbul dan menjadikan profesion ini diiktiraf seterusnya mengangkat darjat
dan martabat profesion perguruan itu sendiri.
Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan “murabbi”,”muallim”,” muaddib”,
3
“alim” atau “ulamak”. Sebagaimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi: “Kejayaan anak muda kita banyak bergantung kepada kualiti guru mereka.
Untuk itu, kita perlu berusaha secara serius dan merancangkan bersama bagi
meningkatkan sistem pendidikan dengan melipat ganda motivasi serta memperbaiki
kedudukan bidang perguruan” (Berita Harian, 14 Mei 2004).
Guru berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah
juga masyarakat berkaitan hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah sebagai
khalifah-Nya di muka bumi ini. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru
menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak
mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat menjadikan guru sebagai idola dan
pakar rujuk dalam segala hal. Pada zaman dahulu, guru terpaksa berhadapan dengan
pihak penjajah secara terang-terangan, namun kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah
memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka
lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya
hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan
Universiti’ dan ‘Laporan Carr-Saunders’. Di dalam simposium tersebut perbincangan
mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan (Lim
Tay Boh, 1948). Di antara perkara utama yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru
4
sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal
dididik akan mempunyai mutu pendidikan yang baik dan berkualiti. Pendidikan guru
yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang
kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa
kini.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk
memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.
Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi
satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu
yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan
dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
1.2 Latar Belakang Masalah
Baru-baru ini tanggapan negatif masyarakat terhadap pengajaran guru-guru
lepasan ijazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berbanding guru-guru lepasan
Institut Pendidikan Guru (IPG) telah memberikan impak yang mendalam kepada pelajar-
pelajar yang mengikuti kursus pendidikan di universiti (Khaled Nordin, 2008). Perkara
ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan oleh pensyarah di
universiti. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan IPT yang dibebankan
dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah. (Utusan
Malaysia, 29 Julai 2008).
5
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (2008),
antara isu-isu dalam masalah ‘diskriminasi’ yang dimaksudkan itu ialah berkaitan
sebilangan kecil pelajar perguruan di IPTA yang mendapat pembiayaan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) berbanding pelajar perguruan di IPG yang semuanya
diberikan pembiayaan. Selain itu, adalah isu ketidakseragaman syarat kemasukan pelajar
untuk layak mengambil ujian dan ditemu-duga sebelum diterima menjadi guru antara
guru lepasan IPT dan juga guru lepasan IPG. Syarat minimum bagi pelajar untuk
menghadiri temuduga dan mengambil ujian sebelum menjadi guru ialah mesti lulus
dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75. Namun begitu menurut beliau,
syarat ini akan dikaji semula berikutan guru-guru lepasan (IPG) yang begitu mudah
ditempatkan di sekolah tanpa mematuhi syarat tersebut.
Sementara itu isu-isu seperti masalah-masalah sosial dan keruntuhan moral yang
dihadapi oleh segelintir guru telah menyebabkan nama baik profesion perguruan
tercemar. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir
ketika menjawab satu soalan di Parlimen dengan memberitahu bahawa dari tahun 1995
hingga kini, terdapat 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan. Antara kes
keruntuhan moral yang disebutkan adalah dua kes persetubuhan haram, empat kes liwat
atau perbuatan sumbang, 11 kes cabul, 12 kes khalwat, tiga kes berpoligami tanpa
kebenaran, satu kes bersekedudukan, enam kes hubungan sulit dengan isteri orang atau
pelajar, satu kes membawa pelajar perempuan tidur di luar asrama dan satu kes
membogel serta merotan pelajar perempuan. Media massa juga, melaporkan kes-kes lain
yang melibatkan guru seperti memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes
disiplin, guru menyebarkan ajaran anti-kerajaan dan sebagainya yang telah menarik
perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion itu.(Utusan Malaysia, 7 September
2008).
Seterusnya adalah masalah tekanan yang dialami oleh guru yang terpaksa
memikul tanggungjawab dan peranan yang besar ke atas perubahan tingkahlaku pelajar-
pelajar. Ibu bapa sering menuding jari kepada guru sekiranya anak-anak mereka gagal
dalam persekolahannya. Kesan daripada itu, guru-guru berasa tertekan dengan
6
pengharapan yang diberikan oleh ibu bapa. Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak (2005), menyarankan kepada ibu bapa untuk mengadakan
hubungan yang baik dengan guru bagi sama-sama membincangkan tentang masalah
anak-anak mereka di sekolah. Ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang baik
antara guru dan ibubapa untuk mendapatkan maklum balas yang positif (Utusan
Malaysia, 27 Mac 2005).
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar
atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam
profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun
pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu
tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi
jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran, mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.
Faktor kerja yang melibatkan tanggungjawab yang berat menyebabkan graduan
tidak berminat untuk memilih profesion perguruan terutamanya di kalangan lelaki.
(Musak Matrak, 1995). Antara isu-isu lain yang diketengahkan ialah seperti isu gaji dan
juga status rendah serta kemudahan yang diperolehi.(Straker, 1988, Musak Matrak 1993
dan 1995, dan Subramaniam, 1995). Kewujudan banyak peluang pekerjaan ekoran
daripada pertumbuhan ekonomi pesat telah membawa kepada banyak peluang pekerjaan,
terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi serta perdagangan dan industri.
Selain itu, kelahiran guru-guru siswazah yang terlalu ramai telah menyebabkan
persaingan yang sengit untuk mendapatkan tempat sebagai seorang guru. Ini berlaku di
7
sekolah-sekolah menengah teknik apabila graduan-graduan pendidikan teknikal telah
terlalu ramai dan menyebabkan kekosongan untuk jawatan tersebut tiada. Keadaan yang
berbeza berlaku pada zaman 1960-an dan 1970-an, guru-guru yang berkelulusan
universiti akan dapat menjadi guru besar atau timbalan guru besar sebaik sahaja
berkhidmat selama lebih kurang tiga atau empat tahun. Namun kini, peluang mereka
untuk menjawat jawatan tersebut adalah terhad dan terpaksa menunggu lebih kurang
sepuluh tahun atau lebih.
1.3 Pernyataan Masalah
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari
bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah
pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan
tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menarik minat
dan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar untuk terus belajar dan berusaha menghadapi
cabaran yang lebih besar apabila mereka mengajar nanti. Memandangkan masalah untuk
mengekalkan minat dan meningkatkan motivasi pelajar sepanjang semester bukanlah
satu perkara yang mudah diharapkan kajian ini dapat memberikan penyelesaian dalam
bagaimana untuk menjadikan tumpuan pelajar jelas dengan objektif dan matlamatnya
untuk menjadi seorang guru.
8
1.4 Objektif kajian:
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti faktor yang dapat menarik minat pelajar-pelajar dalam pofesion
perguruan.
1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor untuk meningkatkan motivasi di kalangan
pelajar-pelajar dalam profesion perguruan
a) Mengenalpasti faktor motivasi instrinsik (dalaman)
b) Mengenalpasti faktor motivasi ekstrinsik (luaran).
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti:
1.5.1 Apakah faktor yang dapat menarik minat pelajar dalam profesion perguruan?
1.5.2 Apakah faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam profesion
perguruan?
Lampiran A
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN MINAT DAN MOTIVASI DI
KALANGAN PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION PERGURUAN.
Arahan:
1. Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan maklum
balas tentang faktor-faktor yang meningkatkan minat dan motivasi di kalangan pelajar
yang berada dalam profesion perguruan.
2. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik ini Bahagian A yang merupakan
butiran diri responden manakala Bahagian B dan Bahagian C mengandungi soalan-
soalan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
3. Pada Bahagian A tandakan ( / ) pada petak yang disediakan dan pada Bahagian B
pula bulatkan jawapan yang anda pilih.
4. Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada penyelidik.
5. Segala butir-butir yang terkandung di dalam soal selidik ini akan dirahsiakan dan
digunakan untuk kajian semata-mata.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Disediakan oleh:
MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM
860101-01-5755
Lampiran A
BAHAGIAN A
Arahan:
Sila tandakan ( / ) dan isikan maklumat yang dikehendaki pada bahagian yang berkenaan.
Anda diminta menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tepat dan jujur. Segala
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, saya ucapkan berbanyak-banyak terima
kasih.
Maklumat Pelajar.
1. Jantina
a) Lelaki ( )
b) Perempuan ( )
2. Status
a) Bujang ( )
b) Telah Berkahwin ( )
3. Umur : ..................................
4. Bangsa
a) Melayu ( )
b) Cina ( )
c) India ( )
d) Lain-lain, nyatakan ………………
Lampiran A
5. Pendapatan ibubapa
a) RM1000 - 1500 ( )
b) RM1500 – 2000 ( )
c) RM2000 - 2500 ( )
d) RM2500 – 3000 ( )
e) RM300 ke atas ( )
6. Kursus
a) SPA ( ) g) SPK ( )
b) SPE ( ) h) SPC ( )
c) SPJ ( ) i) SPM ( )
d) SPF ( ) j) SPT ( )
e) SPP ( ) k) SPI ( )
f) SPL ( ) l) SPS ( )
7. Pendidikan tertinggi ibubapa
a) SPM ( )
b) Sijil ( )
c) Diploma ( )
d) Ijazah Sarjana Muda ( )
e) Ijazah Sarjana ( )
8. CGPA terkini pelajar
a) 2.00 – 2.49 ( )
b) 2.50 – 2.99 ( )
c) 3.00 – 3.49 ( )
d) 3.50 – 4.00 ( )
9. Pekerjaan Bapa:
a) Peniaga ( )
b) Petani ( )
Lampiran A
c) Nelayan ( )
d) Buruh ( )
e) Guru ( )
f) Badan Swasta ( )
g) Lain-lain ( ) Nyatakan : ……………………….
10. Pekerjaan Ibu
a) Suri rumah ( )
b) Peniaga ( )
c) Petani ( )
d) Guru ( )
e) Badan Swasta ( )
f) Lain-lain ( ) Nyatakan : …………………………….
Lampiran A
BAHAGIAN B : Faktor Minat
Arahan:
Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang anda rasakan paling sesuai berdasarkan skala yang
disediakan pada setiap soalan yang diberikan. Pilih satu jawapan sahaja.
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Amat setuju
Bil. Item 1 2 3 4 5
1. Saya suka bekerja di tempat yang menyeronokkan.
2. Saya akan memilih persekitaran kerja yang selamat.
3. Saya suka bekerja di tempat yang mempunyai suasana
yang harmonis
4. Saya suka bekerja di tempat yang mempunyai
organisasi yang teratur.
5. Saya suka bekerja dengan pihak atasan yang
mendengar pendapat pekerja bawahan.
6. Saya suka berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain
7. Saya suka bekerjasama dengan pekerja-pekerja yang
ramah.
8. Saya akan memilih pekerjaan yang mempunyai waktu
pekerjaan yang tetap.
9. Saya gembira bekerja di tempat yang mempunyai
kemudahan yang baik dan canggih.
10. Saya suka tempat kerja yang sistematik dan teratur.
Lampiran A
11. Saya suka tempat kerja yang mempunyai pengurusan
yang baik.
12. Saya akan memilih pekerjaan yang menyediakan
kemudahan tempat tinggal.
13. Saya akan memilih kerja yang menyediakan elaun
lebih masa.
14. Saya akan memilih pekerjaan yang prihatin terhadap
kebajikan
15. Saya akan memilih pekerjaan yang menyediakan
kursus untuk saya menambah ilmu pengetahuan
Bahagian C : Faktor Motivasi
Arahan:
Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang anda rasakan paling sesuai berdasarkan skala yang
disediakan pada setiap soalan yang diberikan. Pilih satu jawapan sahaja.
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Amat setuju
1) Faktor Instrinstik
Bil. Item 1 2 3 4 5
1. Saya prihatin terhadap pencapaian pelaajar-pelajar
saya.
2. Saya mengambil berat terhadap masalah-masalah
pelajar saya.
3. Saya berusaha sebaik mungkin untuk mendidik pelajar-
Lampiran A
pelajar saya.
4. Saya berasa puas sekiranya objektif pengajaran saya
berjaya disampaikan kepada pelajar-pelajar saya.
5. Saya berasa puas apabila pelajar-pelajar saya
memberikan tumpuan sepenuhnya ketika pengajaran
dalam kelas.
6. Saya berbangga dengan pelajar saya yang cemerlang.
7. Saya gembira sekiranya hasil kerja saya dihargai
8. Saya berasa bangga sekiranya saya dapat menyumbang
sesuatu kepada sekolah
9. Saya rela membuat kelas tambahan untuk membantu
pelajar saya yang lemah.
10. Saya membuat kelas tambahan tanpa meminta bayaran
daripada pelajar.
11. Saya tidak keberatan mengeluarkan derma untuk
membantu pelajar saya.
12. Saya ikhlas terhadap segala kerja-kerja yang saya
sumbangkan.
13. Saya sering bertanyakan kepada guru-guru lain tentang
sesuatu perkara yang saya kurang mahir
14. Saya tidak malu untuk bertanyakan pendapat pelajar-
pelajar saya di sekolah tentang sesuatu soalan.
2) Faktor Ekstrinstik
Bil. Item 1 2 3 4 5
1. Saya mempunyai masa depan yang cerah sekiranya
saya memilih profesion perguruan
2. Saya dapat membantu keluarga saya dengan menceburi
bidang perguruan.
Lampiran A
3. Peluang untuk menikmati kenaikan pangkat dalam
masa yang singkat telah mendorong saya untuk
memilih bidang ini
4. Kenaikan gaji dalam masa yang singkat telah
menaikkan semangat saya untuk memilih bidang ini.
5. Keluarga saya sentiasa memberi dorongan kepada saya
6. Keluarga saya menggalakkan saya memilih profesion
perguruan
7. Keluarga saya bangga sekiranya saya menceburi
profesion perguruan
8. Dorongan yang diberikan oleh rakan-rakan membantu
meningkatkan keyakinan diri saya.
9. Kejayaan rakan-rakan saya telah menaikkan semangat
saya untuk terus berusaha.
10. Saya dan rakan-rakan mengamalkan persaingan yang
positif dan sihat.
11. Saya menanam semangat untuk lebih berjaya daripada
rakan-rakan dalam bidang yang saya lakukan.