Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan spb

of 8 /8
Disediakan oleh: Nor Azimah binti Mohd Yusoff P63806

Embed Size (px)

Transcript of Faktor faktor yang mempengaruhi penggunaan spb

  • Disediakan oleh:Nor Azimah binti Mohd YusoffP63806

  • 1. Status SosioekonomiIbu bapa mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak mereka (Ballantine 1993; Musgrave 1974; Trusty 1998).Latar belakang keluarga menyumbang lebih daripada separuh perbezaan terhadap pencapaian pelajar (Jencks dan rakan-rakan 1972).Golongan berstatus sosioekonomi tinggi didapati mempunyai kecerdasan kognisi lebih tinggi daripada pelajar berstatus sosioekonomi rendah.

  • Dua elemen utama yang menentukan status sosioekonomi:1) latar belakang akademik ibu bapa2) hasil pendapatan keluarga

    Terdapat hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan ibu bapa dengan penggunaan strategi secara keseluruhan dan mengikut kategori (Mohd Nazali 1999; Mohd Nazali dan rakan-rakan 1999).

    Pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (Mohamed Amin Embi 2003).

  • 2. JantinaAptitud lisan perempuan lebih ketara berbeza berbanding lelaki (Maccaboy dan Jacklin 1974).Pelajar perempuan lebih banyak dan kerap menggunakan SPB berbanding pelajar lelaki (Ehrman & Oxford 1989; Green & Oxford 1995; Politzer 1983).Pelajar lelaki lebih kerap menggunakan strategi terjemahan dan strategi kognitif.Pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi memori, metakognitif, afektif dan sosial.Apabila subjek kajian adalah berpengalaman dan matang, perbezaan jantina dalam penggunaan SPB tidak signifikan (Wharton 2000).

  • 3. MotivasiMotivasi menurut konteks pembelajaran bahasa kedua: tahap seseorang bekerja dan berusaha untuk mempelajari bahasa kerana keinginannya untuk melakukan demikian dan pengalaman merasakn kepuasan ketika menjalankan aktiviti tersebut (Gardner 1985).

    Dua jenis motivasi (Gardner dan Lambert 1972):1) motivasi integratif2) motivasi instrumental

  • 4. Etnik dan budayaPerbezaan latar belakang budaya dan sistem pendidikan mempengaruhi SPB pelajar.

    Kelompok masyarakat yang sering menuturkan bahasa asing akan mempengaruhi ahlinya untuk menggunakan bahasa asing tanpa rasa malu.

    Pelajar dari pelbagai negara mempunyai SPB yang pelbagai dan berbeza-beza ( Reid, 1987).

  • 5. Tempoh pembelajaranMerujuk kepada tahap kursus atau jangka masa tahun pembelajaran bahasa (Oxford, 1989)

    Pelajar di tahap tinggi kursus menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar di tahap bawah (Green dan Oxford, 1995)

    Kajian Politzer (1983) mendapati bahawa pelajar bahasa asing yang berada pada tahap tinggi lebih banyak menggunakan strategi positif.