Globalisasi Ekonomi

9
GLOBALISASI EKONOMI Y.A.N

description

Karangan Pengajian AM

Transcript of Globalisasi Ekonomi

PowerPoint Presentation

Globalisasi ekonomiY.A.NMaksud Globalisasi Ekonomi.Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan. (MAKSUD)Globalisasi ekonomi berlaku melalui ledakan dan kemajuan ICT serta pergerakan modal, teknologi, kepakaran, kajian dan penyelidikan, integrasi pasaran, dan perdagangan yang boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep perdagangan bebas. Kecanggihan teknologi menjadikan segala urus niaga lebih cepat dan mudah.Globalisasi ekonomi terbahagi kepada 2 :-a) LIBERALISASI EKONOMI : Merupakan pasaran bebas yang memberi ruang kepada pemodal-pemodal asing untuk menguasai pasaran dan seterusnya menguasai ekonomi sesebuah negara.(MAKSUD) Liberalisasi ekonomi menyebabkan semua negara di dunia terbuka kepada syarikat-syarikat yang berkemampuan untuk mengeksploitasi pasaran. Liberalisasi ekonomi menyebabkan aliran keluar dan masuk modal tanpa kawalan. b) DEREGULASI EKONOMI : Merujuk penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Sekatan yang diamalkan oleh sesebuah negara menghalang kemasukan modal, teknologi, pasaran barangan dan perkhidmatan.(MAKSUD) Deregulasi ekonomi menyebabkan semua negara bersetuju untuk menghapuskan semua bentuk tarif, penghapusan dasar kawalan modal dan penghapusan skim keutamaan dagangan.

SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN.Saling kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi terhadap aspek berikut: Pelaburan. Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Negara USA telah membuat pelaburan ke Brazil,Malaysia,Tahialand dll dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak,gas,hutan,perindustrian dan bekalan perkhidmatan.Pelaburan ini telah menyediakan dana modal dan dapat mengembangkan sektor-sektor ekonomi.Peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk meningkat di negara-nagara membangun.Teknologi. Tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar menjadi halangan kepada negara membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden.Melalui globalisasi ekonomi, pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju seperti Jepun,Jerman dll boleh dimiliki oleh penduduk tempatan negara membangun.Kepakaran ini diguna unyuk membangunkan negara.Contoh teknologiHITEC,teknologi reka bentuk dll.

Pengeluaran. Globalisasimembolehkan aktiviti pengeluaran seperti perkilangandan pembuatan berpindah dari negara maju ke negara membangun.hal ini berlaku kerana negara maju mengambil faedah daripada kos buruh yang rendah di negara membangun.Secara tak langsung mereka telah membawa masuk teknologi dan kepakaran sekali, maka negara membangun seperti Malaysia mengambil peluang ini dalam meningkatkan KDNK,mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.Contohnya di kawasan zon perdagangan bebas yang menempatkan kilang-kilang elektronik dan elektrik di MalaysiaPasaran. Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran khususnya permintaan dan citarasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan.Maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain.Misalnya barangan negara-negara Asia Tengggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Begitu juga negara Eropah dan Amerika memasarkan barangan mereka ke Asia.Saling keuntungan akan dinikmati melalui pelaksanaan liberalisasi perdagangan.Bekalan Buruh. Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Sebagai contoh Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruhIndonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.Aliran buruh ini dapat mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia manakala Indonesia mendapat faedah daripada aliran wang masuk.Selain itu, kekurangan tenaga pakar juga boleh dialirkan dari negara maju ke negara membangun.

Bahan Mentah & Sumber Tenaga. Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara negara Teluk dan Asia bagi memperoleh bekalan petroleum, negara Teluk bergantung kepada Malaysia untuk mendapat minyak kelapa sawit.Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras.Demikian juga dengan negara-negara lain , wujud saling kebergantungan terhadap bahan bdan sumber tertentu.

1) Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi. Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut. Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.2) Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi baru dlm pelbagai bidang Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan. Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi dari negara Jepun.3) Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain. Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan permintaan kuasa beli pengguna. Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Aemerika dan begitulah sebaliknya.

4) Perkongsian modal Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau perlaburan silang. Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP. Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi keuntungan melalui pegangan ekuiti.5) Perkongsian buruh dan tenaga pakar Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yg berlebihan tenaga buruh. Cthnya Malaysia bergantung kpd buruh dari negara Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan. Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesatn Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk wang hasil gaji warganya. Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dgn negara lain. Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan. Bergantung kpg Filipina utk bekalan gula. Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkna minyak sawit & getah asli. Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara sperti AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dll. Cthnya, produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kpd pasaran negara Timur Tengah. Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll. Tnapa modal asing malaysia tidak mempunyai modal yg cukup utk memperkasakan ekonominya. Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti Jepun, Korea, USA, England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.