Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti...

5
Permainan harus bersifat ringkas WANITA itu kelihatan tekun melayari laman web terutama berkaitan keibubapaan. Matlamatnya hanya satu iaitu mencari maklumat berkaitan alat-alat permainan yang sesuai untuk anak-anaknya. Sebagai ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 33, perlu memastikan alat-alat permainan yang dibeli tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Pada masa sama, alat permainan berkenaan dapat membantu perkembangan otak dan fizikal anaknya, Eleesya Nur Jasmin Mohd. Juan Affendi, 3, dan Juan Erfan Mikhail, 2. Antara ciri-ciri permainan yang akan dibeli perlulah sesuai dengan usia agar keselamatan anak-anaknya juga turut terpelihara. "Saya membeli peralatan seperti blok-blok berwarna, kereta mainan bersaiz besar, kad pengimbas dan permainan yang berkaitan dengan abjad. Alat permainan seperti blok dapat membantu Erfan mengenali bentuk, mengatur atau memadankan blok berkenaan," kata Emy. Dia yang tinggal di Shah Alam, Selangor itu juga turut menghasilkan alat permainan sendiri menggunakan barangan di rumah seperti memperkenalkan warna-warna kepada anak-anaknya. Jelas Emy, dia tidak membenarkan anaknya bermain anak patung berwatak kartun atau fantasi kerana ia boleh memberi kesan tidak baik khususnya mengikut karakter watak itu dalam dunia realiti. "Selagi alat permainan itu sesuai untuk pembelajaran, saya tidak kisah berbelanja lebih," kata Emy yang lazimnya membelanjakan kurang daripada RM100 setiap kali berbelanja untuk alat permainan. Pengasas Institut Better Parenting yang juga ahli psikologi kanak-kanak, Vicki Panaccione memberitahu, ibu bapa perlu memastikan alat permainan yang hendak dibeli bukan sahaja untuk kanak- kanak berseronok tetapi mengikut usia, bersifat stimulasi dan selamat. Ringkas Katanya, ia penting untuk pembangunan mental, sosial, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga dinasihati tidak terlalu spesifik kerana ia boleh mengehadkan atau mengelak kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka. Pannaccione menasihatkan, alat permainan seharusnya bersifat ringkas seperti blok kerana ia membolehkan mereka bereksperimen, berimaginasi, kreatif dan spontan. EMY mengakui tidak kisah membeli alat permainan kepada anak-anaknya selagi ia bermanfaat dan sihat. RENCANA UTAMA Harum Malam Murah legacy-secret.com/harum-malam Produk Wanita Terbukti Berkesan. Beli Sekarang Untuk Harga Hebat! Carian@KOSMO! Search Iklan@KOSMO! Artikel-artikel RENCANA UTAMA : ePlayer Sukan Iklan@KOSMO! Waktu Solat Kuala Lumpur Subuh 5:46 Zohor 1:14 Asar 4:30 Maghrib 7:20 Isyak 8:31 Klik untuk waktu solat kawasan lain » Bertuah terlibat dalam arena dakwah » Simbolik simbol kepala rusa » Obama sambung legasi Johnson » Boneka bernyawa » Bunuh ular tedung untuk aksesori » Kafe layar perak » Malapetaka dinihari » Batu dalam hidung » Dosa anak perangai syaitan » Nor Haslina bercinta selepas kahwin Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami 28 April 2014

Transcript of Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti...

Page 1: Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada Pada waktu ini juga kanak-kanak

Permainan harus bersifat ringkas

WANITA itu kelihatan tekun melayari laman web terutama berkaitan keibubapaan. Matlamatnya hanya

satu iaitu mencari maklumat berkaitan alat-alat permainan yang sesuai untuk anak-anaknya.

Sebagai ibu kepada dua orang anak, Emy Syafinaz Abdul Majid, 33, perlu memastikan alat-alat

permainan yang dibeli tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Pada masa sama, alat permainan

berkenaan dapat membantu perkembangan otak dan fizikal anaknya, Eleesya Nur Jasmin Mohd. Juan

Affendi, 3, dan Juan Erfan Mikhail, 2.

Antara ciri-ciri permainan yang akan dibeli perlulah sesuai dengan usia agar keselamatan anak-anaknya

juga turut terpelihara.

"Saya membeli peralatan seperti blok-blok berwarna, kereta mainan bersaiz besar, kad pengimbas dan

permainan yang berkaitan dengan abjad. Alat permainan seperti blok dapat membantu Erfan mengenali

bentuk, mengatur atau memadankan blok berkenaan," kata Emy.

Dia yang tinggal di Shah Alam, Selangor itu juga turut menghasilkan alat permainan sendiri

menggunakan barangan di rumah seperti memperkenalkan warna-warna kepada anak-anaknya.

Jelas Emy, dia tidak membenarkan anaknya bermain anak patung berwatak kartun atau fantasi kerana

ia boleh memberi kesan tidak baik khususnya mengikut karakter watak itu dalam dunia realiti.

"Selagi alat permainan itu sesuai untuk pembelajaran, saya tidak kisah berbelanja lebih," kata Emy

yang lazimnya membelanjakan kurang daripada RM100 setiap kali berbelanja untuk alat permainan.

Pengasas Institut Better Parenting yang juga ahli psikologi kanak-kanak, Vicki Panaccione

memberitahu, ibu bapa perlu memastikan alat permainan yang hendak dibeli bukan sahaja untuk kanak-

kanak berseronok tetapi mengikut usia, bersifat stimulasi dan selamat.

Ringkas

Katanya, ia penting untuk pembangunan mental, sosial, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga dinasihati tidak

terlalu spesifik kerana ia boleh mengehadkan atau mengelak kanak-kanak menggunakan imaginasi

mereka.

Pannaccione menasihatkan, alat permainan seharusnya bersifat ringkas seperti blok kerana ia

membolehkan mereka bereksperimen, berimaginasi, kreatif dan spontan.

EMY mengakui tidak kisah membeli alat permainan kepada anak-anaknya selagi ia bermanfaat dan sihat.

RENCANA UTAMA

Harum Malam Murahlegacy-secret.com/harum-malam

Produk Wanita Terbukti Berkesan. Beli Sekarang Untuk Harga Hebat!

Carian@KOSMO!

Search

Iklan@KOSMO!

Artikel-artikel RENCANA UTAMA :

ePlayer Sukan

Iklan@KOSMO!

Waktu Solat Kuala Lumpur

Subuh 5:46Zohor 1:14

Asar 4:30Maghrib 7:20

Isyak 8:31

Klik untuk waktu solat kawasan lain

» Bertuah terlibat dalam arena dakwah

» Simbolik simbol kepala rusa

» Obama sambung legasi Johnson

» Boneka bernyawa

» Bunuh ular tedung untuk aksesori

» Kafe layar perak

» Malapetaka dinihari

» Batu dalam hidung

» Dosa anak perangai syaitan

» Nor Haslina bercinta selepas kahwin

Laman Utama Negara! Hiburan! Sukan! Dunia! Kosmo2 Arkib Berita Iklan Hubungi Kami

28 April 2014

Page 2: Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada Pada waktu ini juga kanak-kanak

Dalam pada itu, seorang blogger yang sering berkongsi maklumat keibubapaan dan kanak-kanak, Adlil

Rajiah Mohd. Nasir, 26, dari Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, kanak-kanak tidak sepatutnya

dipaksa bermain sendiri alat permainan tertentu tanpa dibantu ibu bapa mereka.

Menceritakan pengalaman dan pembabitan dalam blognya, http://saatakukaupilih.blogspot.com/ sejak

empat tahun lalu, Adlil memberitahu, elemen keibubapaan dan kanak-kanak diselit selepas dia sendiri

bergelar ibu.

Sumber penulisan tentang alat permainan dan tip menghibur anak diperoleh melalui pembacaan dan

pengalaman sendiri.

"Apabila melihat perubahan pada anak saya, ia akan dikongsi di blog untuk tatapan umum. Saya

mendapat banyak maklum balas daripada ibu bapa lain yang turut berkongsi pengalaman dan tip

mereka," kata ibu kepada anak kecil yang baru berusia dua tahun,

Perkongsian Adlil di blognya menarik perhatian ramai kerana beliau turut menyelitkan perbincangan dan

Ruang

Infiniti

Terbang, rakam dan analisisimej

Kesihatan

Iklan Teks

SELEPAS mengambil lajak, badanKapten Khairil Afendy Hashim, 38,terdorong ke belakang sedikit dan bersedia untukmelancarkan Pesawat Udara Tanpa Juruterbang(UAV) iaitu Helang UAV ke ruang udara Tapak EkspoPertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.Lagi...

Page 3: Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada Pada waktu ini juga kanak-kanak

nasihat doktor pakar kanak-kanak.

"Artikel saya di blog tentang tip daripada pakar mental kanak-kanak mencecah sehingga 35,000

perkongsian di Facebook," katanya.

Praktikal

Perkongsian mengenai cara-cara alat permainan dipelbagaikan kegunaannya turut menjadi tarikan

pembaca blognya. Dalam penulisan itu, Adlil berkongsi kaedah mencipta alat permainan sendiri.

"Ia lebih murah dan praktikal kerana menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah.

Namun, ia menguji daya kreativiti ibu dalam menarik perhatian anak untuk bermain alatan yang dicipta

sendiri," katanya.

Apabila terpaksa membeli alat permainan, Adlil akan sentiasa memastikan harga yang dibayar

berpatutan. "Ia diikuti kebaikan permainan tersebut. Jika sekadar permainan super hero dan saya akan

elakkan. Saya mementingkan permainan yang merangsang mental, kemahiran, deria dan fizikal anak,"

katanya.

YOKE CHAN memastikan kanak-kanak kelas nurseri didedah dengan permainan yang berkesan untuk pembangunan

mentalkanak-kanak.

Bercakap mengenai faktor usia dan keselamatan sesuatu alat permainan, Adlil mengakui kebenarannya

tetapi pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak adalah lebih penting.

Setakat ini, pendedahan alat permainan kepada anaknya, Ashraf Haikal Hafify Zulhaimy dilakukan

dengan merujuk saranan pakar. Menurut Adlil, seorang pakar pediatrik yang dikenalinya pernah berkata,

alat permainan penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf khususnya bayi yang berumur 0

sehingga lima tahun. Jadi apabila membuat sesuatu aktiviti atau bermain, Adlil akan pastikan faktor

seperti fokus, pergerakan, penyelesaian masalah dan kebolehan mengingat menjadi ukuran utama alat

permainan.

Adlil menyenaraikan aktiviti seperti mengenal dan mengasingkan barang mengikut warna, saiz, bentuk,

aktiviti melibatkan pergerakan tangan dan kaki secara terperinci seperti tarik, tolak, picit, genggam,

cubit, tekan, pijak dan sebagainya.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya

(UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan

kepada tiga fasa.

Fasa paling awal ialah satu setengah hingga tiga tahun. Pada usia ini mereka mula mengenali sisi

sebenar dunia menerusi lima deria mereka, bau, sentuhan, rasa, dengar dan lihat. Beliau menyarankan

supaya anak-anak ini diperkenalkan dengan permainan yang merangsang deria, berwarna-warni,

bertekstur, bersaiz besar agar selamat dan sentiasa dipantau ibu bapa. Pada ketika ini, Mariani

mengakui kanak-kanak perlu didedah dengan permainan yang melatih fungsi perkembangan mental dan

fizikal.

Antaranya ialah alat permainan yang berbunyi apabila ditekan, berjalan apabila diputar dan sebagainya.

Agen perangsang ini menjadikan kanak-kanak itu boleh berfikir sekali gus meningkatkan skil motor

mereka.

"Fasa kedua ialah usia empat hingga enam tahun. Pada masa ini, mereka akan masuk alam fantasi. Ini

dinamakan peringkat praoperasi iaitu mereka boleh mewakili sesuatu secara simbolik.

"Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada

waktu ini juga kanak-kanak dilihat meniru apa sahaja yang dilakukan oleh orang dewasa. Sebagai

melatih mereka dan menunjukkan dunia dewasa, permainan seperti ini juga sama penting didedahkan,"

kata Mariani.

Page 4: Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada Pada waktu ini juga kanak-kanak

Tweet

2 0 2

Kepada kanak-kanak yang lebih matang iaitu sekitar usia tujuh tahun pula, mereka lebih cenderung

kepada alat permainan dengan karakter kartun seperti Ultraman, Superman, Spiderman dan

sebagainya.

KANAK-KANAK perlu didekati secara individual untuk mengesan dan mengenal pasti kaedah terbaik yang boleh digunakan

untuk perkembangan minda mereka.

Animistik

"Ini dipanggil role play kerana dilihat sebagai wakil sebenar dan boleh diamalkan. Apa-apa pun oleh

kerana ia watak tidak benar, pastikan anak tidak terikut dengan fantasi ini kerena mereka akan

memberi impak kepada pemikiran animistik mereka," kata beliau.

Pada peringkat usia yang lebih matang, misalnya sembilan tahun dan ke atas (11 tahun), mereka

mencapai usia praremaja. Mereka boleh didedahkan dengan permainan yang mencabar pemikiran.

Jelas Mariani, permainan seperti Monopoli yang membawa kepada keperluan menyelesaikan masalah

antara contoh terbaik.

"Malah permainan tradisional seperti teng-teng, congkak, layang-layang dan lain-lain juga pendekatan

yang baik. Ia permainan yang berperaturan dan ia akan mendedahkan kanak-kanak bahawa disiplin itu

penting dalam melibatkan diri dengan sesuatu permainan," tambah beliau.

Seorang pengetua sebuah tadika di Shah Alam, Yong Yoke Chan, 54, pula memberitahu, pihaknya

mendedahkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun dengan alat permainan berbanding akademik.

Tadika yang dikenali sebagai Tadika Anak Minda itu, mendidik kanak-kanak dari usia dua tahun

setengah hingga enam tahun. "Hanya pada usia lima tahun dan enam tahun, kami mengutamakan

akademik dan aktiviti suka secara mingguan," kata beliau.

Bagi kanak-kanak kecil pula, mereka akan dilatih bermain dan menggunakan alat permainan

pembelajaran dalam kelas dengan bimbingan guru secara harian. "Setiap kanak-kanak adalah berbeza-

berbeza dan kami perlu mendekati mereka secara berasingan. Namun, apabila mereka didedahkan

dengan permainan, mereka mempunyai minat yang lebih mendalam," ujar Yoke Chan.

Baby Items Clearance Saleqqbabyshop.com

QQBaby Shop Children Clothes. Next Working Day Shipping. Order Now!

Buat Profil di Facebook

Jana RM20 Setiap Survey

Kapsul tunjuk langit doa

Hobbyking Rc Online Store

0

Suka

Rencana Utama!» Stailo!»

Retrospektif pahit manis gadis

Kajang

Moden vintaj garapan Noor

Masyitah

Varia!»

Page 5: Harum Malam Murah Carian@KOSMO! - umexpert.um.edu.my · "Sebagai contoh, permainan blok seperti Lego, bongkah kayu, replika bilik dapur dan sebagainya. Pada Pada waktu ini juga kanak-kanak

Process time in ms: 0

Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | Job House | Tutor | MyBooks | Kumpulan Utusan

| Polisi Privasi | Privacy Policy |

Find us on Facebook

Kosmo Online

145,093 people like Kosmo Online.

Facebook social plugin

Like

Copyright © 2008. KOSMO! Online.

Bertuah terlibat dalam arena

dakwahBertuah terlibat dalam arena

dakwah

Simbolik simbol kepala rusa

Gaya kontemporari dalam

seniSETIAP hasil seni kontemporariSuhaimi menyerlahkan dayakreativiti dan kehalusan.

Gaya kontemporari dalam seni

Larian perangi gejala rasuah

Iklan@KOSMO!

Hotels:Booking.combooking.com

Book at over 350,000

hotels online

Booking.com’s

Official Website!