HBML 4103 691008015350 upaya bm

download HBML 4103 691008015350 upaya bm

of 13

Transcript of HBML 4103 691008015350 upaya bm

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    1/13

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

    HBML 4103

    SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    TAJUK:

    KEUPAYAAN BAHASA MELAYU BERSAINGDENGAN BAHASA-BAHASA LAIN DI DUNIA

    ANI BINTI MISRAN(691008-01-5350)

    PENSYARAH:

    PN. MAHNITA BINTI MAMAT

    SEMESTER: MEI/2011

    PENGHARGAAN

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    2/13

    Dengan nama Allah dan segala puji-pujian ke-atas Mu Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke

    atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

    Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkantugasan HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU dalam masa yang

    ditetapkan walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang harus saya hadapi dalam usaha untuk

    menyiapkan tugasan ilmiah ini. Walau bagaimanapun saya berasa amat bertuah dan amatbersyukur kerana dengan adanya kehadiran dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat,

    secara tidak langsung telah memotivasikan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pn.Mahnita binti Mamat selaku tutor tugasan ini atassegala nasihat dan pandangan yang diberikan. Di samping itu, buat suami dan anak-anak serta ahli

    keluarga yang disayangi, terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan restu yang diberikan.

    Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh semua

    pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan negara.Ani Binti Misran

    691008015350

    Mei 2011

    ISI KANDUNGAN

    Penghargaan 2

    1.0 Pengenalan 4

    2.0 Faktor-Faktor Yang mengatakan Bahasa Melayu Telah Hilang Upaya Bersaing 5

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    3/13

    2.1 Penerimaan sepenuhnya masih belum dicapai 5

    2.2 Bentuk bahasa itu sendiri 6

    2.3 Sikap Orang Melayu Terhadap Bahasanya Sendiri 7

    2.4 Persepsi Politik Yang Salah Terhadap Dasar Bahasa Yang Ada 8

    3.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui

    Bahasa Melayu. 10

    4.0 Penutup 13

    Bibliografi 14

    1.0 Pengenalan

    Tidak dapat disangkal bahawa hari ini Bahasa Melayu menghadapi satu zaman cabaran yang

    paling hebat. Pada masa dahulu Bahasa Melayu telahpun menghadapi berbagai-bagai cabaran

    seperti pada waktu negara kita mula-mula mencapai kemerdekaan dan Bahasa Melayu

    diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara baru itu. Pada waktu itu, cabaran yang dihadapi

    oleh Bahasa Melayu ialah cabaran penerimaan (recognition) akan statusnya yang baru. Kemudian,

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    4/13

    timbul pula cabaran selanjutnya iaitu persaingan dengan Bahasa Inggeris, serta sifat ketidaktegasan

    pihak-pihak yang menjalankan pelaksanaan dasar Bahasa Melayu. Ini menjadikan kedudukan

    Bahasa Melayu waktu itu sungguh terumbang-ambing, dan mengakibatkan reaksi-reaksi yang

    kurang menyenangkan dalam kalangan pejuang Bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu yang sering diperkatakan oleh sarjana-sarjana tempatan sebagai satu bahasa

    dunia oleh kerana jumlah bilangan penuturnya. Akhbar tempatan The Star telah melaporkan pada

    tahun 2002 bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang keempat banyak bilangan penuturnya,

    selepas Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol (Collins 2009). Malaysia yang

    mempunyai rakyat berbilang kaum, berbeza dari segi etnik, budaya, agama dan bahasa dan telah

    merdeka 53 tahun telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara serta diangkat

    menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah dan dikebanyakaninstitusi-institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu juga telah berupaya menjadi bahasa ilmu

    melalui sistem pendidikan di negara kita yang dimanipulasi untuk melahirkan bangsa Malaysia.

    Pendidikan ini pula disampaikan melalui Bahasa Kebangsaan. Hasrat ini termaktub dalam Penyata

    Razak (1956), yang mahu "budak-budak ini hendaklah belajar perkara yang sama melalui Bahasa

    Kebangsaan yang sama" untuk melahirkan bangsa yang bersatu dan "menganggap Persekutuan

    Tanah Melayu ini sebagai negara mereka". Oleh sebab Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa

    Melayu, maka pada Bahasa Melayu itulah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia.

    Tetapi adakah persoalan Bahasa Melayu sudah selesai? Dapatkah kita berpuas hati dengan

    keadaannya sekarang? Bagi saya soalnya jauh dari selesai, jauh dari menyenangkan hati. Bahkan,

    sudah timbul pula suara-suara yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah hilang upaya untuk

    bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Mengapa hal ini boleh berlaku? Huraian seterusnya

    menjelaskan faktor-fakor yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah hilang upaya untuk

    bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

    2.0 Faktor-Faktor Yang mengatakan Bahasa Melayu Telah Hilang Upaya Bersaing.

    Terdapat beberapa faktor yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah hilang upaya

    untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini. Berikut dijelaskan faktor-faktor tersebut.

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    5/13

    2.1 Penerimaan sepenuhnya masih belum dicapai

    Walaupun kita telah merdeka hampir 54 tahun, telah berjaya mengadakan atau

    melaksanakan dasar pelajaran Bahasa Melayu, telah berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai

    bahasa perantaraan dalam situasi-situasi formal seperti upacara-upacara rasmi, pidato-pidato

    umum, sebagai bahasa pentadbiran negara, di parlimen dan mahkamah-mahkamah, namun pada

    hakikatnya soal total acceeptance (penerimaan sepenuhnya) masih belum dicapai. Ini pada saya

    satu faktor yang besar kepada Bahasa Melayu. Kita masih mendengar rungutan-rungutan tentang

    betapa tidak wajarnya kita mendaulatkan Bahasa Melayu dan mengetepikan Bahasa Inggeris, dan

    rungutan-rungutanini bukannya daripada orang-orang biasa, tetapi yang dibuat oleh orang-orang

    yang berpengaruh dan terkenal juga.

    Kita juga sentiasa melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kita sangat gemar

    menggunakan Bahasa Inggeris dalam ucapan-ucapan mereka, walaupun diketahui bahawa yang

    hadir itu semuanya dapat memahami Bahasa Melayu, sebab kononnya its easier to express that

    in English Kita juga dapat melihat dan membaca dalam akhbar-akhbar tempatan dalam Bahasa

    Inggeris membesar-besarkan ucapan tokoh-tokoh terkenal memuji dan menekankan kepentingan

    Bahasa Inggeris, dengan tidak memasukkan pujian tokoh-tokoh yang sama terhadap Bahasa

    Melayu.

    Jadi soalnya, kalau 54 tahun telah berlalu, berapa tahun lagikah yang diperlukan untuk

    mencapai taraf total acceptance ini? Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menyakinkan

    bahawa keadaan bilingualisme Melayu-Inggeris itu lebih baik daripada monolingualisme Bahasa

    Inggeris, dari segi semangat nasionalieme? Berapa tahun lagikah yang diperlukan oleh orang-

    orang Malaysia sehingga dapat mereka menyatakan sesuatu dengan mudah dalam Bahasa Melayu?

    2.2 Bentuk bahasa itu sendiri

    Faktor kedua yang menarik minat saya, ialah aspek struktur atau bentuk bahasa itu sendiri.

    Kita semua tentu sedar akan perubahan-perubahan yang telah berlaku kepada Bahasa Melayu

    dalam masa lima puluh empat tahun. daripada bahasa satu golongan etnik tertentu, Bahasa Melayu

    berubah menjadi bahasa berbagai-bagai golongan etnik, bahasa bagi bangsa Malaysia;daripada

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    6/13

    bahasa agung, yang digunakan di istana-istana dan sebagai bahasa kesusateraan. Bahasa Melayu

    dihimpit oleh bahasa penjajah, tercampak ke tepi longkang, lalu menjadi bahasa di rumah, di

    kedai-kedai kopi, dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah, sekolah yang mengajar orang-

    orang Melayu menjadi good farmers and good fishermen .

    Kemudian Bahasa Melayu berubah pula ke taraf yang agung sekali lagi, menjadi bahasa

    pengantar ilmu pengetahuan, bahasa yang memperkatakan buah fikiran yang tinggi dan abstrak,

    bahasa yang digunakan di parlimen dan mahkamah serta bahasa yang memperkatakan sains dan

    teknologi. Dalam masa lima puluh empat tahun, perbendaharaan katanya telah ditambah sebanyak

    lebih dua juta perkataan. Dalam masa yang sama juga Bahasa Melayu telah digunakan sebagai

    bahasa pengantar dalam bidang-bidang yang tidak pernah diceburinya lima puluh tahun dahulu. Ini

    memerlukan penggunaan penyampaian yang berbeza, yang tidak kurang pula dipengaruhi olehbahasa-bahasa lain, iaitu bahasa asal gejala-gejala baru, misalnya Bahasa Inggeris, dan juga bahasa

    pertama penutur-penutur yang menggunakan Bahasa Melayu dengan luasnya untuk perhubungan

    sehari-hari, yakni bahasa-bahasa Cina dan Tamil.

    Soal yang timbul selanjutnya ialah apakah yang telah terjadi kepada Bahasa Melayu

    sehinggakan tidak dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Jawabnya, Bahasa Melayu

    yang telah berkembang dan berubah, telah jauh berlainan sifatnya berbanding dengan Bahasa

    Melayu lima puluh tahun dahulu. Tetapi, selaras dengan perubahan ini, berlaku juga perubahan-

    perubahan yang kurang baik, yang jika dibiarkan tanpa sekatan akan membawa kesan yang buruk

    terhadap Bahasa Melayu dan terhadap masa depannya sebagai sebuah bahasa saintifik yang cekap

    dan efektif. Dengan kata lain, aspek-aspek kekacauan bahasa yang sedang berlaku hari ini kepada

    bentuknya, sebagai hasil perkembangan yang tidak sihat pada bahasa itu merupakan antara faktor

    penyebab Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

    Apa yang saya maksudkan di sini ialah penggunaan Bahasa Melayu yang salah pada

    peringkat formal, iaitu bahasa itu digunakan untuk tontonan atau pendengaran ramai seperti dalam

    siaran-siaran radio dan tv, di iklan-iklan, di papan-papan kenyataan, dalam arahan-arahan serta

    nama kedai dan bangunan Begitu juga dalam penggunaan penulisan sistem pesanan ringkas (sms)

    yang menggunakan huruf-huruf yang ringkas dan sukar difahami. Dalam konteks ini penggunaan

    Bahasa Melayu adalah pada peringkat rasmi, yang dilihat, dibaca dan didengar oleh setiap orang

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    7/13

    termasuk pelajar-pelajar sekolah. Implikasi yang menakutkan ialah bahawa dengan membiarkan

    kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, secara yang paling sistematis kita sedang menghasilkan satu

    generasi yang akan menggunakan Bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Generasi inilah yang

    akan menyebabkan Bahasa Melayu hilang keupayaannya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa

    lain di dunia.

    2.3 Sikap Orang Melayu Terhadap Bahasanya Sendiri

    Selain masalah persepsi yang salah terhadap Bahasa Melayu dalam hubungannya dengan kemajuan

    bangsa Melayu, seperti yang telah disentuh di atas, perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa

    budaya tinggi atau sebagai bahasa pemikiran selalu menghadapi masalah kelemahan budaya

    bahasa orang Melayu sendiri. Hal ini dapat kita lihat pada mutu bahasa Melayu yang digunakan

    oleh kebanyakan orang, baik dalam komunikasi tidak formal mahupun dalam komunikasi formal.

    Paling ketara ialah penggunaan ragam bahasa campuran Melayu-Inggeris atau English-

    Malay/Malay-English code-switchings dan code-mixtures, khususnya dalam komunikasi lisan.

    Orang Melayu seolah-olah menganggap bahawa penggunaan bahasa Melayu yang betul

    dan baik tidak penting bagi kemajuan mereka. Kita tahu bahawa bahasa bukanlah hanya sistem

    linguistik. Bahasa juga dan mungkin lebih penting lagi ialah sistem budaya dan sistem kognitif

    atau pemikiran. Ilmu dan budaya tinggi tidak dapat dicetuskan melalui bahasa yang salah, bahasaragam rendah, bahasa pasar, dialek setempat dan sebagainya. Ilmu dan fikiran yang tidak dapat

    disampaikan melalui bahasa loghat Kedah atau loghat Kelantan, misalnya. Apabila orang Melayu

    tidak lagi mampu menguasai bahasanya dengan baik kesannya buruk kepada kemajuan fikiran

    orang Melayu. Mereka tidak akan dapat berfikir dengan jelas, mendalam, teratur dan kreatif dalam

    bahasanya sendiri. Inilah kesan budaya yang amat buruk yang boleh berlaku kepada budaya dan

    kemajuan sesuatu bangsa apabila bangsa itu tidak lagi mampu menggunakan bahasanya untuk

    berfikir, untuk mencipta dan mengembangkan ilmu, menghasilkan karya-karya ilmu, sains dan

    kesusasteraan yang besar dan bermutu dalam bahasanya. Sekiranya hal sedemikian berlaku

    bagaimanakah Bahasa Melayu hendak bersaing dengan bahasa-bahasa lain yang ada di dunia ini.

    2.4 Persepsi Politik Yang Salah Terhadap Dasar Bahasa Yang Ada

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    8/13

    Satu faktor lagi yang boleh menggugat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya bersaing

    dengan bahasa-bahasa lain di dunia ialah persepsi yang salah terhadap matlamat atau peranan

    politik bahasa kebangsaan (iaitu Bahasa Melayu). Apabila Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai

    bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, kemudian Malaysia, Bahasa Melayu tidak lagi

    menjadi hanya bahasa kebangsaan bangsa Melayu tetapi sudah berubah menjadi bahasa

    kebangsaan negara Malaysia negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa atau golongan etnik.

    Tetapi, kaum bukan Melayu sehingga kini, mereka tidak dapat membezakan antara bahasa

    Melayu sebagai penanda identiti bangsa Melayu (dan ini fungsi sosiobudaya bahasa Melayu itu)

    dengan fungsinya sebagai bahasa pembangunan negara merentas sempadan etnik dan bahasa-

    bahasa etnik yang lain. Seringkali kerajaan menganggap bahawa pentingnya Bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan di negara ini ialah sebagai alat perpaduan etnik atau perpaduannasional.

    Kaum bukan Melayu menolak gagasan ini kerana menganggap itulah adalah matlamat

    politik yang tidak mungkin tercapai. Mana mungkin orang Cina di Malaysia yang mempunyai

    bahasa ibundanya sendiri disatukan secara cultural oleh bahasa Melayu? Demikian hujah mereka,

    dan hujah ini benar. Kita pun tahu selama ini tidak kelihatan tanda yang jelas menunjukkan

    bahawa Bahasa Melayu telah berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai etnik di negara ini.

    Bahkan keadaan menunjukkan bahawa penduduk Malaysia berpecah melalui bahasa yang berbeza-

    beza. Bagaimanapun, kita tidak perlulah memberikan perhatian yang terlalu serius terhadap fungsi

    Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum, takut nanti akhirnya bahasa Melayu akan hanya

    tinggal sebagai bahasa kebangsaan simbolik sahaja seperti halnya dengan taraf bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan pinggiran di Singapura. Lebih penting, dasar bahasa yang ada

    hendaklah menegaskan pentingnya peranan atau fungsi dan nilai bahasa kebangsaan ini (iaitu

    bahasa Melayu) sebagai bahasa pembangunan atau kemajuan negara yang dikembangkan melalui

    dasar pendidikan, dasar pembangunan ekonomi dan teknologi negara dan melalui sistem

    pendidikan tinggi negara.

    Dasar atau matlamat mengembangkan taraf atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

    pembangunan atau kemajuan negara lebih penting dan mudah dicapai daripada matlamat untuk

    menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan kaum berdasarkan tiga sebab: (a) bahasa Melayu

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    9/13

    ialah bahasa yang maju sejak abad ke-14, seperti yang telah kita jelaskan tadi; boleh dikatakan

    bahawa bahasa Melayulah yang menjadi alat utama pembinaan tamadun supraetnik di seluruh

    rantau ini sejak abad ke-16 atau ke-17 lagi, mengatasi bahasa-bahasa Melayu-Polinesia yang lain;

    (b) bahasa inilah yang lebih banyak diketahui oleh penduduk Malaysia daripada bahasa-bahasa

    lain; (c) melalui pendidikan dalam bahasa ini selepas kemerdekaan ribuan pakar, sarjana dan ahli

    profesional dalam pelbagai bidang ilmu telah dilahirkan; dan yang paling penting, (d) bahasa ini

    bukan bahasa penjajahan; penduduk Malaysia tidak mengalami perbezaan keadaan ekonomi,

    sosial, pendidikan, politik dan budaya antara kaum disebabkan bahasa ini.

    Kesimpulannya: perancangan bahasa di Malaysia hendaklah memberikan tumpuan yang

    lebih serius terhadap matlamat untuk mengembangkan bahasa sebagai alat pembinaan dan

    kemajuan negara Malaysia serta berupaya bersaing dengan bahasa-bahasa lain. Kalau kitamenggunakan teori Kelman (1972) tentang fungsi instrumental bahasa, kita dapat mengandaikan

    bahawa orang akan tertarik kepada bahasa Melayu sekiranya ...the language policy meets the

    needs and interests of all the people in the state effectively and fairly '. Dengan kata lain, orang

    akan tertarik dengan bahasa ini sekiranya mereka melihat bahasa ini mempunyai nilai sebagai

    bahasa kemajuan. Jadi, menurut Kelman, language policies therefore must foster instrumental

    attachments both to the language and the state '.

    3.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui

    Bahasa Melayu.

    Sebenarnya kita sudahpun memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita juga

    sudah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Kita juga sudah

    memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Sebenarnya

    pemartabatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di

    negara ini diterajui oleh golongan intelektual yang bertujuan memperkasa bangsa Malaysia melalui

    Bahasa Melayu.

    Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai

    permulaan zaman Bahasa Melayu Moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil

    tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    10/13

    pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan

    keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran

    tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu. Bagi beliau, sekiranya nahu Bahasa Melayu

    ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan

    pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap Bahasa Melayu. Kata-

    kata Munsyi Abdullah ini bolehlah dikatakan beliau merupakan golongan intelektual Melayu yang

    berjuang memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu.

    Seterusnya, tokoh besar dunia Melayu yang berjuang mmeperkasa bangsa Malaysia dengan

    menggunakan Bahasa Melayu ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Zaba.

    Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September

    1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau telah menghasilkanPelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) Bahasa

    Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu Bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji

    Melayu sebelumnya. Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu Bahasa Melayu atau aturan

    rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu Bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu Bahasa

    Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati Bahasa Melayu serta pendekatan khasnya

    yang tersendiri. Oleh itu, nahu Zaba ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam

    penggolongan kata.Pelita Bahasa Melayu (1) diterbitkan pada tahun 1940 membicarakan masalah

    huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu. Pelita Bahasa Melayu (2) merupakan lanjutan

    terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai

    dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian

    tanda-tanda berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Jelas menunjukkan

    bahawa Zaba menggunakan Bahasa Melayu bertujuan memperkasa bangsa Malaysia melalui hasil

    tulisannya.

    Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula

    mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan,

    budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini.

    Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa

    Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada

    penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    11/13

    Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa

    Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan

    undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu,

    satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu. Bahasa Melayu,

    bahasa yang akan memperkasa bangsa Malaysia. Sumbangan yang diberi oleh wartawan,

    sasterawan, budayawan, dan guru-guru Melayu memperakui bahawa golongan intelektual berdiri

    sama teguh,sama gagah berjuang menggunakan Bahasa Melayu untuk memperkasa bangsanya,

    iaitu bangsa Malaysia.

    Negarawan Abdul Razak dan Abdul Rahman Talib merupakan Menteri Pendidikan yang

    bertanggungjawab besar meletakkan batu asas menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar di sekolah-sekolah negara ini melalui Penyata Razak (1956), dan Penyata Rahman Talib(1960). Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kita mula mengambil langkah

    memperkenalkan identiti kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang merdeka dan bermaruah.

    Akhirnya jadilah kita bangsa Malaysia yang perkasa dengan menggunakan bahasa sendiri iaitu

    Bahasa Melayu.

    Di samping itu, terdapat juga beberapa tokoh intelek yang menulis, menterjemah dan

    menghasilkan buku mengenai perubatan, matematik, dan sejarah. Antara kitab awal yang ditulis

    dalam Bahasa Melayu ialah Sirat-al-Mustaqim yang ditulis oleh Nuruddin al-Raniri pada tahun

    1644 M. Buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612. Buku yang

    berkaitan dengan istana Taj al-Salatin ditulis oleh Bukhari al-Jauhari pada tahun 1630. Abdul

    Samad al-Palembani menulis kitab tasawufHidayat al-Salikin pada tahun 1792 dalam Bahasa

    Melayu. Mohd Zain Jalaluddin Acheh menterjemahkan Umm-al Barahin ke dalam Bahasa Melayu

    dengan tajukBidayat al-Hidayatpada tahun 1757. Kitab Taj alarus Ibnu Ataillah

    diterjemahkan oleh Syeikh Uthman al-Pontiani pada tahun 1902. Dalam bidang bahasa, raja Haji

    menulisKitab Pengetahuan Bahasa pada tahun 1858

    Tradisi persuratan Melayu pada zaman itu turut memperlihatkan perkembangan ilmu

    tentang ketatanegaraan dan undang-undang dalam Bahasa Melayu. Kita mengenali buku tentang

    hukum yang terkenal, iaituHukum Kanun Melaka, Undang-undang Johor, Undang-undang Perak

    dan Undang-undang Kedah (Awang Sariyan, 1995:29).

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    12/13

    Buku tajwid yang awal dalam Bahasa Melayu dihasilkan oleh Aminuddin Nuruddin. Buku

    yang bertajukRisalah Tajwiditu diterbitkan pada tahun 1869. Kitab mengenai ilmu pengiraan

    falak yang bertejukMinhaj al-Qawin pada mengetahui Hisab dan Taqwim ditulis oleh Syeikh

    Abdul Rahman Muhammad al-Fatani pada tahun 1893. Pada tahun 1895 Syeikh Ahmad bin

    Muhammad Zain al-Fatani menulis kitab mengenai perubatan yang bertajukTayyib al-Ihsan fi

    Tibb al-Insan dalam Bahasa Melayu. Syeikh Ahmad menghasilkan karya sejarah yang bertajuk

    Tarikh Fatani sekitar tahun 1228H, dan men jelang tahun 1220H, Majalah Ahkam Johorpula

    diterbitkan. Contoh karya dan dokumen yang dihuraikan adalah mercu tanda awal golongan

    intelektual menggunakan Bahasa Melayu untuk memperkasa bangsa Malaysia pada waktu itu.

    Sebenarnya, banyak lagi karya ilmiah yang bermutu ditemui dalam bentuk manuskrip yang

    tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Islam, perpustakaan universiti tempatan,sekolah agama, dan dalam koleksi pertubuhan serta koleksi perpustakaan. Di samping itu, terdapat

    juga satu koleksi besar manuskrip dalam Bahasa Melayu yang ada tersimpan di perpustakaan luar

    negara, seperti di School of Oriental and African Studies, London, di Universiti Leiden, di

    perpustakaanyang terdapat di negara Jerman, Perancis dan banyak lagi. Karya-karya agung zaman

    silam yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa tulisannya memperlihatkan betapa

    bangsa Malaysia waktu itu merupakan suatu bangsa yang amat maju dan perkasa

    4.0 Penutup

    Saya telah membincangkan beberapa faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang

    keupayaan untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia, dengan agak panjang lebar. Soal

    selanjutnya ialah: Apakah penyelesaiannya? Bagi saya ada beberapa perkara yang harus

    ditonjolkan antaranya ialah kedaulatan Bahasa Melayu hari ini tidak boleh dipersoalkan lagi kerana

    telah termaktub dalam perlembagaan, sudah dilaksanakan dalam dasar pelajaran kebangsaan, dan

    sudah diterima oleh masyarakat umum. Keupayaannya sebagai satu bahasa moden, sebagai satu

    bahasa pergantar di institusi pendidikan, dan sebagai satu bahasa perhubungan semua golongan

    masyarakat sudah tidak dapat disangsikan lagi. Tidak ada siapa yang dapat dan harus

    menggoncang kedudukannya. Kata Hang Tuah, Tak kan Melayu hilang di dunia. Saya ingin

    menambah: selagi bahasanya dituturkan dengan baik di tanah pusaka ini. Dalam perbincangan

  • 7/31/2019 HBML 4103 691008015350 upaya bm

    13/13

    ini saya juga telah membincangan peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa

    Malaysia melalui Bahasa Melayu.

    Di atas bahu merekalah terletaknya martabat Bahasa Melayu. Jika mereka terus leka

    dengan sikap acuh tak acuh terhadap Bahasa Melayu, maka terjerumuslah Bahasa Melayu ke

    dalam longkang kehinaan.Tetapi, jika mulai dari sekarang kita menjalankan tindakan-tindakan

    tegas, maka berkembangkanlah Bahasa Melayu dengan baiknya, mekar dan harum, sehingga akhir

    zaman. Sesungguhnya, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya bersaing dengan

    bahasa-bahasa lain di dunia atau bahasa peradaban dunia bukanlah sesuatu yang mustahil. Memang

    masih banyak faktor yang melemahkan ke arah itu, namun banyak pula kekuatan yang dipunyai

    Bahasa Melayu.

    Bibliografi

    Abdullah Hassan, 1976,Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam Masyarakat Malaysia

    Baru, dalamDewan Bahasa, Oktober 1976 hlm. 545-565.

    Awang Sariyan, 1995, Sinarnya Satu Idealisme,Pelita Bahasa 7, Januari: 30-31

    Awang Sariyan, 2006, Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang:

    Upaya Pemerkasaannya, Kertas Kerja Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7.

    Mohd Taib Osman. 2004.Budaya dan Bahasa Melayu: Masalah dan Harapan. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.

    Wan Hashim Wan Teh (2007), Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Jalan Berliku

    dalamBahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara Editor Zaharani Ahmad danNoraziah Ali, Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Zaitul Azma Zainon Hamzah (2007), Bahasa Melayu di Persimpangan Globalisasi dalam

    Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara Editor Zaharani Ahmad dan

    Noraziah Ali, Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.