imunisasi

11
Pengenalan Biarpun keberkesanan vaksin terbukti mampu melindungi si kecil daripada serangan bakteria dan virus berbahaya, masih ramai ibu bapa seakan tidak mempedulikan kepentingan suntikan imunisasi yang sudah diperkenalkan berdekad lamanya. Hanya alasan remeh diberikan termasuk kasihan dan terlupa disebabkan terlalu banyak jadual yang perlu diikuti. Mengikut kaji selidik membabitkan 6,600 responden di seluruh dunia, 42 peratus daripada 300 ibu di kalangan warga Malaysia mengakui kesan sampingan seperti demam selain bimbang kesihatan, menjadi punca utama mereka tidak mendapatkan vaksin berkenaan manakala takut melihat anak kesakitan berada di tangga kedua (36 peratus). Objektif Kajian Melalui kajian ini kita dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang kepentingan imunisasi kepada kanak-kanak dan langkah susulan yang perlu di ambil oleh ibu bapa. 1. Apa Itu Imunisasi? 2. Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi? 1

Transcript of imunisasi

Page 1: imunisasi

Pengenalan

Biarpun keberkesanan vaksin terbukti mampu melindungi si kecil daripada

serangan bakteria dan virus berbahaya, masih ramai ibu bapa seakan tidak

mempedulikan kepentingan suntikan imunisasi yang sudah diperkenalkan

berdekad lamanya. Hanya alasan remeh diberikan termasuk kasihan dan

terlupa disebabkan terlalu banyak jadual yang perlu diikuti.

Mengikut kaji selidik membabitkan 6,600 responden di seluruh

dunia, 42 peratus daripada 300 ibu di kalangan warga Malaysia mengakui

kesan sampingan seperti demam selain bimbang kesihatan, menjadi punca

utama mereka tidak mendapatkan vaksin berkenaan manakala takut melihat

anak kesakitan berada di tangga kedua (36 peratus).

Objektif Kajian

Melalui kajian ini kita dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang

kepentingan imunisasi kepada kanak-kanak dan langkah susulan yang perlu di

ambil oleh ibu bapa.

1. Apa Itu Imunisasi?

2. Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?

3. Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

4. Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi?

5. Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi?

6. Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi?

7. Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa?

8. Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit?

9. Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?

1

Page 2: imunisasi

Apa Itu Imunisasi?

Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa

penyakit tertentu secara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui

pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi untuk membina daya

ketahanan badan.

Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan

secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara :

Aktif - Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Pasif - Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Apakah Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi?

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah

Tibi

Hepatitis B

Polio

Difteria

Pertussis (Batuk kokol)

Tetanus

Measles (Campak)

Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)

Rubella

Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)

2

Page 3: imunisasi

Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

• Tibi (Tuberculosis)

Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada

organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh

membawa maut.

• Hepatitis B

Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease)

dan kanser hati.

• Difteria

Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

• Pertussis (batuk kokol)

Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa

maut.

• Tetanus

Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawa kesakitan

yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

• Polio

Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan

fizikal atau kematian.

3

Page 4: imunisasi

• Penyakit Hib

Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak,

pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang

menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

• Measles (campak)

Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang

selaput otak (meningitis), radang otak(encephalitis), pekak, buta, cirit-birit

dan kematian.

• Mumps (beguk)

Radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh

membawa kemandulan.

• Rubella

Biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi

Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan

cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat

tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai

Congenital Rubella Syndrome.

Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi?

Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena

jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-

penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi teruk dan membawa maut.

4

Page 5: imunisasi

Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi?

Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi

Baru Kementerian Kesihatan Malaysia :-

1. Baru Lahir

2. Bulan ke 2, Bulan ke 3 ,Bulan ke 5

3. Setahun

4. Bulan ke 18

5. Tahun 1

6. Tahun 6

7. Tingkatan 3

• Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak anda mengikut

jadual imunisasi baru.

• Sekiranya anak anda tercicir daripada mendapat imunisasi, segera bawa

ke klinik.

• Imunisasi DPT + Hib diberi dalam satu suntikan.

5

Page 6: imunisasi

Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi?

• Imunisasi adalah SELAMAT

• Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya

berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya

• Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ºC), ruam

di seluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku

• Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke

klinik/hospital dengan segera.

Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa?

YA, BOLEH - Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat

dalam masa yang sama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti

kedua-dua paha atau bahu.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit?

Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan

seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?

Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang

ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang.

6

Page 7: imunisasi

Penutup

Melalui kajian dan penelitian terhadap perkembangan imunisasi di

Malaysia kini , saya dapat melihat betapa pentingnya suntikan imunisasi

kepada tahap kesihatan kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa memainkan peranan

yang penting dengan mengikut jadual suntikan imunisasi yang telah di

tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini bagi memastikan anak-

anak mereka terhindar dari sebarang penyakit berbahaya.Hal ini kerana, tahap

kesihatan penduduk di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun.

Kesedaran ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak-anak mereka

terjamin haruslah di pertingkatkan lagi. Ini kerana, ada segelintir ibu bapa

memandang rendah terhadap pengambilan suntikan imunisasi dan terlalu takut

kesan sampingannya walaupun kesan itu tidak berbahaya kepada anak-anak

mereka. Oleh demikian, ibu bapa dapat mengikis tanggapan negatif itu dan

berusaha membawa anak-anak mereka mengambil suntikan imunisasi

mengikut jadual yang telah disediakan.

Selain itu, pihak kementerian kesihatan haruslah berkerjasama dengan

hospital-hospital swasta dan kerajaan dalam usaha mengadakan kempen-

kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan imunisasi pada

masa kini. Melalui kerjasama ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan

masyarakat terhadap kepentingan imunisasi bagi mencegah penyakit

berbahaya. Seterusnya dapat melahirkan generasi baru yang lebih sihat

dan cergas.

7