Kaedah Dan Teknik Mengajar

14
KAEDAH DAN TEKNIK KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR MENGAJAR

description

Kaedah Dan Teknik Mengajar

Transcript of Kaedah Dan Teknik Mengajar

  • KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

  • KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJARKAEDAH PERBINCANGAN-melibatkan murid-murid dengan aktiviti perbincangan.-prinsip-prinsip perbincangan:pemilihan topik perbincanganguru harus memilih topik yang berasaskan kepada pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid.

  • elakkan topik yang mengandungi isu sensitif.skop bagi tajuk yang dipilih haruslah jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukan masa dalam sesi perbincangan.tajuk perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan dimulakan.semasa aktiviti perbincangan, guru harus menggalakkan dan membimbing setiap orang murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan.

  • semasa sesi perbincangan,murid-murid digalakkan mencatatkan idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa.pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatatkan haruslah dirumuskan.sedikit masa harus diperuntukkan bagi guru membuat ulasan daripada hasil perbincangan.sebelum akhir pelajaran, pujian guru haruslah diberikan kepada murid-murid yang telah menyertai aktiviti perbincangan supaya mereka dapat merasakan idea mereka mendapat perhatian serta dihargai.

  • KAEDAH TUNJUK CARA-melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.-prinsip-prinsip tunjuk cara:sebelum demonstrasiguru hendaklah menentukan topik,objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu.Alatan/radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan.Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas.

  • Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alatan/bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi an aktiviti yang hendak diperhatikan.Semasa demonstrasiGuru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.

  • Sekiranya murid menunjukkan keraguan,guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas.Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuh pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.

  • Selepas demonstrasiBincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting.Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi.

  • -langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara.PerancanganPerlaksanaanLatihanPenutup

  • KAEDAH PENYELESAIAN MASALAHmemerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul.Prinsip-prinsip penggunaan kaedah penyelesaian masalah:Soalan bermasalah harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan.Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.

  • Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus membimbing murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.Berbincang dengan murid berbagai cara yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah.Elakkan memberi tunjuk cara guru tentang cara menyelesaikan masalah.

  • langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalahModel DeweyMengenalpasti masalahMencari maklumat rumusanMembuat hipotesisMenguji hipotesisMenilai dan membuat rumusan

  • Model PolyaMemahami soalan bermasalahMerancang strategi penyelesaianMelaksanakan strategi penyelesaianMenyemak masalah dan penyelesaiannya semulaModel LesterKesedaran masalahKefahaman masalahAnalisis objektifPerancangan strategiPelaksanaan strategiProsedur dan penilaian penyelesaian