Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

11
KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN KESIHATAN SOALAN 4 Aktiviti penutup dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan. 1. Bagi menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya pelajar mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh. 2. Bagi mengukuhkan lagi konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting contohnya dengan memberi kerja bertulis. 3. Untuk mewujudkan satu perasaan pencapaian dan kejayaan dikalangan pelajar seperti dengsn menggunakan teknik peneguhan. 4. Untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat modifikasi serta membaiki pelajarannya pada masa akan datang. Sebagai contoh menggunakan aktiviti penilaian. 5. Dapat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang mereka baru dipelajari dengan mengadakan aktiviti-aktiviti susulan. Sebagai guru Pendidikan Kesihatan, beberapa aktiviti dalam komponen kemahiran penutup harus dilaksanakan. Seperti rajah di bawah.

Transcript of Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

Page 1: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN KESIHATAN

SOALAN 4

Aktiviti penutup dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.

1. Bagi menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya pelajar

mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

2. Bagi mengukuhkan lagi konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan

merumuskan fakta-fakta penting contohnya dengan memberi kerja bertulis.

3. Untuk mewujudkan satu perasaan pencapaian dan kejayaan dikalangan pelajar

seperti dengsn menggunakan teknik peneguhan.

4. Untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan

pembelajaran supaya pelajar dapat membuat modifikasi serta membaiki

pelajarannya pada masa akan datang. Sebagai contoh menggunakan aktiviti

penilaian.

5. Dapat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep dan kemahiran

yang mereka baru dipelajari dengan mengadakan aktiviti-aktiviti susulan.

Sebagai guru Pendidikan Kesihatan, beberapa aktiviti dalam komponen kemahiran

penutup harus dilaksanakan. Seperti rajah di bawah.

Page 2: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

Perkaitan kognitif

Komponen-komponen Pemahiran Penutup

Perkaitan sosial

1. Membuat rumusan.2. Mengulangi isi-isi penting.3. Menjalankan aktiviti penilaian.4. Menjalankan aktiviti susulan.5. Menjalankan aktiviti pengukuhan

1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar.

2. Memberi peneguhan positif.3. Mewujudkan perasaan ingin tahu.4. Memotivasikan perasaan ingin

belajar

Page 3: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

SOALAN 5

Set Induksi

Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama

utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina.aliran fikiran serta menimbulkan

minat pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti

pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakajikan

untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran. Di antaranya ialah dengan

menggunakan alat Bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mrngulangkai topic yang

berkaitan, membimbing pelajar mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan

sebagainya.

Bagaimanapun, oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina

aliran pelajar sahaja, maka peruntukan masa dalam perlaksanaan set induksi haruslah

ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

Langkah pertama dalam pengendalian set induksi merancang satu aktiviti

pengajar yang berdasarkan komponen-komponen kemahiran set induksi, khasnya

komponen-komponen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk

belajar. Selain itu alat bantu mengajar harus disediakan bagi tujuan menambahkan lagi

kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran.

Page 4: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

Komponen-komponen kemahiran set induksi dan cara perlaksannya

Komponen-komponen kemahiran set induksi

MenstrukturMembuat perkaitan

Mewujudkan motivasi

Menarik perhatian

• Manggunakan nada suara.

• Menggunakan alat Bantu mengajar.

• Menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata.

• Menunjukkan satu isyarat yang luar biasa.

• Membangkitkan rasa ingin tahu.

• Menggunakan teknik bercerita.

• Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.

• Menggunakan soalan mencabar.

• Menyatakan had tugas yang akan dijalankan.

• Mengunakan satu siri soalan yang berkaitan.

• Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.

• Menyatakan aktiviti, tugas atau projek.

• Mengaitkan pengetahuan lepas pelajar.

• Mengaitkan isi pelajaran baru.

• Mengaitkan isi peristiwa smasa.

• Mengaitkan minat dan pengalaman pelajar.

Page 5: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

SOALAN 6

Kaedah pengajaran.

Kaedah pengajaran adalah satu cara untuk mendekati sesuatu objektif pelajaran

dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah pengajaran boleh

digunakan sebagai teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik

yang sesuai. Contohnya;

1. Kaedah pengajaran secara kelas.

2. Kaedah pengajaran secara berkumpulan.

3. Kaedah pengajaran secara individu.

4. Kaedah pemudahcara.

5. Kaedah perbincangan.

6. Kaedah tunjukcara.

7. Kaedah penyelesaian masalah.

8. Kaedah simulasi.

9. Kaedah bercerita.

10. Kaedah bermain.

11. Kaedah projek.

12. Kaedah lawatan.

13. Kaedah pengajaran berpasukan.

14. Kaedah pengajaran modul.

Page 6: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

1. Kaedah pengajaran secara kelas.

Kaedah penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru

mengajar isi pelajaran yang sama, masa yang sama, serta memberi latihan atau kerja yang

sama kepada semua pelajar dalam kelas.

Biasanya, dalam kaedah pengajaran secara kelas ini, pelajar akan duduk mengikut

susunan meja-kerusi secara selari dan muka pelajar menghadap guru. Kaedah ini sangat

sesuai digunakan pada peringkat permulaan pengajaran (set induksi), perkembangan

konsep dan kemahiran atau membuat rumusan pada akhir pengajaran. Pada peringkat

permulaan pelajaran, pelajar duduk secara berbaris atau berkumpul di ruang pengajaran

yang biasanya terletak di hadapan kelas untuk mendengar arahan supaya menjalankan

aktiviti atau mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pengajaran secara kelas juga

mempunyai beberapa kelebihan tersendiri seperti;

a. Menjimatkan masa dan tenaga. Iaitu dengan menjelaskan satu konsep atau

kemahiran baru, atau menghuraikan langkah-langkah penyelesaian sesuatu

masalah yang dihadapi oleh hamper semua pelajar dalam kelas.

b. Pelajar suka belajar secara beramai-ramai missalnya suka membaca, menyanyi

atau mengambil bahagian dengan berpasukan terutamanya pendidikan jasmani. Ia

juga dapat memuaskan naluri sediaada pelajar yang suka secara beramai-ramai.

c. Pelajar dapat keseronokan ketika belajar bersama-sama berbanding belajar

bersendirian.

d. Dapat memupuk minat ketahap optimum.

e. Dapat melibatkan setiap pelajar dalam kelas menyertai aktiviti pembelajaran yang

sama.

Page 7: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

f. Pelajar dapat berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah yang dikemukakan

oleh guru. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dengan baik.

g. Dapat melatih pelajar yang lemah atau lambat mencontohi rakan-rakan yang

cerdas.

h. Memberi kesempatan kepada pelajar mempunyai sifat bertanding di antara satu

sama lain. Dengan pertandingan yang positif, pelajar akan dapat meningkatkan

prestasi mereka.

2. Kaedah Pengajaran Secara Berkumpulan

Kaedah ini adalah berdasarkan kebolehan pelajar. Di bawah aktiviti pembelajaran

secara berkumpulan pelajar akan dapat mengusai kemahiran tertentu mengikut kadar

pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar.

Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, kaedah pengajaran secara berkumpulan

boleh dilaksanakan dalam dua cara. Iaitu membahagikan pelajar mengikut kebolehan dan

membahagikan pelajar dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dan

kecenderungan. Contohnya;

a. Kumpulan mengikut kebolehan

Kumpulan ini dibentuk adalah berdasarkan rasional bahawa terdapat perbezaan

kebolehan dalam penguasaan kemahiran dikalangan pelajar sesebuah kelas. Di

samping itu, guru juga dapat merancang aktiviti secara berperingkat, megikut

kebolehan mereka.

Page 8: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

b. Kumpulan pelbagai kebolehan

Kumpulan pelbagai kebolehan pula dibentuk dengan membahagikan pelajar kepada

beberapa kumpulan di mana pada setiap kumpulan terdapat pelajar yang cerdas,

sederhana dan lambat. Pengumpulan jenis ini sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti

pembelajaran seperti permainan, simulasi, perbincangan, ujikaji, projek dan aktiviti-

aktiviti yang memerlukan bimbingan daripada pelajar-pelajar cerdas.

Aktiviti membaca secara berperingkat

Kumpulan cerdas

Diberikan bahan membaca yang mencabar

Kumpulan sederhana

Diberikan bahan membaca yang biasa

Kumpulan lambat

Diberikan bahan membaca yang mudah

Kumpulan AStesen PSituasi 1

Kumpulan DStesen SSituasi 4

Kumpulan CStesen RSituasi 3

Kumpulan BStesen QSituasi 2

Page 9: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

3. Kaedah Pengajaran Secara Individu

Sejenis kaedah pengajaran yang berlaku di antara seorang guru dan seorang

pelajar. Kaedah dilakukan adalah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam

pengajaran secara kelas. Pelajar dalam setiap kelas lazimnya mempunyai kebolehan dan

prestasi yang berbeza-beza yang mana penggunaan kaedah kelas akan membawa faedah

kepada sebilangan kecil pelajar sahaja. Oleh yang demikian, pengajaran secara individu

dirancang berdasarkan kepada kebolehan dan prestasi individu. Ini akan dapat membantu

setiap pelajar belajar mengikut kebolehan dan prestasi mereka sendiri. Oleh itu, mereka

akan dapat mengembangkan potensi mereka dari segi intelik, rohani, social dan jasmani

secara menyeluruh dan seimbang. Untuk mencapai kaedah pengajaran individu ini,

seorang guru harus menggunakan teknik yang sesuai dan berkesan. Pemilihan teknik juga

menjurus kepada pemahaman guru terhadap kebolehan dan potensi setiap pelajarnya.

Teknik yang sipilih juga mestilah sesuai dengan masa dan keadaan semasa.

Untuk mendapatkah hasil yang berkesan, aktiviti pengajaran individu hendaklah

dirancang dengan teliti. Beberapa faktor harus diambil kira;

Faktor-faktor pengajaran

secara individu

• Kebolehan dan pengalaman sedia ada pelajar.

• Punca masalah pelajar

• Strategi dan teknik mengajar

• Isi pelajaran dan alat bantu mengajar

• Langkah-langkah yang mudah diikuti oleh pelajar

• Masa dan tempat pengajaran

• Aktiviti pengukuhan dan penilaian

• Aktiviti pembelajaran pelajar lain.

Page 10: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

4. Kaedah Pengajaran Cara Bermain

Kaedah pengajaran cara bermain merupakan suatu kaedah dan teknik yang

memberi peluang pelajar melakukan aktiviti berpura-pura dalam keadaan terkawal. Ia

juga mampu mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial serta dapat

mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.

“Saya sendiri mendapati sesuatu permainan bahasa yang baik merupakan

cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan membuat latihan

congak di bilik darjah, kerana ia membawa keseronokan dan mengurangkan

ketegangan”

Julia Dobson, (1970). Try one of my games.

Cara perlaksanaan

• Selepas pengajaran secara kelas atau kumpulan. ( aktiviti pemulihan)

• Semasa kelas membuat kerja sendiri.

• Membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran semasa pengajaran secara kelas.

• Membantu pelajar mengatasi kelemahan supaya mencapai peringkat yang setaraf dengan pelajar lain

• Pengajaran Terancang atau Pukal Pembelajaran Sendiri (Rancangan Dalton dan Winnetka)

• Pelajar diberi bahan mengikut kebolehan dan kecenderungan.

• Pelajar belajar sendiri.• Guru sebagai perancang, fasilitator,

pembimbing dan penilai.• Pelajar yang bermasalah boleh

merujuk pada pembimbing.

Page 11: Kaedah mengajar pendidikan kesihatan

Kaedah ini lazimnya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan serta

pemulihan. Kaedah bermain ini juga adalah gabungan beberapa kaedah lain seperti

kaedah simulasi, main peranan dan sosiodrama, penyelesaian masalah dan tunjuk cara

(demonstrasi). Terdapat beberapa contoh aktiviti permain dalam pengajaran dan

pembelajaran pendidikan kesihatan seperti permainan bahasa, teka-teki, silangkata, dan

demonstrasi. Kebanyakan aktiviti permainan dilakukan dalam berkumpulan.

Langkah melaksanakan aktiviti permainan-Jill Hadfield (1984)

Demonstrasi

Guru menerangkan cara barmain

Demonstrasi

Semua pelajar jalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing

Wakil pelajar dari kumpulan tunjuk cara berdasarkan apa yang dilihat.(seorang / kumpulan)

Bimbingan guru dari kumpulan ke kumpulan lain.

Rumusan oleh guru, pelajar tentang aktiviti permainan.