KEMAHIRAN MEMBACA

2

Click here to load reader

description

KEMAHIRAN MEMBACA

Transcript of KEMAHIRAN MEMBACA

Page 1: KEMAHIRAN MEMBACA

KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks. Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.

4. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

Page 2: KEMAHIRAN MEMBACA

5. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.. b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia

ada di kepala. d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah

idea yang kengkap. e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa

membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.