Kepentingan

4
Kepentingan/sumbangan bioteknologi 1. sumbangan dalam bidang perubatan - penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik seseorang dapat diubahsuai sebagai contoh, genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal - selain itu dapat kaedah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit mental - Melalui Bioteknologi juga vaksin melalui hormon haiwan telah dicipta. Vaksin bertindak sebagai antibodi. Contohnya, vaksin menghalang bakteria seperti Hepatitis B daripada bertindak dalam sel-sel badan. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pesakit Hepatitis B. - Teknologi kejuruteraan genetik juga dapat mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser, diabetis dan lain-lain - Kaedah ini juga membantu ibu-ibu yang sukar mengandung melalui teknik in-vitro 2. sumbangan dalam bidang pertanian - baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan - keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman - kaedah ini juga dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil padi yang banyak dan cepat matang. Contohnya, benih padi Mahsuri dan MR 168 - pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit - penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang - Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga diperkenalkan. Baka-baka yang baik diambil untuk tujuan pembiakan 3. sebagai sumber tenaga alternatif - pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia - bioteknologi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil yang semakin lama semakin kehabisan - selain itu ia dapat mengurangkan pencemaran alam. 4. mengatasi masalah pencemaran alam sekitar - pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakkan kuman

Transcript of Kepentingan

Page 1: Kepentingan

Kepentingan/sumbangan bioteknologi1. sumbangan dalam bidang perubatan- penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik seseorang dapat diubahsuai sebagai contoh, genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal- selain itu dapat kaedah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit mental- Melalui Bioteknologi juga vaksin melalui hormon haiwan telah dicipta. Vaksin bertindak sebagai antibodi. Contohnya, vaksin menghalang bakteria seperti Hepatitis B daripada bertindak dalam sel-sel badan. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pesakit Hepatitis B. - Teknologi kejuruteraan genetik juga dapat mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser, diabetis dan lain-lain- Kaedah ini juga membantu ibu-ibu yang sukar mengandung melalui teknik in-vitro

2. sumbangan dalam bidang pertanian- baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan- keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman- kaedah ini juga dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil padi yang banyak dan cepat matang. Contohnya, benih padi Mahsuri dan MR 168- pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit- penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang- Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga diperkenalkan. Baka-baka yang baik diambil untuk tujuan pembiakan

3. sebagai sumber tenaga alternatif- pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia- bioteknologi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil yang semakin lama semakin kehabisan- selain itu ia dapat mengurangkan pencemaran alam.

4. mengatasi masalah pencemaran alam sekitar- pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakkan kuman- melalui kaedah bioteknologi di cipta mikroorganisma. Mikrob ini mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia.- Selain itu, mikrob ini juga mampu menguraikan najis atau bahan kumbahan sepenuhnya- justeru alam sekitar dapat dikurangkan malah sumber air yang bersih dapat dibekalkan.

5. memajukan industri pengeluaran makanan- ramuan bahan kimia meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia- dengan menggunakan kaedah tertentu dalam bioteknologi, menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama - mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis dan perasa dalam makanan.

Page 2: Kepentingan

6. sumbangan dalam sektor ekonomi dan sosial- Jika industri bioteknologi berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.Keburukan/Ancaman Penggunaan Bioteknologi

Walaupun bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam beberapa bidang namun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

• Manusia sebagai bahan ujikaji-Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja digunakan antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendatangkan risiko serius. -Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.

• Keselamatan dalam proses biotek tidak dijamin-Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. -Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

• Merosakkan organ dalaman-Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.-Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.-Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

• Menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa

Page 3: Kepentingan

-Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.-Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

• Menyebabkan mutasi gen pada tanaman lain-Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain