Kertas Kerja Mini Karnival Kokurikulum

8
POST MORTERM MINI KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI LOT 2246, KAMPUNG DELEK KIRI, 41250 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh 26 MEI 2014 (Isnin) Masa 8.40 pagi hingga 3.30 petang Tempat Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi.

description

kertas kerja mengadakan karnival kokurikulum....

Transcript of Kertas Kerja Mini Karnival Kokurikulum

POST MORTERMMINI KARNIVAL KOKURIKULUMSEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABILOT 2246, KAMPUNG DELEK KIRI, 41250 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh26 MEI 2014 (Isnin)

Masa8.40 pagi hingga 3.30 petang

TempatSekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi.

KERTAS KERJA MINI KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI , LOT 2246, KAMPUNG DELEK KIRI, 41250 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh26 MEI 2014 (Isnin)

Masa8.40 pagi hingga 3.30 petang

TempatSekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi.

1. Pendahuluan

Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja dalam bidang kokurikulum, tetapi juga menggalakkan mereka aktif dalam bidang kemasyarakatan. Beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring untuk pelajar tahun 5 dan 6, Tayangan Filem Tahun 1,2,3 dan 4, persembahan kawat kaki dan pertandingan dalaman seperti pengucapan awam dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bukan sahaja memberi peluang dan keseronokan kepada murid yang terlibat tetapi juga menguji dan memantapkan lagi kemahiran dan pengalaman murid dalam kerja berkumpulan. Para murid akan dibantu oleh guru-guru penasihat yang berpengalaman daripada Persatuan /Kelab, Sukan & Permainan dan Badan Beruniform masing-masing.

2. Matlamat

Matlamat Mini Karnival Kokurikulum pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran ;

2.1 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid dan guru-guru.2.2 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dalam kalangan murid.2.3 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid dalam usaha melahirkan Budaya Sekolah yang unggul.

1

3. Objektif

Objektif Mini Karnival Kokurikulum adalah bagi menggalakkan murid aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;

3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.3.2 Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.3.3 Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.3.4 Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan.

4. Kumpulan Sasaran

Semua pelajar terlibat dalam program yang telah berlangsung.

5. Cadangan Aktiviti

5.1 Sukan/Permainan - Perlawan Bola Sepak dan Bola Jaring bagi pelajar Tahun 5 dan 6 5.2 Tayangan Filem 5.3 PertandinganTahun 1 Pertandingan mewarnaTahun 2 KuizTahun 3 Pertandingan exsperiman sainsTahun 4 Syarahan BMTahun 5 Speech Tahun 6 Syarahan B.Arab

2

6. Senarai Ahli Jawatankuasa

6.1 Jawatankuasa Induk Pengerusi. : Pn. Ramnah Bt Marlan. (Guru Besar)

Naib Pengerusi : En. Abd Rahman Bin Oshman (GPK Ko-kurikulum) : Pn. Fatimah Bt Wan Chik (Penolong Kanan 1) : Pn. Hamizah Bt Kofli (Penolong Kanan HEM)Setiausaha : Cik Nik Rusyani Bt Nik IsmailBendahari : En. Abd Rahman Bin OShmanAJK : Semua guru kelab, badan beruniform dan sukan.

6.2 Jawatankuasa Aktiviti/program

BILNAMA PROGRAM / AJK PROGRAMUNIT KOKO BERTANGGUNGJWAB

1Perlawanan Bola Sepak dan Bola JaringSukan ( Bola Sepak dan Bola Jaring)

2Tayangan FilemKelab ICT, Tilawah dan Dakwah

3PertandinganTahun 1 Pertandingan mewarna (Kelab Seni Lukis)Tahun 2 Kuiz (Kelab Matematik)Tahun 3 Pertandingan exsperiman sains (Kelab Sains)Tahun 4 Syarahan (kelab Bahasa melayu)Tahun 5 Speech (Kelab Bahasa Inggeris) Tahun 6 Syarahan (Kelab Bahasa Arab)

4Juri PertandinganGuru Besar dan GPK

5HadiahKelab Koperasi

6Kawat KakiKadet Remaja Sekolah

7Persembahan NasyidKelab Nasyid dan Qasidah

7. Aturcara Program Sila lihat lampiran 1

8. Anggaran perbelanjaan : Sila lihat lampiran 2

39. Sumber Kewangan9.1 Peruntukan Sekolah Yuran Kokuriulum murid sebanyak RM 506.00 telah digunakan untuk hadiah murid-murid

10. Strategi Perlaksanaan : 10.1 Mengemukakan proposal Program.10.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.10.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.10.4 Melaksanakan Program.10.5 Pemantauan.10.6 Penilaian.

11. Penutup

Mini Karnival Kokurikulum yang akan dijalankan ini akan memberi dorongan kepada murid supaya lebih aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi. Semoga perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

Disediakan Oleh,Disahkan Oleh,

...

4

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM MINI KARNIVAL KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL FARABI

7.30 7.40: Perhimpunan7.40 8.40 : Hafazan 8.40 9.00: Pelajar Berkumpul9.00 - 9.30 : Ucapan Guru Besar dan Upacara penutup GERKO 9.30 11.00: Perlawanan Bola Sepak/Bola Jaring (Tahun 5/6) Tayangan Filem (Tahun 1,2,3 dan 4)11.00 12.00 : Rehat Tahap 1 dan 212.00 1.00 : Pertandingan DalamanTahun 1 Pertandingan mewarnaTahun 2 KuizTahun 3 Pertandingan exsperiman sainsTahun 4 Syarahan BM (perpustakaan)Tahun 5 Speech (Surau)Tahun 6 Syarahan B.Arab (dewan)1.00 2.00: Rehat/Solat2.00 3.30: Persembahan Nasyid/Qasidah Penyampaian Hadiah

Lampiran 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERTANDINGANANGGARANJUMLAH

1PERLAWANAN BOLA SEPAK

BOLA JARINGTtempat Pertama : 3 x 10Tempat Kedua : 2 x 10 Tempat ketiga : 2 x 10

Ttempat Pertama : 3 x 10Tempat Kedua : 2 x 10 Tempat ketiga : 2 x 10

RM 70

RM 70

2Pertandingan DalamanTahun 1Tempat pertama : 5 x 4Tempat kedua : 4 x 4Tempat ketiga : 3 x 4

Tahun 2Tempat pertama : 5 x 3Tempat kedua : 4 x 3Tempat ketiga : 3 x 3

Tahun 3Tempat pertama : 5 x 7Tempat Kedua : 4 x 7Tempat ketiga : 3 x 7

Tahun 4 , 5 dan 6Tempat Pertama : 8 x 3Tempat Kedua : 7 x 3Tempat Ketiga : 6 x 3Tempat Keempat : 4 x 3Tempat Keliama : 3 x 3

RM 48

RM 36

RM 84

RM 84

3.Saguhati Guru3 x 38RM 114

JUMLAH KESELURUHANRM 506

Kepada,Tuan Haji Daud Bin Dollah,Bendahari Sekolah Islam Al Farabi,Kampung Delek, Klang14 MAY 2014

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN MINI KARNIVAL KOKURIKULUM

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi akan menganjurkan Mini Karnival Kokurikulum sebagai sebahagian daripada aktiviti murid pada tahun ini.

3. Mini Karnival Kokurikulum dianjurkan bertujuan bagi menggalakkan murid aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Bersama-sama ini dilampirkan salinan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

4.Harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN

Yang mejalankan tugas,Disahkan oleh,

...

Sk : Timbalan ALP Pegawai Tadbir Guru Besar Fail KoKuriulum