Kriket Mini

download Kriket Mini

of 4

Transcript of Kriket Mini

  • 8/2/2019 Kriket Mini

    1/4

    KRIKET BAWAH 10 TAHUN (MINI)

    1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kriket sebagaimana yangditetapkan oleh Kelab Kriket Maryleborne, tertakluk kepada pindaan yang diluluskandan Peraturan-Peraturan Am MSSJ.

    2. PERTANDINGAN

    2.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut Sistem Liga 3 kumpulan.

    2.2 Johan Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Naib Johan Kumpulan C akanbertemu dalam pusingan Separuh Akhir yang mana Johan A akan bertemu

    Johan C dan Johan B akan bertemu Naib Johan C.

    2.3 Bilangan pemain 12 orang pemain yang didaftarkan (11 pemain dan 1 simpanan twelveman).

    2.4 Pengurusan Pertandingan :-

    2.4.1 Semua perlawanan mengandungi satu inning bagi tiap-tiappasukan dan tiap-tiap inning dihadkan kepada 10 overs denganmaksimum 2 over bagi setiap pembaling. (Undang-undang MCCdigunapakai).

    2.4.2 Seorang pembaling hanya dibenarkan untuk membuat balingansebanyak dua tukaran overs sahaja dalam setiap inning.

    2.4.3 Pembaling diwajibkan membaling bola dalam garisangelanggang.

    2.4.4 Urutan pemukul (batsman) ditentukan oleh ketua pasukan.

    2.4.5 Setiap pemukul (batsman) hanya dibenarkan masuk untukmembuat pukulan sekali sahaja dalam satu inning.

    2.4.6 Satu (1) larian lebihan diberikan kepada pasukan pemukulapabila pembaling membuat balingan wide atau no ball.

    2.4.7 Satu (1) balingan tambahan diberikan kepada pasukanpemadang apabila pembaling membuat balingan wide atau no ball.

    2.4.8 Peraturan BYE dan Leg BYE digunapakai.

    2.4.9 Peraturan LEG BEFORE WICKET (LBW) tidakdigunapakai.

    3. KEPUTUSAN DAN PEMBERIAN MATA

    3.1 Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan overs yang dipersetujui, makapasukan yang mempunyai larian (runs) yang lebih banyak akan menjadipemenang dalam sesuatu permainan.

    1

  • 8/2/2019 Kriket Mini

    2/4

    3.2 Pasukan memukul (batting) kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnyaempat overs yang diperuntukkan atau semua pemukulnya out sebelumsesuatu keputusan perlawanan boleh dibuat.

    Sekiranya pasukan memukul (batting) kedua sebelum menghabiskan oversyang dipersetujui, maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah:-

    Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap overs (Run Rate Per Over)yang lebih besar dihitung tepat kepada dua tempat perpuluhan akan menjadipemenang. Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan memukulpertama akan dibuat berdasarkan kepada jumlah overs yang telah ditetapkan.

    3.3 Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 6.1 atau 6.2, makakedua-dua pasukan akan dianggap seri.

    3.4 Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie), maka kedua-dua pasukan akan dianggap seri.

    3.5 Pasukan yang tidak bersedia memulakan sesuatu perlawanan 30 minit selepas

    masa yang ditetapkan akan dianggap menarik diri dan menyerah kalah. (Silarujuk Peraturan Am (16) MSSJ).

    3.6 Pemberian mata :-

    3.6.1 Menang - 2 mata3.6.2 Seri - 1 mata3.6.3 Kalah - 0 mata

    3.7 Pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira Johan Kumpulan setelah tamatpertandingan.

    3.8 Setelah tamat sesuatu peringkat pertandingan jika terdapat dua atau lebih

    pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukanseperti berikut :-

    3.8.1 Pasukan-pasukan yang mempunyai purata scoring rates yanglebih besar dalam permainan-permainan kumpulan masing-masingdikira menang. [Scoring Rates dihitung sebagai jumlah larian (runs)diperolehi oleh sesuatu pasukan dalam permainan-permainan kumpulandibahagikan dengan jumlah bilangan yang sah (tidak termasuk balinganwide dan no ball)].

    _ __ Jumlah larian yang diperoleh x 6_______________

    Jumlah balingan yang sah (tidak termasuk balingan wide dan no ball)

    (Dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan yang hampir)

    3.8.2 Jika dua pasukan masih seri, pasukan yang pernah mengalahkanlawannya dikira menang.

    3.8.3 Jika dua atau lebih pasukan masih seri lagi, cabutan undi akandijalankan.

    2

  • 8/2/2019 Kriket Mini

    3/4

    4. PENDAFTARAN

    4.1 Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada 12 pemain.

    4.2 Senarai nama pemain dalam borang tertentu hendaklah disampaikan kepadapegawai bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dijalankan.

    5. LAPORAN MELANGGAR PERATURAN

    5.1 Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada JawatankuasaPengelola dalam masa satu jam setelah tamat perlawanan mana-mana pemainyang melanggar peraturan atau berkelakuan kurang sopan.

    5.2 Pengadil-pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang terlibat bahawa ia akanmelaporkan kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.

    6. PENALTI

    Mana-mana pasukan yang melanggar sebarang peraturan dalam pertandingan boleh

    digantung atau disingkirkan daripada pertandingan, bergantung kepada keputusanJawatankuasa Pengelola.

    7. GELANGGANG

    7.1 Semua bola yang terkeluar 2 kaki sebelum (Off Drive) atau leg stump adalahdisifatkan sebagai wide ball. Jika sekiranya bola melantun melepasi atau keatas bahu pemukul yang berdiri di tempat biasa crease pengadil akanmemanggil bola itu sebagai no ball.

    7.2 Jika bola yang dibaling terus (full toss) melepasi paras pinggang pemukul, makapengadil akan memanggil balingan tersebut sebagai no ball.

    7.3 Pengadil boleh memanggil no ball bagi bola berikut :-

    7.3.1 Lantunan lebih daripada dua (2) kali.7.3.2 Bola yang meleret.7.3.3 Bola yang dibaling berhenti serta-merta.(Rujuk Peraturan 25.3 Undang-Undang MCC)

    8. BANTAHAN

    Sila Rujuk Peraturan Am (18) MSSJ.

    9. JURI RAYUAN

    Sila Rujuk Peraturan Am (19) MSSJ.

    10. KUASA MUTLAK

    Jawatankuasa Pengelola ialah badan yang mempunyai kuasa mutlak bagi memutuskansesuatu perselisihan atau perlanggaran undang-undang.

    3

  • 8/2/2019 Kriket Mini

    4/4

    11. PERATURAN TAMBAHAN PUSINGAN KEDUA DAN SETERUSNYA(DIGUNAPAKAI SEKIRANYA DIPERLUKAN DAN DIPERSETUJUI OLEH SEMUAPENGERUSI TEKNIK DAERAH)

    11.1 Pusingan kedua pertandingan adalah pusingan suku akhir.

    11.2 Kedudukan untuk pusingan kedua akan diadakan secara undian mengikutPeraturan Am Pertandingan.

    11.3 Jika Suku Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan) kerana hujan makaketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut :-

    11.3.1 Pasukan yang menjadi johan kumpulan akan layak masuk separuh akhir.

    11.4 Jika Separuh Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan) kerana hujanmaka ketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah sepertiberikut :-

    11.4.1 Pasukan yang layak ke Akhir akan ditentukan dengan mengambil

    kira scoring rate pasukan yang terlibat.11.4.2 Jika scoring rate masih sama, undian akan dilakukan.

    11.5 Jika Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan) kerana hujan makaketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut :-

    11.5.1 Kedua-dua pasukan akan diumumkan sebagai johan bersamadan pingat johan dan naib johan akan dibahagi sama.

    4