Laporan Mini Karnival

12
1 PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : KAVITHA A/P KANJEE PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2009 NAMA SEKOLAH : SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI NAMA PROJEK/AKTIVITI : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM TEMPOH PELAKSANAAN : 2 JAM (1.40 PTG – 3.40 PTG) OBJEKTIF : Memahami dan menguasai kemahiran asas Pertolongan Cemas. Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri serta mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif STRATEGI PELAKSANAAN: i. Sebelum

Transcript of Laporan Mini Karnival

Page 1: Laporan Mini Karnival

1

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : KAVITHA A/P KANJEE

PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2009

NAMA SEKOLAH : SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI

NAMA PROJEK/AKTIVITI : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

TEMPOH PELAKSANAAN : 2 JAM (1.40 PTG – 3.40 PTG)

OBJEKTIF :

Memahami dan menguasai kemahiran asas Pertolongan Cemas.

Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan

dan kelemahan diri.

Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri serta

mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif

STRATEGI PELAKSANAAN:

i. Sebelum

Berjumpa dengan penolong kanan kokurikulum sekolah Pn.Azizah Begam.

Berbincang dengan penyelaras badan-badan beruniform sekolah Pn.Kasturi

mengenai projek.

Menyediakan kertas kerja projek Mini Karnival Badan Beruniform SJK(T)

Mahathma Gandhi.

Menyemak kertas kerja dan mendapatkan kelulusan dari guru besar.

Page 2: Laporan Mini Karnival

2

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

Mengadakan pembentangan kertas di mesyuarat guru.

Mengadakan perjumpaan dengan guru-guru penasihat badan-badan beruniform.

(BBSM, TKRS, PENGAKAP, TUNAS PUTERI)

Mengagihkan tugas kepada semua ahli jawatankuasa program

Membuat publisiti di sekolah mengenai projek.

Menyediakan tempat dan keperluan peralatan program.

Maklumkan kepada murid mengenai program dan cara perlaksanaan.

ii. Semasa

Setiap guru penasihat mengambil rekod kedatangan ahli badan beruniform

masing-masing.

Taklimat ringkas mengenai program telah diberikan

Murid-murid telah diagihkan mengikut badan-badan beruniform

Pergerakan murid mengikut stesen-stesen yang telah ditentukan.

Sesi refleksi mengenai projek. ( ahli dari setiap badan beruniform).

Sesi gambar telah dijalankan.

Gotong royong (kemaskan kawasan sekolah)

iii. Selepas

Menyediakan laporan projek.

Menyerahkan laporan kepada PK KOKURIKULUM sekolah.

Page 3: Laporan Mini Karnival

3

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

REFLEKSI:

Projek Mini Karnival badan-badan beruniform telah berjaya dilaksanakan pada

hari Rabu bersamaan 3 Julai 2012 di SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai. Program ini

melibatkan semua murid dari darjah tiga hingga lima SJK(T) Mahathma Gandhi

Kalasalai. Terdapat empat stesen utama mengikut empat badan beruniform. Pelbagai

aktiviti telah dijalankan di setiap stesen seperti yang telah dirancang. Saya telah

menjaga stesen partama iaitu badan beruniform, BBSM dalam Karnival ini. Aktiviti ini

dijalankan di Dewan Literasi MGK. Ahli BBSM telah memberi penjelasan dan membuat

demonstrasi tentang asas pertolongan cemas (CPR) dan Ikatan kain anduh. Selain

BBSM, ahli-ahli badan beruniform TKRS, TUNAS PUTERI dan PENGAKAP juga telah

mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Mereka telah dijemput sebagai peserta bagi

program ini.

1) Kekuatan Projek/Aktiviti :

Saya telah mendapat pelbagai pengalaman baru melalui program ini. Program ini

mempunyai beberapa kekuatan yang patut dikekalkan supaya program-program yang

akan dijalankan pada masa akan datang juga berjaya dan seterusnya mencapai objektif

yang telah ditetapkan.

Penglibatan murid dalam Aktiviti

Murid-murid yang mengambil bahagian dalam program ini telah memberi

komitmen yang sangat baik bagi menjayakan program ini. Badan Beruniform BBSM

telah mengadakan dua aktivitit demonstrasi di stesen yang telah disediakan. Dua

Page 4: Laporan Mini Karnival

4

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

kumpulan murid telah menjadi fasilitator bagi aktiviti ini. Mereka telah menjelaskan

semua maklumat asas tentang pertolongan cemas (CPR) dan penggunaan kain anduh.

Murid-murid telah menjalankan tugas mereka dengan begitu sempurna di bawah

pengawasan guru penasihat BBSM iaitu En.Yoganathan. Daripada pelaksanaan

program ini saya telah melihat bahawa murid-murid sememangnya sangat berpotensi

menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh guru penasihat jikalau mereka diberikan

pendedehan mengenainya. Selain itu, mereka juga dapat memberi penjelasan dengan

cara yang sangat baik kepada ahli-ahli badan-badan beruniform lain yang menjadi

peserta dalam Mini Karnival ini. Murid-murid dari badan beruniform yang lain juga

sangat berminat untuk mengetahui maklumat baru yang telah dijelaskan oleh ahli-ahli

BBSM.

Kemudahan peralatan dan tempat yang sangat selesa

Kemudahan tempat bagi melaksanakan program ini sangat selesa. Setiap

program dijalankan di stesen-stesen yang berlainan. Empat tempat dipilih dan

dibahagikan kepada setiap badan beruniform bagi menjalankan aktiviti yang dirancang.

Tempat manjalankan sesuatu aktiviti memainkan peranan yang sangat penting dalam

menjayakan program atau aktiviti tersebut. Tempat yang dipilih perlu selesa, sesuai dan

selamat untuk digunakan. Bagi aktiviti yang dijalankan pada hari karnival ini, setiap

tempat yang dipilih telah diteliti dengan baik dari tiga aspek yang telah dinyatakan.

Maka para murid dapat bergerak dengan selesa dari satu tempat ke tempat yang

seterusnya dengan selesa dan selamat.

Page 5: Laporan Mini Karnival

5

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

Hubungan silaturahim antara guru dengan guru dapat dipertingkatkan

Karnival ini juga menyebabkan hubungan silaturahim antara guru dapat

dipertingkatkan. Biasanya sewaktu hari persekolahan yang biasa, para guru selalunya

tidak mempunyai peluang untuk berhubung antara satu sama lain. Masing-masing akan

sibuk dengan kerja dan proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi aktiviti sebegini

mewujudkan medan komunikasi antara guru bagi berkongsi idea dan berhubung positif

antara satu sama lain. Maka mereka akan sentiasa berusaha dan bekerjasama antara

satu sama lain bagi menjayakan program. Aktiviti ini juga membolehkan guru-guru

mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Meningkatkan potensi murid

Aktiviti sebegini juga dapat membantu guru dalam mencungkil bakat-bakat yang

terpendam dalam diri murid. Dengan ini guru dapat mengenali murid-murid yang

berpotensi dalam kegiatan badan-badan beruniform dan seterusnya memberi peluang

baru kepada mereka supaya terus aktif dalam kegiatan kokurikulum dan mencapai

kejayaan pada masa yang akan datang. Selain itu, melalui pelaksanaan aktiviti sebegini

murid-murid akan bersaing sesama sendiri secara positif untuk merebut peluang yang

disediakan. Maka penglibatan diri murid dalam aktiviti kokurikulum akan terus

meningkat selaras dengan matlamat dan dasar kerajaan.

Page 6: Laporan Mini Karnival

6

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti

sewaktu program ini dijalankan. Kelemahan-kelemahan ini perlu ditangani dengan

cermat bagi menjayakan sebarang aktiviti yang akan dijalankan pada masa yang akan

datang.

Pengurusan Masa

Aktiviti mini Karnival ini melibatkan empat stesen yang utama mengikut 4 badan

beruniform. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap stesen telah ditentukan oleh guru

penasihat badan-badan beruniform. Murid-murid diberikan masa 30 minit untuk berada

di satu stesen dan mendapat maklumat dari stesen tersebut. Tetapi disebabkan aktiviti

yang berlainan di setiap stesen maka ada aktiviti yang mengambil masa yang terlebih

daripada waktu yang telah ditentukan. Maka pergerakan murid dari stesen ke stesen

telah terganggu sedikit. Namun guru penasihat memastikan setiap murid mendapat

informasi yang secukupnya dari setiap stesen.

Kawalan murid

Aktiviti ini melibatkan seramai 300 orang murid mengikut badan-badan

beruniform. Murid-murid membuat bising sewaktu bergerak dari stesen ke stesen yang

seterusnya. Ada juga segelintir murid yang lari ke stesen yang seterusnya tanpa peka

terhadap arahan guru. Maka para guru mengalami masalah dalam mengawal jumlah

murid yang terlalu banyak ini. Namun begitu, keadaan dapat dikawal dengan adanya

En.Yoganathan, guru bimbingan dan kaunseling yang juga merupakan penasihat

BBSM. Beliau telah mengawal disiplin murid dengan cekap.

Page 7: Laporan Mini Karnival

7

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

Penglibatan guru

Jumlah murid yang sangat ramai berbanding dengan bilangan guru

menyebabkan guru-guru yang sedia ada mengalami kesukaran dalam mengawal murid.

Penglibatan semua guru sangat diperlukan bagi aktiviti-aktiviti sebegini. Tetapi hanya

guru-guru yang terlibat dalam kokurikulum sahaja yang mengambil bahagian dalam

aktiviti ini. Maka guru lain tidak mempunyai pengalaman tentang aktiviti ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Segala kelemahan yang telah dikenalpasti perlu diatasi supaya program-program

yang akan dijalankan nanti dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa sebarang

halangan. Pada mulanya penglibatan semua guru dalam aktiviti perlu dititikberatkan. Ini

kerana jumlah guru yang banyak dapat membantu dalam mengawal bilangan murid

yang ramai tanpa sebarang halangan. Tanggungjawab guru ini boleh dilaksanakan

secara bergilir-gilir supaya semua guru mendapat peluang melibatkan diri sesama

murid dalam aktiviti yang sedang dijalankan. Untuk itu, jadual tugas yang sistematik

bagi guru perlu disediakan. Dengan ini kerja guru dapat diringankan dan pada masa

yang sama semua guru berpeluang untuk meneroka pengalaman melalui aktiviti yang

telah dirancang.

Selain itu, bagi mengurus masa dengan cekap guru-guru perlu bertindak secara

tegas dimana setiap aktiviti dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Jikalau aktiviti di

sesuatu stesen mengambil masa yang lama, maka guru boleh mengingatkan murid-

murid agar mempercepatkan aktiviti tersebut supaya pergerakan dari satu stesen ke

stesen yang seterusnya tidak terganggu. Tetapi pada masa yang sama, guru juga perlu

Page 8: Laporan Mini Karnival

8

PROJEK MINOR : MINI KARNIVAL BADAN-BADAN BERUNIFORM

peka bahawa murid-murid tidak ketinggalan dari menimba ilmu yang sedang diberikan.

Maka tanggungjawab guru memainkan peranan yang sangat penting dalam hal

sebegini. Seterusnya, bagi mengawal disiplin murid, pihak penganjur juga boleh

meminta bantuan dari para pengawas sekolah supaya mengiringi murid dari satu

stesen ke stesen yang seterusnya. Dengan ini, beban para guru juga dapat

dikurangkan.

KESIMPULAN :

Sebagai kesimpulannya program-program sebegini perlu dijalankan secara

berterusan supaya murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

kokurikulum dan seterusnya meningkatkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Selain itu, segala kelemahan yang telah dikenalpasti juga perlu diambil tindakan yang

sewajarnya supaya program-program yang akan dijalankan pada masa yang akan

datang mencapai objektif yang telah ditetapkan. Seterusnya melalui aktiviti kokurikulum

ini, para murid juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan cara yang berfaedah.

Ini dapat membantu mereka untuk menjadi modal insan yang sangat berguna kepada

sekolah, masyarakat, dan negara.