Laporan Pengelolaan Permainan Kanak

8
PENDIDIKAN JASMANI (PJK2102 W) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,59990 Lembah Pantai,Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) (TUGASAN INDIVIDU) NAMA : KHAIRIL IZAMUDDIN BIN ZAHARI ANGKA GILIRAN : 2012192320005 NO.KP : 871116-06-5775 KUMPULAN : D KOD & MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI ( PJK 2102 W ) PENSYARAH : CIK TAN YAN IM

Transcript of Laporan Pengelolaan Permainan Kanak

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W)

    Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,59990 Lembah Pantai,Wilayah

    Persekutuan,Kuala Lumpur

    DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH

    (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

    (TUGASAN INDIVIDU)

    NAMA : KHAIRIL IZAMUDDIN BIN ZAHARI

    ANGKA GILIRAN : 2012192320005

    NO.KP : 871116-06-5775

    KUMPULAN : D

    KOD & MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI ( PJK 2102 W )

    PENSYARAH : CIK TAN YAN IM

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W)

    LAPORAN PELAKSANAAN PERMAINAN KANAK-KANAK

    ( BRING 4 FUTURE )

    KATEGORI SERANGAN

    TARIKH : 25 Mac 2014 HARI : Rabu MASA : 9.00 pagi TEMPAT : IPG KBM / Padang Sekolah / Padang bersimen

    PENGENALAN

    Permainan ini merupakan salah satu program sukaneka kanak -kanak yang

    dikendalikan oleh guru pelatih Diploma Perguruan Lepasan Ijazah DPLI,j-QAF Bahasa

    Arab ambilan Khas 2012, yang sedang menjalankan Latihan Perguruan Berasaskan

    Sekolah (LPBS) di setiap sekolah masing-masing. Pelaksanaan program ini merupakan

    tugasan wajib bagi subjek Pendidikan Jasmani ( PJK2102 W ). Tugasan wajib ini bagi

    pelajar-pelajar DPLI j-QAF untuk merancang dan melaksanakan satu program

    permainan kanak-kanak yang melibatkan murid-murid di sekolah masing-masing.

    OBJEKTIF

    1. Membina disiplin murid-murid dengan peraturan permainan yang perlu dipatuhi.

    2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid.

    3. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru.

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W) 4. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai

    murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    ( RANGKA KERJA PANDUAN PERMAINAN GALAH PANJANG )

    PELAKSANAAN

    Permainan kanak-kanak yang dikelolakan oleh guru pelatih DPLI j-QAF Bahasa Arab

    telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Program ini telah berlangsung pada 26 Mac

    2014 bersamaan hari Rabu. Permainan kanak-kanak yang berasaskan permainan

    tradisional ini diadakan kerana mengikuti kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani (

    PJK2102 W).Bermula seawal jam 9 pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam

    kawasan bersimen. Pelan tapak permainan berukuran antara enam hingga lapan meter

    lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter.

    Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi

    setiap pasukan. Antara keperluan atau alatan yang disediakan dan digunakan ialah pita

    pelekat sebagai penanda garisan, wisel, pundi kacang dan juga bakul. Sekiranya

    dilaksanakan di atas padang boleh menggunakan tepung atau tali sebagai penanda

    garisan.

    Selepas menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu institut,program diteruskan

    dengan bacaan ikrar oleh ajk pelaksana. Bacaan ikrar ini sebagai satu simbolik kepada

    setiap peserta agar mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan

    bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.Selesai bacaan ikrar tersebut, setiap

    pasukan menunjukkan tepukan gemuruh untuk pasukan masing-masing.

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W) Seterusnya,taklimat ringkas daripada penyelaras permainan telah diadakan sebagai

    acara pembukaan. Selesai taklimat para pemain telah menjalankan aktiviti memanaskan

    badan dan seterusnya mula bergerak masuk ke tapak permainan dan mengambil

    tempat masing-masing. Acara permainan berlangsung selama 10 minit bagi setiap

    serangan kemudian pasukan bertahan pula membuat serangan. Skor markah dikira

    melalui jumlah pundi kacang yang berjaya dikumpulkan di dalam bakul.

    Permainan tradisional adalah satu aspek pada kehidupan manusia. Permainan

    ini dikenali juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan

    permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang seperi

    lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka

    pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa

    peraturan-peraturan ringkas yang telah persetujui oleh jawatankuasa pelaksanaan.

    Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan,

    kemahiran motor dan juga startegi.Pada hari permainan tersebut, permainan yang

    dijalankan ialah permainan berbentuk serangan kawasan yang menjadikan galah

    panjang sebagai asas permainan.

    Pada pusingan pertama, strategi yang peserta-peserta yang digunakan kurang

    berkesan, maka permainan tersebut menjadi agak perlahan temponya sehingga tamat

    waktu yang diperuntukan.Namun, pada pusingan kedua,persaingan lebih banyak

    ditunjukkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian dengan menggunakan

    strategi yang lebih berkesan dari pusingan pertama. Bagi pasukan yang seri telah

    bermain dalam pusingan ketiga dimana peserta-peserta dapat menunjukan satu

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W) persaingan yang sihat dari segala aspek fizikal dan mental khususnya jalan

    penyelesaian bagi memenangi permainan tersebut yang menuntut kepada kreativiti

    berfikir sebuah pasukan khususnya.

    Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini

    dijalankan ialah peserta bertahan tidak berada pada garisan dengan betul. Ini

    menimbulkan masalah ketidakadilan dalam permainan. Sebaliknya peserta melakukan

    kesalahan yang jelas didalam padang.Semasa program dijalankan,program ini dapat

    mempamerkan kesungguhan semua peserta menggunakan fizikal dan mental mereka

    untuk memenangi acara ini. Pada peringkat awal,para peserta dilihat seperti tercari-cari

    rentak permainan. Apabila pusingan kedua bermula,para peserta melihatkan perubahan

    dalam permainan.. Sungguhpun terdapat beberapa peraturan tambahan dikenakan,

    namun permainan ini yang berasaskan galah panjang sangat menghiburkan para

    peserta secara keseluruhannya. Permainan ini ditamatkan sebelum waktu

    tengahari,yang diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

    Disediakan oleh, 1 April 2014

    _______________________________

    (KHAIRIL IZAMUDDIN BIN ZAHARI)

    Guru pelatih DPLI j-QAF Bahasa Arab,

    Ambilan Khas 2012,

    IPG Kampus Bahasa Melayu,

    59990 lembah pantai,

    Kuala Lumpur.

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W) REFLEKSI

    Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid

    sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga

    menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan Jasmani begitu

    menekankan aspek-aspek tersebut.Ini dapat dijelaskan pergerakan dalam Pendidikan

    Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat pergerakan, dan mendidik murid

    supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti jasmani.Pengurusan dan Permainan

    kanak-kanak yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedur-

    prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia

    dapat berjalan dengan lancar dan baik. Pertandingan permainan kanak-kanak ini

    merupakan suatu acara yang dianjurkan oleh guru pelatih Diploma Perguruan Lepasan

    Ijazah DPLI,j-QAF Bahasa Arab ambilan Khas 2012. Pelaksanaan program ini

    merupakan tugasan wajib bagi subjek Pendidikan Jasmani ( PJK2102 W ). Program ini

    telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik.

    KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAM MASA MERANGKA TUGASAN

    DAN MENGELOLA PERTANDINGAN

    Setelah selesai permainan ini, kekuatan yang dapat dilihat adalah dari segi

    tindakan yang diambil dengan mengadakan mesyuarat. Mengadakan mesyuarat atau

    perbincangan adalah sangat penting.Mesyuarat diadakan untuk membincangkan

    sesuatu perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbincangan

    untuk sesuatu perkara yang akan berlaku sepanjang program ini. Jika dilihat pula

    kepada konsep permainan ini iaitu serangan,ia boleh juga diaplikasikan dalam

    permainan-permainan tradisional yang lain.Selain itu,permainan yang dijalankan ini

    adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan

    sentiasa menunjukan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi

    setiap acara.

    Jika dilihat dari aspek fizikal,permainan ini dapat membantu perkembangan

    fizikal kanak-kanak dengan aktiviti berjalan,berlari,kelajuan ke hadapan,mengundur dan

    sebagainya. Dari aspek sosioemosi pula,permainan ini dapat memupuk ciri kepimpinan

    seseorang peserta dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling. Dari

    sudut,kognitif,peserta dapat mengatur strategi untuk menang dengan berfikir dan

    bertindak dengan pantas.

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W)

    Namun, beberapa kelemahan yang timbul sepanjang program berlangsung

    antaranya syarat yang ditetapkan kurang berkesan iaitu hanya 2 orang yang dibenarkan

    menyerang di dalam satu masa. Hal ini menyebabkan sukar untuk pasukan menyerang

    melepasi halangan. Syarat yang ditetapkan perlu diubah iaitu semua pemain dalam

    pasukan dibenarkan bermain dalam satu masa mengikut keberkesanan strategi yang

    mereka cipta. Apabila berlaku perubahan syarat,permainan dilihat lebih rancak dan

    menguji ketahanan fizikal setiap peserta. Apabila melihat kepada saiz tapak permainan

    ketika itu,ruang yang digunakan agak terhad. Ini menampakkan sedikit kekurangan yang

    ada di dalam permainan ini. Sekiranya tapak permainan ini dibesarkan mengikut saiz

    tubuh peserta mungkin lebih menarik dan mudah untuk memenangi acara

    khususnya.Penggunaan pundi kacang dilihat tidak relevan kerana apa yang ingin

    diterapkan ialah serangan kawasan yang perlu kepada rampasan sesuatu barang.

    Sekiranya bola yang digunakan lebih relevan dan bersesuaian berbanding pundi kacang

    yang kecil dan susah dirampas.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau

    masalah yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan

    mengelolakan program dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melalui

    pengalaman.Untuk mengelola permainan kanak-kanak ini memerlukan perancangan

    awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia

    memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan

    baik dan beretika.Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-

    aspek yang diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh

    diluluskan dan hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja

    tersebut kelak tidak dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini

    berlaku terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada semua.Mesyuarat

    hendaklah dijalankan dengan baik dan betul.. Setiap masalah yang ditimbulkan didalam

    mesyuarat hendaklah diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan hati setiap

    pihak.Persiapan awal adalah sangat penting agar semasa program yang dirancang

    dapat berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah

    sangat penting supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan

    untuk menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau

    jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat sama

  • PENDIDIKAN JASMANI

    (PJK2102 W) dijunjung.Juga terdapat beberapa perkara yan perlu diberi perhatian pada masa mencari

    permainan yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan adakah

    sesuai atau tidak dengan matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada peserta. Masa

    yang diperlukan adakah sesuai dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain.

    Alatan dan kemudahan yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan

    bahawa jika alatan dan kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ini akan

    menimbulkan masalah. Alatan pundi kacang yang digunakan perlu ditukar kepada bola

    kerana lebih bersesuaian dengan permainan. Ia juga dapat memberi gambaran sebenar

    tentang sesuatu permainan.

    Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul

    sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta, dan

    rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh berlaku

    yang menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih daripada jumlah

    wang yang diperoleh.Untuk yang demikian, borang penyertaan boleh digunakan. Ini

    bermaksud, perserta yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah

    memberikan borang penyertaan. Pihak pengelola akan dapat membuat jangkaan awal

    berapa jumlah peserta kelak. Selain itu, surat sokongan juga boleh digunakan untuk

    memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian tanpa dan sebarang alasan

    untuk tidak menghadirkan diri.