lari pecut

11
Kumpulan : 5 PISMP SN/PJ/PK Tarikh : 13/1/2015 Tajuk : Lari Pecut SEJARAH Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan `dialos’ berjarak 384 (192meter x 2) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan `husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan- peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri

description

nota

Transcript of lari pecut

Page 1: lari pecut

Kumpulan : 5 PISMP SN/PJ/PK

Tarikh : 13/1/2015

Tajuk : Lari Pecut

 

SEJARAH

Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga

yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah

perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad

ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang

mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga

merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang

dinamakan `dialos’ berjarak 384 (192meter x 2) diadakan. Pada zaman olimpik

kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan

stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.

Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet

menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar

permulaan yang dinamakan `husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang

dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.

Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara

mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk

mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan

diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat

percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah `pencil

start´, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil.

Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah

gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai `kangaroo

start’. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki

sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921

di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter,rekod rasmi lelaki yang pertama

dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan

Page 2: lari pecut

catatan 11.0 saat, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod

pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Dalam

acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang

dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama

yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200meter diperkenalkan dalam Sukan

Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod

pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long

adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan

oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews

dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah

diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan

catatanmasa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah

berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978 dan yang terkini rekod

tersebut telah dipegang oleh Marita Koch dari East Germany dengan catatan

masa 47.60.

 

LARIAN PECUT

Teknik dan gaya larian merupakan faktor utama bagi seorang atlit balapan untuk

menempa kejayaan. Lari pecut merupakan salah satu acara dalam sukan

olahraga dimana ia merupakan acara larian terpantas dibandingkan dengan

acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor

seperti latihan, jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan

taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang

ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan.

Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak

mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari

dengan pantas seseorang perlu mempunyai kemahiran yang tinggi, fikiran dan

kebolehan, latihan yang mencukupi dan sebaik-baiknya adalah kebolehan

semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang

menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang.

Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan

Page 3: lari pecut

pergerakkan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki,

pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan

merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya

bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari

biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah

boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan

kaki, lutut dan sendi pinggang. Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan

memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan

dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m )

yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian

sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah

menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.

Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :

Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh

kaki tersebut.

Tangan digerakkkan dengan pantas.

Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada:

latihan mendorong,

larian teknik pecut,

latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a. Latihan mendorong

Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang

ditentukan

Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti

dalam kumpulan

Page 4: lari pecut

Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang

mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri

disentuh

Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter

berkumpulan

b. Larian teknik pecut

Berlari dengan melangkah panjang

Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan,

mengangkat lutut

Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian

bawah kaki diluruskan.

Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan

Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian

bawah kaki diluruskan.

Berlari menyepak ke belakang

Berlari dengan lutut tinggi dan memecut

Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih

menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari

pinggul ke paras hidung.

c. Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan

Melonjak untuk jarak.

Melangkah panjang ( bounding )

Melonjak dan melangkah melepasi halangan.

Melompat, memusing, mendekam, dan memecut

Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

TEKNIK MULA LARI PECUT 

Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Gaya Berdiri

i) Persediaan- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan

mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

Page 5: lari pecut

ii) Ke garisan- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki

hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki

belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan

badan.- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki

hadapan.- condongkan badan.- kedua-dua belah tangan bersedia di

sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di

hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

iii) 'sedia'- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang

ke hadapan- bengkokkan lebih lutut kaki hadapan- kaki belakang tolak

ke tanah.- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada

tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv) 'Bang' atau 'mula'- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan

menolak kuat kaki hadapan.

Gaya Berdiri

Gaya Dekam

 - terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya

panjang.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN

i) Fasa permulaan

ii) Fasa larian:

Fasa pecutan

Page 6: lari pecut

Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

Fasa larian di selekoh

iii) Fasa penamat

A. Fasa Permulaan

 - terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

1. Gaya peluru

blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak

dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian

hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana

gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok

belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Kedudukan kaki hadapan dari garisan permulaan (2 tapak kaki)Kedudukan kaki belakang

Kedudukan kaki hadapan dari garisan permulaan (2 tapak kaki)Kedudukan kaki belakang

Page 7: lari pecut

3. Gaya panjang

blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga

tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

B. Fasa Pecutan

- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di

blok permulaan.

- Kedudukan tangan: - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu

individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah

rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

- Kedudukan kepala dan leher: - kepala dan leher didongak sebagai

sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.

- Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan

dicondong ke hadapan.

- Pergerakan tangan dan kaki- selepas ' bang' atau tembakan pistol,

pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan

dan kaki.- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan

pergerakan ke hadapan.

Kedudukan kaki hadapan dari garisan permulaan (2 tapak kaki)Kedudukan kaki belakang

- Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat.

- Tangan dibengkokkan 90 darjah- Lutut belakang digerakkan ke hadapan

dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.

Page 8: lari pecut

Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter,

kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah

juga turut bertambah dalam fasa ini.

C. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Pecutan berlaku

pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18

meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya

akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

D. Teknik Larian di selekoh

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa

'centrifugal'. Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam

untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa

'centrifugal'. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang

badan mengarah ke dalam.

E. Teknik Penamat

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari

10 meter lebih dari jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut

sehingga melewati garis penamat.

Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan