Latar Belakang Nelson Mandela

8
1 1.0 Latar Belakang Pemimpin Nelson Rolihlahla Mandela, seorang Tokoh Negara Afrika Selatan dan bekas Presiden Afrika Selatan. Beliau yang sering dipanggil dengan gelaran ‘Tata’ dan ‘Madiba’ telah dilahirkan pada 18 Julai 1918, di sebuah perkampungan kaum Thembu di Mvezo, wilayah Thembuland, Afrika Selatan. Beliau merupakan anak kepada Gadla Henry Mphakanyiswa, seorang penghulu dan Nosekeni Fanny. Keluarga Mandela merupakan kerabat bagi Raja Ngubengcuka. Setelah kematian ayahnya pada tahun 1927, Mandela telah dijaga oleh ayah saudaranya, Jongintaba Dalindyebo yang merupakan seorang pegawai tempatan yang berpangkat tinggi. Dalindyebo telah banyak mengasah sifat kepimpinan dalam diri Mandela. Mandela merupakan orang yang pertama dalam kalangan keluarganya yang diberi pendidikan formal. Beliau telah mendapat pendidikan di Clarkebury dan Healdtown Boarding Institute. Manakala, pada tahun 1939, Mandela telah diberi peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di University of Fort Hare yang elit dan berprestasi tinggi. Semasa di bangku sekolah, Mandela merupakan pelajar yang aktif di dalam sukan balapan dan sukan bertinju. Sebelum menamatkan tahun pertama di universiti, Mandela telah dipilih untuk menjadi salah seorang anggota di Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Walaubagaimanapun, beliau telah disingkirkan daripada universiti dan gagal untuk memperolehi sebarang sijil, kerana Mandela merupakan salah seorang daripada aktivis yang melancarkan program memboikot polisi universiti, khususnya dalam isu yang menyentuh kualiti makanan. Mandela merupakan seorang yang pintar. Walaupun beliau hanya berada di universiti untuk setahun, Mandela telah mempelajari banyak bidang ilmu, termasuk Bahasa Inggeris, Sains Politik, Corak Pentadbiran Penduduk Asal Afrika dan Sistem Perundangan Belanda. Sehubungan dengan itu, semasa di dalam universiti, beliau mempunyai banyak kenalan yang merupakan perjuang dalam Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dan gerakan anti-penjajah, namun beliau tidak berminat untuk melibat dalam aktiviti tersebut. Sebaliknya, Mandela amat aktif untuk menjadi penyokong vokal kepada kerajaan British, semasa tercetusnya perang dunia kedua. Pada Desember 1940, Mandela telah melarikan diri ke Johannesburg apabila mendapati penjaganya ingin mengahwinkannya. Di Johannesburg, beliau bekerja

description

latar belakang pemimpin

Transcript of Latar Belakang Nelson Mandela

  • 1

    1.0 Latar Belakang Pemimpin

    Nelson Rolihlahla Mandela, seorang Tokoh Negara Afrika Selatan dan bekas

    Presiden Afrika Selatan. Beliau yang sering dipanggil dengan gelaran Tata dan

    Madiba telah dilahirkan pada 18 Julai 1918, di sebuah perkampungan kaum

    Thembu di Mvezo, wilayah Thembuland, Afrika Selatan. Beliau merupakan anak

    kepada Gadla Henry Mphakanyiswa, seorang penghulu dan Nosekeni Fanny.

    Keluarga Mandela merupakan kerabat bagi Raja Ngubengcuka.

    Setelah kematian ayahnya pada tahun 1927, Mandela telah dijaga oleh ayah

    saudaranya, Jongintaba Dalindyebo yang merupakan seorang pegawai tempatan

    yang berpangkat tinggi. Dalindyebo telah banyak mengasah sifat kepimpinan dalam

    diri Mandela.

    Mandela merupakan orang yang pertama dalam kalangan keluarganya yang

    diberi pendidikan formal. Beliau telah mendapat pendidikan di Clarkebury dan

    Healdtown Boarding Institute. Manakala, pada tahun 1939, Mandela telah diberi

    peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di University of Fort Hare yang elit dan

    berprestasi tinggi. Semasa di bangku sekolah, Mandela merupakan pelajar yang aktif

    di dalam sukan balapan dan sukan bertinju.

    Sebelum menamatkan tahun pertama di universiti, Mandela telah dipilih untuk

    menjadi salah seorang anggota di Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

    Walaubagaimanapun, beliau telah disingkirkan daripada universiti dan gagal untuk

    memperolehi sebarang sijil, kerana Mandela merupakan salah seorang daripada

    aktivis yang melancarkan program memboikot polisi universiti, khususnya dalam isu

    yang menyentuh kualiti makanan.

    Mandela merupakan seorang yang pintar. Walaupun beliau hanya berada di

    universiti untuk setahun, Mandela telah mempelajari banyak bidang ilmu, termasuk

    Bahasa Inggeris, Sains Politik, Corak Pentadbiran Penduduk Asal Afrika dan Sistem

    Perundangan Belanda. Sehubungan dengan itu, semasa di dalam universiti, beliau

    mempunyai banyak kenalan yang merupakan perjuang dalam Kongres Kebangsaan

    Afrika (ANC) dan gerakan anti-penjajah, namun beliau tidak berminat untuk melibat

    dalam aktiviti tersebut. Sebaliknya, Mandela amat aktif untuk menjadi penyokong

    vokal kepada kerajaan British, semasa tercetusnya perang dunia kedua.

    Pada Desember 1940, Mandela telah melarikan diri ke Johannesburg apabila

    mendapati penjaganya ingin mengahwinkannya. Di Johannesburg, beliau bekerja

  • 2

    sebagai penjaga malam di tapak pelombongan, sebelum dipecat dan menjadi kerani

    di pejabat guaman Pada waktu malam, beliau telah mengambil inisiatif untuk

    memperolehi Sarjana Muda dalam jurusan undang-undang daripada Universiti of

    Witwatersrand secara sambilan.

    Kisah sejarah Mandela dalam dunia politik berputik apabila beliau berkawan

    dengan Gaur Redebe dan Nat Bregman yang merupakan anggota Kongress

    Kebangsaan Afrika dan Parti Komunis. Pada bulan Ogos 1943, Mandela telah

    menyertai kegiatan memboikot pengangkutan bas dalam usaha membantah isu

    kenaikkan harga tambang bas.

    Mandela berpendapat bahawa masalah utama di Afrika Selatan adalah

    berpunca daripada, isu perkauman dan bukan isu kelas sosial dalam masyarakat,

    oleh itu, pada tahun 1944, beliau telah menyertai Kongress Kebangsaan Afrika.

    Selepas tamat pengajian, pada awal tahun 1943, Mandela telah memilih

    kerjaya sebagai seorang peguam dengan kelulusan daripada University of London.

    Sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa, Mandela telah memberikan

    perkhidmatan guaman kepada mangsa-mangsa Aperteid secara percuma.

    Mandela amat menitikberatkan kehidupan berkeluarga. Beliau telah berumah

    tangga sebanyak 3 kali dan dikurniakan 6 orang anak. Menurut Mandela, selain

    daripada rakyat Afrika Selatan dan agama, keluarga merupakan segala-gala baginya.

  • 3

    3.0 Gaya Kepimpinan

    Nelson Rolihlahla Mandela merupakan seorang pemimpin yang hebat dan

    dihormati oleh seluruh dunia. Satu soalan yang sering berlandas di minda orang

    ramai semasa sebut tentang beliau ialah gaya kepimpinan beliau. Ramai yang

    berkata bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang mengaamalkan gaya

    demokrasi. Jika kita perhatikan lebih lanjut kita akan sedar bahawa beliau

    mempunyai ketiga-tiga gaya kepimpinan iaitu gaya autokratik, gaya demokratik dan

    gaya Laissez Faire.

    Beliau menunjukan gaya Laissez Faire pada tahun 1940. pada masa itu

    beliau belajar di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC)

    dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan

    mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti. Pada tahun 1949 membentuk

    Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program

    kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Pada 1952 dilantik

    Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen

    Penentangan (Defiance Campaign). Dia telah menjelajah satu negara dalam

    mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid.Pada tahun

    itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang

    pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas

    oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

    Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun

    1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961.

    Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih

    meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin

    organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh

    aparteid.Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun

    yang sama dengan Mandela sebagai pemerintah tertingginya. Di bawah

    pimpinannya, dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara.

    Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan

    ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain. Melalui

    kejadian ini jelas menunjukan bahawa gaya Laissez Faire Mandela telah berubah ke

    gaya autokratik. Pada tahun 1961 semasa beliau ditangkap beliau pernah

    menyatakan bahawa beliau sanggup meneruskan pejuangannya walaupun perlu

    mengandaikan nyawa beliau.

  • 4

    Selepas beliau dipenjarakan selama 27 tahun, pada tahun 1994, Nelson

    Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Sepanjang

    masa beliau menjadi presiden Afika selatan beliau mengamalkan gaya demokratik.

  • 5

    4.0 Cabaran Pemimpin

    Antara cabaran yang dihadapi oleh Nelson Mandela ialah kes rasuah.

    Kerajaan Afrika Selatan dikenali sebagai kerajaan yang merosot disebabkan oleh

    kegiatan rasuah. Bilangan tuduhan kepada presiden Jacob Zuma menjadi semakin

    bertambah. Pada tempoh masa Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) mengambil

    kuasa (1994), menteri dan birokrat yang baharu telah menyalahgunakan kuasa yang

    ada sebagai satu pengayaan. Faktor utama adalah disebabkan oleh politik yang

    kurang berpengalaman, penahanan lama lalu menganggap bahawa harta rampasan

    pejabat awam merupakan pampasan bagi tahun penindasan tersebut. Mandela yang

    bertindak secara perlahan akhirnya telah melantik Suruhanjaya Heath untuk

    menyiasat masalah rasuah dalam kerajaan pada tahun 1997. Walaupun terdapat

    1000 kes, ia telah melibatkan bilangan media yang besar untuk menyiasat secara

    meneliti.

    Selain itu, Nelson Mandela menghadapi cabaran yang terbesar, iaitu

    pembaikpulihan sistem pendidikan bagi mewujudkan negara bersepadu untuk

    menyediakan kesamarataan untuk orang Putih, Afrika dan India. Sebahagian

    persepaduan semula tersebut telah berjaya di sekolah-sekolah kerajaan walaupun

    kadar matrikulasi pelajar Afrika menurun pada tahun 1990-an. Keupayaan untuk membekalkan kemudahan pendidikan yang paling asas kepada yang paling miskin

    merupakan satu perjuangan yang terdesak. Sebahagian sistem Apartheid juga masih kekal dalam pendidikan kerana keluarga orang Putih lebih suka menjimatkan

    wang untuk membiayai pendidikan swasta kepada anak mereka daripada

    bergantung kepada sekolah kerajaan bersepadu yang baharu.

    Dari segi jenayah pula, kes rogol merupakan masalah berterusan dan

    mengejut di bandar Afrika Selatan dan lebih buruk lagi berbanding dengan zaman

    Apartheid. Ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kehakiman telah melengah-

    lengahkan isu rogol semasa Presiden Mandela. Pada tahun 1999, barulah hukuman

    berat dijatuhkan kepada perogol diluluskan selepas kumpulan hak asasi manusia

    tempatan dan antarabangsa mengemukakan bantahan awam. Perdagangan dadah juga turut berleluasa di bandar-bandar utama terutamanya Johannesburg di mana

    imigresen gangster Nigerian tanpa kawalan telah beralih daerah ke kawasan miskin.

    Di samping itu, kadar penyakit AIDS/ HIV di Afrika Selatan adalah tinggi iaitu

    kira-kira 15% daripada populasi. Kerajaan Apartheid hanya menangani isu tersebut dalam usaha yang kecil telah menyebabkan kadar wabak tercapai dalam kalangan

    kaum hitam Afrika Selatan pada pertengahan 1980-an. Seterusnya, kerajaan

  • 6

    Mandela dan penggantinya, Thabo Mbeki yang lambat bertindak balas terhadap isu

    tersebut telah menyebabkan ia melanda ke bahagian masyarakat miskin. Walaupun

    Mandela telah menunjukkan kesusahan pesakit AIDS kepada komuniti antarabangsa,

    beliau tidak dapat menghasilkan dasar atau kesedaran masyarakat yang dapat

    mengelakkan jangkitan penyakit ini dengan berkesan.

    Nelson Mandela tidak patut dipersalahkan atas cabaran yang dihadapi oleh

    negaranya. Beliau telah mewarisi sebuah negara yang dibahagikan oleh kelas,

    ekonomi, politik dan bangsa. Tanpa pengawasan beliau, kemungkinan besar perang

    saudara atau serangan ganas pada kaum putih Afrika Selatan telah berlaku.

  • 7

    Rujukan

    BBC News. (2004). How Mandela Changed SA Fashion. Diperolehi pada 20 Ogos

    2014 daripada http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/3532916.stm

    Guiloineau, J. and Rowe, J. (2002). Nelson Mandela : The Early Life of Rolihlahla

    Madiba. Berkeley: North Atlantic Books

    History Network Channel. (2014). NELSON MANDELA. Diperolehi pada 20 Ogos

    2014 daripada http://www.history.com/topics/nelson-mandela

    Nobel Prizes and Laurates. (2014). Nelson Mandela Biographical. Diperolehi pada

    23 Ogos 2014 daripada

    http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/1993/mandela-

    bio.html

    Sampson, A. (2011). Mandela: A Biography. New York: Public Affairs

    Stefan Lang. (2013). Mandelas Difficult Political Legacy: the challenges facing the

    new South Africa. Diperolehi pada 23 Ogos 2014 daripada

    http://historysshadow.wordpress.com/2013/12/09/mandelas-difficult-political-

    legacy-the-challenges-facing-the-new-south-africa/

    The Backbencher. (2013). 3 Things You Didnt Know About Nelson Mandela.

    Diperolehi pada 25 Ogos 2014 daripada http://thebackbencher.co.uk/3-things-

    you-didnt-want-to-know-about-nelson-mandela/

  • 8