Morfologi

6

Click here to load reader

Transcript of Morfologi

Page 1: Morfologi

MORFOLOGI

DR USTAZ MORSHIDI

Page 2: Morfologi

Morfem• Beberapa istilah dalam Morfologi• Morfen: unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang

menjalankan tugas-tugas nahu. Menakala perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

• Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya perkataan “jalan” terdiri daripada satu morhem, tetapi perkataan “berjalan” terdiri daripada dua morfem iaitu “ber” dan “jalan”. Ada perkataan yang mengandungi tiga morfem seperti “berlaukkan” (ber+lauk+kan)

• Morfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Manakala morfem terikat ialah morfem yang wujud bersama-sama morfem lain. Contoh morfem terikat ialah “ber” dan “an-”. Morfem bebas dan terikat akan membentuk perkataan: “berpeluh” dan “lautan” iaitu morfem terikat “ber-” dicantumkan dengan morfem bebas “peluh”, manakala morfem terikat “-an” dicantumkan dengan morfem bebas “laut”

• Dengan itu dapat dijelaskan bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

Page 3: Morfologi

Morfologi• Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk

dan penggolongan kata. Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolonggan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota dalam golongan yang sama. Merujuk kepada bahasa melayu, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolonggan kata dalam bahasa Melayu.

Page 4: Morfologi

Imbuhan • Imbuhan: unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada

bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna jauh.• Pembentukan imbuhan mempunyai empat bahagian:1) Awalan: imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan

kata dasar, misalnya “ber-” dalam “berjalan” dan “ter” dalam “terminum”

2) Akhiran: imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar, misalnya “-an” dalam “lautan” dan “-kan” dalam “ambilkan”.

3) Sisipan: imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar, misalnya “-em” dalam “g+em+uruh”

gilang- gemilang. Tapak-telapak.4) Apitan: imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan

dan pada belakang kata dasar, misalnya “ke….an” dalam “kesedihan” dan “pe….an” dalam “pendalaman”.

Page 5: Morfologi

• Perkataan: satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan atau sempadan perkataan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk dan dapat dijeniskan sebagai: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

• KataTunggal: bentuk yang terdiri daripada hanya satu kata dasar, yg tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Misalnya: itu, ini, bakal, makan dan lain-lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis:

1) Kata Tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat, misalnya:

i) Itu?ii) Dia?

2) Kata Tunggal sebagai kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya stu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya, misalnya bentuk-bentuk condong (italic)di bawah.

iii) Di mana?iv) Untuk siapa?v) Ke Johor.

Page 6: Morfologi

• Kata Terbitan: bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, samaa ada awalan, sisipan, akhirah atau apitan, misalnya mendaki (men+daki) dibawa (di+bawa) minuman (minum+an) belikan (beli+kan), mengetahui (meng+aku+i) permainan (per+main+an)gemuruh (g+em+uruh) dan sebagainya

• Kata Majmuk: bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sistaksis yang membawa makna tertentu. Contohnya: air mata, bendahari kehormat, harta kunci, sudut tepat, meja makan, maka tembok, keras hati dan lain-lain.

• Kata Ganda: bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Misalnya kanak-kanak, lelaki, bertubi-tubi, membohong-bohongi, mempersenda-sendakan dan sebagainya.