MUHAMAD HANAFI BIN SALIM WAN ABDUL HAMID BIN WAN … · •4 x 1500 meter lari berganti-ganti...

50
MUHAMAD HANAFI BIN SALIM WAN ABDUL HAMID BIN WAN HARUL NUR IZZATI AKMAL BINTI NAZRILAZDIN

Transcript of MUHAMAD HANAFI BIN SALIM WAN ABDUL HAMID BIN WAN … · •4 x 1500 meter lari berganti-ganti...

MUHAMAD HANAFI BIN SALIM

WAN ABDUL HAMID BIN WAN HARUL

NUR IZZATI AKMAL BINTI NAZRILAZDIN

IAAF World Relays - Nassau, BAHAMAS 2014 - 24 MAY 2014 - 25 MAY 2014

SEJARAH

Berasal dari Amerika Syarikat

Punca acara ini lahir ialah Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana

surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain

Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan

kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika

Syarikat).

Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan

pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan

untuk bersedia.

Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan

dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

ACARA LARI BERGANTI-GANTI

Terdiri daripada 4 pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain

Berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam

tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari

seterusnya

Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang

menjatuhkannya

Outdoor

• 4 x 100 meter lari berganti-ganti

• 4 x 200 meter lari berganti-ganti

• 4 x 400 meter lari berganti-ganti

• 4 x 800 meter lari berganti-ganti

• 4 x 1500 meter lari berganti-ganti

• Road Relay

Indoor

• 4 x 200 meter lari berganti-ganti

• 4 x 400 meter lari berganti-ganti

• 4 x 800 meter lari berganti-ganti

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

BUTIRAN MENGAJAR

Memegang Baton

Aktiviti : Genggaman

i. Gunakan jari untuk menggengam.

ii. Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari

membentuk ‘V’ menghala ke bawah.

iii. Letakkan baton di antara bentuk ‘v’.

iv. Genggam baton di bahagian hujung.

CARA MEMEGANG BATON

• Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut

keselesaan pelari .

• Pelari pertama yang memulakan larian,cara memegang adalah

seperti dibawah.

BUTIRAN MENGAJAR

Teknik Larian

Aktiviti : Larian

I. Lari dengan kedudukan lutut 90○

II. Gunakan bebola kaki semasa belari

III. Hanyunkan tangan sepantas yang boleh

IV. koordinasikan tangan dengan kaki

SEMASA LARIAN

a) Berlari mengikut lorong yang ditetapkan.

b) Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon

yang ditetapkan.

c) Membuat pertukaran yang bersih.

d) Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga

akhir larian.

FASA PECUTAN

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 20 meter dan 30

meter .

Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian.

Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum

dicapai pada kira-kira 18 meter.

Seterusnya , perlari perlu kekalkan kelajuan hingga

penamat

Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum,

kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya

tahan ototnya.

TEKNIK LARIAN SELEKOH

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari,

semakin kuat kuasa 'centrifugal'.

Untuk mengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang

pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.

Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan

kanan menyilang badan mengarah ke dalam

TEKNIK LARIAN SELEKOH

FASA PENAMAT

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu

larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak

lariannya.

Sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk

200 m.

Jadi dengan itu adalah wajib bagi seorang atlet untuk

terus pecut sehingga melewati garis penamat.

Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah

untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan,

mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke

belakang.

BUTIRAN MENGAJAR

Pertukaran Baton

Aktiviti : Memberi baton

kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian

baton

pemberi harus beri isyarat kepada penerima

hulurkan baton dengan tangan yang lurus

perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian

hujung baton ke dalam tangannya.

TEKNIK HANTARAN

HANTARAN

BAWAH

HANTARAN

ATAS

BUTIRAN MENGAJAR

Pertukaran baton

Aktiviti : Menerima baton

Penerima dalam keadaan yang sedia

Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton

Berlari dengan pantas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai

pada tanda. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang

semasa berlari.

Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada

pelari yang sedang membawa baton.

Pegang baton dengan erat di bahagian hujungnya

ZON PERTUKARAN

“GO”“UP”

ANSUR MAJU

PERINGKAT 1 –

STATIK 1.1

Empat orang,duduk bersila mengikut turutan perlari pertama,kedua,ketiga

dan keempat.

Mula ayunan tangan seperti dalam keadaaan berlari dan menggunakan

boton sebagai baton untuk membiasakan diri.

Perlari pertama memberi botol menggunakan tangan kanan dan perlari

kedua menyambut menggunakan tangan kiri.

Dituruti perlakuan perlari pertama dan kedua oleh perlari ketiga dan

keempat.

CONTOH 1.1

STATIK 1.2

Beratur mengikut turutan menurun ( 4,3,2,1)

Dalam keadaan berdiri statik , perlari pertama akan memulakan

hantaran baton ke pelari kedua hingga perlari keempat.

Setelah perlari keempat mendapat baton , dia akan terus berlari ke

hadapan .

CONTOH 1.2

ANSUR MAJU : DINAMIK 2.1

Beratur mengikut turutan (4,3,2,1)

Dalam keadaan berjalan perlahan , perlari pertama

akan memberi baton ke perlari kedua dan seterusnya.

Aktiviti ini dilakukan sekurang-kurangnya dua pusingan

trek.

CONTOH 2.1

DINAMIK 2.2

Beratur mengikut urutan (4,3,2,1)

Berlari anak dan mula melakukan penghantaran baton seperti cara

sebenar .

Beserta dengan arahan ‘up’ ketika ingin memberi baton .

Penerima baton harus bersedia dengan cara yang betul.

Aktiviti ini dilakukan dua pusingan trek

CONTOH 2.2

DINAMIK 2.3

Membahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan 1 : perlari pertama dan kedua

Kumpulan 2 : perlari ketiga dan keempat

Lakukan larian sebenar di trek.

Perlari pertama memulakan larian di 50 meter .

Perlari kedua bersedia di selekoh penerimaan baton

Perlari pertama akan berlari dan memberi baton kepada perlari kedua.

Perlakuan diatas diaplikasi kepada perlari ketiga dan keempat , begitu

juga perlari kedua dan ketiga

CONTOH 2.3

DINAMIK 2.4

Lakuan sebenar

Keempat-empat perlari berada di tempat masing-masing

Perlari pertama akan memulakan kan larian .

Penghantaran dan penerimaan baton akan berlaku akan keempat-

empat perlari.

Perlari keempat akan menamatkan larian .

Catat masa .

CONTOH PERINGAT SEBENAR

PELARI PERTAMA

a) Gunakan blok permulaan.

b) Berlari mengikut isyarat

(pistol) dibunyikan oleh

pelepas.

c) Berlari pada selekoh pertama.

d) Membawa baton pada

tangan kanan.

CIRI-CIRI PELARI :-

• Hanya pelari pertama yang terlibat

dalam kedudukan permulaan

• Gaya dekam beserta baton

ditangan.

• Berkebolehan berlari di selekoh.

• Berlari pada jarak yang jauh

• pelari kedua terbaik dalam satu

pasukan

PELARI KEDUA

a) Bersedia dan mula berlari

dalam keadaan berdiri.

b) Berlari dalam lorong yang lurus.

c) Membawa baton pada tangan

kiri atau boleh menukarkannya

semasa berlari ke tangan

kanan.

d) Berlari dalam lorong sendiri.

e) Menerima baton dalam zon

pertukaran.

CIRI-CIRI PELARI :-

• Bersedia dan mula berlari

dalam bentuk berdiri

• Berkeupayaan berlari dengan

pantas pada garisan lurus

• Berkebolehan daripada segi

menerima dan menghantar

baton

• Merupakan pelari terpantas

PELARI KETIGA

a) Bersedia dan mula berlari

dalam kedudukan berdiri.

b) Berlari dalam lorong sendiri

pada selekoh kedua.

c) Membawa baton pada tangan

kanan.

d) Berlari di sebelah dalam

lorong sendiri.

CIRI-CIRI PELARI :-

• Bersedia dan mula berlari dalam

bentuk berdiri.

• berkebolehan berlari di selekoh.

• Berkebolehan daripada segi

menerima dan menghantar baton.

• pelari ketiga terpantas dalam

pasukan.

• Berkebolehan berlari di selekoh.

PELARI KEEMPAT

a) Bersedia dan mula berlari

dalam kedudukan berdiri.

b) Berlari dalam lorong yang

lurus dan lorong sendiri.

c) Membawa baton pada tangan

kiri atau ditukarkan pada

tangan kanan semasa berlari.

d) Menyerahkan baton kepada

pegawai bertugas.

CIRI-CIRI PELARI :-

• Bersedia dalam mula berlari

dalam bentuk berdiri.

• Pantas berlari dalam lorong

lurus dan lorong sendiri.

• Pelari yang penuh keazaman

& tenang.

• Jarak larian terpendek.

PELARI SIMPANAN

Seorang pelari dijadikan simpanan.

Pelari simpanan penting sebagai persedian :-

a) berlaku perkara yang tidak diduga kepada pelari

utama.

b) prestasi pelari utama merosot.

c) sebagai strategi perlumbaan.

KOMPONEN KECERGASAN

Kekuatan otot

Daya tahan otot

Kelajuan

Masa reaksi

Kuasa

LATIHAN UNTUK MENINGKATKAN KOMPONEN KECERGASAN.

1. Kekuatan otot

Pliometrik

(Melompat pagar menggunakan kedua belah kaki untuk meningkatkan kekuatan otot)

LATIHAN UNTUK MASA REAKSI

L

LATIHAN UNTUK DAYA TAHAN OTOT.

Fartlek (speedplay) – jogging atau berlari pelbagai bentuk muka

bumi .

contoh : Padang , naik bukit , turun bukit .

Burpee

Latihan untuk kelajuan.

Pecutan berulang .

PERATURAN UMUM

Berlari mengikut lorong yang ditetapkan

Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan

Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian

Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya

Pelari akan hilang kelayakan jika dia menghalang larian pelari lain dengan menghalang,

desak-mendesak atau mengganggu, dan mendapat keuntungan daripada perbuatannya.

Pelari tidak dibenarkan untuk meninggalkan atau menukar lorong yang telah ditetapkan.

Pelari tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau mana-mana bahan yang

membolehkan mereka mempunyai cengkaman yang lebih baik pada baton.

VIDEO

(kiri) Nurul Sarah Abdul Kadir, Siti

Fatimah Mohamad, Nor Jannah Hafizah

Jamulidin serta Siti Zubaidah Adabi.

Angamah (kanan) bergambar bersama (dari kiri) Zaiton,

Mumtaz dan Oik Cum selepas menyumbang pingat

emas acara 4x400m pada Sukan Sea 1981 di Manila.

kuartet 4x400m negara (dari kiri) Mohd. Yunus,

Kannathasan, Schezuan dan Yuvaraaj

Usain Bolt, Yohan Blake, Michael Frater dan Nesta

Carter Bahamas - Ramon Miller, Chris Brown, Demetrius

Pinder dan Michael Mathieu

Tianna Madison, Allyson Felix, Bianca Knight dan

Carmelita Jeter

Francena McCorory, Allyson Felix, DeeDee Trotter, dan Sanya

Richards-Ross

Kenya's men's 4x1,500m relay team poses with the clock after

setting a new world record in the event during the

IAAF World Relays Championships in Nassau

RUJUKAN

http://www.iaaf.org/records/by-category/world-

records

http://www.iaaf.org/competitions/iaaf-world-

relays

Teong Boon Tong.(2001). Pandua pengajaran

olahraga : Selangor. Pearson Education Malaysia

Sdn.Bhd