Nota Padat Pjm3114

15
PJM3114 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Definisi • De Vries (1995) - Satu bentuk pendidikan formal melibatkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. • Jansma & French - Modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya dan mendapat kepuasan • Terri Mauro - Aktiviti untuk murid-murid yang mengalami perkembangan motor yang lambat atau kurang upaya yang menjadikan mereka terasing untuk sertai aktiviti yang dilakukan oleh murid normal. • Auxter, Pyter dan Huetting (2001) - Suatu perkembangan kesenian dan sains yang diimplementasi dalam bentuk Pendidikan Jasmani yang bertujuan memberikan individu kurang upaya kemahiran untuk meningkatkan kehidupan dan kecergasan fizikal • Pendidikan Jasmani Suaian adalah program individu yang dibentuk khas untuk murid berkeperluan khas dan orang kurang upaya bagi menyediakan keselamatan, kepuasan kendiri dan pengalaman mengecapi kejayaan melalui aktiviti fizikal. Sejarah Tahun 3000 Sebelum Masihi - Pendekatan senaman Therapeutic (Therapeutic Recreation) dikesan di China Kurun ke 19 dan 20 - Pendekatan Senaman Therapeutic di Amerika bagi askar yang tercedera dan hilang upaya semasa perang 1940 an - Model Therapeutic Recreation diubahsuai berkonsepkan kesukanan dan pertandingan oleh Guttmann di Hospital Stoke Mandeville, England Tahun 1948 - Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville Antarabangsa mempelopori perkembangan awal sukan bagi OKU

Transcript of Nota Padat Pjm3114

Page 1: Nota Padat Pjm3114

PJM3114

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Definisi

• De Vries (1995)

- Satu bentuk pendidikan formal melibatkan domain psikomotor, kognitif dan afektif.

• Jansma & French

- Modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya dan mendapat kepuasan

• Terri Mauro

- Aktiviti untuk murid-murid yang mengalami perkembangan motor yang lambat atau kurang upaya yang menjadikan mereka terasing untuk sertai aktiviti yang dilakukan oleh murid normal.

• Auxter, Pyter dan Huetting (2001)

- Suatu perkembangan kesenian dan sains yang diimplementasi dalam bentuk Pendidikan Jasmani yang bertujuan memberikan individu kurang upaya kemahiran untuk meningkatkan kehidupan dan kecergasan fizikal

• Pendidikan Jasmani Suaian adalah program individu yang dibentuk khas untuk murid berkeperluan khas dan orang kurang upaya bagi menyediakan keselamatan, kepuasan kendiri dan pengalaman mengecapi kejayaan melalui aktiviti fizikal.

Sejarah

Tahun 3000 Sebelum Masihi - Pendekatan senaman Therapeutic (Therapeutic Recreation) dikesan di China

Kurun ke 19 dan 20 - Pendekatan Senaman Therapeutic di Amerika bagi askar yang tercedera dan hilang upaya semasa perang

1940 an - Model Therapeutic Recreation diubahsuai berkonsepkan kesukanan dan pertandingan oleh Guttmann di Hospital Stoke Mandeville, England

Tahun 1948 - Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville Antarabangsa mempelopori perkembangan awal sukan bagi OKU

Perkembangan PJ dalam Era Pendidikan Khas

Peringkat sebelum 1981

PJ dijalankan secara berasingan oleh institusi-institusi Pendidikan Khas

Aktiviti PJ dan Sukan dijalankan lebih kepada sebagai satu cara terapi

Kanak-kanak khas merasa terasing dengan dunia luar

Peringkat Selepas 1981 hingga kini

Diadakan Sukan Kebangsaan bagi golongan cacat

Menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam bidang sukan

Page 2: Nota Padat Pjm3114

Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian Bagi Masyarakat Kurang Upaya

Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mengekalkan kehidupan yang berkualiti dengan tahap kesihatan yang baik

Meningkatkan tahap keyakinan diri masyarakat OKU supaya dilihat sebagai individu yang normal dan diterima masyarakat

Membina kemahiran motor halus dan dan motor kasar agar mampu melakukan perkara-perkara asas dalam kehidupan seharian. e.g: berjalan, berlari, menyapu dsb.

Memberi peluang turut serta untuk bersenam dan menjaga kesihatan mengikut kemampuan dan kesesuaian dengan keadaan diri mereka

Mewujudkan persaingan yang sihat dan adil dalam permainan dan pertandingan yang disertai supaya tidak merasa ditindas dan ditipu

Memberi pendedahan kepada mereka untuk berkomunikasi dan bersosial bersama-sama rakan dan masyarakat sekitar

Memberi peluang mengasah bakat atau kemahiran yang ada ke peringkat yang lebih tinggi

Memberi kepuasan dan keseronokan dalam aktiviti PJ dan sukan seperti manusia normal

Mengurangkan rasa rendah diri dan meningkatkan keyakinan diri untuk bergaul dan bersosial dengan masyarakat sekeliling

Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian Bagi Murid Kurang Upaya

Membantu mengurangkan kelemahan dan masalah kekurangan diri

Kecacatan seperti kekejangan otot menyukarkan pergerakan, maka ia perlu dilatih ke tahap lebih optimum bagi membantu menghadapi kehidupan sebenar.

Aktiviti jasmani yang direka khas akan menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi

Aktiviti jasmani yang direka khas dapat memberi peluang mereka bermain dengan adil bersama rakan yang sama kekurangan

Meningkatkan konsep kendiri, penghargaan kendiri dan keyakinan diri apabila menguasai kemahiran yang diajar

Memupuk amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat

Merapatkan jurang pendidikan antara mereka dengan murid normal

Menyediakan persekitaran yang selamat kepada mereka melakukan aktiviti

Mempertingkatkan tahap perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap

Merangsang minda mereka menjadi lebih kreatif (perkembangan kognitif)

Page 3: Nota Padat Pjm3114

Hubungan FPK dengan Pendidikan Jasmani Suaian

• Jasmani

o Aktiviti fizikal terhadap murid berkeperluan khas dapat mencapai objektif dalam PJ Suaian

• Emosi

o Aktiviti dalam PJ juga melibatkan emosi

o Mereka merasa puas dan seronok mengikuti dan menjalani aktiviti dalam PJ Suaian

o Mengembang dan menerapkan perubahan tingkah laku dan disiplin seperti yakin diri, bertanggungjawab dll

• Rohani

o Kesyukuran dan menghargai apa yang dimiliki agar tidak berasa merendah diri dan lebih bersemangat untuk menjalani aktiviti.

• Intelek

o Aktiviti yang dilaksanakan memerlukan murid berfikir seperti permainan catur dsb

o Kesedaran untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kepentingan amalan gaya hidup yang sihat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian

o Pembinaan dan pengembangan aspek mental seperti tafsiran kefahaman, pertambahan pengetahuan dan pengalaman dll

• Sosial

o Mengeratkan hubungan sesama rakan semasa melakukan aktiviti PJ

o Alat perpaduan bagi rakyat Malaysia o Peningkatan dan perkembangan nilai

seperti bekerjasama, tolak ansur, hormat-menghormati dll

Objektif PJ dalam Kurikulum Sekolah

Membangun dan meningkatkan tahap kecergasan kanak-kanak berasaskan kesihatan dan perlakuan motor melalui aktiviti fizikal

Membangun kemahiran pergerakan asas, pergerakan kreatif,kemahiran sukan dan gimnastik mengikut kemampuan diri

Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal

Membentuk sahsiah diri Membuat keputusan bijak dalam

kehidupan

Page 4: Nota Padat Pjm3114

Kepentingan PJ dalam Kurikulum

Sekolah

Menyemai sikap bergiat cergas seumur hidup di kalangan kanak-kanak

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan Gaya Hidup Cergas

Mengetahui isu-isu pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan yang mempengaruhi hidup seharian

PJ Untuk Semua

PJ merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan pendidikan seterusnya dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pelbagai usia dan jantina

PJ memberi peluang kepada semua golongan masyarakat samada normal atau kurang upaya melakukan aktiviti fizikal mengikut kemampuan masing-masing

PJ memberi peluang kepada setiap golongan manusiamemiliki kehidupan yang sempurna dan kualiti serta tahap kesihatan yang baik

PJ melalui PJ Suaian yang diubahsuai dari segi penyampaian dan aktiviti memberi peluang kepada golongan kurang upaya turut serta

PJ dapat memberi keseronokan dan kepuasan yang diingini oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status sosial, jantina, taraf hidup mahupun keadaan fizikal dan mental

Kepentingan PJ Suaian

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikalo Mempertingkatkan dan mengekalkan

kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor

o Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan

o Membantu mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan

o Mengekalkan sistem fisiologi berfungsi dengan konsisten

o Bekerja dengan lebih efektif o Mengurangkan risiko kecederaan dan

penyakit kronik

Perkembangan Kognitif o Membina keyakinan diri untuk

menerima dan memberi pendapato Membuat pertimbangan berdasarkan

alasan dan bukti o Menyesuaikan dengan pengetahuan

sedia ada untuk membina pengetahuan baru

o Berkeupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain

o Berkebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan persekitaran

• Perkembangan Afektif

- Kawalan Emosi

o Tubuh badan cergas membantu mengawal perasaan

o Mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan

o Melahirkan individu yang berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi

Page 5: Nota Padat Pjm3114

- Kemahiran Bersosial

o Membantu pembangunan sosial individu

o Menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat

o Memupuk sifat kepimpinan yang baik o Melibatkan diri dalam aktiviti

bermasyarakat

- Pembinaan Nilai

o Bersesuaian dengan FPN o Diterapkan dalam semua kaedah P&P

yang dilaksanakan o Bersifat sarwajagat selaras dengan

tuntutan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia

Motivasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga o Motivasi adalah suatu bentuk

dorongan, galakan dan perangsang

Woolfolk (1998) Motivasi ditakrifkan sebagai

keadaan dalam diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang

• Sage (1977)

Motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu

• Wann (1997)

Motivasi sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini

• Kimble et.al (1984)

Motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu

Motivasi Intrinsik

Satu bentuk motivasi yang dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa ingin tahu dan rasa kepuasan diri.

Dikaitkan dengan faktor luaran atau persekitaran seperti hadiah,ganjaran, tekanan sosial, hukuman dll.

Reeve (1996) menyatakan bahawa motivasi ini juga merupakan ciri semulajadi seorang manusia atau tabii manusia cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya

Motivasi Ekstrinsik

Deci (1975) mendefinisikan tingkahlaku motivasi luaran sebagai tingkah laku melakukan sesuatu untuk mencapai perasaan kemampuan dan menentukan nasib sendiri.

Dikaitkan dengan faktor luaran atau persekitaran seperti hadiah,ganjaran, tekanan sosial, hukuman dll. Aktiviti yang dibuat adalah bertujuan

untuk mendapatkanganjaran, pujian,

Page 6: Nota Padat Pjm3114

mengelak daripada hukuman, mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi atau apa sahaja selain daripada untuk memenuhi kehendak diri.

Cara-cara Untuk Memotivasikan

Kanak-Kanak

1. Menentukan Matlamat

- Kanak-kanak dapat belajar dengan berkesan apabila terlibat

2. Mengurangkan perasaan bimbang

- Memberi peluang mencukupi mempelajari dan menguasai kemahiran baru

3. Maklum balas

- Bukan sahaja untuk membetulkan kesalahan tetapi mendorong kanak-kanak Pendidikan Khas memperbaiki dan meningkatkan kemahiran Proses pengukuhan

Kurikulum

• John Dewey (1916)

- Usaha yang memperjuangkan pembentukan semula masyarakat bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup masa depan.

• Tanner (1980)

- Segala pengalaman terancang yang seelok-eloknya ditimba oleh murid dan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh guru serta murid

• Kerr (1999)

- Semua pembelajaran yang dirancang oleh institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu

• Mohd Daud (1995)

- Kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu

• Ornstein & Hunkin (1998)

- Satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajat

• Kementerian Pelajaran

- Satu pelan tindakan atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat dan halatuju

Konsep, Matlamat dan Objektif

• Definisi

- Rancangan yang tersusun, terancang dan bersifat berterusan satu aktiviti pengajaran, kandungan struktur sesuatu bidang atau kursus

• Matlamat

Page 7: Nota Padat Pjm3114

- Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

Objektif o Mempertingkatkan dan mengekalkan

kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor

o Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

o Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

o Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan ketika aktiviti fizikal

o Membentuk sahsiah dan disiplin diri o Membuat keputusan bijak dalam

kehidupan

Konsep Kurikulum PJ Suaian

Menekankan aspek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid

Dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir

Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum

• Kerajaan

- Memilih polisi untuk melaksanakan kurikulum

• Matlamat dan Prioriti Program

- Tujuan, matlamat dan objektf program pendidikan

• Keperluan Individu

- Minat, kemahiran asas (3M) membolehkan muridnmemperolehi kemahiran sosial, berupaya memahami diri sendiri, mengembangkan minat dan potensi dan pembentukan perwatakan

• Keperluan Universal

- Menyebarkan ilmu dan latihan kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman dan kerjasama secara universal

- Penambahbaikan cara hidup masyarakat

- Menekankan nilai, sentimen, ilmu dan kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat, motivasi individu dan kawalan tingkah laku

• Keperluan Negara dan Masyarakat

Page 8: Nota Padat Pjm3114

- Memperolehi kemahiran asas, konsep, teknik dalam kehidupan dari sudut politik, sosial dan ekonomi

- Memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita dan ideologi negara

• Kandungan Kurikulum

- Pemilihan dan Kandungan

Prinsip-prinsip Asas Dalam Kurikulum PJ

• Pengulangan

o Berulang dari Tahun 1 hingga Tahun 6

• Kesepaduan (Integration)

o Pendekatan bersepadu dan merentas kurikulum

o Komponen dalam PJ dan komponen mata pelajaran lain yang boleh diintegrasikan seperti muzik dan matematik

• Ansur maju

o Bermula dari mudah kepada kompleks

o Disesuaikan dengan peringkat umur dan bertujuan membantu perkembangan mereka

o Menggariskan sejauh mana pengajaran perlu disampaikan kepada murid

• Turutan

o Berfungsi sebagai aturan sesuatu sukatan pembelajaran yang bergerak dan berkesinambungan

Prinsip Integrasi

o Kemahiran PJ digabungjalin dengan kemahiran daripada mata pelajaran lain

o Beberapa kemahiran dikuasai serentak o Penyerapan bahan daripada mata

pelajaran lain kepada mata pelajaran PJ o Pelajaran PJ tidak disampaikan secara

terpisah daripada mata pelajaran lain o Menggalakkan aktiviti menarik bagi

mengelakkan kebosanan

Penggabungjalinan

o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti

- Membaca, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon

o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu

o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa

o Ciri-ciri:-- Integrasi beberapa kemahiran - Prosesnya bersepadu dan menyeluruh - Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik - Kemahiran utama menjadi fokus - Organisasi kemahiran fleksibel - Kemahiran diintegrasi saling kukuh

mengkukuh antara satu sama lain o Cara mengguna gabungjalin

- Mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan

- Kemahiran utama diberi fokus - Kemahiran-kemahiran sampingan

dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama

- Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran

Page 9: Nota Padat Pjm3114

- Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid

- Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai.

- Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.

Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi

kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran

o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa

o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan Jasmani dan Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan

o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains / Kajian Tempatan

o Penerapan Nilai murni, kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal

o Ciri-ciri penyerapan:-- Mengandungi beberapa unsur ilmu

pengetahuan- Berbagai unsur diserapkan dalam satu

matapelajaran - Bilangan matapelajaran dalam

penyerapan fleksibel- Organisasi isi kandungan - Unsur utama

dan unsur sampingan

- Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses

Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ

Infrastruktur o Kedudukan sekolah

- Bandar dan luar Bandar

o Kewangan Sekolah- Bergantung kepada kapasiti murid di

sekolah - Sekolah elit di bandar mudah mendapat

sumbangan berbanding sekolah luar bandar

o Kemudahan - Alat perlu mencukupi - Penyeliaan dan pemantauan pentadbir

sekolah -

o Peralatan - Keselamatan dititikberatkan

Tenaga Pengajaro Tingkah laku yang baik o Kemahiran yang sangat baik o Bilangan tenaga pengajar berseuaian dengan

bilangan murid o Mempunyai pengetahuan yang luas o Mempunyai kelayakan yang sesuai o Membuat perancangan yang rapi o Bijak mengurus masa

Page 10: Nota Padat Pjm3114

Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ

• Perkembangan Murid

- Jasmani - tahap perkembangan berbeza

• Ubahsuai permainan kepada aras lebih rendah

• Ubahsuai peraturan tetapi kekalkan konsep aktiviti yang sama

• Mengecilkan saiz kawasan dan saiz kumpulan

- Emosi

• Aktiviti dapat membina keyakinan diri

• Motivasi

• Kesungguhan

- Rohani

• Nilai-nilai murni dalam aktiviti

15

8/8/2011

Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ

- Intelek

• Kemampuan berfikir secara kritis dan menjana kemahiran

berfikir

• Kemampuan menganalisis

- Sosial

• Interaksi mencabar kerana kurang berkomunikasi

• Peranan guru penting dalam mewujudkan pergaulan sosial di kalangan murid khas

Page 11: Nota Padat Pjm3114

Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ

• Peralatan dan Kemudahan

- Selamat digunakan

- Dibuat daripada material yang bersesuaian

- Tidak rosak

- Bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan

- Digunakan di bawah pengawasan dan penyeliaan

• Persekitaran budaya dan tempat

- Persekitaran yang selamat dari sebarang ancaman

- Suasana pembelajaran yang membangunkan motivasi murid

- Persekitaran yang positif, saling membantu

Standard

1. Kecekapan Kemahiran Pergerakan

2. Aplikasi pengetahuan dan konsep dalam pergerakan

3. Kecergasan meningkatkan kesihatan dan prestasi

fizikal

4. Konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan

5. Kesukanan

16