Olahraga Lari Berpagar - Bab 2 (Tingkatan 4)

16
OLAHRAGA LARI BERPAGAR

Transcript of Olahraga Lari Berpagar - Bab 2 (Tingkatan 4)

OLAHRAGALARI BERPAGAR

PENGENALAN• Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan

diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan.

• Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara.

• Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

• Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu.

• Masalah utama yang dihadapi oleh atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa takut pada halangan (pagar).

• Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalangan pelajar sekolah.

• Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal.Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang ,mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini.

• Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

SEJARAH LARI BERPAGAR

• Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990.

• Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR

(a) Fasa Permulaan

Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.

-Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.- Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.- Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.

(b) Fasa Lonjakan

*Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

- Ketinggian atlet- Kelajuan larian-Jarak jangkauan kaki hadapan- Kelajuan langkah kaki hadapan

* Gaya lonjakan kaki yang baik

- Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut- Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki- Kaki hadapan diangkat tinggi- Kepala tegak memandang ke hadapan- Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

(c) Fasa Layangan

- Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.

- Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah keluar.

- Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

(d) Fasa Mendarat

- Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar.

- Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg).

(e) Fasa Penamat

- Lari pecut ke garisan penamat.

REKOD LARI BERPAGAR

• SUKMA 2008Rayzamsyah Wan Sofian - 14.10s

• SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)Mohd Robani Hassan - 14.07s

• SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008Rayzamshah Wan Sofian - 13.91s

JENIS-JENIS PAGAR

NATIONAL ALUMINIUM HURDLE POLANIK HURDLE

UCS ULTIMATE HURDLE UCS INTERNATIONAL HURDLE

SEKIAN TERIMA KASIH