PENGENALAN

1

Click here to load reader

Transcript of PENGENALAN

Page 1: PENGENALAN

PENGENALAN

Tapak pelupusan sampah sungai ikan merupakan salah satu tapak pelupusan sampah dalam negeri Terengganu. Tapak ini terletak di kampung paya tok por, sungai ikan, mukim belara, kuala Terengganu. Tapak pelupusan sampah sungai ikan ini berkeluasan 34.50 hektar juga bersamaan dengan 345000 meter persegi. Tapak pelupusan sampah sungai ikan ini adalah dibawah unit pengangkutan dan tapak pelupusan majlis bandaraya kuala Terengganu. Tapak ini telah mula beroperasi sejak 6 mac 2005. Berdasarkan keluasan tapak seluas 34.50 hektar, jangkahayat tapak ini selama 20 tahun sahaja.

Tapak pelupusan sampah sungai ikan merupakan sebuah kawasan berpaya dengan kedalaman 10 ke 15 meter dalam. Terdapat air sedalam 1 hingga 1.5 meter dibahagian rendah kawasan berpaya tapak ini. Lebih kurang 700 meter dari tempat tapak pelupusan sungai ikan, terdapat sebatang sungai iaitu sungai ligai berhampiran. Dengan jarak ini sungai tersebut tidak akan tercemar dengan mudahnya oleh tapak tersebut.

Tapak ini beroperasi selama 12 jam sehari, bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam. Tapak pelupusan sampah sungai ikan ini turut dilengkapi dengan kawalan keselamatan selama 24 jam sehari. Setelah lebih kurang 6 tahun sejak tapak ini beroperasi, seluas 14 hektar iaitu lebih kurang 40% daripada 34.5 hektar telah digunakan. Dengan maklumat ini dapat dianggarkan bahawa dalam masa setahun sahaja, seluas 2.33 hektar tapak ini dipenuhi oleh sampah. Tapak ini beroperasi selama 12 jam sehari, bermula pada jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam. Tapak pelupusan sampah sungai ikan ini turut dilengkapi dengan kawalan keselamatan selama 24 jam sehari. Jika setiap tahun seluas 2.33 hektar tanah ditapak pelupusan sampah sudah penuh, jangkahayat tapak pelupusan sungai ikan akan berkurang kepada 15 tahun sahaja daripada 20 tahun.