Pengenalan

3
1.0 PENGENALAN LGBT LGBT merupakan singkatan bagi perkataan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual. Lesbian atau dikenali juga sebagai pengkid mahupun ‘tomboy’ merupakan gaya perempuan yang maskulin yang kadangkala berorientasikan homoseksual. Penampilan mereka seolah-olah lelaki dari segi pemakaian, percakapan, sifat, sikap, pandangan atau pemikiran dan tingkah laku. Golongan ini menonjolkan identiti seksualiti yang didakwah merupakan naluri semulajadi yang dimiliki oleh mereka. Terdapat beberapa perbezaan antara ciri-ciri semula jadi yang dimiliki oleh kaum wanita ini. Antaranya, golongan pengkid lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum wanita (feminin) dan susah bagi mereka untuk mencintai lelaki. Selalunya mereka lebih berwatakan seperti lelaki dalam percakapan, pemakaian, sifat, sikap, pandangan atau pemikiran, berambut pendek atau pacak, suara serak-serak basah yang menyerupai lelaki. Manakala ‘tomboy’ pula, golongan ini lebih berwatakan agresif dan kasar tidak kira dari segi tindakan yang kelam kabut, sifat yang kasar, melakukan pekerjaan yang dilakukan lelaki, berambut pendek atau panjang, dan suara yang agak kasar. Golongan ini mempunyai perasaan terhadap lelaki tetapi tidak terhadap kaum wanita.

description

Pengenalan

Transcript of Pengenalan

1.0 PENGENALAN LGBT

LGBT merupakan singkatan bagi perkataan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual. Lesbian atau dikenali juga sebagai pengkid mahupun tomboy merupakan gaya perempuan yang maskulin yang kadangkala berorientasikan homoseksual. Penampilan mereka seolah-olah lelaki dari segi pemakaian, percakapan, sifat, sikap, pandangan atau pemikiran dan tingkah laku. Golongan ini menonjolkan identiti seksualiti yang didakwah merupakan naluri semulajadi yang dimiliki oleh mereka.Terdapat beberapa perbezaan antara ciri-ciri semula jadi yang dimiliki oleh kaum wanita ini. Antaranya, golongan pengkid lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum wanita (feminin) dan susah bagi mereka untuk mencintai lelaki. Selalunya mereka lebih berwatakan seperti lelaki dalam percakapan, pemakaian, sifat, sikap, pandangan atau pemikiran, berambut pendek atau pacak, suara serak-serak basah yang menyerupai lelaki.Manakala tomboy pula, golongan ini lebih berwatakan agresif dan kasar tidak kira dari segi tindakan yang kelam kabut, sifat yang kasar, melakukan pekerjaan yang dilakukan lelaki, berambut pendek atau panjang, dan suara yang agak kasar. Golongan ini mempunyai perasaan terhadap lelaki tetapi tidak terhadap kaum wanita.Golongan lesbian atau lesbo pula lebih berwatakan seperti wanita (feminin), lemah lembut, melakukan pekerjaan yang dilakukan wanita sahaja, berambut panjang dan suara yang lemah lembut dan sopan. Bagaimanapun, mereka lebih mencintai golongan sejenis iaitu wanita.Bagi golongan gay atau juga dikenali sebagai homoseksual pula, golongan ini merupakan golongan lelaki yang menyukai kaum sejenis mereka iaitu lelaki[footnoteRef:1]. Gay merupakan lelaki yang mempunyai orientasi seksual terhadap lelaki (Duffy & Atwater, 2005)[footnoteRef:2]. Golongan ini juga suka memakai pakaian perempuan dan berpenampilan seperti perempuan. [1: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 2005. Kamus Dewan Edisi Empat. ISBN : 978-983-6283-39-09] [2: Duffy & Atwater, 2005.]

Manakala bagi golongan biseksual atau dwijantina pula, golongan ini tidak kira lelaki mahupun wanita tetapi mempunyai perasaan dan tertarik kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Selalunya mereka kelihatan normal samada penampilan, kelakuan, sifat dan sikap. Mereka juga adalah golongan yang keliru dalam perhubungan, dan kerap ingin berubah kepada percintaan atau perhubungan normal.[footnoteRef:3] [3: DBP, 2005. Kamus Dewan Edisi Empat. ISBN : 978-983-6283-39-09]

Pondan merupakan istilah yang merujuk kepada lelaki transeksual iaitu seorang lelaki tetapi mempunyai naluri sebagai seorang wanita[footnoteRef:4]. Menurut laporan negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon iaitu pensyarah Krimiknologi dan Sosiologi di Universiti Utara Malaysia, pondan merujuk kepada lelaki transeksual adalah lelaki Mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir[footnoteRef:5]. [4: DBP, 2005. Kamus Dewan Edisi Empat. ISBN : 978-983-6283-39-09 ; DBP, 2008. Kamus Pelajar Edisi Kedua. ISBN : 978-9836-294-548;] [5: Profesor Madya Teh Yik Koon.]

Kesimpulannya, LGBT dapat dikategorikan dalam beberapa kategori. Pertama, transgender iaitu lelaki yang bertingkah laku seperti wanita dan wanita bertingkah laku seperti lelaki. Kedua, transvestit iaitu lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan seperti lelaki. Ketiga, transeksual iaitu lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. Keempat, homoseksual iaitu orang yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Kelima, biseksual lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki serta wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita. Akhir sekali, triseksual iaitu lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita, lelaki dan transeksual serta wanita yang membuat hubungan seks dengan lelaki, wanita dan transeksual.