Pengenalan Fizik.pdf

download Pengenalan Fizik.pdf

of 1

Transcript of Pengenalan Fizik.pdf

  • 7/21/2019 Pengenalan Fizik.pdf

    1/1

    Nota Poket : Pengenalan Kepada Fizik.

    Fizik

    ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena -fenomena alam semula jadi mengenai struktur, sifat

    jirim dan tenaga serta saling tindakan antaranya.

    Kajian dalam fizik amat memerlukan pengukuran.

    Kuantiti yang boleh diukur dinamakan kuantiti fizik.

    Kuantiti asasialah kuantiti yang tidak boleh ditakrifkandalam sebutan kuantiti-kuantiti yang lain. Kuantiti asas

    ialah panjang, jisim, masa, arus elektrik dan suhu

    (PJMAS)

    Semasa mengukur kuantiti fizik, satu nilai/saiz piawai(dipanggil unit) perlu ditetapkan.

    Bagi tujuan memudahkan komunikasi dan

    menyelaraskan aktiviti perdagangan antarabangsa satu

    sistem unit dipanggil Unit Sistem Antarabangsa(S.I.).

    Terdapat 5 unit asas S.I, iaitu meter, kilogram, saat,

    ampere dan kelvin.

    Kuantiti-kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat

    kecil harus ditulis dalam bentuk piawaiiaitu A 10ndi

    mana 1 A < 10 dannialah integer.

    Kuantiti fizik yang besar atau kecil ditulis dalam bentuk

    piawai adalah lebih ringkas, kemas dan mudah dibaca.

    Imbuhan ialah awalan atau faktor daraban yang

    digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik yang besar

    atau yang kecil dalam unit SI. Contoh: femto, piko,nano, kilo, Mega, Giga

    Kuantiti terbitanialah gabungan kuantitikuantiti asas

    secara pendaraban atau pembahagian atau kedua-

    duanya.

    Pengukuran ialah proses menentukan nilai sesuatukuantiti fizik dengan menggunakan peralatan sains.

    Kepersisanialah kebolehan alat pengukuran mengukursesuanti kuantiti secara konsisten dengan sedikit atau

    tiada sisihan relatif antara bacaanbacaan yangdiperolehi.

    Kejituan pengukuran ialah betapa hampir

    sesuatu nilai pengukuran kepada nilai sebenar.

    Kepekaan ialah kebolehan sesuatu alat

    pengukuran mengesan perubahan yang kecil

    dalam kuantiti fizik yang diukurnya.

    Ralat bersistemmengakibatkan semua bacaan

    yang diperoleh sama ada terlalu besar atauterlalu kecil.

    Ralat rawak mengakibatkan satu serakanbacaan sekitar bacaan sebenar.

    Ralat paralaks ialah kesilapan pengukuran

    yang berlaku apabila seseorang membaca tanda

    skala dari kedudukan yang salah.

    Membuat inferens bermaksud mentafsi atau

    menerangkan faktor-faktor yangmengakibatkan pemerhatian. Contoh: Tempoh

    ayunan bandul ringkas dipengaruhi panjang

    bandul.

    Hipotesis merupakan penyataan umum yang

    cuba menyatakan hubung kait antara dua atau

    lebih pemboleh ubah. Contoh: Semakin

    panjang bandul suatu bandul ringkas semakinbesar tempoh ayunannya

    Pemboleh ubahmerupakan kuantiti fizik yang

    perlu diambil kira untuk menjelaskan sesuatu

    pemerhatian.Contoh: tempoh ayunan bandul ringkas dan

    panjang bandul

    Pemboleh ubah dimanipulasi ialah kuantiti

    fizik yang nilai-nilainya ditetapkan sebelum

    melakukan eksperimen. Contoh: panjangbandul

    Pemboleh ubah bergerak balas ialah kauntiti fizikyang bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasi

    dan diperolehi melalui pengukuran dalam eksperimenyang dijalankan. Contoh: tempoh ayunan bandul ringkas

    Pemboleh ubah dimalarkan ialah kuantiti fizik yangperlu ditetapkan dari awal hingga ke akhir eksperimen.

    Contoh: jisim ladung, pecutan graviti

    Senarai semak kaedah melukis graf(PSPLKP) Paksi,Skala, Plot, Lengkung, Kecerunan, Pintasan.

    Graf mewakili nilai purata bacaan-bacaan eksperimen

    dan memberi gambaran visual antara kuantiti-kuantiti

    eksperimen yang disiasat.

    Membuat tafsiran maklumat daripada graf untukmencari pola data, perhubungan antara pembolehubah-

    pembolehubah yang terlibat serta pengitlakan tentang

    sesuatu prinsip atau hukum fizik.

    Apabila satu garis lurus kecerunan positif dan melalui

    asalan diperolehi; persamaan yang ditafsirkan ialahy = mx. Ini menunjukkan bahawa y berkadar langsung

    dengan x dan m ialah kecerunan graf.

    Apabila satu garis lurus yang tidak melalui titik asalandiperolehi, persamaan yang ditafsirkan ialah y=mx+c.

    Ini menunjukkan bahawa y berhubungan lineardengan

    x dan c ialah pintasan bagi graf itu pada paksi-y.

    Kecerunan grafialah perubahan y , y dibahagi dengan

    perubahan x, x

    Pintasan-yialah titik di mana garis graf menyilangi

    paksi-y iaitu nilai y apabila x=0