PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal,...
Transcript of PENGENALAN · Web viewSeperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal,...
Tingkah laku Bermasalah
PENGENALAN
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di
kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah
laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas
pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk
keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari
tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang
sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang
berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur
berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan
dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan
anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada
anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih
atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan
sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia
dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan
untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan
masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada
kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di
dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali.
Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah
hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-
murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.
1
Tingkah laku Bermasalah
PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan
dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan
ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya
dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘
abnormal behavior ‘ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat.
Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai,
dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai
tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour
Problem Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam
berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan
keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan
pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah
laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku
bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi
memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.
2
Tingkah laku Bermasalah
TINGKAH LAKU BERMASALAH
Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-
1. Tingkah laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.
Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi
bimbang, tiada keyakinan diri.
Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau
bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat
dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari
Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-
agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri,
sering menggangap orang lebih baik dari dirinya
Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan
kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu
pada kawan-kawan
Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.
Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau
menyakat kawan-kawan sekelas.
Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,
berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku,
melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
3
Tingkah laku Bermasalah
Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah,
kurang ajar, tidak sopan
Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘
atau ‘ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat
salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan
tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari
pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti
menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak
kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau
meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang
mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada
tingkah laku tidak baik
Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah,
kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain,
bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk
jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah
laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-
bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi
masalah besar pada peringkat akan datang.
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana
4
Tingkah laku Bermasalah
mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu
apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.
2. Tingkah laku bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-
Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu
perkara yang dilihat
Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu
perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan
cepat
Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila
menggunakan otak dan berfikir
Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju
ke depan berbanding kawan-kawan yang lain
Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :-
Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku Tingkah Laku
Bermasalah Negatif Bermasalah Positif
Tingkah Laku Tingkah Laku
bergantung disruptif distruktif ingin cepat pintar proaktif
tahu belajar cerdas
5
Tingkah laku Bermasalah
Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari
tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak
yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :
Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari
mereka.
Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka
Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
Sering bercakap bohong atau bercakap besar
Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok
Suka menyakiti hati kawan-kawan
Menjahanamkan harta benda
Tidak duduk diam
Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
Panas baran
Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi
( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )
Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya
bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah
Tingkah Laku” . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah
seperti berikut :-
Faktor Diri Murid
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana
mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu
apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.
6
Tingkah laku Bermasalah
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan
hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.
Faktor Keluarga
Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia.
Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-
anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee
( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah
penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.
Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.
Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile Delinquency ‘
mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari
rumahtangga yang serba kekurangan.
Faktor Masyarakat
Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di
dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Faktor Sekolah
Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga
yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan
bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )
7
Tingkah laku Bermasalah
Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan
baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang
kurang baik di kalangan murid.
PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Modifikasi Tingkah laku :
Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk
mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik
ialah :
Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
Menetapkan matlamat
Menentukan strategi bertindak
Merancang prosedur atau plan bertindak
Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu
Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk
mengatasi masalah sama ada negatif atau positif.
Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :-
1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini
2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.
Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :-
Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah, kedudukan
kawasan, bilangan ahli, kemudahan
Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan
pembinaan, jauh dari bandar, terpencil, tiada kemudahan asas
8
Tingkah laku Bermasalah
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang
tidak menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh
murid
Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik
akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan
minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor, kawasan
sekolah yang kotor, tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid
Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang, disiplin yang
terlalu ketat, selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan
kaunseling yang tidak mencukupi
Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya
mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil
perhatian, tiada kompromi dari guru
Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik
yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid
di sekolah.
1 Peneguhan
Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli
yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh
berupa positif dan negatif.
Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi
tingkah laku berulang-ulang.
9
Tingkah laku Bermasalah
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang
lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
2 Denda dan Peneguhan
Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan
erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada
dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu
terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.
Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau
sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.
3 Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan
beralih kepada tingkah laku positif.
4 Shaping
Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa
peneguhan diberi secara beransur-ansur.
5 Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan
ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah,
peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi
pengukuhan disiplin murid.
6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis )
Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara
perjanjian lisan atau bertulis.
7 Kawalan Kendiri
Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia
dilakukan seperti berikut :-
10
Tingkah laku Bermasalah
a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan
b) Mengumpulkan data
c) Merancang program tindakan
d) Menilai program
e) Menamatkan Program
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah
laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku
bermasalah.
1. Masalah Keluarga
Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal
juga mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah
laku kanak-kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau
dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan
keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang , dominan, terlalu
mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di
dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh
membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam membentuk
tingkah laku sempurna.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari
segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih
cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.
3. Pengaruh Media
Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap
perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh
dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca .
11
Tingkah laku Bermasalah
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama
ada melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-
pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. ( Bandura, 1986 )
4. Pengaruh Genetik atau Baka
Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi
melalui baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak
dapat dikawal sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 )
dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini menyatakan bahawa setiap individu
mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang
diwarisinya.
Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada
perlanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-
kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata
pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid
itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati
mereka.
Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan
pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-
masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah
menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi
( Wadd 1973 ).
Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 )
berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan
menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan
ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru, tidak
12
Tingkah laku Bermasalah
bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan
kawalan ketat itu.
CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH
1. Murid yang berkelakuan nakal
Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana
individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu
yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya.
Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik
darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam
bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang
lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku.
Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-
kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran ,
mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan
menyukarkan guru mengajar dengan aktif.
Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman
dengan teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara
waktu sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur
atau dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada
perangai asalnya.
Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan
daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal
di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh
dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.
Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes
kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan
kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai
sebab.
13
Tingkah laku Bermasalah
Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi
menggunakan teori mazhab behavioris.
Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang
bermasalah seperti di atas.
Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid
berkelakuan nakal.
Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa
memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak
mengulangi kesalahan yang dilakukan.
Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu
mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah
murid lakukan secepat mungkin.
Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus
memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan
memberikan peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat
meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah
lakunya mendapat perhatian dari guru.
2. Pengasingan Diri
Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan
kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan
meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka
mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang
tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain,
sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi
atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana
sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau
14
Tingkah laku Bermasalah
bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak
berinteraksi.
Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor
masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya
berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang
memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal
atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat
langsung untuk belajar.
Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi
menggunakan teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah
tersebut :-
Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti
berdisplin dan cemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri
daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas.
Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang
bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya
bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Muird-murid contoh
dijadikan sebagai model.
Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah
tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya
mereka yang baik.
Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka
bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah,
disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid
contoh, dihargai dan disayangi .
Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah
berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah
pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti
pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.
15
Tingkah laku Bermasalah
Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah
sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut.
Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau
berpasangan.
Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid,
membimbing murid dan memberi semangat jika perlu.
Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian,
penghargaan,hadiah dan motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih
berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.
Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri
adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi.
( Suradi Salim , 1996 )
Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :-
Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang
perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa.
Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam
pelajaran
Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga
Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa
selesa dengan perubahan tempat baru
Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan
dari segi saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan
kawasan.
Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri
akan dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca
masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan
cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.
16
Tingkah laku Bermasalah
Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran
terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam
pembelajaran sosial.
Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut ‘tingkah laku kebegantungan sepadan dan
percaya bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia
memadankan tingkah laku model itu’.
Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang
pemerhati hanya dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada
model semata-mata. Dalam proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap
sebagai ganjaran gantian untuk si pemerhati.
3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme
Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling
buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding
menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan
untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang
dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga
semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara
yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah
menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.
Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga
turut menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya
memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di
dalam kelas. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali ,
namun sikap Ali masih tidak berubah.
Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini
bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-
17
Tingkah laku Bermasalah
murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau
hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini.
Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit
jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan
menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada
masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap
sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk
mendapatkan rawatan dan bimbingan yang betul.
Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak yang baik ‘ ialah
kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima
sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani
menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-
kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap kurang ajar dan biadap.
Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah,
universiti dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap
pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist, tidakberani mengemuka pendapat
kerana jiwanya yang kerdil itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik
untuk tunduk, menerima dan patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya
mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda.
Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak
yang rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam
pencapaian akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan.
Kebanyakan kanak-kanak rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan
bermusuhan terhadap rakan-rakan persekolahan.
Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai
perhubungan sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu
18
Tingkah laku Bermasalah
lagi bahawa corak permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-
kanak itu sendiri.
Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak
sangat bencikan sekolah . Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang
terdapat di sekolah.
Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak
dengan yang tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1%
dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau
menjelaskan murid-murid rosak akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat
belajar, benci pada peraturan, kurang minat terhadap sekolah.
Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan
‘vandalism‘. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat
benda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar
tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah.
Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda
dengan menggunakan teori mazhab behavioris.
Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka
menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas.
Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan
menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid
mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau
kertas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain.
Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh
membawa kepada perubahan tingkah laku.
19
Tingkah laku Bermasalah
Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan
sikap-sikap positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau
membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.
Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan
ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan
perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran
perubahan tingkah lakunya.
Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan
mencapai matlamat yang diinginkan.
5. Murid Pintar Cergas
Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui
mengenai kanak-kanak pintar cerdas. Ada yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian
kita sering cetek seperti bijak bercakap, penilaian berasaskan hobi atau penilaian
berasaskan rupa paras. Akibatnya, bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya
mempunyai bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya.
Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa
tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak
pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal,
personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain.
Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar
cerdas di dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-
1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi
sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.
2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya
dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada,
kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.
20
Tingkah laku Bermasalah
3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di
hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa
mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kanak pintar cerdas.
4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti
semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu,
kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada
dirinya berkaitan dengan masa.
5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari
segi intelek yang luas dan cepat berkembang.
6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-
kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai
kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan
dirinya.
7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang
sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari bahan
yang canggih atau saintifik.
8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.
9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit
penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak sabar
mendapatkan latih tubi dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah.
10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain.
Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.
Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar
cerdas pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really
knows “ (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa
mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah
menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.
Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the
equal treatment of unequals “ ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi
21
Tingkah laku Bermasalah
itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa
mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain
sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia
maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru
dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. dipaksa
mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain
sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia
maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru
dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya.
Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get
what you like or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu
berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak
kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana
murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.
Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru
memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik
darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini
boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas.
Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu
mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat
latihan, menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di
dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau
sederhana.
22
Tingkah laku Bermasalah
Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori
mazhab sosial :-
Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.
Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-
kawannya yang lain di dalam kelas
Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di
rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya
sekiranya tidak faham atau tidak tahu
Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid
contoh.
Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di
dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada
murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh
menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima
hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid
lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.
Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa
bersedia dalam pembelajaran.
Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu
kasih sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan
bukan hanya dari guru semasa di sekolah.
Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan
kaunseling bagi murid pintar cerdas seperti berikut :-
1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan
menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua
aktiviti atau perkara.
2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain
3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras dengan
kebolehan, bakat dan minat.
4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan.
23
Tingkah laku Bermasalah
5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan
murid lain.
6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan
sifat dan kebolehan mereka.
7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi
keperluan hidup mereka.
8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan
sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.
9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan
10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.
Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar
cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan
sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya
dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada
dirinya.
6. Murid Ingin Tahu
Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga
sehalus kuman. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang
mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang dikemukakan
tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam
tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya.
Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggu-mangu menanti jawapan dari guru.
Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam
kelas.
Contohnya :
Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna
bunga raya?
Murid-murid : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid menjawab ….. )
24
Tingkah laku Bermasalah
Amirul :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya
berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ?
Cikgu Ani : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti…….
( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Kemudian
Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa
pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik
perbincangan kelas pada hari itu .
Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi
murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:-
Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang
dia ingin tahu mengenai jawapannya
Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru.
Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari
adalah betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk
kepastian.
Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan.
Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.
Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai
tahap keberkesanan guru dan murid
DISIPLIN ASERTIF CANTER
Disiplin Asertif merupakan sesuatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk
membantu pendidik atau guru yang mengelola alam belajar dan bilik darjah. Disiplin
asertif adalah diusulkan oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati ramai
guru kurang berdaya mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik
darjah. Dengan adanya disiplin asertif ini, pendekatan disiplin autoratif yang diutamakan
dalam 1970-an telah beransur-ansur digantikan dengan pendekatan disiplin asertif yang
merupakan disiplin yang lebih demokratik dan koperatif.
25
Tingkah laku Bermasalah
Falsafah disiplin asertif adalah berlandaskan kepada kepentingan pematuhan
muris membentuk alam belajar yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran
mereka. Untuk mencapai matlamat ini, guru harus bertindak secara asertif dan bukan
secara agresif atau bukan asertif.
CIRI-CIRI DISIPLIN ASERTIF
Mempunyai peraturan bilik darjah di mana guru boleh memberi arahan yang tegas,
jelas dan ringkas
Pandangan guru asertif terhadap murid adala bukan musuh dan tidak menggunakan
stail kasar, menyindir ataupun bermusuhan
Guru tidak bertindak secara pasiffff, bukan konsisten dan bukan diretif
Guru asertif percaya bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah yang
terbaik.
Membina hubungan positif dan boleh dipercayai dengan murid-muridnya.
Memupuk tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah
Interaksi di antara guru dengan murid adalah positif dan secara terhormat
Mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid
Tindakan diambil secara secara terhormat terhadap tingkah laku yang tidak diingini
berlaku.
Melayani setiap individu secara adil dan saksama
CARA APLIKASI DISIPLIN ASERTIF
Jangan layan sebab yang diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini.
26
Tingkah laku Bermasalah
Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah
Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah
Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi
ketegangan.
Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif
atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan
keperluannya peraturan bilik darjah dipatuhi.
Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah dan kemudian menyuruh
mereka membawa balik rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka
Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya dengan secepat yang
mungkin
Memahirkan diri dengan teknik asertif iaitu:
apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut
peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan dengan serta merta
mengenal pasti sebab atau punca berlakunya dan memberi respons
dengan tingkah laku yang sesuai.
belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua
atau tiga kali sehingga murid-murid mematuhi arahan guru
belajar mengaplikasi teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi
peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan
Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid yang terdekat dengan
rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk
27
Tingkah laku Bermasalah
Sekiranya murid baru tidak mengetahui tingkah laku bilik darjah yang
diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau melalui main
peranan untuk menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab.
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Modifikasi Tingkah Laku Melalui Ubahsuaian Dalaman / Kendiri
Ubahsuaian dalaman ini boleh diuruskan melalui dua cara iaitupengurusan diri
dan pengubahsuaian kognitif
Modifikasi Tingkah Laku Melalui Pengurusan Diri
Menurut Rogers, penilaian pelajar sendiri lebih berkesan daripada penilaian orang
lain. Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada pembelajaran diri sendiri dan y ang
penting sekali, pelajar harus menguasai kemahiran belajar ( learn to learn ).
Maka, tanggungjawab dan pengurusan diri untuk kemajuan diri sendiri bergantung
kepada usaha diri sendiri. Sehubungan ini, mengubah tingkah laku negatif kepada positif
bergantung kepada usaha sendiri dan bukan sebaliknya iaitu bukan daripada usaha orang
lain, ia tidak akan Berjaya. Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-
langkah seperti berikut:
• Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh pelajar sendiri
• Pelajar berusaha mengubah tingkah laku sendiri
• Pelajar sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan
menggunakan senarai semak dan carta
• Berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian, mengambil tindakan
susulan untuk memperrbaiki tingkah laku yang telah diubah suai.
28
Tingkah laku Bermasalah
Langkah-langkah modifikasi tingkah laku yang telah diuabhsuai adalah serupa
dengan proses peneguhan diri yang diutarakan oleh Bandura. Proses peneguhan diri yang
bergantung kepada motivasi intrinsik merangkumi pemerhatian, menetapkan piawai
tingkah laku diri, mengubah tingkah laku, menilai diri, memperoleh diri, kepuasannya
peneguhan diri.
Mengikut Bandura juga, peneguhan diri memerlukan konsep kendiri positif serta
kemahiran manipulasi diri (self regulation ) untuk mencapai piawai tingkahh laku yang
ditetapkannya.
Modifikasi Tingkah Laku Kognitif (Arahan Kendiri)
Menurut Meichenbaum :-
Modifikasi tingkah laku melalui pengubahsuaian kognitif, merujuk kepada
sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk mengubah tingkah laku
melalui pemikiran dan percakapan kendiri. Langkah-langkah dalam ubahsuaian dalaman
tingkah laku kognitif merangkumi :
• Permodelan Kognitif – seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambbil member
arahan secara lisan
• Bimbingan Luaran – pelajar melakukan tugasan yang sama di bawah bimbingan guru
• Bimbingan kendiri (nyata) – pelajar melakukan tugasan yang samamelalui arahan
kendiri secara lisan
• Bimbingan kendiri (tidak nyata) – pelajar membisik arahansendiri
sambilmenghabiskan tugasan.
• Arahan diri terselindung - pelajar melakukan tugasan secara membimbing kendiri
melalui percakapan kendiri.
Modifikasi Tingkah Laku Melalui Ubahsuaian Luaran (Modelling)
Modifikasi tingkah laku bermasalah juga boleh dilaksanakan melalui ubahsuaian
luaran, iaitu melalui proses permodelan (modelling) . Ia merujuk kepada peniruan melaui
29
Tingkah laku Bermasalah
pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung
mengubah tingkah lakunya.
Teori Permodelan Bandura (1963) berkaitan rapat dengan modifikasi tingkah laku
melalui ubahsuaian luaran. Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk
menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori ini
juga dikenali sebagai teori peniruan atau teori permodelan
CIRI-CIRI TEORI PERMODELAN BANDURA
Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai
modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan
peneguhan yang berpatutan
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan
tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.
Implikasi Teori Permodelan Bandura
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara seperti
berikut:
Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang
gemar dicontohi oleh pelajar.
Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar
menirunya dengan mudah dan cepat.
Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, senilukis, karangan dan
sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi.
30
Tingkah laku Bermasalah
Guru juga boleh gunakan pelajar cemerlang menjadi role model untuk membuat
demonstrasi dalam kelas atau di luarbilik darjah
Guru boleh mengajar nilai murni daripada watak-watak bersejarah dengan
menggunakan teknik main peranan dan simulasi.
Meminta kerjasama ibu bapa supaya anak mereka dilarang menonton tayangan
gambar berunsur keganasan .
Modifikasi Tingkah Laku Melalui Proses Pembiasan (Fizikal, Mental, Emosi
dan Sosial)
Proses pembiasaan ini adalah berdasarkan Teori Perlaziman Operan Skinner (1953)
yang mengemukakan beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia seperti berikut:
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman
Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian
gerak balas pelajar
Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan
mengulangi tingkah laku operan yang diingini
Konsep diskriminasi dalam proses pembelajaran adalah penting untuk mencapai
kejayaan
Untuk menjayakan proses pembiasaan ini, iaitu mengubah tingkah laku pelajar yang
tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberi dari semasa ke semasa.
Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam bilik
darjah
Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki
Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan
tingkah laku yang dikenal pasti.
31
Tingkah laku Bermasalah
Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif kepada
positif.
Guru hendaklah memastikan tidak memberi sebarang peneguhan langsung sekiranya
pelajar masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini dan melalui proses
penghapusan ini, lama kelamaan, tingkah laku negatif akan lenyap sama sekali.
IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU TERHADAP PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Modifikasi tingkah laku membantu pelajar mengubah tingkah laku negatif dan
seterusnya
melicinkan proses P & P.
Meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran
pelajar.
Membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan
sosial.
Melalui ubahsuaian kendiri, ia dapat meningkatkan motivasi kendiri serta
disiplin arahan diri.
Melalui proses permodelan, dalaman atau pembiasaan , ia akan dapat membentuk
pelajar yang berilmu pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak mulia.
32
Tingkah laku Bermasalah
MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
Model pengurusan bilik darjah adalah pengorkestraan kehidupan bilik darjah dengan
merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusau atur persekitaran
untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangka
kemungkinan masalah.
Model Disiplin Positif, diasaskan oleh Jones 1987. Menurut beliau masalah dalam
kelas berpunca daripada murid yang tidak membuat tugasan. Hampir 50% daripada masa
pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan mengatasi masalah ini sahaja. Cara yang
dicadangkan ole Jones untuk mengatasi masalah ini, adalah dengan 4 cara, iaitu dengan
stuktur bilik darjah, tetapkan batasan melalui bahasa badan, sistem insentif dan dengan
bantuan yang berkesan.
i.Struktur bilik darjah
Dalam kaedah ini, jarak di antara murid dan guru diminimumkan. Ini adalah untuk
membolekan guru boleh bergerak pantas ke kawasan bermasalah. Peraturan kelas juga
diwujudkan supaya mendisiplin pelajar serta mengajar pelajar asas mengapa peraturan itu
penting dan harus diikuti. Di sini, tugasan kelas juga disediakan untuk meningkatkan
semangat kekitaan dan semangat tanggungjawab antara pelajar dipupuk dan
diperkembangkan. Selain daripada itu, “ bell activity’’ juga disediakan untuk pelajar. Ia
adalah aktiviti yang berkait dengan objektif. Contohnya memberikan silangkata , teka
teki dan sebagainya setibanya pelajar di kelas.
CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH
TINGKAHLAKU
Kebolehan Istimewa “ gifted’’ (masalah tingkah laku positif)
Biasanya pelajar yang berkebolehan istimewa akan menunjukkan aksi yang hiperaktif
dalam kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Mereka suka bertanya soalan yang
banyak dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini secara tidak langsung akan
menggangu waktu pengajaran di kelas, keadaan ini kan menjadi lebih teruk sekiranya
33
Tingkah laku Bermasalah
pelajar yang berkebolehan positif ini duduk sekumpulan antara sama kebolehan. Untuk
mengatasi masalah ini, guru boleh mengasingkan tempat duduk mereka. Pelajar “gifted’’
boleh ditempatkan di sebelah pelajar yang kurang pintar, dengan cara ini mereka boleh
kongsi idea dan membantu pelajar yang kurang pintar dan tumpuan mereka tidaklah
hanya menanyakan soalan kepada guru semata-semata.
“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)
Pelajar discruptive suka menganggu kelas dengan membuat, nakal dan menggangu
pelajar yang lain. Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh menempatkan mereka di
depan sekali dalam bilik darjah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk bising dan
menganggu pelajar lain kerana duduk di depan kelas iaitu berhampiran dengan meja guru
dan pemerhatian guru. Peraturan yang diwujudkan di kelas juga akan membuatkan
pelajar segolongan ini, menjadi lebih berdisiplin dan menjadi seseorang yang
bertanggungjawab. Guru juga boleh mengadakan “bell activity” untuk mereka seperti
berucap di depan kelas untuk menambahkan rasa keyakinan diri mereka.
ii.Bahasa badan
Bahasa badan merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada
mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia
adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu
makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan. Menurut
Jones, 90% daripada masalah disiplin dapat dikawal dengan penggunaan bahasa badan.
Ini juga akan memastikan murid membuat tugasannya dan menumpukan perhatian
mereka sepenuhnya. Contoh bahasa badan yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti
merapati murid, “eye contect’’, badan menghampiri murid, dan memek muka.
CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH
TINGKAHLAKU
Kebolehan Istimewa “ gifted’’ (masalah tingkah laku positif)
34
Tingkah laku Bermasalah
Guru boleh menghampiri pelajar yang berkebolehan istimewa apabila mereka , hiperaktif
sampai menganggu ketenteraman kelas. Menunjukkan memek muka yang tegas supaya
mereka tidak berkelakuan sedemikian. Dengan ini, keadaan kelas dapat dikawal.
“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)
Bagi menangani pelajar discruptive pula, guru boleh memberikann mereka pujian apabila
mereka dapat menjawab sesuatu soalan dengan tepat atau cuba menjawab sesuatu soalan.
Contohnya “tumbs-up” ini akan menambahkan keyakinan diri mereka. Guru juga
menunjukkan prihatin mereka terhadap pelajar seperti kerana didapati salah satu punca
mereka berkelakuan sedemikian adalah kerana kekurangan kasih sayang.
iii.Sistem insentif
Sistem insentif adalah sistem ganjaran yang digunakan untuk menggalakkan murid
mengikut kemahiran guru. Contoh sistem insentif adalah memberikan masa sendiri
kepada pelajar semasa berada dalam kelas. Pada masa ini, mereka boleh melakukan
aktiviti yang digemari dan juga yang bersesuaian dengan pendidikan. Contohnya ialah
baca sendiri, permainan bercorak pendidikan antaranya ialah saidina, ‘scrabble’ dan
sebagainya. Guru boleh mengurangkan masa yang diberikan seperti ini apabila murid
tidak kelakuan baik.
CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH
TINGKAHLAKU
“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)
Guru boleh mengurangkan dan berhenti terus mengaplikasikan sistem insentif ini,
apabila pelajar tidak berkelakuan baik adan tidak mematuhi peraturan dan disiplin
sekolah. Langkan ini, akan membuatkan mereka menyesal dengan tindakan mereka dan
mengubah tingkah laku mereka. Ini adalah kerana sistem insentif memberikan peluang
kepada pelajar-pelajar ini untuk menggunakan masa dalam kelas dengan aktiviti yang
menyeronokkan yang berunsur pendidikan dengan rakan sebaya mereka.
iv.Bantuan berkesan
35
Tingkah laku Bermasalah
Dalam kaedah ini, guru disarankan supaya mengagihkan masa dengan cekap supaya
dapat membantu hampir semua anak muridnya dalam sesebuah kelas. Disini, guru tidak
boleh terlalu lama membantu satu-satu pelajar sehingga meninggalkan pelajar yang lain.
Bantuan yang diberikan kepada setiap pelajar adalah hanya antara 10- 20 saat sahaja.
Dengan cara ini, semua murid dapat menikmati bantuan dan pemerhatian guru dengan
saksama.
CARA MENGAPLIKASIKAN KAEDAH INI DALAM MENANGANI MASALAH
TINGKAHLAKU
“Disruptive’’ ( masalah tingkah laku negatif)
Guru boleh bagi tumpuan lebih kepada pelajar “discruptive’’ beranding dengan pelajar
biasa. Ini adalah kerana, kalau bantuan yang cekap dan berkesan diberikan disalurkan
kepada pelajar golongan ini supaya masalah tingkahlaku mereka dapat dikawal.
PENUTUP
Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan
keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku
bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak
mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu
mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah
yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini
boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran
perjalanan kelas.
Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh
terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang
strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku
bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.
36
Tingkah laku Bermasalah
Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan
sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian
selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka.
Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk
memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi
sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan
sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi
galakan dan motivasi.
Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak
dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang
berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.
37