penyelesaian masalah

18
1.0 Pengenalan Setiap ibu bapa mempunyai hasrat untuk melihat anak-anak mereka yang berpotensi dan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi oleh mereka apabila makin meningkat dewasa. Melihat kepada corak kehidupan masa kini yang amat member penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Fokus terhadap kecemerlangan ini telah menggalakkan penubuhan institusi-institusi yang menawarkan program- program pengayaan yang bertujuan untuk melengkapkan anak- anak dengan kemahian membawca, menulis, mengira dari kecil lagi supaya mereka boleh mengaplikasikannya apabila mereka meningkat dewasa kelak. Institusi ini jugalah yang mengaturkan aktiviti-aktiviti atau kurikulum yang menekankan kepada aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti harian kanak-kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak. Namun demikian, permasalahan sering sahaja berlaku ke atas setiap tadika atau institusi-institusi pendidikan yang lain. Masalah yang berlaku bukan sahaja daripada kanak-kanak bahkan ada juga yang mendapat tekanan daripada pihak-pihak

Transcript of penyelesaian masalah

Page 1: penyelesaian masalah

1.0 Pengenalan

Setiap ibu bapa mempunyai hasrat untuk melihat anak-anak mereka yang berpotensi

dan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi oleh

mereka apabila makin meningkat dewasa. Melihat kepada corak kehidupan masa kini

yang amat member penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran

yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Fokus terhadap kecemerlangan ini telah menggalakkan penubuhan institusi-institusi

yang menawarkan program-program pengayaan yang bertujuan untuk melengkapkan

anak-anak dengan kemahian membawca, menulis, mengira dari kecil lagi supaya mereka

boleh mengaplikasikannya apabila mereka meningkat dewasa kelak. Institusi ini jugalah

yang mengaturkan aktiviti-aktiviti atau kurikulum yang menekankan kepada aspek

penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti harian kanak-kanak tersebut. Pengusaha -

pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -

anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang

dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai

dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

Namun demikian, permasalahan sering sahaja berlaku ke atas setiap tadika atau

institusi-institusi pendidikan yang lain. Masalah yang berlaku bukan sahaja daripada

kanak-kanak bahkan ada juga yang mendapat tekanan daripada pihak-pihak atasan malah

juga ibu bapa yang menginginkan keadaan yang di luar kemampuan guru atau pengendali

tabika tersebut.

Berdasarkan kepada pengalaman saya mengajar di tabika selama hampir dua tahun,

apa yang saya dapati masalah yang biasa berlaku dalam kelas yang saya ajar ialah

masalah membaca dalam kalangan murid-murid atau kanak-kanak di bawah penyeliaan

saya. Saya faham jika kanak-kanak tersebut masih tidak tahu membaca malahan masih

belum mengenal huruf ketika pertama kali menjejakkan kaki ke tabika. Namun, apa yang

lebih membimbangkan saya ialah masalah yang berlaku apabila kanak-kanak tersebut

sudah berbulan-bulan diajar mengenal huruf tetapi masih tidak boleh mengikuti apa yang

diajar oleh saya. Bukan itu sahaja, masalah tersebut ditambah pula dengan masalah-

masalah lain seperti hiperaktif yang harus saya tangani setiap tahun mengajar. Masalah

yang berlaku ini tidak melibatkan semua kanak-kanak tetapi hanya segelintir sahaja yang

mengalami masalah sebegitu.

Page 2: penyelesaian masalah

Setiap permasalahan yang berlaku memerlukan saya untuk membuat keputusan yang

baik supaya apa yang saya harapkan daripada kanak-kanak tersebut berhasil. Di sini saya

akan jelaskan berkenaan dengan proses membuat keputusan mengenai permasalahan yang

saya hadapi iaitu murid tidak dapat membaca dengan baik.

2.0 Definisi Masalah

Masalah merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi

kesan kepada ketidakseimbangan individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan

fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005).

Merujuk kepada masalah yang telah saya nyatakan di atas, kanak-kanak di bawah

seliaan saya sesetengahnya tidak dapat membaca dengan baik. Mereka ini tidak dapat

mengenal huruf dengan baik sehinggakan ada lagi dalam kalangan mereka yang masih

tidak dapat mengenal huruf ABC, apatah lagi membaca suku kata atau ayat.

Namun demikian, kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak

faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif

membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya.

Masalah membaca sering terdapat dalam kalangan kanak -kanak yang menggalami

masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah

mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading

comprehension )

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada

beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat di mana dia sendiri gemar

menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya, pada

peringkat usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara

merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu

perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap

membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini

berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima ke atas yang sudah mula berfikir tentang

makna setiap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat

yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia

lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-

kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi

masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-

Page 3: penyelesaian masalah

buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam

ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun

keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak

yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-

maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi

akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat

membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami

apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.         

Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan

sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat

memberikan jawapan yang memuaskan. Kadang kala , kanak-kanak itu sendiri tidak

faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu

perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin

dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh seorang guru kerana terlalu

kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang

tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

3.0 Kriteria Penyelesaian Masalah

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang cara bagaimana untuk saya

mengatasi dan menyelesaikan masalah yang saya hadapi tersebut, saya jelaskan terlebih

dahulu tentang proses-proses dalam membuat keputusan yang efektif.

Terdapat enam langkah yang penting yang terlibat dalam proses membuat keputusan yang

efektif iaitu mengenal pasti keperluan, situasi dan masalah, kemudian mendiagnosis dan

menganalisis sebab, pembentukan alternative, pemilihan alternatif, pelaksanaan alternatif

dan penilaian dan maklumbalas. Keenam-enam langkah ini dibuat mengikut susunan

langkah demi langkah bermula dengan mengenalpasti masalah yang berlaku, seterusnya

mendiagnosis masalah tersebut terlebih dahulu sebelum membuat senarai pembentukan

alternatif cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Daripada senarai pembentukan

alternative tersebut, pemilihan alternative dibuat untuk memilih alternative yang

dirasakan paling berkesan untuk menyelesaikan masalah. Seteleh alternative tersebut

dijalankan, penilaian dan maklumbalas dilaksanakan untuk menilai sejauh mana

keberkesanan alternative tersebut berjaya dilaksanakan. Untuk melihat dengan lebih

Page 4: penyelesaian masalah

terperinci berkenaan dengan setiap langkah-langkah dalam penyelesaian masalah ini, saya

perincikan lagi mengikut setiap langkah yang ada.

3.1 mengenalpasti keperluan, situasi dan masalah

ini merupakan langkah pertama sebelum sesuatu keputusan untuk menyelesaikan

masalah dibuat. Dalam konteks masalah yang saya hadapi ini, masalah ini saya

kesan terlebih dahulu ketika saya mengajar kanak-kanak tabika tempat saya

mengajar di Tabika Seri Anggerik, Parit Karjan. Maslah tersebut saya kenal pasti

berdasarkan kepada beberapa criteria iaitu kawalan, kepentingan, kerumitan,

masa, dan sumber-sumber.

3.1.1 Kawalan

Dalam aspek kawalan, ia melibatkan sejauh mana saya dapat mengawal masalah

tersebut dan sejauh mana saya dapat memberikan penyelesaian terhadap

permasalahan tersebut. Dalam konteks permasalahan yang telah saya hadapi iaitu

kanak-kanak atau murid-murid di bawah kawalan saya yang tidak dapat membaca

dengan baik, saya percaya dan yakin mereka yang masih tidak mampu menguasai

kemahiran membaca ini dapat diatasi dan diselesaikan sekiranya masalah tersebut

diatasi dengan baik mengikut prosedur-prosedur yang tertentu dan bukannya

diselesaikan dengan cara membuta tuli semata-mata. Masalah yang berlaku yang

melibatkan kemahiran membaca murid ini jika tidak dikawal dan diselesaikan

dengan cara yang betul, ia akan menimbulkan satu kesan yang lebih mendalam

untuk jangka masa panjang terhadap kanak-kanak tersebut.

3.1.2 Kepentingan

Ini merujuk kepada sejauh mana kepentingan masalah tersebut. Merujuk kepada

masalah yang saya hadapi, kekangan dalam pembacaan ini adalah sangat penting

kepada kanak-kanak terutama sebagai persediaan untuk mereka melangkah ke

peringkat yang seterusnya iaitu peringkat pembelajaran di sekolah rendah dan

seterusnya ke sekolah menengah dan sehinggalah mereka berjaya dalam

kehidupan mereka. Kanak-kanak boleh dikatakan wajib untuk membolehkan

Page 5: penyelesaian masalah

mereka menguasai kemahiran membaca kerana segala ilmu yang akan mereka

perolehi adalah daripada membaca. Bayangkan kanak-kanak yang tidak boleh

membaca melangkah ke sekolah rendah yang masih terkiai-kiai dalam menguasai

kemahiran membaca sedangkan ada dalam kalangan seusia mereka yang sudah

mahir dan lancer dalam pembacaan. Ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut

ketinggalan dalam pelajaran dan akan menjejaskan masa depan mereka.

3.1.3 Kerumitan

Kerumitan merujuk kepada sejauh mana kepayahan untuk mencari jalan

penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Masalah dalam kemahiran

membaca ini mempunyai banyak penyelesaiannya bergantung kepada melihat

kepada tahap pencapaian kanak-kanak itu sendiri. Ada kanak-kanak yang

memang lambat untuk mendapat kemahiran ini tetapi ada juga kanak-kanak yang

cepat untuk memperoleh kemahiran ini. Langkah-langkah penyelesaian harus

dibuat dengan lebih berhati-hati dan jika kaedah penyelesaian yang dipilih tidak

dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut, penilaian dibuat untuk

membolehkan guru mengesan sebab dan seterusnya mengadakan satu jalan

penyelesaian lain yang mungkin boleh menyelesaikan masalah tersebut

sehinggalah masalah tersebut berjaya diselesaikan.

3.1.4 Masa

Biasanya dalam mendidik kanak-kanak untuk memperoleh kemahiran membaca

ini memerlukan jangka masa yang agak panjang. Bukan dalam masa satu hari

mahupun dua hari bahkan ada kalanya ia memerlukan masa sehingga mencapai

berbulan-bulan lamanya bergantung kepada tahap perkembangan kognitif

seseorang kanak-kanak tersebut. Dalam kelas saya, ada murid-murid yang dapat

mengikuti pengajaran saya dengan baik namun ada juga yang masih kabur

dengan apa yang saya ajar sehinggalah setelah berbulan-bulan saya mengajar

mereka.

3.1.5 Sumber

Page 6: penyelesaian masalah

Sumber-sumber yang diperlukan dalam mencari kaedah penyelesaian masalah

yang dihadapi harus diteliti dengan baik. Sumber-sumber ini biasanya saya

perolehi daripada pemerhatian saya terhadap kanak-kanak di dalam kelas dan

melihat kepada prestasi pencapaian akademik mereka. Selain itu juga, maklumat

yang saya perolehi daripada ibu bapa atau penjaga murid-murid tersebut juga

membantu saya dalam melihat permasalahan ini dengan lebih jelas lagi.

3.2 Mendiagnosis Dan Menganalisis Sebab

dalam aspek mendiagnosis dan menganalisis data untuk sesuatu masalah, saya

mengumpulkan semua data dan mempamerkan semua maklumat yang berkaitan

supaya ia dapat membantu saya dalam membuat keputusan. Sebagai contoh,

seorang murid saya, murid A tidak dapat mengenal huruf ABC dengan baik.

Berdasarkan sumber yang saya perolehi daripada pemerhatian dan prestasi murid

tersebut, saya dapati beliau tidak dapat mengenal huruf ABC dengan baik

walaupun telah berkali-kali saya mengulanginya ketika di dalam kelas. Maklumat

yang saya perolehi daripada ibu bapa beliau menyatakan bahawa beliau memang

tidak suka membaca dan hanya lebih menumpukan kepada aktiviti bermain

bersama kawan-kawan di rumah. Beliau juga tidak memberikan sepenuh perhatian

ketika saya mengajar di dalam kelas. Data-data ini saya kumpulkan dan kemudian

didiagnosiskan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang

telah menyebabkan murid A menjadi seperti sedemikian.

3.3 Membentuk Alternatif

Apabila masalah-masalah dan keperluan telah dikenalpasti dan telah mendapat

penyelesaiannya, maka langkah seterusnya diambil iaitu langkah pembentukan

alternative-alternatif yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah yang

berlaku itu. Dalam pembentukan alternatif ini, saya menggunakan teknik

brainstorming untuk menjana alternatif dan saya rasakan ia adalah teknik yang

paling berkesan dalam pembentukan alternatif kerana apa sahaja jalan

penyelesaian yang berada dalam pemikiran saya dicatat terlebih dahulu tanpa

menilai sejauh mana keberkesanan kaedah penyelesaian masalah tersebut.

Kemudian, hasil daripada teknik brainstorming itu, idea-idea alternatif

Page 7: penyelesaian masalah

penyelesaian masalah kemudiannya saya pilih dan teliti satu persatu untuk

mendapatkan alternative yang paling baik untuk dilaksanakan.

3.4 Pemilihan Alternatif

Daripada alternatif-alternatif yang telah disenaraikan hasil daripada teknik

brainstorm yang telah dijalankan, langkah pemilihan alternatif kemudian

dijalankan. Langkah-langkah penyelesaian masalah dikenalpasti dengan membuat

pemilihan cara menyelesaikan masalah yang dirasakan boleh memberi kesan yang

baik dalam kemahiran membaca kanak-kanak. Alternatif-alternatif yang ada

disenarai pendek kemudian dipilih yang terbaik dalam kalangan alternatif yang

ada untuk ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat pelaksanaan alternatif.

3.5 Pelaksanaan Alternatif

setelah alternatif telah dipilih, maka strategi pelaksanaan dilaksanakan untuk

melaksanakan alternatif tersebut. Strategi pelaksanaan alternatif ini merujuk

kepada bagaimana kaedah menyelesaikan masalah itu akan dilaksanakan

berdasarkan alternatif yang telah dipilih. Biasanya, alternativf yang dilaksanakan

melebihi daripada satu kaedah kerana murid-murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran membaca ini memerlukan kaedah pengajaran yang berlainan dan

kreatif daripada guru supaya mereka dapat memberikan perhatian yang penuh

dalam pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Dalam konteks ini, saya telah

memilih lima alternatif kaedah yang saya rasakan akan dapat membantu dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya. Alternatif-alternatif

yang saya akan jalankan saya jelaskan di dalam sub-topik yang berikutnya.

3.6 Penilaian Dan Maklum Balas

Setelah alternative yang telah dikenalpasti dilaksanakan, penilaian terhadap jalan

penyelesaian masalah tersebut dinilai. Maklum balas yang diterima setelah sesuatu

alternative itu dijalankan akan dapat membantu saya menilai samada alternative

yang akan saya jalankan itu member kesan kepada murid-murid atau tidak. Jika ia

tidak dapat member kesan kepada murid, penilaian dilaksanakan bagi

Page 8: penyelesaian masalah

membolehkan saya menilai di mana kelemahan alternative yang telah saya pilih

dan laksanakan kemudia mengadakan alternative lain yang lebih berkesan. Ini

adalah langkah yang terakhir setelah semua alternative yang dicadangkan

dilaksanakan bagi mengukur keberkesanan kaedah penyelesaian masalah yang

dilaksanakan.

4.0 Cadangan Alternatif Penyelesaian

Beberapa cadangan alternative penyelesaian yang saya fikirkan sesuai untuk dilaksanakan

bagi mengawal dan menyelesaikan masalah kanak-kanak tidak dapat menguasai

kemahiran membaca ini adalah antaranya ialah memberikan murid-murid tersebut

latihan-latihan yang tertentu. Latihan-latihan yang saya fikirkan sesuai adalah latihan

dalam bentuk penulisan huruf ABC terlebih dahulu. Murid-murid yang tidak dapat

menguasai kemahiran membaca yang saya dapati di dalam kelas saya kebanyakannya

tidak mengenal huruf ABC. Jadi, sebagai langkah pertama dan langkah awal yang boleh

saya ambil ialah mempastikan mereka ini mengenal huruf-huruf ABC terlebih dahulu.

Saya akan meminta mereka menyebut huruf ABC di dalam kelas berpandukan kad

bergambar dan seterusnya memberikan latihan kepada mereka supaya mereka dapat

menulis huruf ABC dan mengetahui bunyi setiap huruf ABC..

Alternatif yang lain yang saya fikirkan sesuai adalah dengan pemberian token kepada

murid-murid. Ini adalah untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan murid-murid

supaya mereka akan lebih bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian terhadap kerja

yang saya berikan dan juga terhadap segala aktiviti yang saya adakan di dalam kelas

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Token yang diberikan adalah samada dalam

bentuk hadiah ataupun binta. Sebagai contoh, murid yang dapat menyelesaikan masalah

yang diberikan oleh saya, saya akan memberikan mereka hadiah sama ada dalam bentuk

makanan atau pujian yang akan dapat memberikan mereka satu semangat untuk terus

memberikan yang terbaik di dalam kelas. Selain itu juga, setiap murid juga akan

diberikan bintang. Bintang ini akan dinilai sebulan sekali. Murid yang mendapat bintang

yang paling banyak dalam bulan tersebut akan mendapat hadiah daripada saya. Bintang-

bintang yang akan mereka perolehi itu adalah berdasarkan kepada tingkah laku dan sikap

mereka di dalam kelas samada member perhatian penuh dalam pengajaran dan

pembelajaran atau tidak.

Page 9: penyelesaian masalah

Selain itu jiga, kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh

suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada

siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya.

Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada

kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh mereka yang berpengalaman seperti ibu

bapa serta abang atau kakak kanak-kanak tersebut. Minat membaca amat penting

ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan

buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat

membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke

kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan

tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas

kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya

sesuatu perkataan yang tertulis.

Alternatif yang seterusnya yang saya rasakan sesuai untuk dilaksanakan di dalam kelas

sewaktu proses pengajaran dan pengajaran memberikan mereka buku cerita kanak-kanak

dan menceritakan cerita tersebut kepada mereka dan minta mereka perhatikan perkataan

demi perkataan yang terdapat dalam buku cerita tersebut. Buku cerita yang diberikan

adalah dalam bentuk buku besar yang mengandungi warna-warna yang menarik serta

perkataan-perkataan yang diwarnakan mengikut suku kata dan mempunyai gambar yang

membolehkan murid menumpukan mata mereka terhadap bahan bacaan tersebut. Kanak-

kanak dalam peringkat umur lima dan enam tahun amat mudah tertarik dengan warna-

warna dan gambar-gambar yang menarik. Jadi, langkah ini sesuai dilaksanakan untuk

menggalakkan mereka membaca setiap suku kata yang ada dalam buku tersebut.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, permasalahan yang dialami oleh kanak-kanak dalam aspek

menguasai kemahiran membaca ini adalah sangat penting untuk diatasi supaya kanak-

kanak tidak ketinggalan. Menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada guru tabika

seperti saya dan juga ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dapat menguasai

kemahiran membaca ini. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan tugas mengajar anak-anak

mereka membaca kepada guru semata-mata tetapi mereka boleh memberikan motivasi

kepada anak-anak mereka untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada anak-

anak.

Page 10: penyelesaian masalah

Enam langkah untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak tidak mahir membaca ini

membantu saya dalam mengadakan satu tindakan yang sewajarnya untuk membantu

kanak-kanak di tabika saya untuk menguasai kemahiran membaca. Selain itu juga,

masalah-masalah yang lain juga dapat saya atasi dengan baik dengan berpandukan kepada

enam langkah penyelesaiann masalah seperti mana yang telah saya jelaskan dalam sub-

topik sebelum ini.

(2642 patah perkataan)

Page 11: penyelesaian masalah

6.0 Rujukan

Buku :

Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daft, R. L. (2008). Managerial Decision Making (Terj. Ahmad Zamri Mansor). In R. L.

Daft, New era of management (2ed.). Mason, Ohio: Thomson.

Kathryn M. Bartol & David C. Martin. (1998). Management. Irwin McGraw-Hill.

Peter Byrne David Cadman. (1993). Risiko, Ketakpastian dan Membuat Keputusan

dalam Pembangunan Harta. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Internet :

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/pengantar-pengurusan/ diakses pada : 23 Jun

2012

http://mulyono.staff.uns.ac.id/2009/06/17/kriteria-nilai-nilai-dalam-mengambil-

keputusan-criteria-values-in-taking-decision/ diakses pada 23 Jun 2012

http://www.hbp.usm.my/SpaceTime/Ch1/Ch1/siewmei.htm diakses pada 25 Jun 2012

http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=620.0 diakses pada 2 Julai 2012

http://web.usm.my/mentor/download/PROSES%20PENYELESAIAN%20MASALAH

%20latihan%20mentor.pdf diakses pada 2 Julai 2012

http://hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/190.html diakses pada 3 Julai

2012