Permainan Kanak Pukulan (3)

download Permainan Kanak Pukulan (3)

of 9

Transcript of Permainan Kanak Pukulan (3)

1.0PENGENALAN

Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik. Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan, kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu.Dengan itu, kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan. Model ini telah diperkenalkan oleh James Thorpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat.Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada.Antara kebaikan model ini ialah ia dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.Teaching Games for Understanding(TGfU) adalah berasaskan idea Bunker dan Thorpe (1982). Matlamat utamaTGfUialah supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Mengikut Model Bunker dan Thorpe (1982), terdapatempat kategori dalam permainan kanak-kanak. Keempat-empat kategori tersebut adalah sasaran, pukulan, jaringan /dinding dan serangan / kawasan.

2.0TAJUK PERMAINAN

Hit & GoalPermainan Kategori Pukulan / Pemadang

3.0MATLAMAT

Amali permainan kanak- kanak ini adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori pukulan. Nama permainan ini ialah Hit & Goal kerana ia merupakan satu aktiviti yang memerlukan peserta untuk memukul dan memasukkan bola ke dalam bakul. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Sehubungan itu, pelajar dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk:1. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan.3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun.4. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul.5. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.6. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.7. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi yang tepat untuk memenangi permainan.

4.0PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

LangkahAktivitiCatatan

Pemanasan badanSemua pelajar membuat aktiviti pemanasan badan.1. Regangan tengkuk 2. Regangan bahu3. Regangan paha4. Regangan hadapan5. Regangan lengan dan sisi badan6. Regangan pinggul dan kaki7. Regangan otot-otot betis

Kemahiran memukul

Berdiri betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pinggang bergerak serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola. Bila kaki hadapan memijak tanah pangkal paha pula hendaklah dipusing bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

Aktiviti individu

Pelajar dikehendaki memukul bola di atas skital. Pukulan hendaklah dibuat pada paras bahu dengan menggunakan teknik memukul yang betul.

Alatan :Bola PemukulSkital

Aktiviti berpasanganSecara berpasangan pelajar memukul bola ke arah pasangan. Pelajar 1 membaling bola kemudian pelajar 2 memukul bola dan sebaliknya aktiviti dilakukan oleh pelajar 2. Aktiviti diulang beberapa kali untuk mengukuhkan kemahiran.

Pelajar A baling

Pelajar B pukul

Aktiviti berkumpulanPelajar dibahagikan kepada dua kumpulan seramai 5 orang bagi satu kumpulan. Pelajar dikehendaki memukul bola melepasi jarak yang ditetapkan dan memasuki kawasan yang dibenarkan.

Pukul bola

Bola

Pelajar

Kawasan bola masuk

Permainan bersyaratBermain permainan softball mini

Lihat lampiran.

Penyejukan badanSemua pelajar membuat aktiviti penyejukan badan.1. Regangan tengkuk 2. Regangan bahu3. Regangan paha4. Regangan hadapan5. Regangan lengan dan sisi badan6. Regangan pinggul dan kaki7. Regangan otot-otot betis

4.1 SENARAI JENIS ALATAN1. Pemukul dan bola plastik / kertas2. Gelung rotan (5 buah)3. Skital ( 4 / 5 buah )4. Pundi kacang ( 5 atau lebih)5. Bakul atau kotak kosong ( 2 buah )

4.2Prosedur Pelaksanaan

1. Terdapat 2 kumpulan iaitu kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

2. Pusingan pertama, kumpulan pemukul berada di dalam kawasan masing-masing. Ahli kumpulan pemukul yang berada di posisi membaling akan membaling bola kepada ahli yang berada di posisi memukul.

3. Pemukul akan memukul bola sejauh yang mungkin dan berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-2, seterusnya pemain ke-2 berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-3 dan seterusnya sehingga pemain ke-4 berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul yang disediakan.

4. 2 markah akan diberikan jika berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.

5.Sementara ahli kumpulan pemadang akan berada di kawasan masing-masing

6.Ahli kumpulan pemadang cuba menagkap bola kertas dan membaling bola itu kepada ahli kumpulannya sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam kotak beracun.7.1 markah akan diberikan kepada kumpulan pemadang sekiranya berjaya meletakkan bola ke dalam kotak beracun terlebih dahulu. Dan larian kumpulan pemukul akan terbatal8.Pusingan pertama akan tamat sebaik sahaja kesemua ahli pemukul telah melakukan pukulan.

4.3Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

4.4Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

1. Permainan terbahagi kepada 2 pusingan

2.Pusingan pertama akan tamat setelah kesemua ahli pemukul telah melakukan pukulan.3.Ahli kumpulan pemadang dibahagikan kepada 3 kawasan, kawasan A (kawasan penyambut bola), B (kawasan pemadang) dan C (kawasan jaringan pemadang)

4.Kesemua pemain hanya boleh bergerak di dalam zon mereka yang telah ditetapkan sahaja. Namun bagi ahli kumpulan pemadang, dibenarkan untuk bergerak ke kawasan terhampir dengan mereka untuk mengambil bola yang telah jatuh.

5.Bola di baling hanya dari paras bahu ke pinggang sahaja.