PSV 3073 PPT Teknik Tunjuk Cara, Teknik Tindak Balas,

29
Teknik Tunjuk Cara, Teknik Tindak Balas, Teknik Bercerita, Kawalan Kelas, Menggunakan Sumber Ahli Kumpulan: Chai Ching Ching :Lau Siew Yen :Wong See Teng

description

PSV

Transcript of PSV 3073 PPT Teknik Tunjuk Cara, Teknik Tindak Balas,

Teknik Tunjuk Cara, Teknik Tindak Balas, Teknik

Bercerita, Kawalan Kelas, Menggunakan Sumber

Ahli Kumpulan : Chai Ching Ching

:Lau Siew Yen:Wong See Teng

TEKNIK TUNJUKCARA

Ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.

Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.

Memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati.

Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan idea.

Membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan bagaimana mereka berfungsi.

Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.

Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.

Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.

Digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.

Demonstrasi yang berkesan, guru rancang secara teliti, mempraktikkan, membentuk rangka , memastikan setiap murid memerhatikan, meperkenalkan untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

KEBAIKAN KAEDAH TUNJUK CARA

Memberi peluang kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru.

Membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah.

Guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan.

Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.

TEKNIK TINDAKBALAS

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah.

Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan murid.

Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat , idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid.

Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea tentang sesuatu topik dan guru bersama murid-murid akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan

TEKNIK TINDAKBALAS

Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif.

Dalam domain kognitf, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.

Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.

Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

TEKNIK TINDAKBALAS Perbincangan boleh digunakan untuk

mencapai objektif-objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf, perbincangan boleh

menggalakkan murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.

Dari sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik.

Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, pastikan murid-

murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan.

Perlu wujud panel dan perbahasan. Panel, simposium dan perbahasan

melibatkan sekumpulan murid, memperolehi maklumat tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya.

Direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu.

Mereka menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui perbincangan tolak ansur.

Berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid lain dalam kelas mendengar.

Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap –tiap ahli memberi kenytaan masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

Perbahasan pula ialah satu pendekatan perbincangan yang formal.

Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan.

Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain.

Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.

a) Perbincangan Kelas ( Whole class discussion )

Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid.

Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru.

Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepimpinan, perbahasan dan kompromi.

Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah.

Organisasi yang teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil.

Perkara pertama ialah guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.

Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada perbincangan tesebut. Oleh yang demikian,perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang brdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan :

a) Mengambil kira matlamat perbincanganb) Mempertimbangkan pengalaman dan

perkembangan murid-muridc) Mengkaji isu-isu yang terlibatd) Murid-murid diberi orientasi objektif

perbincangane) Menyediakan persekitaran yang

menyeronokkanf) Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat

bila perlug) Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan

kepada satu unit yang bermaknah) Menerapkan unsur jenakai) Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada

kaedah kumpulan

b) Perbincangan kumpulan kecil

Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah.

Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat.

Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep kendiri murid.

Guru harus menggalakkaan murid mengembangkan kemahiran dalam mengemukakan hujah,pendapat,menyoal serta menyelesaikan masalah.

Selain itu, guru harus memupuk unsur-unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pandangan orang lain.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Topik perbincangan mestilahh sesuai dengan objektif dan minat murid-murid - guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Peranan guru dalam situasi perbincangan - sebagai pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.

Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka.

Semasa perbincangan, guru mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian.

b) Perbincangan kumpulan kecil

Mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan.

Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.

b) Perbincangan kumpulan kecil

TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

Merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru.

Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.

TEKNIK BERCERITA

Guru berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka.

Guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya.

TEKNIK BERCERITA

Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah :

• Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah.

• Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

KAWALAN KELAS

Dalam kaedah ini guru menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada seluruj kelas.

Ini bermakna semua pelajar diberikan penerangan, isi pelajaran, masa dan latihan dan lain-lain yang sama.

Amalan ini dapat dikenalpasti dengan kedudukan susunana kerusi meja yang semuanya mengadap guru ketika mereka mengajar.

Sangat sesuai sewaktu guru memulakan pengajaran dengan set induksi.

Pada waktu ini guru perlu mendapatkan perhatian daripada seluruh kelas pada apa yang ingin diajarkannya.

KAWALAN KELAS

Perkara ini penting supaya semua sedar dan tahu topik yang hendak dipelajari pada hari tersebut, begitu juga sewakti guru mula memberikan penerangan konsep dalam langkah satu permulaan.

Semua pelajar perlu mendengar dan memerhatikan apa yang sedang diperkenalkan oleh guru kerana kejayaan langkah-langkah seterusnya bergantung pada kefahaman mereka pada langkah permulaan ini.

Walau bagaimanapun selepas penerangan diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik, gur bolehlah menukarkan kepada pendekatan yang lain pula.

KAWALAN KELAS

Namun pada peringkat akhir pelajaran, guru sekali lagi perlu menggunakan kaedah secara kelas ketika membuat kesimpulan dan rumusan pembelajaran.

Ia bertujuannya memastikan semua pelajar dapat menguasai isi pelajaran mereka pada hari etrsebut

MENGGUNAKAN SUMBER BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.

Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.

3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar . Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

4. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

5. Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

6. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid.

7. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN

1. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah.

2. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

3. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu.

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN

4. Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar.

5. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

6. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru.