Recipe collection 11

16
KEK NOTA TIGA PULUH 6 biji telur ayam 1 gelas gula halus 2 gelas tepung gandum ½ gelas tepung untuk digaul dengan buah-buahan 2 sudu meja vanilla ½ kati lengak ½ kati biji gajus dibelah dua ½ kati kacang hong kong /kacang tanah ½ kati ceri merah ½ kati ceri hijau ½ kati manisan kuning 1 paket manisan limau 1 paket buah badam 1 bungkus manisan kanji Cara membuatnya: Buah badam direndam atau dibuang kulitnya dan dibelah dua. Buah-buahan dipotong sedang jangan terlalu halus. Gaul dengan ½ gelas tepung tadi manisan kanji dipotong dua. Kacang hong kong dibuang kulitnya begitu juga badam. Pukul telur dengan gula sampai kembang dan masukkan lengak dan semua buah-buahan tadi. Apabila bergaul rata masukkan tepung kacau rata-rata dan barulah dibakar dengan api yang sederhana. KEK BERSATU HATI 10 biji telur 16 oz mentega 1 ½ gelas gula halus 1 ½ tepung gandum 1 tin susu manis

Transcript of Recipe collection 11

Page 1: Recipe collection 11

KEK NOTA TIGA PULUH

6 biji telur ayam

1 gelas gula halus

2 gelas tepung gandum

½ gelas tepung untuk digaul dengan buah-buahan

2 sudu meja vanilla

½ kati lengak

½ kati biji gajus dibelah dua

½ kati kacang hong kong /kacang tanah

½ kati ceri merah

½ kati ceri hijau

½ kati manisan kuning

1 paket manisan limau

1 paket buah badam

1 bungkus manisan kanji

Cara membuatnya:

Buah badam direndam atau dibuang kulitnya dan dibelah dua. Buah-buahan dipotong sedang jangan terlalu halus. Gaul dengan ½ gelas tepung tadi manisan kanji dipotong dua. Kacang hong kong dibuang kulitnya begitu juga badam. Pukul telur dengan gula sampai kembang dan masukkan lengak dan semua buah-buahan tadi. Apabila bergaul rata masukkan tepung kacau rata-rata dan barulah dibakar dengan api yang sederhana.

KEK BERSATU HATI

10 biji telur

16 oz mentega

1 ½ gelas gula halus

1 ½ tepung gandum

1 tin susu manis

Page 2: Recipe collection 11

1 bungkus ceri merah (dihiris halus)

1 bungkus ceri hijau

1 kotak big sister (kismis)

1 sudu baking powder

Cara membuatnya:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. Lepas itu masukkan tepung, baking powder dan susu gaul lagi hingga rata. Kemudian akhir sekali masukkan ceri merah, ceri hijau dan big sister. Gaulkan hingga rata-rata, kemudian boleh dikukus hingga masak. Untuk kek yang tahan lama boleh la dibakar.

KEK HATI LEMBU KUKUS

1 kati kismis

10 biji telur

½ tin susu

2 gelas tepung

1 ½ gelas gula

5 keping manisan limau

3 keping coklat & sedikit koko

3 oz gula hitam

Sedikit pencelup dan esen vanilla

Cara membuatnya:

Coklat dan koko ditanak. Pukul telur dan gula jangan sampai kembang. Mentega, kismis, coklat dan manisan limau diuli di tempat yang berasingan. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Akhir sekali masukkan tepung. Lepas itu, baru kukus. Apabila hamper masak, tekan dengan tangan dan bakar sebentar.

KEK LAPIS SAMBAS

10 biji telur ayam

1 tin mentega (16 oz )

1 tin susu manis

Page 3: Recipe collection 11

1 mangkuk tepung gandum

1 mangkuk gula halus

1 sudu the baking powder dan vanilla

Cara membuatnya:

Telur dipukul dengan gula sampai kembang. Apabila sudah kembang masukkan tepung gandum, baking powder dan juga vanilla. Di tempat lain mentega dan susu dikacau rata-rata. Kalau sudah siap masukkanke dalam adunan telur tadi. Ambilkan sedikit mentega dan susu untuk melapis. Adunan bahagikan dua. Satu adunan beri warna coklat dan satu lagi beri warna putih. Kukuskan warna coklat dahulu, apabila sudah masak sapukan dengan mentega dan susu buatlah hingga habis.

KEK BATIK KIRONG

1 tin mentega (16 oz)

1 tin susu manis

1 tin mentega gula halus

2 ½ tin mentega tepung gandum

6 biji telur ayam

5 sudu tepung susu

1 tin jem

2 sudu teh air wangi

2 sudu teh baking powder

Pencelup merah, hijau, coklat, putih

Cara membuatnya:

Mentega dikuarkan dengan gula sampai putih. Telur dipukul sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan mentega kuarkan rata-rata. Masukkan susu, air wangi, tepung gandum, baking powder dan kuarkan rata-rata. Bahagikan empat dan berikan pencelup satunya. Masukkan dalam acuan dan sukatnya dulu berbaris-baris. Sudah siap, kukus dan apabila masak sapukan jem taruhkan lagi adunan dan samalah sukat lagi buatlah begitu sampai habis.

Page 4: Recipe collection 11

KEK KUKU BATU ARANG

6 biji telur ayam

2 gelas tepung gandum

1 ½ gelas gula halus

1 tin mentega (16 oz)

1 tin susu manis

1 tin kecil milo

1 kati kismis hitam dikisar halus

1 bungkus ceri dipotong halus

2 sudu teh paras cream of tartar

2 sudu teh baking powder

1 botol plastic gula hitam

Cara membuatnya:

Mentega dipukul bersama gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Kismis digaul dengan susu di tempat lain. Gaul hingga rata baru masuk ke dalam adunan mentega. Masuk tepung gandum, milo dan gula hitam serta baking powder dan cream of tartar masukkan sekali buah ceri gaul rata-rata baru dikukus sampai masak selama 4 jam.

KEK LAPISAN KISMIS

10 biji telur ayam

16 ozs mentega

1 kotak prunes (buah hitam)

2 bungkus ceri

1 gelas tepung naik sendiri

½ kati buah kismis

2 gelas tepung gandum

3 gelas gula kasar

1 sudu teh vanilla

1 sudu teh bikarbonat

1 ½ sudu teh baking powder

Page 5: Recipe collection 11

Sedikit esen banana

Cara membuatnya:

Buah prunes dikukus hingga licek. Sudah itu dibuang bijinya dan pirit hingga halus.buah kismis dipotong kecil-kecil, buah ceri dipotong bulat-bulat. Mentega dimasak diatas api sampai keluar minyak atasnya. Telur dipukul bersama gula sampai kembang. Kemudian masukkan semua tepung yang disediakan tadi. Uli hingga sebati. Sudah itu masukkan buah prunes dan esen banana. Masukkan bersama sudah itu masukkan buah kismis dan ceri. Akhir sekali masukkan mentega dengan api yang sederhana. Kalau tidak ada tepung naik sendiri pun bagus, beri tiga gelas tepung gandum.

KEK LAPISAN KISMIS

10 biji telur ayam

2 gelas gula

2 ½ gelas tepung gandum

16 ozs mentega

1 sudu meja paras baking powder

½ kati kismis

Sedikit warna kuning dan hijau

1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:

Telur, gula, mentega dipukul semua sekali sampai kembang, baru dimasukkan tepung gandum, baking powder, vanilla, kacaulah rata-rata. Adunan tadi dibahagi dua tempat. Satu beri warna hijau dan satu lagi lagi beri warna kuning.

Cara membuat lapisan:

Masukkan adunan kuning tadi, satu lapis, tabor dengan kismis. Kukus sampai masak. Masukkan adunan hijau sedikit, sapu rata-rata.kukus lagi dan buatlah macam itu sampai habis. Biar sampai sejuk betul baru dibakar.

Page 6: Recipe collection 11

KEK CHIFON NESCAFE

1 ¼ cawan tepung

1 cawan gula halus

1 cawan teh baking powder

½ cawan minyak

½ cawan teh bikarbonat soda

Cawan air

Secubit garam

3 camca besar nescafe

6 biji telur

Cara membuatnya:

Ayak tepung dengan bahan penaik 3 kali. Asingkan telur. Ambil 5 biji telur kuning dan 6 biji putih telur. 1 biji kuning telur tidak digunakan. Larutkan nescafe dalam air. Pukul kuning telur dengan ½ cawan gula hingga kembang. Masukkan minyak kuar dan balik. Kemudian masukkan pula air nescafe kuar dan balikkan lagi. Masukkan tepung, kuar rata-rata dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Kemudian masuk baki gula dan terus dipukul hingga pekat. Kuar dan balik ke dalam adunan kek hingga sebati. Bakar dengan api yang sederhana.

KEK CHEESE

500 gram keju

3 sudu besar jus oren

¾ cawan coklet

250 gram buter

6 oz gula halus

100 gram tepung gandum

4 sudu besar air

3 sudu susu tepung

4 biji telur

Cara membuatnya:

Page 7: Recipe collection 11

Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

KEK BATIK COKLAT

1 Ketul Butter (250gm.)

¾ cawan gula pasir

1 tin susu cair

4 camb. perwarna chocolate (Gravy Browning) boleh didapati dipasaraya.

4 camb. serbuk koko

8 biji telur ayam (gred A)

500 gm. Biskut Mearie (belah 4)

Cara membuatnya:

Putar gula dengan butter hingga lunak. Masukkan telur satu persatu sambil dimesin hingga sebati. Masukkan perwarna chocolate, serbuk koko dan susu cair, digaul hingga rata Tuangkan kedalam kuali dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat. (PASTIKAN SENTIASA DIKACAU). Setelah pekat masukkan biskut merry dan digaul dengan cermat hingga sebati. Berhati-hati supaya tak hancur. Setelah adunan masak (tidak melekat pada kuali) tuangkan kedalam bekas dan tekan supaya ia padat.Biarkan sejuk baru dimasukkan kedalam peti ais.

KEK AISKRIM

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam

1 kotak kecil butter cookies

1 kotak kecil biskut oren

125 gm mentega

Strawberi secukupnya

Bahan inti:

Page 8: Recipe collection 11

Aiskrim perisa strawberi

Aiskrim perisa coklat

500 gm krim putar

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

KEK BATIK JAWA

150 grm milo

50 grm serbuk koko

1 bungkus biskut marie

1 tin susu sejat

1 buku butter

Cara membuatnya:

Pecahkan biskut mengikut kesukaan masing-masing. milo dan serbuk koko dikacau bersama dengan susu sejat dan mentega hingga sebati. kemudian masukkan biskut, atau diselang selikan dengan campuran coklat, dimasukkan ke dalam loyang ratakan ke dalam loyang dan diletakkan di dalam peti ais hingga ianya beku.

KEK ASAM MANIS

1 cwn majerin 1 cwn gula halus 4 biji telur beberapa bungkus asam manis

1 ½ cwn tepung biskut merry (biskut merry dikisar halus) ½ cwn tepung gandum ½ camca serbuk penaik ½ camca vanila

Cara membuatnya:

Page 9: Recipe collection 11

Marjerin di pukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Lepas itu masukkan vanila,serbuk penaik & tepung biskut, gaul rata.Mula-mula letakkan 1 senduk tepung dalam acuan, dan terus aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh.letakan selapis lagi adunan tepung.Buatlah begitu sampai habis.kemudian bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit.

TART JEM NANAS

125 gm tepung gandum Sedikit garam45-60 gm marjerin yang beku

2 sudu air yang disejukkan 2 sudu jem nenas ½ biji telur dipukul untuk glis

Cara membuatnya:

Sediakan ti pembakar dan ketuhar;- Sapukan minyak di tin pembakar dan panaskan ketuhar 200-220'c. Untuk menyediakan pastri rapuh; Ayak tepung dan garam ke dalam mengkuk adunan. Potong marjerin yang beku menjadi ketul-ketul yang kecil di dalam tepung dan ramas marjerin kedalam tepung perlahan-lahan dengan jari hingga adunan kelihatan halus dan peroi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan air yang desejukkan. Kacau dengan pisau meja supaya menjadi doh yang pejal. Menyediakan Tat;-(a)Uli perlahan-lahan di atas papan canai yang diraburkan dengan sedikit tepung.(b) Canai pastri setebal 3mm dan terap bulat-bulat dengan penerap bergerigi.(c)Alaskan tin dengan pastri yang diterap bulat dan masukkan sedikit jem ke dalamnya. Picit tepinya jika dikehendaki.(d)Hiaskan tat dengan keratan-keratan dari pastri yang lebih tadi. Sapu pastri dengan telur yang dipukul. Bakar tat dalam ketuhar yang panas hingga pastri berwarna kuning. Sejukkan di atas redai kek dan hidangkan dalam pinggan kek yang bulat.

BADAM NESTUM

1. Butter - 250gm

2. Tepung gandum - 350gm ( Diayak )

3. Tepung Jagung - 50gm ( Diayak )

4. Gula - 200gm

5. Telur Ayam( Grade A ) - 4 Biji ( Telur Merah ). 2 biji utk dimasukkan dalam adunan, 2 biji utk disapu keatas biskut.

6. Chocolate Rice - 50gm

7. Badam kisar - 100gm

8. Nestum - 200gm

9. Esen badam - ½ sudu teh

Page 10: Recipe collection 11

Cara membuatnya:

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga kembang

3. Masukkan esen badam

4. Masukkan badam kisar

5. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak tadi, gaul sebati

6. Masukkan chocolate rice dan nestume, gaul sebati, siap untuk diterap.

7. Terapkan dengan acuan pilihan anda, susun didalam dulang pembakar.

8. Sapukan diatasnya dengan telur kuning

9. Bakar dalam suhu 170 darjah celius selama 20 minit.

10. Angkat dan sedia untuk dimakan.

BISKUT BADAM BERCOKLAT

3 suku cawan gula icing

½ cawan marjerin

1 biji telur

tepung gandum secukupnya

badam biji secukupnya(bakar dalam oven)

badam hancur secukupnya

coklat cooking

mangkuk kertas kecil(hitam)

Cara membuatnya:

Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.

Page 11: Recipe collection 11

KEK KUKUS ASAM MANIS

250gm btter 1 ¼ cawan gula castor 6 biji telur 1 tsp esen vanilla

2 cawan serbuk biskut mary 2 bungkus asam manis Pewarna merah dan hijau

Cara membuatnya:

Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. Setelah semua sebati, masukkan serbuk biskut mary. Bahagi dua adunan. Setiap satu bahagian di warnakan hijau dan sebahagian lagi diwarnakan merah. Sapu loyang dengan butter. Panaskan pengukus dan di panaskan sekejap loyang. Masukkan adunan berwarna hijau dan kukus hingga masak. Angkat dan taburkan dengan asam manis kemudian di masukkan pula adunan berwarna merah dan kukus lagi. Lakukan begini sehingga adunan habis. Untuk adunan terakhir hendaklah di kukus hingga 1/2 jam. Biarkan sejukkan sebelum di makan.

KEK LAPIS HORLICK

16 oz mentega

10 biji telur

1 tin susu pekat manis

1 gelas gula halus

2 gelas tepung gandum

1 botol kecil horlicks (200gm)

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu hingga habis. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung, horlick dan susu. Gaul hingga rata dan sebati. Lenser acuan 8" x 8" dengan minyak dan di alas dengan kertas minyak. Ratakan 4 sudu makan adunan dan bakar dengan api bawah dahulu. Setelah masak tukar ke api atas. Ratakan 4 sudu makan lagi adunan dan bakar dengan api atas. Bila masak ulang lagi hingga habis.

KEK LAPIS KEJU

200 gm mentega

50 gm minyak sapi

Page 12: Recipe collection 11

1 bungkus keju cheddar (hiris memanjang)

4 biji telur gred B

¾ cawan gula kastor

2 sudu teh serbuk penaik

235 gm tepung gandum

Cara membuatnya:

Pukul mentega bersama gula dan minyak sapi hingga kembang.Setelah itu masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung bersama serbuk penaik dan kacau sebati.Bakar selapis-selapis dengan setiap lapisan ditutup dengan keju. Buat hingga habis.

KEK NENAS

50 gm mentega

1 cawan gula

2 biji telur

1 ½ cawan tepung

1 sudu teh baking powder

200 gm nenas – dicincang

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur telur sebiji demi sebiji dan kacau. Masukkan tepung, baking powder dan akhir sekali nenas cincang dan digaul hingga sebati. Bakar.

KEK NESTUM

10 Biji telur

12oz mentega

3 gelas nestum (nestum keluarga)

1½ gelas gula halus

3 sudu besar tepung jagung

Page 13: Recipe collection 11

½ tin susu pekat manis

3 sudu besar susu tepung

½ gelas air

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Maukkan pula telur satu persatu dan pukul hingga kembang dan berkrim. Setelah sebati, masukkan susu pekat manis, nestum. Gaul hingga sebati. Kemudian bancuh ½ gelas air dgn susu teoung dan teoung jagung. Gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan baking powder dan esen vanila. Gaul hingga sebati. Akhir sekali kukus/bakar hingga masak.

KEK OREO

Satu kotak biskut oreo (coklat/cream) asingkan intinya dan kisar halus 12oz mentega 4 makan gula 4 biji telur tepung gandum (mengikut sukatan tin mentega 12oz)

Cara membuatnya:

Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Dalam tempat yang berasingan pukul mentega bersama susu manis sehingga kembang dan sebati kemudian masukkan initi biskut oreo yang telah diasingkan tadi. Campurkan bahan telur dan mentega tadi sehingga sebati kemudian masukan tepung gandum, oreo yang telah dikisar halus,baking powder, milo dan browning gaul sebati.

4. kemudian tuang ke dalam dulang yang telah dibubuh kertas minyak.

5. Bakarlah dengan kepanasan 180 degree celcius dalam masa lebih kurang 45 minit.

1 sudu makan milo 4 sudu makan susu manis 1 sudu teh baking powder sedikit browning

Page 14: Recipe collection 11

KEK SISIK IKAN

BAHAN A 10 biji kuning telur 2 biji putih telur 250gm gula halus 1 sudu makan ovallete 75ml air sejuk 1 tin seri kaya ½ botol kecil horlicks

250gm tepung hong kong 300gm mentega, dipukul bersama 4 sudu makan susu pekat manis 4 bungkus manisan masam manis (Hawflakes)

cara membuatnya:

Pukul bahan A sehingga kembang. Kemudian kaup balikkan tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau hingga rata dan sebati. Bakar 4 sudu makan adunan hingga masak. Kemudian cucuk mencondong buah manisan ke atas lapisan kek. Kemudian masukkan 4 sudu makan adunan lagi dan bakar, buat 2 lapis baru dicucuk lagi dengan manisan. Ulang proses tadi hingga habis.

KEK CHEESE OREO

1 pkt biskut Oreo

1.3 cawan mentega atau margerine (dicairkan)

3 pkt X (8oz)@ Cream creese (dicairkan)

¾ cawan gula

1 cawan sour cream

1 sudu teh esen vanilla

4 biji telur

Cara membuatnya:

Panaskan oven 180 degree. Sementara itu hancurcar 2/3 dari biskut Oreo & gaulkan dengan mentega. 1/3 baki Oreo tadi dipotong kasar sebagai hiasan atas. Ratakan di bekas

Page 15: Recipe collection 11

pembakar. Lebih baik jika gunakan Springform pan.PUKUL cream cheese & gula sebati. Masukkan sourcram & vanila sedikit-sedikit & pukut sebati. Masukkan telor 1 persatu & pukut rata. Bakar 1 jam hingga naik. Masukkan peti ais sekurangnya 4 jam sebelum disedia.

AGAR AGAR BUAH LAICI

1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis) 1 ½ cawan gula pasir 1 peket agar-agar 2 helai daun pandan 5 cawan air

Cara membuatnya:

Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

AGAR AGAR JAGUNG

1 bungkus agar-agar tali 1 tin jagung krim 1 tin susu cair 2 cawan gula pasir

Pewarna kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 3 cawan air

Cara membuatnya:

Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

Page 16: Recipe collection 11

AGAR AGAR OREO

1 peket agar-agar 12 sudu besar gula ½ tin susu sejat 15 sudu besar milo (atau koko) 10 ketul biskut oreo (ditumbuk jangan sampai hancur) Air

Cara membuatnya:

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih. Masukkan gula dan susu kacau hingga mendidih. Masukkan pula milo atau koko dan kacau hingga sebati. Tuangkan separuh dari bancuhan ini ke dalam loyang. Biar seketika. (dalam 5 minit) Taburkan biskut oreo diatasnya. Panaskan kembali baki bancuhan tadi, dan tuangkan ke atas biskut oreo. Sekarang agar-agar anda mempunyai 3 lapisan (agar-agar, oreo & agar-agar) Biarkan sejuk seketika sebelum ditempatkan di dalam peti sejuk.