Refleksi

5
Refleksi Alhamdulillah, dapat juga saya siapkan kerja kursus BMM 3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah ini. Kerja Kursus ini memberikan kesan yang positif kepada profesion saya iaitu sebagai seorang bakal guru kelak. Kerja kursus ini juga sedikit sebanyak memberikan saya pendedahan awal bagi persediaan menghadapi praktikum. Melalui pengalaman yang ada, mungkin dapat memantapkan lagi kredibiliti saya sebagai seorang guru yang bakal melahirkan warisan pimpinan negara di masa hadapan. Tindakan awal yang dilakukan setelah diberikan tugasan ini oleh pensyarah ialah mencari bahan rujukan di perpustakaan. Dengan penuh yakin saya beranggapan bahawa perpustakaan menyediakan pelbagai sumber rujukan yang dimahukan. Namun, ternyata anggapan itu salah. Contoh Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) tidak langsung terdapat di perpustakaan. Hal ini menyebabkan kotak fikiran saya melontarkan pandangan negatif terhadap perpustakaan yang sebelum ini sangat membantu saya dalam pembelajaran dan proses menyiapkan kerja kursus. Perasaan yang membuak-buak sebelum ini untuk menyiapkan tugasan dengan segera punah serta seterusnya perasaan putus asa serta malas terus menyelubungi diri. Tetapi, hati saya rasa sedikit terubat kerana ada sedikit bahan rujukan untuk menjawab soalan kerja kursus yang lain sempat saya perolehi. Jika lambat sumber rujukan yang terdapat di perpustakaan IPG KSAH ini pasti diperolehi oleh rakan kelas yang lain. Seterusnya, jalan kedua yang diambil untuk menyiapkan tugasan ini adalah daripada sumber internet. Walaupun semua yang kita mahu cari terdapat dalam internet, tetapi, tidak bagi saya. Hal ini demikian kerana bahan rujukan yang saya mahu cari yakni contoh RPH 31

description

refleksi, IPG, perguruan, bahasa melayu, akademik, kaedah, teknik

Transcript of Refleksi

Page 1: Refleksi

Refleksi

Alhamdulillah, dapat juga saya siapkan kerja kursus BMM 3101 Pengajian Sukatan

Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah ini. Kerja Kursus ini memberikan kesan yang

positif kepada profesion saya iaitu sebagai seorang bakal guru kelak. Kerja kursus ini juga

sedikit sebanyak memberikan saya pendedahan awal bagi persediaan menghadapi

praktikum. Melalui pengalaman yang ada, mungkin dapat memantapkan lagi kredibiliti saya

sebagai seorang guru yang bakal melahirkan warisan pimpinan negara di masa hadapan.

Tindakan awal yang dilakukan setelah diberikan tugasan ini oleh pensyarah ialah

mencari bahan rujukan di perpustakaan. Dengan penuh yakin saya beranggapan bahawa

perpustakaan menyediakan pelbagai sumber rujukan yang dimahukan. Namun, ternyata

anggapan itu salah. Contoh Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) Kurikulum Standard

Sekolah Rendah ( KSSR ) tidak langsung terdapat di perpustakaan. Hal ini menyebabkan

kotak fikiran saya melontarkan pandangan negatif terhadap perpustakaan yang sebelum ini

sangat membantu saya dalam pembelajaran dan proses menyiapkan kerja kursus.

Perasaan yang membuak-buak sebelum ini untuk menyiapkan tugasan dengan segera

punah serta seterusnya perasaan putus asa serta malas terus menyelubungi diri. Tetapi,

hati saya rasa sedikit terubat kerana ada sedikit bahan rujukan untuk menjawab soalan kerja

kursus yang lain sempat saya perolehi. Jika lambat sumber rujukan yang terdapat di

perpustakaan IPG KSAH ini pasti diperolehi oleh rakan kelas yang lain.

Seterusnya, jalan kedua yang diambil untuk menyiapkan tugasan ini adalah daripada

sumber internet. Walaupun semua yang kita mahu cari terdapat dalam internet, tetapi, tidak

bagi saya. Hal ini demikian kerana bahan rujukan yang saya mahu cari yakni contoh RPH

KSSR BM dan kaitan antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan PIPP yang tepat

tidak juga saya perolehi melalui sumber internet. Contoh-contoh yang terdapat dalam

internet tidak sama dengan apa yang pensyarah ajarkan saya dalam kelas. Hal ini akan

menyebabkan saya kehilangan markah yang banyak jika saya mengambilnya menjadi

contoh. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga dan mendapat penjelasan yang lebih terperinci

saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pensyarah.

Setelah berjumpa dengan pensyarah dan berbincang secara kolaboratif dengan

rakan-rakan sekelas, barulah permasalahan yang hadapi selama ini dapat diatasi. Ternyata

tindakan saya selama ini menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah secara solo dan

perasaan malu bertanya kepada pensyarah menyebabkan saya sukar melakukan sesuatu

kerja. Persepsi negatif yang saya lontarkan terhadap pusat sumber ternyata salah. Hal ini

demikian kerana, RPH KSSR BM baru sahaja di tahun tiga pada tahun ini.

31

Page 2: Refleksi

Selain itu, saya juga merasa menyesal kerana tidak memasuki dewan semasa seminar

KSSR diadakan di IPG baru-baru ini. Hal ini demikian kerana, saya sibuk menguruskan

makanan dan termakan ajakan kawan untuk melepak di kantin. Hal ini kerana saya

beranggapan bahawa seminar ini tidak penting bagi saya kerana saya masih lagi di

semester satu dan maih lama untuk pergi berpraktikum. Tindakan yang tidak wajar saya

lakukan sebagai bakal pendidik ini mendatangkan impak yang maksima kepada diri saya.

Jadi, berdasarkan peristiwa dan pengalaman yang saya pelajari, saya mendapati bahawa

sikap negatif yang terdapat dalam diri ini perlulah dibuang sejauh-jauhnya. Hal ini demikian

kerana, sebagai bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa sendiri kita janganlah

menanamkan sikap negatif dalam diri. Hal ini kerana sikap mencerminkan keperibadian

seseorang. Sebagai rol model kepada anak murid , saya mendapati saya harus mencegah

diri saya daripada mengamalkan sikap ini dalam hidup saya , kerana khuatir akan

merosakkan bakal bangsa sendiri yang akan dididiki kelak.

Seterusnya, dalam menyiapkan kerja kursus ini juga saya dapat pelajari elemen-

elemen yang terkandung dalam Falasafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK) dan Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang selama

ini tidak pernah saya tahu menahu mengenainya. Setelah membaca, menghayati, menaakul

dan memahami barulah saya dapat jalankan tugasan ini dengan mudah. PIPP mempunyai

enam teras utama yang perlu difahami keseluruhannya. Antaranya ialah melahirkan modal

insan, pembinaan negara bangsa, memartabatkan profesion keguruan, memperkasakan

sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan serta melonjakkan kecemerlangan

institusi pendidikan. Disini saya dapat lihat betapa kerajaan bersungguh-sungguh

mengambil jalan yang proaktif untuk membangunkan sistem pendidikan negara dari semasa

ke semasa. Kita sebagai warga pendidik janganlah hanya menunding jari serta hanya

melemparkan kritikan negatif sewenang-wenangnya. Sebaliknya, kita haruslah memainkan

peranan penting dalam melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara kita.

Justeru, setelah memahami hasrat kerajaan melalui PIPP ini memberikan motivasi kepada

diri saya untuk terus berusaha menjadi guru yang cemerlang demi melahirkan modal insan

yang berkualiti serta melahirkan anak bangsa yang dapat membantu mewarisi

kecemerlangan negara yang kita kecapi selama ini.

Selain itu, saya dapati Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah

memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi

terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan

subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

32

Page 3: Refleksi

Kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan

pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua

subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang

mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang

sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik

iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas

atau profesion bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang

inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan. Seterusnya ialah

implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita.

Saya dapati, dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti

perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi

mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi,

sosial dan jasmani secara seimbang.

Berdasarkan FPK dan PIPP, saya dapati kedua-duanya ada kaitan dengan Sukatan

Pelajaran KBSR Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen yang terkandung

dalam kedua-duanya sedikit-sebanyak mempunyai perkaitan dengan Sukatan Pelajaran.

Nilai-nilai murni contohnya yang diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu dapat

melahirkan modal insan minda kelas pertama serta mencapai hasrat FPK untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berakhlak mulia. Jadi, sebagai bakal guru bahasa Melayu

SJKC saya haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar supaya

keharmonian antara kaum yang kita pertahankan selama ini tidak tergadai walaupun pada

masa kini pelbagai permasalahan antara kaum semakin dibangkitkan akibat agenda politik.

Saya juga haruslah menjadikan peristiwa hari ini iaitu peristiwa Kesultanan Sulu menyerang

negeri Sabah, sebagai pedoman dan pengajaran kepada saya dan anak murid di masa

hadapan. Teras pertama PIPP iaitu negara bangsa sedikit sebanyak membangkitkan

semangat nasionalisme dalam diri ini.

Konklusinya, kerja kursus ini amatlah berguna kepada saya sebagai bakal warga

pendidik kelak. PIPP,FPK dan Sukatan Pelajaran tidaklah dapat disangkal lagi mempunyai

kaitan antaranya. Segala pengajaran dan impak yang diperolehi semasa menyiapkan

tugasan ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk refleksi diri serta mengaplikasikannya

untuk mendukung aspirasi negara.

33