Refleksi aural.doc
-
Upload
jennifer-heng -
Category
Documents
-
view
14 -
download
0
Transcript of Refleksi aural.doc
Refleksi
Oleh : HENG LAI KUAN
No. KP : 920327-06-5650
Grafik di atas menunjukkan lirik lagu Tanggal 31 Ogos
Lagu patriotik yang telah saya pilih untuk nyanyian secara harmoni sambil mengaplikasikan sebutan solfa ialah lagu Tanggal 31 Ogos. Ketika mengjalankan kerja kursus tersebut, saya menghadapi masalah untuk mengecam nada yang terdapat dalam keratan lagu iaitu nada C major. Saya keliru dengan nada yang terdapat dalam lagu tersebut. Saya ingat lagu tersebut dalam minor key. Rupa-rupanya lagu Tanggal 31 Ogos dinyanyi dalam nada C major. Nada yang terdapat dalam keratan lagu ialah nada Cmajor, Fmajor, Gmajor Dmajor dan A major. Untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi tersebut, saya menguatkan pendengaran dalaman saya dengan latihan aural. Akhirnya saya dapat mengenal pasti nada yang sesuai untuk saya dan ahli kumpulan saya menyanyikan lagu tersebut.
Saya juga menghadapi masalah untuk menyanyi melodi lagu tanggal 31 Ogos. Hal ini kerana saya jarang mendengar lagu patriotik, saya tidak mengetahul melodi sebenar lagu Tanggal 31 Ogos. Oleh itu, saya cuba muat turun lagu tanggal 31Ogos melalui internet. Saya mendengar melodi lagu tersebut dan menyanyi secara semerta. Irama dan meter bagi lagu tersebut ialah 4/4 dan dimainkan dalam tempo 120 dalam kiraan satu krocet. Saya dengan ahli kumpulan saya telah membuat percubaan beberapa kali untuk mendapatkan corak irama dan rentak yang sesuai dimainkan dalam lagu Tanggal 31 Ogos. Akhirnya saya mendapati bahawa lagu tersebut sesuai dimainkan dalam rentak marching dan dinyanikan dengan penuh semangat patriotik.
Selain itu, saya kurang dapat mengaplikasikan kemahiran mendengar dan mengenal pasti melodi lagu tersebut dengan tepat. Saya kekurangan keyakinan tentang melodi yang saya dapati. Saya terpaksa mencari not harmoni bagi lagu Tanggal 31 Ogos kerana skor muzik yang saya dapati dari perpustakaan hanya mempunyai satu melody line. Selepas saya mendapat not-not harmoni dengan menggunakan alat muzik kibod, saya membuat skor harmony line tersebut dengan Forte Free. Selepas siap menghasilakan harmony line tersebut, saya mendapatkan pandangan daripada ahli kumpulan saya.
Melalui kerja kursus tersebut, saya dapat mencari harmoni sesebuah lagu dengan lebih mudah. Saya telah mempelajari teknik pengenal pastian melodi iaitu mendengar not yang paling bawah untuk memastikan tonik kord tersebut. Kemudian mencari melody line dengan alat muzik seperti piano, gitar dan kibod. untuk dinyanyikan. Saya juga dapat mengaplikasikan mengaplikasikan nada yang terdapat di dalam keratin lagu yang didengar. Selain daripada menghasilkan harmoni untuk lagu Tanggal 31 Ogos, saya telah mencipta intro dan pengakhiran lagu bersama dengan ahli kumpulan saya. Kami menggunakan pengakhiran lagu sebanyak 2 bar untuk di jadikan intro lagu patriotik kami.
Saya telah mempelajari banyak ilmu melalui kerja kursus tersebut. Antaranya ialah penghasilan harmoni untuk sesebuah lagu. Hal ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Untuk menghasilkan harmoni yang selaras dan merdu didengari, saya dan ahli kumpulan saya mencari nada yang sesuai untuk menyanyikan lagu yang telah kami berdua pilih. Selain itu, alat muzik juga merupakan faktor yang penting untuk kami berdua menyanyikan harmoni lagu Tanggal 31 Ogos dengan merdu. Kami berdua memilih alat muzik piano untuk memainkan iringan lagu patriotik tersebut. Saya juga mencatatkan not-not harmoni yang dapat saya cari pada kertas. Kemudian, saya dan ahli kumpulan mengagihkan bahagian nyanyian kami. Saya menyanyikan bahagian harmoni sambil memainkan alat muzik piano manakala ahli kumpulan saya menyanyikan melodi.
Di samping itu, saya meminta ahli kumpulan saya menjalankan nyanyian semerta bersama-sama . Hal ini disebabkan kaedah latihan nyanyian solfa berpandukan nota lagu bagi memantapkan tahap kebolehan pelajar menyanyi dengan ton dan pic yang betul.
Gambar di atas menunjukkan nama not dan nama solfa yang telah saya aplikasikan dalam nyanyian lagu patriotik
Sebelum ini, saya hanya tahu memainkan kord tanpa mengubah penjarian saya. Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari beberapa teknik memainkan kord. Saya memainkan arpeggio, jumping kord dan broken kord.
Gambar di atas menunjukkan kord arpeggio yang saya aplikasikan dalam permainan lagu patriotik
Gambar di atas menunjukkan cara memainkan jumping kord
Gambar di atas menunjukkan kord broken kord
Kesimpulannya, saya telah menimba banyak ilmu daripada kerja kursus tersebut. Saya juga dapat menguasai kemahiran mendengar dan mengenal pasti melodi dan irama dengan tepat. Latihan aural yang telah saya jalankan ketika melaksanakan kerja kursus tersebut telah meningkatkan pendengaran dalaman saya. Selain itu, saya dapat mengenal pasti pelbagai jenis triad dan kord di dalam melodi yang diperdengarkan. Saya juga dapat menyanyi melodi secara solfa dalam nada pentatonic, major (3# dan 3b) dan minor (2# dan 2b) dengan tepat. Banyak faedah telah saya dapati melalui kerja kursus tersebut.
31 OGOS
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka