Refleksi Basketball

2
HAIRIL AFRI BIN HUSAIN LIPI-KPLI AMBILAN JUN 2010 REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN BOLA KERANJANG Dalam Kursus Kejurulatihan Bola Keranjang yang telah dijalankan, saya dapati aktiviti yang dirancang adalah sangat bagus. Penerangan mengenai peraturan-peraturan dalam permainan bola keranjang adalah sangat berguna bagi pemain-pemain bola keranjang. Bahkan ianya juga sangat berguna bagi sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi jurulatih. Permainan bola keranjang bukanlah sesuatu yang mudah kerana selain mempunyai bakat, pemain-pemain perlulah benar-benar memahami segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Badan Persekutuan Bola Keranjang Dunia. Cara-cara pemanasan badan ringkas yang ditunjukkan adalah sangat berguna bagi mengajar kanak-kanak sekolah bermain bola keranjang diperingkat awal. Aktiviti tersebut tidaklah begitu berat dan kanak-kanak dapat menerimanya kerana ianya sangat menyeronokkan. Pelbagai teknik bermain seperti dribbling, shooting, lay-up, one-count stop dan two-count stop, chest pass dan long pass yang diajar sangat berguna dalam permainan bola keranjang. Setelah membuat demonstrasi, peserta diberi peluang untuk berlatih teknik- teknik tersebut supaya kemahiran bermain bertambah mantap. Ini adalah sangat bagus kerana jurulatih tersebut dapat melihat samada peserta kursus faham ataupun tidak akan teknik-teknik yang telah mereka tunjukkan. Saya sendiri sangat teruja untuk menunjukkan kemahiran yang ada pada diri saya kepada para

Transcript of Refleksi Basketball

Page 1: Refleksi Basketball

HAIRIL AFRI BIN HUSAIN LIPI-KPLI AMBILAN JUN 2010

REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN BOLA KERANJANG

Dalam Kursus Kejurulatihan Bola Keranjang yang telah dijalankan, saya dapati aktiviti

yang dirancang adalah sangat bagus. Penerangan mengenai peraturan-peraturan dalam

permainan bola keranjang adalah sangat berguna bagi pemain-pemain bola keranjang.

Bahkan ianya juga sangat berguna bagi sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi jurulatih.

Permainan bola keranjang bukanlah sesuatu yang mudah kerana selain mempunyai bakat,

pemain-pemain perlulah benar-benar memahami segala peraturan yang telah ditetapkan

oleh Badan Persekutuan Bola Keranjang Dunia. Cara-cara pemanasan badan ringkas yang

ditunjukkan adalah sangat berguna bagi mengajar kanak-kanak sekolah bermain bola

keranjang diperingkat awal. Aktiviti tersebut tidaklah begitu berat dan kanak-kanak dapat

menerimanya kerana ianya sangat menyeronokkan.

Pelbagai teknik bermain seperti dribbling, shooting, lay-up, one-count stop dan two-

count stop, chest pass dan long pass yang diajar sangat berguna dalam permainan bola

keranjang. Setelah membuat demonstrasi, peserta diberi peluang untuk berlatih teknik-

teknik tersebut supaya kemahiran bermain bertambah mantap. Ini adalah sangat bagus

kerana jurulatih tersebut dapat melihat samada peserta kursus faham ataupun tidak akan

teknik-teknik yang telah mereka tunjukkan. Saya sendiri sangat teruja untuk menunjukkan

kemahiran yang ada pada diri saya kepada para jurulatih. Peluang ini saya gunakan

sebaiknya untuk berlatih bagi meningkatkan kemahiran saya sendiri sehinggakan baju saya

basah dengan peluh yang keluar.

Jurulatih yang dijemput untuk mengendalikan kursus ini juga sangat bagus kerana

selain berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, mereka juga dapat bertutur dalam Bahasa

Melayu dengan baik dan juga ada membuat kelakar untuk menghiburkan peserta kursus.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa penganjuran kursus ini adalah

sangat berguna kerana dalam masa dua hari sahaja, pelbagai teknik permainan bola

keranjang telah saya pelajari.