Refleksi ceramah

3
REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5 CERAMAH DAN BENGKEL PENGURUSAN GURU DAN PERUNDANGAN NAMA : NOORSHAIRAH BINTI RAMLI NO. KAD PENGENALAN: 930810-12-6846 Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini, BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan. Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan “Guru dan Perundangan”. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Ramzan Bin Awang yang merupakan dari jabatan ilmu pendidikan . Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kobolehan dan pengetahuan beliau dalam tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Dewan Bestari pada 8 Februari 2015. Ceramah yang mengambil masa 3 jam ini bermula pada pukul 2.15 hingga 5.15. Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid

description

ji

Transcript of Refleksi ceramah

REFLEKSIPROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5CERAMAH DAN BENGKEL PENGURUSAN GURU DAN PERUNDANGAN

NAMA : NOORSHAIRAH BINTI RAMLINO. KAD PENGENALAN: 930810-12-6846

Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru.Semester ini, BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penandaarasan.Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan Guru dan Perundangan. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Ramzan Bin Awang yang merupakan dari jabatan ilmu pendidikan . Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kobolehan dan pengetahuan beliau dalam tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Dewan Bestari pada 8 Februari 2015. Ceramah yang mengambil masa 3 jam ini bermula pada pukul 2.15 hingga 5.15.Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenai apa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas. Walaupun guru bertindak sebagai in loco parents iaitu pengganti ibu bapa di sekolah, tindakan guru boleh disalahertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik. Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa berhati-hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik. Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan. Setelah tamatnya BIG ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru mengenai perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut lunas undang-undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh mengundang bahaya. Tindakan-tindakan guru juga haruslah berdasarkan perikemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar dan menduduki peperiksaan walaupun murid kita itu tidak pandai. Mereka masih mempunyai semangat untuk belajar dan mereka inginkan kejayaan. Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya. Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas kejayaan sesuatu perkara. Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya. Kedua-dua komponen diselesaikan tanpa banyak masalah. Sekian, terima kasih.