REFLEKSI Dan Analisa Cerpen
-
Upload
azhari-ahmad -
Category
Documents
-
view
27 -
download
4
description
Transcript of REFLEKSI Dan Analisa Cerpen
REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang
telah mengajar saya dalam subjek Morfologi BMM 3109 iaitu Dr.Faridah binti Nazir yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar yang sangat berharga bagi saya untuk saya menyelesaikan
kerja kursus pendek ini sehingga berjaya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Setelah saya mendapat soalan kerja kursus BMM 3109 Morfologi Bahasa Melayu
dan saya melakukan pembahagian kerja secara berkala. Pembahagian kerja secara berkala
secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih bertanggungjawab. Selepas itu, untuk
menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya dengan sempurna saya telah mengikut
arahan yang telah dinyatakan dalam soalan yang diberikan.
Saya telah mencari bahan-bahan dan maklumat di perpustakaan dan melalui internet.
Bagi saya pencarian bahan kerja khusus ini adalah mudah kerana bahan-bahan tersebut
banyak di perpustakaan dan juga laman web. Melalui pencarian bahan tersebut, ia dapat
merangsang saya untuk membaca sekaligus mempertingkatkan ingatan saya mengenai
pembelajaran yang lepas. Selain itu kerja khusus ini memerlukan pemahaman ilmiah mengenai
definisi Morfologi Bahasa Melayu dengan secara mendalam lagi. Antara yang saya perlu
pelajari daripada tajuk ini adalah seperti jenis golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas.
Tambahan lagi, kerja kursus ini juga membantu saya bagi mengenalpasti perbezaan
antara keempat-empat golongan kata tersebut. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui
mengenai perbezaan kedua-duanya melalui definisi, susunan konstituen ayat serta asas binaan
ayat. Menerusi penulisan esei mengenai kata tugas, saya dapat mengklasifikasikan jenis-jenis
kata tugas yang terdapat dalam bahasa Melayu iaitu sebanyak 17 jenis. Penulisan esei ini amat
membantu saya sewaktu melakukan analisis kata tugas yang terdapat dalam cerpen Gempa
Pulau Perca terbitan majalah Dewan Siswa bulan Februari 2014.
Kerja khusus ini juga melibatkan satu analisis mengenai jenis kata tugas,. Analisis yang
dilakukan tersebut memerlukan tahap pemahaman yang tinggi bagi menganalisis ayat yang
terdapat dalam cerpen kerana bahasa yang digunakan adalah standard dan tinggi bahasanya.
Saya perlu melakukan pembacaan berulang-ulang kali bagi memastikan ayat yang dianalis
tersebut mengikut preskripsi yang dikehendaki. Secara tidak langsung memantapkan
pengetahuan saya mengenai jenis kata tugas.
Melalui perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dengan rakan-rakan dan pensyarah.
Pensyarah telah memberi penerangan dengan baik dan jelas kepada saya dan rakan-rakan
bagi melaksanakan tugasan dengan betul. Masa yang diberikan oleh pensyarah bagi
menyiapkan tugasan ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekali lagi jasa yang mereka
berikan amat berharga kepada saya.Terima kasih.
Azhari bin Ahmad
BMM2 ambilan Feb 2012.
Analisa Cerpen Gempa Pulau Perca
Cerpen yang bertajuk Gempa Pulau Perca mengisahkan menulis yang telah
bertemu dengan sahabat lamanya yang terpisah sejak dari Tahun 2 iaitu Nurfa yang
sama-sama belajar di Pulau Perca. Pertemuan mereka bermula di musala telah
membuka cerita lama tentang keluarga mereka.
Dalam cerpen ini penulis banyak menggunakan kata tugas yang dapat
disenaraikan iaitu 16 jenis kecuali kata perintah. Kata tugas yang banyak digunakan oleh
penulis ialah kata hubung seperti gabungan, relative, komplemen dan keterangan.
Penulis banyak menggunakan kata hubung ini adalah untuk menghubungkan ayat-ayat
yang tinggi bahasanya supaya menjadi lebih bermakna kepada pembaca. Contoh ayat
seperti “ tidak mahu menjadikannya halangan kekhusyukan,malahan cara dia berada
berdoa memperteguhkan kepatuhan terhadap rukun solat yang saya jalani”.
Selain itu, kata keterangan juga banyak digunakan oleh penulis seperti sewaktu,
kerana, setelah, sementara, agar dan apabila. Ini mungkin penulis ingin menerangkan
lagi perasaan hatinya apabila bertemu dengan sahabat baiknya Nurfa. Kata bantu juga
ada digunakan oleh penulis seperti kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Penulis
menggunakannya mungkin untuk menguatkan lagi kenyataannya kepada sahabatnya.
Contoh ayat seperti “ sebenarnya dia adalah sahabat, sejak kami kenal akan lengkung
dan lurusnya aksara”.
Penulis juga selalu menggunakan kata naïf seperti bukan dan tidak terutama
apabila beliau bercerita tentang ketuhanan semasa berdoa kepada Allah dalam solatnya.
Contohnya “ pernah saya menginsafi, keringnya doa yang selalu saya abaca dan bukan
yang saya pinta”. Contoh lain ialah “mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan
yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa”.
Kata-kata tugas lain yang penulis gunakan di dalam cerpen ini ialah seperti kata
penguat, kata penegas, kata pemeri, kata sendi, kata arah, kata bilangan, kata adverb.
kata penekan kata pembenda, kata seru, kata tanya, kata pembenar, kata pangkal dan
kata penguat. Kata tugas yang dinyatakan itu tidak banyak diulang di dalam cerpen ini.