REFLEKSI KENDIRI

3
REFLEKSI KENDIRI Pada semester akhir ini saya dikehendaki menganjurkan satu program yang telah dianjurkan oleh pihak PPG UiTm. Program ini dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Kami telah diberi taklimat pada awal tahun 2015. Cadangan aktiviti ialah perkhemahan, sukan atau motivasi melibatkan murid-murid dimana kami mengajar. Perlaksaan tugasan ini ialah secara idividu. Manakala cara pemarkahan yang akan diberikan hanya lulus atau gagal. Cadangan yang telah diberikan untuk menganjurkan program ini ialah dari Julai 2015 hingga Disember 2015. Kami selaku pelajar PPG dikehendaki menjadi sebagai pelaksana program yang dianjurkan. Kami perlu menghantar laporan kepada PPG dalam bentuk CD/DVD. Bahan yang perlu diserahkan kepada penyelia dalam bentuk portfolio, rakaman video, penulisan refleksi dan lampiran. Bagi tugasan ini saya telah memilih program perkhemahan peringkat sekolah. Hasil daripada program yang telah dianjurkan ini terdapat banyak manfaat kepada kami selaku pelajar PPG Uitm. Diantara manfaaat yang diperolehi ialah membentangkan kertas kerja kepada pihak pengurusan. Semasa penyediaan kertas kerja ini pelbagai pengalaman yang diperolehi. Kertas kerja ini telah ditolak pada awalnya. Bagi memenuhi kehendak pihak pengurusan dan PIBG kertas kerja ini di buat ubahsuai semula. Diantara isu yang dibincangkan ialah hal kewangan. Pihak PIBG telah bersetuju memberi sedikit bantuan kewangan. Setelah diadakan mesyuarat dalaman kertas kerja perkhemahan ini telah diluluskan oleh pihak pengurusan sekolah. Manfaatnya kepada saya ialah kita perlu memikirkan kaedah penyediaan kertas kerja yang efektif agar mudah diterima oleh pihak pentadbiran.

description

Pembinaan Refleksi kendiri

Transcript of REFLEKSI KENDIRI

Page 1: REFLEKSI KENDIRI

REFLEKSI KENDIRI

Pada semester akhir ini saya dikehendaki menganjurkan satu program yang telah

dianjurkan oleh pihak PPG UiTm. Program ini dinamakan Bina Insan Guru (BIG).

Kami telah diberi taklimat pada awal tahun 2015. Cadangan aktiviti ialah

perkhemahan, sukan atau motivasi melibatkan murid-murid dimana kami mengajar.

Perlaksaan tugasan ini ialah secara idividu. Manakala cara pemarkahan yang akan

diberikan hanya lulus atau gagal. Cadangan yang telah diberikan untuk

menganjurkan program ini ialah dari Julai 2015 hingga Disember 2015. Kami selaku

pelajar PPG dikehendaki menjadi sebagai pelaksana program yang dianjurkan. Kami

perlu menghantar laporan kepada PPG dalam bentuk CD/DVD. Bahan yang perlu

diserahkan kepada penyelia dalam bentuk portfolio, rakaman video, penulisan

refleksi dan lampiran.

Bagi tugasan ini saya telah memilih program perkhemahan peringkat sekolah. Hasil

daripada program yang telah dianjurkan ini terdapat banyak manfaat kepada kami

selaku pelajar PPG Uitm. Diantara manfaaat yang diperolehi ialah membentangkan

kertas kerja kepada pihak pengurusan. Semasa penyediaan kertas kerja ini pelbagai

pengalaman yang diperolehi. Kertas kerja ini telah ditolak pada awalnya. Bagi

memenuhi kehendak pihak pengurusan dan PIBG kertas kerja ini di buat ubahsuai

semula. Diantara isu yang dibincangkan ialah hal kewangan. Pihak PIBG telah

bersetuju memberi sedikit bantuan kewangan. Setelah diadakan mesyuarat

dalaman kertas kerja perkhemahan ini telah diluluskan oleh pihak pengurusan

sekolah. Manfaatnya kepada saya ialah kita perlu memikirkan kaedah penyediaan

kertas kerja yang efektif agar mudah diterima oleh pihak pentadbiran.

Manfaat kedua yang diperolehi ialah cara penulisan surat kebenaran kepada pihak

berkuasa tempatan seperti pihak kementerian kesihatan, pihak polis, dan PBSM

daerah. Surat pemberitahuan ini perlu dimaklumkan kepada mereka bagi

memastikan keselamatan murid-murid lebih terjamin sekiranya terdapat sebarang

kecemasan. Selain itu, mereka juga memberikan nasihat yang sangat berguna

kepada pihak penganjur untuk langkah-langkah keselamatan yang lebih berkesan

Page 2: REFLEKSI KENDIRI

dilaksanakan semasa program perkhemahan ini dijalankan. Kami juga mendapat

bantuan first aid dari pihak PBSM.

Manfaat seterusnya melatih kami pelajar PPG menjalinkan hubungan yang akrab

dengan pihak pengurusan sekolah, pihak ibu bapa serta pihak berkuasa tempatan.

Ini selaras dengan objektif Bina Insan Guru yang ingin memastikan guru-guru

mengamalkan kerohanian dan akhlak keguruan dengan mengamalkan tingkah laku

yang terpuji. Secara tidak langsung kami pelajar PPG dapat memiliki personaliti

kerjaya keguruan yang utuh.

Selain itu, manfaat yang diperolehi ialah mengamalkan ilmu yang diperolehi

semasa belajar di PPG Uitm agar lebih kukuh pemahaman selain dapat

mencurahkan bakti kepada sesiapa sahaja umumnya dan kepada murid-murid

secara khususnya. Apabila melaksanakan program BIG ini, secara tidak langsung

saya dapat mengembangkan dan membina idea baru dalam melaksanakan

program perkhemahan ini. Oleh itu, saya dapat menggunakan ilmu dan kepakaran

untuk kesejahteraan masyarakat umumnya.

Manfaat yang seterusnya ialah memupuk sikap berakauntabiliti dan amanah dalam

melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Contohnya dalam pengurusan

kewangan sewaktu hendak melaksanakan program perkhemahan ini. Saya perlu

membelanjakan mengikut keperluan tapi bukan untuk keperluan peribadi. Selain

itu, saya juga perlu amanah dengan masa yang telah diperuntukan supaya tidak

timbul isu pertindihan masa dalam melaksanakan program.

Bagi menambah baik program BIG ini saya mencadangkan pihak PPG Uitm

membekalkan tenaga pakar untuk membantu pelajar-pelajar dalam melaksanakan

program yang dianjurkan oleh pihak PPG Uitm ini. Sebagai contoh, saya

melaksanakan perkhemahan peringkat sekolah. Saya memerlukan khidmat nasihat

dalam aktiviti yang dijalankan agar kesannya lebih optimum. Seperti aktiviti

Page 3: REFLEKSI KENDIRI

memasak, sekiranya terdapat pakar dalam menerangkan kelebihan bahan dan

fungsi bahan yang digunakan, murid-murid dapat lebih memahami dengan lebih

mendalam.

Secara umumnya program BIG banyak memberikan kebaikan dan manfaat kepada

pelajar-pelajar PPG Uitm. Ilmu yang telah dituntut dalam dipraktikkan dengan

sebaik mungkin. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap profesionalisma

di kalangan pelajar-pelajar PPG ini.