Refleksi Permainan Galah Panjang

4
Refleksi Permainan Galah Panjang (CHE MOHD FAWZI BIN ABDULLAH) Saya dan kumpulan saya iaitu Fawzi,Mohd Nor dan syukri telah diamanahkan oleh pensyarah PJ iaitu Encik Zarizi b.Ab Rahman merancang dan mengelola permainan galah panjang ini. Ini merupakan pelengkap kepada Modul PJM3112(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN). Saya dan kumpulan saya telah membuat kajian dan belajar tentang cara permainan ini dijalankan dan undang- undang permainan tersebut. Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasanteruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggangmempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.Kumpulan saya telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menambah kotak di belakang kerana pertambahan pemain yang bermainan permainan ini. Dalam permainan yang kami rancang, kami telah bergabung kelas dengan unit Bahasa Melayu semester 6. Hal ini terjadi kerana unit

Transcript of Refleksi Permainan Galah Panjang

Page 1: Refleksi Permainan Galah Panjang

Refleksi Permainan Galah Panjang

(CHE MOHD FAWZI BIN ABDULLAH)

Saya dan kumpulan saya iaitu Fawzi,Mohd Nor dan syukri telah diamanahkan oleh

pensyarah PJ iaitu Encik Zarizi b.Ab Rahman merancang dan mengelola permainan

galah panjang ini. Ini merupakan pelengkap kepada Modul

PJM3112(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN

SUKAN). Saya dan kumpulan saya telah membuat kajian dan belajar tentang cara

permainan ini dijalankan dan undang- undang permainan tersebut.

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas

gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat

mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.

Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah

panjang. Contohnya jika pemain ada10 orang, gelanggang yang dibuat

mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang

galah panjang mengandungi 3 baris.

Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal

gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan

dan kepantasanteruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak

menempuh gelanggangmempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka

mereka boleh menang dengan mudah.Kumpulan saya telah melakukan beberapa

pengubahsuaian dengan menambah kotak di belakang kerana pertambahan pemain

yang bermainan permainan ini. Dalam permainan yang kami rancang, kami telah

bergabung kelas dengan unit Bahasa Melayu semester 6. Hal ini terjadi kerana unit

kami hanya mempunyai tiga orang pelajar sahaja.Secara tidak langsung kami dapat

menambah rakan baru.

Kami membuat empat kumpulan.Dari empat kumpulan pecah kepada dua

kumpulan;sebuah kumpulan akan bertahan dan sebuah kumpulan lagi akan

menyerang dengan cuba melepasi halangan kumpulan yang berjaga. Setiap ahli

kumpulan yang berjaya melepasi halangan tersebut dan berpatah balik tanpa

disentuh akan diberi 1mata. Setiap kumpulan akan bertukar giliran apabila semua

ahli yang menyerang telah terkeluar kerana disentuh.

Page 2: Refleksi Permainan Galah Panjang

Antara kekuatan yang dapat dilihat dalam permainan galah panjang ini ialah pelajar

terhibur dan berasa seronok ketika bermain. Pelajar akan berasa seronok kerana

mereka dapat belajar cara pemainan permainan ini dan mereka juga dapat merasa

bebas kerana mereka mungkin sudah jemu untuk belajar di dalam kelas sahaja.

Selain itu, kekuatan yang lain yang dapat dilihat ialah pelajar berkerjasama untuk

melepasi halangan dan juga menghalang penyerang untuk melepasi kawasan

jagaan mereka. Saya dapat melihat mereka berkerjasama untuk mengepung dan

bersama- sama menjaga kawasan mereka agar penyerang tidak dapat melepasi

sekatan yang mereka sediakan. Kumpulan yang menyerang juga berkerjasama

untuk melepasi halangan yang telah dibuat oleh kumpulan bertahan. Kekuatan yang

lain yang dapat dilihat ialah pelajar menggunakan strategi dan bergerak secara

teratur untuk menghalang kumpulan menyerang dan juga melepasi kumpulan yang

bertahan. Mereka tidak bertindak secara melulu dan menyusun strategi terlebih

dahulu sebelum cuba melepasi halangan daripada kumpulan bertahan. Kumpulan

yang bertahan juga menggunakan strategi untuk menyentuh dan menghalang

pemain yang menyerang.

Antara kelemahan yang dapat dilihat dalam permainan yang dirancang ini ialah

hanya dua orang sahaja juri mencatat markah yang ditugaskan untuk memantau

kesemua permainan galah panjang. Hal ini mungkin menjadi kelemahan kepada

pemantau untuk melihat sama ada pelajar bermain dengan jujur ataupun sebaliknya.

Kelemahan yang kedua ialah permainan galah panjang ini dimainkan di dalam

dewan yang besar,menyebabkan arahan kepada peserta kurang jelas kerana suara

penganjur menjadi bergema Permukaan lantai dewan juga agak licin jika kita tidak

memakai kasut sukan yang sesuai untuk permukaan kayu. Hal ini menyebabkan

peserta tidak fokus dan tidak bermain dengan sungguh- sungguh kerana mereka

berasa tidak selesa dan panas.

Selain itu, kelemahan yang ketiga ialah garisan permainan hanya menggunakan

garisan asal gelanggang badminton berselang dengan garisan gelanggang bola

keranjang. Kawasan sempadan hanya diletak kon sahaja.Pelajar jugasering

terkeluar kerana mereka tidak perasan garisan tersebut dengan jelas.

Antara penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah dengan menambah juri yang

memantau permainan ini bagi mengelakan pelajar bermain tipu. Selain

Page 3: Refleksi Permainan Galah Panjang

itu,permainan ini juga perlu diadakan di kawasan yang terbuka dan teduh seperti

awal pagi.

Penambahbaikan yang ketiga ialah juri pemantau perlu membuat garisan baru dan

berlainan warna dari garisan sedia ada.sekiranya ingin memulakan permainan

yang baru.

Secara keseluhannya permainan galah panjang ini menarik dan seronok juga

disamping boleh bertukar-tukar pendapat dengan kenalan baru.Diharapkan agar

permainan tradisianal ini tidak luput ditelan zaman.