REFLEKSI SCE3110

3
REFLEKSI SCE3110 Pada semester kali ini saya telah mempelajari SCE 3110 tentang Bumi dan Angkasa. Melalui subjek ini saya akan mempelajari tentang bentuk muka bumi, awan dan objek dan teknologi di angkasa. Ringkasnya ia berkaitan dengan tentang kajian bentuk muka bumi dan angkasa. Bagi meningkatkan lagi kefahaman saya tentang subjek ini, saya telah diberi tugasan tentang produk sampingan daripada teknologi angkasa. Pensyarah saya Dr Chua Chong Sair mengkehendaki saya mengumpul maklumat tentang lima produk sampingan angkasa dari pelbagai sumber. Daripada lima produk angkasa itu saya perlu memilih satu produk tersebut untuk mengkajinya dengan lebih lanjut. Setelah mengadakan perbincangan dengan pesyarah saya membuat perancangan yang teliti supaya tugasan ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pada peringkat pertama saya perlu mengumpul maklumat tentang produk sampingan angkasa. Saya telah membuat carian diinternet tentang produk tersebut. saya membuat carian di laman web yang menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu. Setiap maklumat yang diperolehi saya akan mencetaknya. Tugasan ini telah memberi saya satu pengetahuan yang banyak tentang produk angkasa. Baru saya ketahui bahawa kebanyakkan teknologi yang digunakan seharian di dalam kehidupan adalah berasal daripada inovasi produk yang digunakan bagi penerokaan angkasa lepas. Saya berasa syukur dengan tugasan yang diberikan ini kerana ia memberi banyak maklumat tentang teknologi angkasa lepas. Pada peringkat kedua, saya perlu membaca setiap artikel yang telah saya perolehi itu. Saya telah mengambil masa selama lima hari untuk selesai membaca semua artikel tersebut. pada peringkat ini saya

description

free

Transcript of REFLEKSI SCE3110

REFLEKSI SCE3110

Pada semester kali ini saya telah mempelajari SCE 3110 tentang Bumi dan Angkasa. Melalui subjek ini saya akan mempelajari tentang bentuk muka bumi, awan dan objek dan teknologi di angkasa. Ringkasnya ia berkaitan dengan tentang kajian bentuk muka bumi dan angkasa. Bagi meningkatkan lagi kefahaman saya tentang subjek ini, saya telah diberi tugasan tentang produk sampingan daripada teknologi angkasa. Pensyarah saya Dr Chua Chong Sair mengkehendaki saya mengumpul maklumat tentang lima produk sampingan angkasa dari pelbagai sumber. Daripada lima produk angkasa itu saya perlu memilih satu produk tersebut untuk mengkajinya dengan lebih lanjut.

Setelah mengadakan perbincangan dengan pesyarah saya membuat perancangan yang teliti supaya tugasan ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pada peringkat pertama saya perlu mengumpul maklumat tentang produk sampingan angkasa. Saya telah membuat carian diinternet tentang produk tersebut. saya membuat carian di laman web yang menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu. Setiap maklumat yang diperolehi saya akan mencetaknya. Tugasan ini telah memberi saya satu pengetahuan yang banyak tentang produk angkasa. Baru saya ketahui bahawa kebanyakkan teknologi yang digunakan seharian di dalam kehidupan adalah berasal daripada inovasi produk yang digunakan bagi penerokaan angkasa lepas. Saya berasa syukur dengan tugasan yang diberikan ini kerana ia memberi banyak maklumat tentang teknologi angkasa lepas.Pada peringkat kedua, saya perlu membaca setiap artikel yang telah saya perolehi itu. Saya telah mengambil masa selama lima hari untuk selesai membaca semua artikel tersebut. pada peringkat ini saya menghadapi sedikit masalah untuk memahami artikel dalam bahasa Inggeris. Ini kerana saya perlu membuat rujukan tentang beberapa perkataan yang saya tidak fahami. Contohnya Hypohidrotic Ectodermal Dysplasia. Saya tidak memahami maksud perkataan ini. Ini secara tidak langsung akan menganggu kelancaran saya menyiapkan tugasan saya ini. Masalah ini saya atasi dengan menggunakan google translate dan membuat rujukan di dalam kamus sains berbahasa melayu.Selesai peringkat kedua, saya mengorak langkah ke peringkat ketiga. Pada peringkat ini saya perlu memilih satu daripada lima produk sampingan teknologi angkasa. Saya memilih teknologi satelit sebagai produk sampingan dari teknologi angkasa. Bagi meningkatkan lagi kefahaman dan menambah maklumat mengenai satelit, saya telah meningkatkan pencarian saya tentang satelit di laman web dan buku- buku ilmiah. Terus terang dapat saya katakan bahawa saya memperolehi banyak ilmu melalui carian di laman web daripada buku- buku ilmiah. Pada peringkat ketiga ini saya telah menghadapi kesukaran untuk menyusun maklumat yang saya telah perolehi. Seperti biasa, saya meminta nasihat daripada pensyarah saya Dr Chua bagi mengatasi masalah ini. Nasib baik beliau tidak lokek mencurah ilmu kepada saya. Beliau telah membimbing saya dan rakan- rakan sekelas saya bagi menyusun maklumat yang diperlukan bagi menghuraikan tentang teknologi yang dipilih.Setelah mendapat bimbingan dari Dr Chua, saya pun mula menyiapkan tugasan yang diberi dengan membuat pindahan maklumat dari artikel yang diperolehi kepada bentuk yang dikehendaki oleh pensyarah saya. Setelah selesai, saya memeriksa tugasan saya bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang berlaku. Saya mengharapkan tugasan yang saya lakukan ini akan memenuhi kriteria yang ditetapkan unutuk memperolehi jumlah markah yang maksimum.

Selain daripada membuat tugasan berbentuk ilmiah, saya juga menjalani kegiatan amali. Aktiviti ini dijalankan untuk mencerap bintang di angkasa. Aktiviti ini telah dijalankan di Bukit Bendera, Pulau Pinang bersama rakan kelas PPG yang lain. Pensyarah dari USM Pulau Pinang menganjurkan aktiviti ini member banyak input kepada saya dan rakan- rakan tentang peralatan mencerap bintang, teknik mencerap bintang dan yang paling utama penerangan panjang lebar mengenai dunia angkasa lepasa dari pensyarah tersebut. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Dr Chua Chong Sair, Dr Chong pensyarah dari USM Pulau Pinang serta rakan- rakan sekelas atas segala ilmu dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya mempelajari subjek SCE 3110 serta membantu saya menyiapkan tugasan yang telah diberi.