RPH Inkuiri Penemuan Ukuran

4
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TOPIK Panjang SUB TOPIK Penukaran unit melibatkan unit piawai 1. Sentimeter (cm) kepada millimeter (mm) MASA 1 JAM A. OBJEKTIF Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid boleh: 1) Membuat hubung kait di antara unit cm dan mm iaitu 1 cm = 10 mm 2) Menukar unit cm kepada mm 3) Murid dapat menjawab 8/10 soalan dengan betul B. KANDUNGAN PENGAJARAN 1. Kepelbagaian pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran ukuran dan sukatan Tahun 4 mengikut subtopic : a) Inkuiri penemuan – mencari hubungan di antara unit cm dan mm. b) Pembelajaran masteri – memahami dan melaksanakan aktiviti pertama dengan jelas baru ke aktiviti yang setaranya. c) Pembelajaran koperatif – melaksanakan tugasan dalam kumpulan. C. KAEDAH Hands-on, perbincangan, pembelajaran koperatif

Transcript of RPH Inkuiri Penemuan Ukuran

Page 1: RPH Inkuiri Penemuan Ukuran

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMEGURU-GURU SEKOLAH RENDAHBAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUSKURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN

MATEMATIK TAHAP DUA

SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU

TOPIK Panjang

SUB TOPIK Penukaran unit melibatkan unit piawai

1. Sentimeter (cm) kepada millimeter (mm)

MASA 1 JAM

A. OBJEKTIF

Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid boleh:1) Membuat hubung kait di antara unit cm dan mm iaitu 1 cm = 10 mm2) Menukar unit cm kepada mm3) Murid dapat menjawab 8/10 soalan dengan betul

B. KANDUNGAN PENGAJARAN

1. Kepelbagaian pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran ukuran dan sukatan Tahun 4 mengikut subtopic :

a) Inkuiri penemuan – mencari hubungan di antara unit cm dan mm.b) Pembelajaran masteri – memahami dan melaksanakan aktiviti pertama dengan jelas

baru ke aktiviti yang setaranya.c) Pembelajaran koperatif – melaksanakan tugasan dalam kumpulan.

C. KAEDAH

Hands-on, perbincangan, pembelajaran koperatif

D. BAHAN PENGAJARAN

Lembaran kerja, buku teks

E. ALATAN

Pembaris, pensel, stapler, klip ketras, straw, gelas, payung, lori mainan

F. PENILAIAN

Page 2: RPH Inkuiri Penemuan Ukuran

1) Interaksi secara lisan 2) Penyemakan lembaran kerja

- Penyemakan hasil kerja- Penerangan hasil kerja kumpulan

G. RUMUSAN / REFLEKSI

TAJUK : PANJANG

SUB TOPIK : HUBUNGAN ANTARA UNIT PANJANG

TEMPOH : 60 MINIT

OBJEKTIF : MURID BOLEH:

1) Menukar unit sentimeter (cm) kepada unit milimeter (mm)

Aktiviti pengajaran1.1

1. Set induksi :Guru meminta murid menganggarkan panjang objek yang ditunjukkan. Murid memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada masing-masing.

Seterusnya guru meminta murid meneka objek yang terdapat di dalam kotak. Murid meneka objek tersebut dan memperkenalkan standard unit cm dan mm kepada murid.

2. Langkah 2 – inkuiri penemuan :a) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan pelbagai kecerdasan. Setiap kumpulan

dibekalkan dengan pembaris.

b) Murid dikehendaki mencari hubungan panjang di antara 2 unit. Murid dikehendaki merekodkan bacaan di dalam jadual yang disediakan.

c) Guru mengedarkan set soalan dan sebuah kotak yang mengandungi sebatang pembaris, stapler, klip kertas, straw, gelas dan pensel kepada setiap kumpulan. Murid, menjalankan aktiviti pengukuran berdasarkan alatan yang diberikan.

Payung Lori mainan

Page 3: RPH Inkuiri Penemuan Ukuran

Contoh Jadual:

Objek Jumlah panjang (cm) Jumlah panjang (mm)

d) Berdasarkan keputusan yang diperolehi, guru meminta murid mencari perkaitan di antara unit cm dan mm.Murid dibimbing membuat rumusan perkaitan antara cm dan mm iaitu:1 cm = 10 mm.Guru mengemukakan soalan kepada murid:1) Berapakan jumlah panjang payung yang diukur? (dalam cm)2) Berapakan pula jumlah panjang payung selepas ditukar kepada unit mm?

Ulangi dengan ukuran lori mainan.

Contoh :1) 60 cm = 600 mm

1 cm = 10 mm, maka 60 cm x 10 = 600 mm

3. Langkah 3 – pengajaran masteri :Guru mengedarkan set soalan dalam bentuk kad imbasan kepada setiap kumpulan. Murid menjalankan perbincangan di dalam kumpulan dan membentangkan jawapan mereka di atas kad jawapan.

Contoh soalan :

4. Langkah 4 –a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Murid dikehendaki menjawab

soalan latih tubi itu mengikut tempoh masa yang disediakan.b) Jawapan dibincangkan bersama.

5. Penutup –a) Guru merumuskan hasil setiap kumpulan b) Murid perlu bekerjasama untuk mendapatkan jawapanc) Murid menghargai hasil kerja kumpulan lain

12 cm = ________mm 6.5 cm = ________mm 5.5 cm = ________mm