SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan...

50
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com] SOALAN 1 Huraikan sumbangan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia A. PENGENALAN ( 3 Markah ) 1. Manusia dikatakan menyara hidup dengan memburu binatang dan memunguthasil hutan yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan mereka berubah yang bermula pada 7000 S.M hingga 3500 S.M.Pada zaman manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. 2. Manusia kini mula mengeluarkan keperluan makanan mereka sendiri melalui aktiviti pertanian yang melibatkan bercucuk tanam dan menternak binatangmenyebabkan mereka tinggal menetap di kampung-kampung tanpa perlu lagi berpindah-randah untuk mencari sumber makanan mereka. 3. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal manusia. B.ISI : SUMBANGAN MASYARAKAT NEOLITIK ( 7 isi X 3 =21 Markah ) 1. Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia Barat. Di kawasan utama seperti Jericho,Catal Huyuk,Iran,Syria,Mesir dan Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing,biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk. 2. Memajukan aspek teknologi Pada Zaman Neolitik penemuan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian. Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka. Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah. 3. Mewujudkan perkampungan tetap Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.

Transcript of SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan...

Page 1: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

1

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 1

Huraikan sumbangan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia

A. PENGENALAN ( 3 Markah )

1. Manusia dikatakan menyara hidup dengan memburu binatang dan memunguthasil hutan

yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan

mereka berubah yang bermula pada 7000 S.M hingga 3500 S.M.Pada zaman manusia

mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara bercucuk tanam dan menternak

binatang.

2. Manusia kini mula mengeluarkan keperluan makanan mereka sendiri melalui aktiviti

pertanian yang melibatkan bercucuk tanam dan menternak binatangmenyebabkan mereka

tinggal menetap di kampung-kampung tanpa perlu lagi berpindah-randah untuk mencari

sumber makanan mereka.

3. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam

dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi

dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan

tamadun awal manusia.

B.ISI : SUMBANGAN MASYARAKAT NEOLITIK ( 7 isi X 3 =21 Markah )

1. Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian

Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai

sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia Barat.

Di kawasan utama seperti Jericho,Catal Huyuk,Iran,Syria,Mesir dan Iraq manusia

mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing,biri-biri

dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan

Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

2. Memajukan aspek teknologi

Pada Zaman Neolitik penemuan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah

meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian.

Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu

meringankan tugas mereka.

Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau

membajak sawah.

3. Mewujudkan perkampungan tetap

Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula

membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur

terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.

Page 2: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

2

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Manusia tidak perlulagi hidup secara nomadik kerana kini dapat menyara hidup

daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal

mereka.Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di

samping dapat mengawal perubahan musim.

4. Mewujudkan pertambahan penduduk

Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan

manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam.

Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil,selamat dan

terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain.

Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.

Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada

sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin

kompleks seperti bentuk negara kota.

5. Mewujudkan pengkhususan kerja

Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yang

menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagian

penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatan

kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.

Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

6. Mewujudkan organisasi sosial

Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan berlaku

pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran dan

kebolehan seseorang.

Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua

anggota masyarakat.

Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada

ancaman.

Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.

7. Mewujudkan institusi pemerintahan

Pada zaman ini juga lahir institusi pemerintahan,pendidikan,keagamaan dan

sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar

mereka seperti bencana alam (banjir,kemarau).

Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa.

Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan paderi

dengan pengetahuannya.

8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan

Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-

dewi.

Page 3: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

3

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama

dan simbol-simbol pemujaan.

Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil

pengeluaran pertanian.

9. Mewujudan petempatan bandar

Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan

bilangan penduduk.

Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah

menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti bandar

Catal Huyuk.

10. Mengasaskan sistem tulisan Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula

kelahiran sistem tulisan. Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku. Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.

Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacarakeagamaan dan harta kuil.

Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodtentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

C.KESIMPULAN ( 1 Markah )

Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia

mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain

seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya.

Page 4: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

4

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 2

Bincangkan struktur organisasi sosial dalam tamadun Indus dan tamadun China.

A) Pengenalan (3 markah)

1. Peranan masyarakat merujuk kepada organisasi sosial @ stratifikasi sosial sesebuah

masyarakat.

Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapalapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup,pekerjaan , dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujukkepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yangberbeza dari segi kuasa, harta, penilaian sosial, dan kepuasan rohani.

Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak zaman Neolitikberikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diridalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakatsama ada pemerintah dan pendeta yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untukmenguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untukmelindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanyapetani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.

Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalanpengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaranmelaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.

2. Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .

B) Isi

A) Struktur organisasi sosial Tamadun Indus (5 isi x 2 markah)

1. Golongan Pendeta

Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahandan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yangdianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengantuhan ataupun dewa.

Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendetabertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undangyang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.

Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, keranainstitusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan olehgolongan petani ataupun hamba.

Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yangdikumpulkan dalam jelapang.

Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialahmenyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.

Page 5: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

5

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Golongan Pedagang

Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalammasyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidupdalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama adagolongan buruh yang merdeka atau hamba.

Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdaganganyang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golonganpendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.

Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambangbercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayaimenjadi azimat yang ada kuasa sakti.

3. Golongan petani

Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan olehgolongan pedagang.

Biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik. Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para

pendeta.

4. Golongan buruh

Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas sepertimenghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.

5. Golongan hamba Kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani

dijalankan oleh hamba.

6. Mengikut kasta

Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat Indus dipengaruhioleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaanmereka.

Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yangberurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besardalam bidang politik dan pemerintahan.

Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugasketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapimusuh tatkala diancam.

Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yangmempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang

Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanyamerujuk kepada golongan petani.

Kasta-kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelasatasan dan bawahan adalah amat terbatas.

Page 6: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

6

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

B) Struktur organisasi sosial Tamadun China (5 isi x 2 markah)

1. Golongan raja

Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China. Sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun

di Mesir. Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala

arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan danhakim, mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dankepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan strukturpentadbiran

Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat daripada tuhanatau syurga.

Sekiranya berlaku bencana alam, seseorang raja itu harus ditukar sama ada secarabaik ataupun melalui pemberontakan.

Walaupun begitu, kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya(golonganaristokrat atau bangsawan) atas nama baginda.

2 .Golongan Aristokrat

Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalamsistem politik dan sosial masyarakat China

Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalambentuk alat-alat ritual dan senjata

Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumahibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan

Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyakpengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudalyang diamalkan pada masa itu .

3. Golongan cerdik pandai

Kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberinasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku.

Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlahgolongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .

Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikirandi China seperti Confuciunisme, Taoisme, Legalisme, Moisme, dan Menciusme.

4. Golongan petani

Golongan bawahan yang terpenting dalam masyarakat China yang menjadikanorganisasi di sini agak unik.

Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakanasas kepada kehidupan manusia.

Page 7: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

7

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Golongan artisan@ tukang-tukang mahir Bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.

6. Golongan pedagang

Diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengautkeuntungan daripada rakyat.

Mereka tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.

7. Golongan hamba, pelacur dan pelakon

Golongan ini dipandang lebih hina kedudukannya dan tidak mendapat tempat di sisimasyarakat.

8. Golongan wanita

Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki. Hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri. Dari aspek kekeluargaan pula, golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak

dibenarkan berkahwin lebih dari seorang wanita.

C) Kesimpulan : (2 markah)

Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks. Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu

perkembangan tamadun yang lebih hebat.

Page 8: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

8

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 3

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah Maurya untukmengukuhkan empayarnya.

PENGENALAN (3 markah)

1. Konsep empayar: Empayar merujuk dasar pemerintahan kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang

maharaja yang berkuasa dan berwibawa. Farmer dalam bukunya “ComparativeHistory in Civilization” mentakrifkannya sebagai entiti-entiti politik yang besarsebagai empayar sejagat kerana dapat menyatukan zon-zon budaya yangluas.Empayar mempunyai wilayah yang luas hasil peluasan kuasa oleh tentera danpemerintahan yang kukuh.

Antara ciri utama sistem pemerintahan empayar ialah sistem pemerintahan empayarberlaku dalam 3 bentuk iaitu dinasti, perkongsian kuasa dan liga, pelaksanaankonsep hegemoni(penduduk-penduduk yang hidup di dalam empayar itu mengalu-alukan pemerintahannya), menggunakan kekuasaan tentera, pemusatan kuasakerajaan, wujudnya sistem birokrasi, memupuk semangat ketahanan mental, fizikaldan spiritual.

2. Latar belakang empayar Maurya Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 S.M Diasaskan oleh Chandragupta Maurya. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga

iaitu Asoka. Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 S.M dengan gelaran Devanampiya

Plyadasi. Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang agung

melalui perluasan kuasa, keagamaan dan pembaharuan sistem politik.

ISI:

Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Pemerintah Empayar Maurya (7isi x 3 markah)

1. Mengukuhkan ketenteraan Terdapat 4 jenis tentera iaitu tentera bergajah, tentera berkuda (Kavalri), kereta

kuda dan infantri (berjalan kaki) Terdapat unit-unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan

komisariat. Penggunaan gajah membantu memecahkan barisan tentera, meruntuhkan kubu,

pintu kota dan benteng pertahanan. Pasukan kavalri menentukan kejayaan. Kekalahan Maharaja Porus kepada

Iskandar Zulkarnain disebabkan kelemahan tentera kavalri. Kereta kuda digunakan secara meluas pada zaman Maurya. Raja-raja India mempunyai angkatan tentera/bilangan yang besar seperti

Chandragupta Maurya (600 000 askar), Rajaraja 1 (900 000 askar) danMahendrapala (800 000 askar)

Wujud pentadbiran tentera (logistik) yang efisyen. Terdapat perkhidmatanperubatan, jurutera dan tukang2 masak.

Page 9: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

9

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Terdapat pelbagai jenis peralatan tentera seperti meriam, kayu pelantak, busur,panah beracun, pedang, tombak dan lembing.

Terdapat organisasi ketenteraan yang sistematik iaitu Pati(unit tentera yangpaling asas), Senamuka (gabungan tiga Pati), Gulma (gabungan tiga Senamuka)dan Aksauhini (gabungan tiga Gulma).

Ketua pasukan tentera ialah Panglima Agung. Beliau dibantu oleh panglimaKapten. ( Nayaka dan Pandanayaka)

2. Melaksanakan pentadbiran birokrasi Memperkemaskan pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai kerajaan bagi

membantu maharaja di peringkat sama ada pusat mahupun wilayah. Contoh,pelantikan gabenor di wilayah.

Memperkenalkan undang-undang. Sebagai contoh, mengukir doktrin-doktrinBuddha di atas batu, tiang-tiang dan gua-gua di seluruh empayar pada zamanAsoka.

3. Memantapkan kepimpinan Memperkukuh konsep devaraja iaitu raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi. Peranan dan kebijaksanaan raja dalam mentadbir. Contoh: Chandragupta Maurya dan Asoka

4. Pemusatan sistem pemerintahan Berlaku pemusatan sistem pemerintahan iaitu semua urusan pentadbiran tertakluk

kepada maharaja di peringkat pusat. Di samping itu, pemerintahan tempatan juga dikekalkan.

5. Pemantauan Dilaksanakan di peringkat pusat dan wilayah. Tujuannya untuk mengelakkan pemberontakan.

6. Menjaga kebajikan rakyat Kebajikan rakyat dijaga. Tujuannya untuk membangkitkan taat setia kepada raja. Contoh menyediakan peluang pekerjaan, membina hospital dll.

7. Mempraktikkan ajaran agama Buddha Asoka mengamalkan agama Buddha. Asoka percaya ajaran yang menekankan aspek kemanusiaan dan nilai-nilai murni

mampu mengukuhkan empayar. Asoka juga menghantar misi-misi keagamaan ke negara luar dengan melantik

mubaligh-mubaligh Buddha untuk menyebarkan agama Buddha. Contoh,menghantar misi ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah Timur.

8. Dasar Diplomasi Perkahwinan politik. Asoka mengubah polisi penaklukan secara kekerasan kepada penaklukan secara

righteounesness (menawan kerajaan-kerajaan berdasarkan hubungan persahabatandengan negara-negara jiran).

Page 10: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

10

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

9. Menggalakkan kegiatan ekonomi Perdagangan, pertanian dan perusahaan.

KESIMPULAN (1 markah)Langkah-langkah yang telah diambil oleh pemerintah pada zaman empayar Maurya berjayamenjadikan empayar Maurya sebagai empayar yang kuat.

Page 11: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

11

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 4

Huraikan idea-idea ketenteraan yang dipelopori oleh Kautilya dalam tamadun India.

PENGENALAN (3 markah)

1. Kautilya merupakan pemikir ketenteraan agung dalam tamadun India2. Dikenali juga sebagai Chanakya3. Pernah berkhidmat sebagai menteri kepada pengasas empayar Maurya iaitu Chandragupta

Maurya4. Menghasilkan karya terkemuka iaitu Arthasastra (Science of Gain / Power)5. Dihasilkan untuk pemerintahan Maurya pada abad ke-3 S.M agar dapat menjalankan

pentadbiran dengan sistematik dan teratur.6. Kitab Arthasastra terdiri daripada 15 bahagian yang membicarakan tentang pemerintahan

dan ketenteraan

ISI:Idea Ketenteraan Yang Dipelopori Oleh Kautilya (5 isi x 4 markah)

1. Hubungan antara negara-negeri Hubungan ini adalah berasaskan 6 perkara;

i) Keamananii) Peperanganiii) Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan pertamaiv) Menyerang dahuluv) Mengadakan persekutuan dengan musuh kepada musuhvi) Dasar duaan; persekutuan atau keamanan dengan satu pihak musuh

sementara meneruskan peperangan dengan pihak yang satu lagi.

2. Empat Cara Untuk Memenangi Peperangan Cara tersebut ialah;

i) Pemujukan dan ucapan yang menawan hati.ii) Rasuahiii) Menyemai benih pepecahaniv) Persengketaan

Apabila semuanya gagal, baru berperang.

3. Mengetahui Kekuatan Seorang penakluk harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dan tentera

musuhnya. Melakukan serangan apabila berkesempatan/ada peluang.

4. Kemahiran Dalam Komplot Kemahiran ini adalah lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan. Jika dalam suatu pertempuran menandakan tiada tanda-tanda kemenangan,

seorang raja harus menjalankan peperangan yang tidak jujur. Contohnya dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai, tukang

masak dan segala isi istana untuk melemahkan musuh.

Page 12: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

12

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Mengaitkan peperangan dengan aspek spiritual dan keagamaan. Pahlawan-pahlawan Hindu percaya kepada perlunya berjuang sehingga mati

dalam usaha untuk memenuhi matlamat spiritual dan keagamaan. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri daripada rantai

kelahiran semula dan mencapai nirvana. Banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti kerajaan Rajput

dan Marathas.

6. Dasar kekejaman Untuk menghadapi musuh “bheda” digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh

dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan

kekerasan konsep “danda” iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat ataumusuh.

7. Memperkenal teori “mandala” Menurut Kautilya, pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan

musuh negara yang diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

KESIMPULAN (2 markah)

1. Idea Kautilya dalam kitab Arthasastra banyak membantu pemerintah Maurya dalamusaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

Page 13: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

13

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 5

Bincangkan perubahan yang berlaku daripada sistem barter kepada sistem kapitalis di

Eropah sehingga tahun 1800 Masihi.

PENGENALAN (3 markah)

1. Definisi sistem barter – sistem tukar barang ketika aktiviti jual beli dijalankan.2. Definisi sistem kapitalis

sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan olehindividu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan.

Sistem kapitalis juga berdasarkan kuasa pasaran bebas “laissez faire” dalammenentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburandan pendapatan.

ISI: Perubahan yang berlaku dari sistem barter kepada sistem kapitalisme di Eropah

sehingga tahun 1800 Masihi (7 isi x 3 markah)

1. Sistem Barter Perdagangan bermula apabila manusia mula keluar daripada ekonomi sara diri. mereka mula menukarkan barang yang dihasilkan utk mendapatkan barangan

keperluan yang lain. Kegiatan menukar barang seperti ini dikenali sebagai sistem barter.

2. Mata Wang Sebagai Alat Pengukur Perdagangan berasaskan sistem barter diamalkan secara meluas di Eropah

sebelum kemunculan tamadun Greco-Roman Sistem barter ini mula berubah apabila mata wang digunakan sebagai alat

pengukur nilai pada zaman itu. Tetapi kegiatan perdagangan berasaskan system ini masih diamalkan di Eropah

sehingga abad ke-15/16 khususnya di kawasan pedalaman.

3. Penggunaan Mata Wang Secara Meluas Sistem barter merosot apabila mata wang digunakan secara meluas dalam abad

ke-18 dan seterusnya.

4. Kemunculan Semula Bandar-bandar di Eropah Kemunculan semula Bandar-bandar di Eropah khususnya di Itali pada abad ke–

13 telah membawa perubahan besar ke atas sistem perdagangan di Eropah. Di bandar-bandar inilah munculnya golongan saudagar baru yang meluaskan

kegiatan mereka ke seluruh Eropah. Di sini munculnya institusi perniagaan seperti bank, syarikat insurans, persatuan

saudagar dan sebagainya yang memudahkan lagi urusan pertukaran baranganyang berasaskan kepada penggunaan mata wang.

Di bandar-bandar Itali inilah terasasnya sistem ekonomi kapitalisme yangkemudiannya meluas ke seluruh Eropah.

Page 14: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

14

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Kebebasan Saudagar-saudagar di Itali memperolehi kebebasan menjalankan kegiatan

mereka. Pihak berkuasa tidak menghalang kebebasan para saudagar untuk berurus niaga,

mengumpulkan kekayaan dan meluaskan kegiatan mereka.

6. Institusi Bank Dengan dibantu oleh institusi bank dan perniagaan lain, saudagar dapat

menjalankan kegiatan dengan lebih mudah. Contohnya, bank-bank memberikan pinjaman modal dan mengeluarkan bil-bil

pertukaran kepada saudagar-saudagar.

7. Syarikat Insuran Syarikat insuran mengeluarkan jaminan ke atas modal saudagar-saudagar untuk

mengurangkan risiko mereka. Dengan kemudahan-kemudahan ini, hubungan perdagangan menjadi lebih

teratur dan berjalan dengan licin.

8. Kemunculan Negara Bangsa Kejatuhan wilayah-wilayah feudal dan kemunculan sistem negara kebangsaan

Eropah dalam abad ke-14/15 Hal ini menggalakkan kepada perkembangan perdagangan apabila terhapusnya

pelabagai bentuk halangan ke atas perdagangan yang diwujudkan oleh sistemfeudal dahulu.

9. Peranan Pemerintah Berikutan dengan kejatuhan feudalisme di Eropah, kegiatan perdagangan

menjadi unsur penting dalam aktiviti-aktiviti ekonomi di Eropah. Pihak pemerintah (raja mutlak) tidak sahaja memberikan galakan kepada

perdagangan tetapi juga melindunginya.

10. Keseragaman dalam Timbangan, Sukatan & Peraturan Perdagangan menjadi lebih mudah apabila ada keseragaman dari segi kaedah

timbang dan sukat, peraturan dan undang-undang yang melindungi hak pemilik-pemilik komoditi dan modal.

Terdapat juga institusi-institusi yang berfungsi dari segi menyediakankemudahan-kemudahan kredit dan kewangan.

Kemunculan unsur-unsur tersebut menjadi asas kepada perkembangan sistemperdagangan di bawah ekonomi kapitalisme di Eropah.

Kesimpulan (1 markah)

Sistem kapitalis berjaya melahirkan golongan pedagang yang kaya di Eropah.

Page 15: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

15

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 6

Bincangkan sistem pendidikan di Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani.

Pendahuluan (3 markah)

Tamadun Yunani terletak di tepi sungai Tibet di Lembah Latium. Dua buah kota yang terletak pada zaman Yunani ialah Athens dan Sprata. Kedua-dua mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri. Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya

melahirkan cendekiawan. Latarbelakang Negara kota Athens dan Sparta: Athens danSparta merupakan dua buahnegara kota Yunani yang paling menonjol.

Latar belakang Pemerintahan AthensMuncul antara 800 – 500SM.Merupakan sebuahnegara yang bercorak agraria atau mengutamakan

Latar Belakang SpartaMuncul antara 800-500SM. Mengamalkan pemerintahan yangbercirikan autoritarian dan menggunakan

Isi-isi penting

A. Sistem pendidikan Athens (10 markah - impression)

1. Dasar pendidikan Pendidikan bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna dari segi

perkembangan tubuh dan minda harmoni. Penekanan diberikan kepada ilmu, seni, muzik dan kesukanan. Athens mahu melahirkan warga yang serba boleh dalam pelbagai bidang

pendidikan.

2. Kurikulum Kurikulum negara kota Athens berbeza mengikut usia pelajar. Kurikulum di sekolah rendah menekankan latihan fizikal, muzik, pembacaan,

ucapan, mengira dan retorik. Kurikulum peringkat menengah bagi pelajar berusia 18 hingga 20 tahun

menekankan latihan fizikal dan sukan pentathlon. Kurikulum bagi pelajar berusia 20 hingga 30 tahun meliputi subjek sains, aritmetik,

geometrid dan astronomi.

3. Institusi pendidikan Institusi pendidikan di Athens terdiri daripada;

- Institusi pendidikan lama Athens.- Institusi pendidikan baru Athens.

Institusi pendidikan lama Athens adalah seperti berikut;- Sekolah bagi kanak-kanak berusia 7 tahun. Kanak-kanak diberi latihan fizikal

yang ringan dan permainan.- Sekolah bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.Kanak-kanak diberi

latihan gimnastik.- Sekolah bagi kanak-kanak berusia 15 tahun. Kanak-kanak mempelajari

pentathlon dan kemahiran membaca dan menghafal.

Page 16: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

16

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

- Univeristi bagi pelajar berusia 18 tahun.Pelajar mempelajari muzik, membaca,menulis dan mengira.

Institusi pendidikan baru terdiri daripada ;- Sekolah yang menekankan pembelajaran bacaan, penulisan, aritmatik dan

menghafal sajak serta syair.- Akademi atau sekolah pendidikan tinggi.

4. Tenaga pengajar- Pada zaman Solon, pengajar di sekolah dikenali sebagai sofis.- Sofis terkenal adalah Protogoras dan Gorgias.- Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre.- Pelajar juga dibimbing oleh hamba yang dikenali sebagai poedagogus.- Guru-guru akan mengajar pelajar menulis dan menyalin serta menghafal tanpa

memahami maksud. Peringkat sekolah Sekolah rendah

Pelajar belajar tinju dan muzik Waktu belajar dari pagi hingga petang Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta

menghafal tanpa mengetahui maknanya.

Peringkat menengah Pelajar berusia 15 tahun. Pelajar belajar di gimnasium Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal

ialah Protogoras dan Gorgias. Kurikulum meliputi aspek tatabahasa, retorik dan pidato.

Tahap pendidikan Tahap lama (abad kelima hingga keenam S.M.)

Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastik. Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik,

membaca, mengira dan menulis. Tahap kedua (abad keempat hingga 338 M)

Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacarakehidupan awam.

Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik. Solon mengasaskan Cynossarges. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana

dan Lyre. Pada umumnya sekolah di Athens di bawah penyeliaan

negara, khususnya Majlis Areopajus.

Page 17: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

17

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

B. Sistem pendidikan Sparta (10 markah – impression)

1. Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanak-kanak agarberani.Pendidikan awal biasanya bermula daripada keluarga.

2. Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera. Kurikulum Spartamenekankan latihan fizikal. Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-carapeperangan.Peperiksaan setiap 10 hari.Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupanmiliter sebenar.Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin.

3. Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar aktivitisukan.Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat,dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.

KESIMPULAN (2 markah)

Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukanwarga melalui pendidikan.

Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani. Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat dan berguna kepada

bangsa.

Page 18: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

18

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 7

Bandingkan faktor-faktor penerokaan dan penjelajahan antara tamadun Barat dengan

tamadun Islam.

PENGENALAN [ 3 markah]

1. Pelayaran bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat denganmenggunakan laluan air.

2. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yangbaru dijumpai atau diduduki.

3. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Barat4. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Tamadun Islam.

ISI:

Perbandingan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang

Islam.[ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Agama

Orang Barat

Penjelajahan juga didorongkan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian.

Orang-orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri-negeri Islam diIberia -

untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam.

Didasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa

Kristian, maka penyebaran agama Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu

kuat.

Contohnya, mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk

menghancurkan kuasa Islam.

Orang Islam

Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam.

Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke

Yaman untuk kegiatan dakwah.

Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang

menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam.

Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka,

Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik

Jawa.

Page 19: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

19

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Ekonomi

Orang Barat

Orang Eropah amat memerlukan barangan yang dihasilkan di Timur khususnya

rempah- ratus.

Permintaan yang tinggi untuk rempah-ratus membuat negara2 Eropah

berlumba2. Rempah-ratus diperlukan untuk mengawet makanan.

Selain itu, mereka juga memerlukan barangan lain seperti ubat-ubatan, kapas dsb.

Menjelang abad ke-15, pemintaan untuk barang-barang dari timur melebihi

pembekalan.

Pedagang2 Islam dan Italy menguasai pedagangan dengan Timur.

Mereka meraih keuntungan yang besar dengan menjual barang2 tersebut padaharga

yang tinggi.

Kemajuandalam bidang sains teknologi melahirkan

semangat ingin tahu dalam kalangan orang Eropah untuk meneroka kawasan-

kawasan baruyang belum pernah diterokai.

Mereka tidak mahu bergantung kepada pedagang2 Arab. Oleh itu negara-

negara Eropah ingin mencari jalan laut ke Timur untuk meperoleh barang-

barang tersebut pada kadar harga yang rendah dan memecah monopoli saudagar-

saudagar Islam.

Orang Islam

Pada zaman Khalifah Al-Walid, pada pedagang Islam telah mengadakan

hubungan perdagangan hingga ke negara China.

Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan

laut antara Timur dengan Barat. Mereka telah menjalinkan hubungan

perdagangan dengan pedagang di AsiaTenggara, India dan China.

Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

3. Dorongan

Orang Barat

Golongan pemerintah/raja menggalakkan penjelajahan terutama ke Timur untuk

mewujudkan kestabilan politik dan meningkatkan kekayaan negara.

Golongan pemerintah menggalakkan individu2 untuk menjelajah ke dunia baru.

Mereka dijanjikan kekayaan dan pangkat jika berjaya menubuhkan jalinan

perdagangan dengan kawasan baru.

Contoh; Vasco da Gama telah diberi gelaran Count of Vidiguira kerana

kejayaannya menemui jalan ke India dan dilantik menjadi wizurai di India.

Page 20: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

20

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Orang Islam

Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan

penerokaan.

Firman Allah dalam Surah al- Jumuah ayat 9, Surah al- Mukmin ayat 82 dan Surah

al- Haj ayat 46. Firman Allah yang bermaksud; katakanlah :Berjalanlah di muka bumi

maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya.

Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.

4. Ingin tahu / inkuiri

Orang Barat

Faktor Zaman Renaissans yang bermula pada kurun ke-13 M menggalakkan

munculnya semangat inkuiri atau ingin tahu terutamanya tentang hal wujudnya tanah-

tanah di luar Eropah yang belum diketahui.

Semangat Renaissans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang-orang

Eropah.

Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa

Eropah bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean.

Dunia pada masa itu dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang

mengelilingi Lautan Mediterranean.

Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat

baru untuk memperluaskan pengaruhnya.

Orang Islam

Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan

mereka.

Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dan sebagainya.

Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan

lain.

5. Politik

Orang Barat

Untuk meluaskan kuasa politik, mereka berlumba-lumba untuk menjajah kawasan

baru.

Mereka bersaing agar kawasan baru tidak ditakluki oleh orang-orangIslam.

Orang Portugis percaya kejayaan dapat belayar jauh dan mempunyai tanah jajahan

yang luas merupakan satu kebanggaan(glory).

Orang-orang Inggeris datang ke Timur untuk mencari tanah jajahan dan menjadi

kuasa baru.

Page 21: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

21

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Orang Islam

Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh

pemerintah Islam.

Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan

khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam.

Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai

oleh Islam.

6.Persaingan

Orang Barat

Negara2 Bangsa seperti Portugal, Sepanyol, England dan Perancis bersaing antara

satu sama lain untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan

Amerika.

Tujuannya untuk mendapatkan bahan-bahan mentah seperti rempah-ratus, sutera,

tembikar dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

Orang Islam

Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol

untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur.

Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.

Kesimpulan [ 2 markah]

1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas barudalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan sertapeningkatan ekonomi masyarakat Islam.

2. Penjelajahan dan pelayaran kuasa-kuasa Eropah telah meninggalkan pelbagai kesandari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, kuasa2 Eropah sepertiInggeris, Portugal, Sepanyol dan Belanda menjadi kuasa penjajah di luar benua Eropah.

Page 22: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

22

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 8

Jelaskan jenis-jenis seni bina yang terdapat dalam tamadun Mesir.

Pengenalan (3 markah)

1. Pengertian seni bina Merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk yang

menyenangkan. Seni dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan sehingga dapat

melahirkan kesenangan Kesenian dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni gunaan. Seni bina merupakan seni gunaan. Seni bina yang dihasilkan berasaskan kepada aspek kecantikan, ekspresi dan

kegunaan.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan seni bina:i. Proses urbanisasiii. Faktor keagamaaniii. Ancaman musuh dan binatang buasiv. Perkembangan kegiatan ekonomiv. Kemunculan organisasi sosialvi. Kewujudan negara kota dan sistem pentadbiran

3. Latar belakang seni bina tamadun Mesir Tamadun Mesir merupakan antara tamadun di dunia yang amat cemerlang dalam

menghasilkan seni bina mereka yang unik dan luar biasa. Masyarakat Mesir mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Hal ini terbukti dengan adanya monumen-monumen yang masih utuh, tersergam

indah hingga ke hari ini. Imhotep, penasihat utama (wazir) kepada Firaun Djoser merupakan jurubina dan

arkitek pertama di Mesir yang mula-mula sekali merangka bangunan batu.

Isi - Jenis-Jenis Seni Bina Yang Terdapat Dalam Tamadun Mesir (5 isi x 4 markah)

1. Candi Mereka mula menggunakan batu-bata untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Candi didirikan terutama sekali di atas kubur-kubur golongan bangsawan. Candi-candi mempunyai beberapa bilik untuk menyimpan harta benda yang

dimiliki oleh si mati. Mereka membina tembok-tembok di sekeliling tempat tinggal mereka termasuk

rumah-rumah berhala di stana dan istana.

Page 23: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

23

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Mastaba Menjelang permulaan zaman dinasti, sejenis candi yang dikenali sebagai

mastaba mula didirikan. Mastaba yang terawal sekali dibina di Sakkara. Mastaba ini mempunyai lima buah bilik di bahagian kuburnya. Manakala di bahagian atas terdapat 27 bilik stor. Dua buah tembok didirikan mengelilingi mastaba tersebut. Mastaba tersebut dibina berdasarkan kepada model rumah kediaman. Mengikut kepercayaan orang Mesir, mastaba ialah rumah bagi orang yang

meninggal dunia Pembinaan mastaba mengalami perubahan pada zaman dinasti kedua dan ketiga. Menjelang dinasti keempat, ramai golongan bangsawan mendirikan mastaba

dengan menggunakan batu. Batu menjadi bahan eksklusif yang digunakan oleh golongan diraja sahaja.

3. Piramid Kebanyakan piramid mula dibina antara tahun 3000 S.M hingga 2000 S.M. Piramid bertingkat merupakan menara batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina oleh Wazir Imhotep bagi Djoser. Piramid mempunyai ketinggian 67 meter dan terdapat 6 tingkat. Piramid terletak di tengah-tengah kompleks bangunan seperti mastaba, istana,

dewan dan rumah ibadat. Salah sebuah piramid terbesar yang dibina di Giza adalah Firaun Khufu yang

didirikan meliputi kawasan 13 ekar. Piramid tersebut dibina menggunakan sejuta blok batu kapur yang setiap satunya

seberat 2 tan. Pembinaan piramid bertujuan untuk menyimpan mayat-mayat raja-raja mereka

yang dijadikan mumia. Dalam bangunan piramid tersebut terdapat lorong-lorong yang menyambungkan

bilik-bilik mayat kepada beberapa bilik lain. Jaringan lorong-lorong ini ditutup dari dalam. Hal ini bererti para pekerja yang melakukan kerja-kerja tersebut terpaksa

berkorban bersama-sama mumia Firaun mereka di dalam bilik-bilik yangberkenaan itu.

Lorong-lorong dibina bertujuan mengelakkan daripada sebarang pencerobohan. Piramid Khufu disiapkan sepenuhnya untuk jangka waktu hampir 20 tahun

dengan melibatkan kira-kira 100 ribu orang pekerja. Kebanyakan mereka mati setelah piramid tersebut siap dibina.

4. Sphinx Merupakan antara binaan-binaan yang termasyhur Dihasilkan oleh masyarakat Mesir Purba Antara tugu terkenal yang masih ada hingga ke hari ini ialah Sphinx di Gaza. Sphinx yang berbentuk singa dan berkepala manusia mempunyai muka Firaun

Khfre (Chepren) Mereka berjaya membina tiga tugu di Giza. Hampir keseluruhan Sphinx dibina berhampiran dengan tugu-tugu besar.

Page 24: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

24

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

5. Rumah-Rumah Berhala (kuil-kuil) Merupakan salah satu rekaan pembinaan yang berjaya dihasilkan oleh masyarakat

Mesir Purba. Rumah berhala dibina menghala ke sungai. Sungai memainkan peranan dalam mengangkut bahan-bahan binaan. Batu granit digunakan untuk membina bangunan-bangunan keagamaan dan

pengebumian. Dari segi pembahagian ruang, ruang pertama sesebuah rumah berhala adalah

besar, terbuka dan untuk kegunaan awam. Ruangan seterusnya semakin kecil dan rendah. Bilik yang terakhir tempat tersimpannya patung Tuhan ialah bilik yang paling

kecil dan paling gelap. orang awam dibenarkan memasuki halaman luar. Orang kehormat dan pembesar istana dibenarkan masuk ke dewan dan bilik

tengah kuil. Hanya firaun dan sami besar sahaja dibenarkan masuk tempat suci. Antara rumah berhala yang terkenal ialah kuil Amun di Luxor, kui-kuil Amun di

Karnak dan kuil Permaisuri Hatshepsut di Dier –al-Bahri. Raja Pepi I, Ratu Hatshepsut dan firaun-firaun seterusnya telah membina

rumah-rumah berhala untuk ‘Tuhan-Tuhan’ mereka.

Kesimpulan (2 m)

1. Tamadun Mesir mempunyai seni bina yang unik dan tersendiri.

2. Seni bina tamadun Mesir berbeza dengan tamadun-tamadun awal yang lain sepertitamadun Mesopotamia dan tamadun Indus.

Page 25: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

25

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 9

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

A. PENGENALAN (3 markah)

1. Definisi jahiliah – bodoh atau sesat.

a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.c. Tidak mempunyai peradaban.d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.e. Tidak boleh membaca dan menulis.

2. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi,penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

B. ISI : CIRI – CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH (7 isi X 3 markah)

1. Aspek agama dan kepercayaan.

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arabtermasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul.

Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruhharapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai danmembantu kehidupan seharian.

Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Omandan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimanadiamalkan oleh Masyarakat Parsi.

Agama Nasrani disebarkan oleh orang – orang Rom yang menjajah Hirah danGhassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapiajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman merekasendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar – saudagar yang berasal dari Palestine.Penganut asal agama ini ialah Bani Israil. Mereka mempunyai kitab suci tetapiajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang – orang Yahudi.Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benardaripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawaoleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim danputeranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanifmendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

Page 26: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

26

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Penganut agama – agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dalamkalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkanajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadappenganut ajaran lain.

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialahpenyembahanberhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan NabiIsmail a.s Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan merekadengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala – berhala daripada kayu – kayu danbatu dan diletakkan disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awaldari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahanberhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animismedan tahyul.

Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapandan terima kasih ke atas apa yang mereka terima.

Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yangditunjukan sesuatu objek.

Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yangberbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

Mereka mempercayai kepercayaan karut dan tahyul seperti percaya padapergerakan burung, mengikat tali pada pokok untuk menunjukkan taat setia isteri,percaya pada tangkal dsb.

Aspek Politik dan pentadbiran.

2. Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dalam kalanganmasyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di

kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak

mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap

tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi. Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas.

3. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan – jabatan pentadbiran dan adapemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri – ciri politiknya mempunyai unsur – unsur jahiliah.

Page 27: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

27

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

4. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yanghebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin

menguasai puak – puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji,

perdagangan dan ketenteraman yang amat penting.

5. Di samping itu ketua – ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua – ketua suku iaituMala’. Golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga

kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu

pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencarikekayaan.

Aspek Ekonomi.

6. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi

nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman.

Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itudengan pelbagai cara.

Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternakbinatang.

Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagarMakkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melaluikawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakankebendaan.

Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugaskepada anak – anaknya. Misi – misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yamandan Parsi.

Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain – lain diimport. Manakala berhala,buah tamar, kulit binatang dan lain – lain dieksport melalui pelabuhan – pelabuhan.

Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjianperdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan.

Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan

perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan

ke utara ( Syam ).

7. Pasar – pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah – buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah

mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar – pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

Page 28: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

28

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Aspek Sosial.

8. Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawandan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak – puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat

tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh dalam kalangan mereka dan menjadi ketua

bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilih dalam kalangan

anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung

menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah

dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

9. Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri – ciri jahiliah Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan

ditawan dan dijadikan hamba abdi.

10. Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang –undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Masyarakat pada masa ini melakukan akhlak yang terkeji seperti membunuh, berjudi,

berzina, merompak, minum arak dan sebagainya. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan

perjudian, pelacuran dan pembunuhan.

11. Kaum wanita dipandang hina. Wanita dijadikan sebagai barang perhiasan dan pemuas nafsu lelaki. Isteri yang kematian suami akan menjadi rebutan antara anak-anak lelaki. Bayi perempuan ditanam hidup – hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau

menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan

mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan.

12. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat dalam kalangan mereka saudagar – saudagar atau

pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluanguntuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan.

Page 29: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

29

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan

melalui kata – kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan

perkara – perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualitiilmiahnya.

Dalam kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaanberniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis.

Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperangmenyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.

Dengan itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara dalam kalangan mereka.

13. Nilai – nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah.

Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan

kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia.

i. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormati

tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya.

ii. Di samping itu, orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telahdikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa.

iii. Orang – orang Arab Jahiliah juga menghormati dan mentaati pemimpin.

C. KESIMPULAN (1 markah)

Setelah kedatangan Islam Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengubah

kehidupan masyarakat Jahiliyah berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islam.

Bangsa Arab telah berjaya membina ketamadunan manusia yang tinggi

berteraskan Islam.

Page 30: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

30

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 10

Huraikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah.

PENGENALAN (3 markah)

1. Latar belakang kerajaan Nabi Muhammad s.a.w .

2. Pengertian sistem pemerintahan

3. Sistem politik dan perlantikan ketua negara kerajaan Nabi Muhammad s.a.w.

4. Penegasan soalan – Rasulullah s.a.w mengamalkan sistem pemerintahan Islam

sepenuhnya.

C. ISI: Sistem Pemerintahan Yang Dijalankan Oleh Nabi Muhammad S.A.W Di

Madinah.(7 isi X 3 markah)

1. Bidang kuasa pemerintahan

Nabi memegang jawatan sebagai ketua negara iaitu kepimpinan menyeluruh dalamperkara berkaitan agama dan pemerintahan seperti memelihara agama Islam,memimpin umat Islam, memantapkan pemerintahan, mengukuhkan sistem ekonomi,menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras gerakanmenentang Islam.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w berlandaskan wahyu dan norma-normamasyarakat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Pentadbiran negara.

Nabi mempunyai kuasa melantik pegawai-pegawai. Ketua negara dibantu oleh

sahabat yang duduk dalam Majlis Syura dan mengetuai setiap biro.

Jawatan pembantu Nabi Muhammad dalam urusan pentadbiran iaitu Muawin at

tafwidh (Wuzara at Tafwidh) adalah pembantu yang dilantik untuk membantu dalam

melaksanakan tugas-tugas pentadbiran. Pegawai-pegawai terdiri daripada kalangan

sahabat .

Asas-asas pentadbiran negara Islam – sistem syura, keadilan, persamaan hak,

kebebasan, ketaatan, dan berdasar Al-Quran dan Al-Sunnah.

Page 31: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

31

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Dasar keselamatan dan pertahanan negara.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w anggota tentera terdiri daripada anggota sukarela,

dan mengamalkan konsep jihad.

Tentera diagihkan harta rampasan perang dan tiada gaji yang khusus.

Nabi berperanan sebagai ketua tentera dan panglima perang yang bertanggungjawab

merancang strategi peperangan dan menekankan amalan etika peperangan kepada

tentera Islam.

4. Pemerintahan berteraskan wahyu

Pemerintahan pada zaman nabi Muhammad s.a.w berteraskan al-Quran dan al-sunnah.

Baginda menjalankan pemerintahan negara melalui musyawarah dengan para

sahabat berdasarkan al-Quran, sunnah, dan perlembagaan yang digubal dikenali

sebagai Piagam Madinah.

Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad dalam Ikhtisar Perkembangan Islam, beliau

menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini tidak

pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya.

5. Konsep Ummah

Semasa Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah, penduduk Madinah berpecah belah

apabila peperangan sering berlaku antara kaum.

Nabi Muhammad s.a.w berusaha untuk mengamankan keadaan tersebut dan

menyatupadukan kaum Madinah dengan meletakkan mereka di bawah satu

pemerintahan, iaitu pemerintahan Islam Madinah.

Ajaran dan tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah membentuk

perpaduan tanpa mengira status, kedudukan, dan asal usul.

Baginda telah menyatukan golongan Aus dan Khazraj penduduk Arab Madinah

menjadi golongan Ansar.

Seterusnya, baginda mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin.

Golongan Yahudi diberikan kebebasan beragama.

Akhirnya, usaha ini melahirkan perpaduan masyarakat Madinah dalam konsep satu

Ummah.

Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek persamaan taraf dalam masyarakat

Madinah.

Amalan hamba dilarang dalam sistem masyarakat Islam.

Kedudukan wanita dibela.

Keadilan sosial diamalkan iaitu rakyat diberikan kebebasan beragama dan kebebasan

ekonomi.

Page 32: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

32

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

6. Hubungan diplomatik

Nabi Muhammad telah mengasaskan kerajaan Islam yang pertama iaitu kerajaan

Islam Madinah.

Sehubungan itu, untuk mengukuhkan pengaruh kerajaan Islam, maka Nabi

Muhammad s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain

seperti Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam

kepada mereka.

7. Dasar memajukan ilmu pengetahuan dan sistem pendidikan

Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersumberkan

wahyu.

Keadaan dan suasana kehidupan yang berbeza di antara masyarakat Makkah dan

Madinah menyebabkan corak pendidikan di Makkah berbeza dengan di Madinah.

Secara keseluruhannya, sistem pendidikan pada zaman baginda memfokuskan tiga

perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak dan pendidikan syariat.

Nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan para

pengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al Quran yang diturunkan

kepada baginda.

Masjid juga dijadikan sebagai pusat perkembangan institusi pendidikan .

8. Dasar ekonomi negara.

Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi

menggantikan dasar ekonomi lama, atau jahiliyah.

Baginda menggalakkan masyarakat bekerja apa sahaja bentuk pekerjaan yang halal

seperti perniagaan, pertanian, dan ternakan. Contoh: Tanah-tanah yang terbiar

diusahakan dan tanah-tanah yang tergadai kepada orang Yahudi ditebus dan

diserahkan kepada mereka yang tidak bertanah untuk diusahakan.

Kegiatan perdagangan diperluaskan hingga ke Syam.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan semua manusia bekerja mencari

harta kekayaan.

Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan satu sistem ekonomi yang dapat menjamin

keadilan. Contohnya kekayaan yang dimiliki itu juga digunakan untuk orang lain yang

tidak memilikinya, iaitu memberi sedekah kepada orang yang memerlukan.

Ajaran Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan.

Page 33: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

33

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

9. Dasar Perundangan.

Nabi Muhamad s.a.w sebagai tempat rujukan hukum. Al – Quran dan Al – Sunnah sebagai sumber perundangan. Piagam Madinah sebagai panduan perundangan.

C. KESIMPULAN:( 1 markah)

Apa-apa sahaja yang berkaitan

Page 34: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

34

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 11

Bincangkan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada kerajaan Bani Umaiyah.

PENDAHULUAN: (3 markah)

1. Latar belakang Khalifah Umar b Abdul Aziz

Nama – Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz b Marwan b Hakam

Tarikh Lahir – 61 Hijrah

Khalifah ke-6 Bani Umaiyah

Tarikh dilantik menjadi khalifah – 771 Masihi

Tarikh meninggal dunia – 101 Hijrah

Lama berkhidmat – 2 tahun 5 bulan.

2. Sifat peribadi

Penghafaz al-Quran sejak kecil.

Seorang yang warak – diwarisi daripada sifat datuknya Sayyidina Umar b al-Khattab.

Zuhud - menjalani kehidupan seperti rakyat biasa.

Mengamalkan konsep berjimat-cermat – berhati-hati dengan perbelanjaan yang

menggunakan wang rakyat.

Memecat pegawai yang boros.

ISI:

Sumbangan Khalifah Umar b Abdul Aziz (7 isi X 3 markah = 21 markah)

1. Menghentikan gerakan peluasan wilayah

Setelah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan

supaya semua kegiatan penaklukan ke atas golongan bukan Islam terutama di Afrika,

Asia dan Eropah Timur

Tujuannya untuk menjalin hubungan baik antara semua pihak dan juga memberi

peluang rehat untuk para tentera serta mewujudkan keamanan.

2. Perlantikan gabenor

Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati dalam pemilihan gabenornya.

Gabenor-gabenor yang cuai, zalim dan mementingkan diri sendiri akan dipecat.

Contohnya, Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid bin Abu Muslim (Afrika

Utara).

Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik.

Gabenor-gabenor yang dilantik perlulah mengisytiharkan harta masing-masing.

Sekiranya ada kurniaan yang tidak sewajarnya, harus dikembalikan kepada

Baitulmal.

Page 35: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

35

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Menggalakkan asimilasi perkahwinan

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggalakkan perkahwinan antara Arab dan bukan

Arab yang bertujuan untuk menghapuskan permusuhan antara kedua-dua pihak.

Di samping itu, langkah seterusnya ialah memujuk orang-orang bukan Islam untuk

memeluk agama Islam.

Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mewujudkan persamaan hak kepada kedua-

dua pihak terhadap agama dan negara.

4. Mementingkan keadilan.

Khalifah Umar Abdul Aziz mementingkan keadilan.

Oleh itu, hukuman berat seperti hukuman mati akan diadili dengan lebih teliti untuk

untuk mengelakkan penganiayaan.

Segala harta rampasan perang perlu dibahagikan secara adil kepada pihak-pihak yang

sepatutnya.

5. Memelihara keadilan sosial

Beliau juga menghapuskan rasuah di jabatan-jabatan kerajaan demi menjamin

keadilan sosial dalam kalangan rakyat.

Tindakan yang sewajarnya diambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang zalim

terhadap rakyatnya,

Masalah perkauman dalam kalangan pembesar Bani Umaiyah juga dititikberatkan dan

beliau cuba mengatasi masalah tersebut dengan segera.

6. Menghapuskan adat mencaci Ali bin Abi Talib

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menghapuskan adat pencacian Ali bin Abi Talib

dari atas mimbar pada hari Jumaat.

Keluarga Sayyidina Ali bin Abi Talib dan orang-orang yang bersimpati terhadap

mereka tidak lagi memusuhi mereka.

7. Menyusun semula sistem cukai

Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah yang diperoleh melalui penjelajahan

Tanah-tanah tersebut menjadi hak milik bersama orang Islam dan kerajaan.

Cukai dikenakan ke atas hasil tanaman,

Tanah kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan.

Perbezaan cukai jizyah dan cukai kharaj.

Cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam.

Cukai kharaj dikenakan ke atas sesiapa yang memiliki tanah tidak kira Islam

atau bukan Islam.

Zakat dikenakan ke atas orang Islam sahaja.

Beliau menghapuskan cukai-cukai yang membebankan seperti cukai jizyah ke atas

orang bukan Islam yang telah memeluk Islam.

Cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang Yahudi sebanyak 2000 dirham

dikurangkan kepada 200 dirham.

Page 36: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

36

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Cukai-cukai seperti cukai perniagaan, cukai tanah dan zakat tetap ke atas orang-orang

Islam bukan Arab.

8. Membangunkan ekonomi

Beberapa projek ekonomi juga dilaksanakan seperti membina saluran air, membuka

kebun-kebun baru, dan membina jalan-jalan untuk pengangkutan dan perdagangan.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memperkenal peraturan sukatan dan timbangan

bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat.

9. Langkah penjimatan

Beliau telah menetapkan supaya wang Baitulmal tidak digunakan untuk majlis

keramaian.

Khalifah menyerahkan barang kemas isteri untuk menampung sumber Baitulmal

Menghapuskan segala perayaan (mahrajan), upacara perasmian kerajaan dan semua

perbelanjaan yang membazirkan.

10. Menggalakkan aktiviti keilmuan

Kegiatan keilmuan amat digalakkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Para ulama diarahkan agar mengembangkan ilmu masing-masing dan diberi perhatian

oleh kerajaan.

Antara ilmu yang dimajukan ialah bidang kajian hadis, ilmu tatabahasa dan ilmu

perubahan.

11. Dakwah

Menggantikan gerakan penaklukan

Pendakwah dihantar untuk penyebaran Islam ke India, Cina dan Asia Tenggara

Islam tersebar di Alam Melayu

12. Mengadakan rundingan dan perbincangan dengan golongan pemberontak

Rundingan dan perbincangan diadakan dengan puak Khawarij dan Syiah

Kesannya kedua-dua golongan ini memberhentikan pemberontakan menentang

kerajaan Bani Umayyah.

KESIMPULAN: (2 markah)

1. Sikap toleransi dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan

menyebabkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dihormati ramai termasuklah penganut-

penganut agama lain seperti Kristian dan Yahudi.

Page 37: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

37

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 12

Jelaskan tujuh etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan merujuk kepada

contoh-contoh yang sesuai.

PENGENALAN (3 markah)

1. Konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam Definisi Ketahanan

Ketabahan dan kecekalan dan kesabaran Seseorang yang tahan ialah seseorang yang tabah, penyabar dan cekal

menghadapi sebarang ancaman dan dugaan dan tidak mudah luntur dalamperjuangan.

Definisi Pertahanan Perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada

serangan musuh. Mempertahankan diri, agama dan negara adalah wajib dan hak setiap individu.

Ketahanan Dalam Islam Asas ketahanan dalam Islam ada tiga iaitu akidah (kepercayaan kepada Allah

Yang Maha Esa), ilmu pengetahuan ( sebagai pengukuh kepada ketahananakidah dan kekuatan tentera dan kekuatan fizikal atau ketenteraan

Objektif Peperangan Dalam Islam Untuk menegakkan ajaran Allah swt. Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam mempertahankan

agamanya.

Pada zaman Rasulullah, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada duaiaitu sariyah dan ghazwah. Contohnya, peperangan yang besar seperti PerangBadar, Perang Uhud, Perang Khandak dsbnya.

ISI: (7 isi X 3 markah)ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

1. Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaanNya Mesti melakukan rukun Islam Contoh sembahyang dan berpuasa walaupun berperang Contoh; Nabi Muhammad dan tentera Islam tetap berpuasa pada bulan Ramadhan

walaupun terlibat dalam peperangan Badar

2. Memberi pilihan sebelum berperang Pilihannya ialah memeluk Islam atau membayar jizyah atau berperang. Setelah mereka diberikan pilihan barulah perang boleh dijalankan. Contoh; Perang Hunain dan Taif

Page 38: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

38

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Tentera Islam dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita , orang tua danorang-orang yang cacat Golongan yang lemah seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang tua dan orang

cacat tidak diperangi. Mereka tidak terlibat dalam peperangan.

4. Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orangawam. Bertujuan untuk menghormati orang yang beribadat walaupun bukan beragama

Islam. Orang- orang awam tidak terlibat secara langsung dalam peperangan tidak boleh

diperangi.

5. Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang sudah lari. Sebab;

a) ingin menunjukkan bahawa tentera Islam tidak bersifat agresif/offensifb) perbuatan kejar musuh ini boleh menjejaskan kedudukan pertahanan

tentera atau boleh jadi mereka diperangkap musuh.

6. Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman, sumber air,rumah-rumah ibadat. Harta benda, tanaman, sumber air dan rumah-rumah ibadat merupakan keperluan

asas kepada kehidupan manusia. Jika dimusnahkan akan mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada

penduduk tersebut terutama selepas perang.

7. Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai. Islam merupakan agama yang mementingkan kedamaian dan tidak menggalakkan

permusuhan atau peperangan. Ketika berlaku Perang Siffin, khalifah Ali bin Abu Talib telah menghentikan

perang tersebut apabila pihak lawan / Muawiyah bin Abu Sufyan memintaperdamaian.

8. Patuh kepada ketua. Arahan ketua yang tidak dipatuhi boleh membawa keburukan. Contoh; pasukan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi arahan Nabi

Muhammad s.a.w. agar tidak meninggalkan tempat ketika Perang Uhud. Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan kerana tentera Quraisy Makkah

telah menyerang balas.

9. Tidak boleh lari dari medan peperangan. Sikap menarik diri daripada menyertai peperangan Seramai 1/3 ( 300 orang ) munafiq di bawah pimpinan Abdullah bin Ubay telah

keluar dari barisan tentera Islam Mereka telah kembali ke Madinah. Contoh; Perang Badar

Page 39: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

39

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

10. Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan. Cara tipu helah perlu dalam peperangan. Cara ini diharuskan dalam Islam Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud ‘peperangan itu adalah tipu helah. Contoh :Perang Khandak. Na’im bin Mas’ud telah menyamar sebagai orang

bukan Islam dan telah berjaya memecahbelahkan pakatan antara orang QuraisyMakkah dengan orang Yahudi.

KESIMPULAN:(1 markah)

1. Etika peperangan dalam Islam lebih berhemah dan berperikemanusiaan secara tidaklangsung telah berjaya menarik golongan bukan Islam atau musuh Islam untukmemeluk agama Islam.

2. Etika peperangan dalam Islam Islam berbeza dengan etika peperangan Barat.

Page 40: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

40

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 13

Huraikan perkembangan zakat sehingga zaman Khulafa ar-Rasyidin

A. PENGENALAN. ( 3 M)

1. Zakat berasal daripada perkataan Arab kata dasar Zakat yang bererti Penambahan danPenyucian. Penambahan bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahalaumat Islam. Pensucianbermaksud pembayaran bagi mensucikan jiwa umat Islam, darisifat buruk seperti kedekut, bakhil dsbnya.

2. Zakat terbahagi kepada dua –iaitu zakat harta( zakat tanaman, zakat emas dan perak,zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat simpanan) dan zakat fitrah.

3. Syarat-syarat zakat cukup haul ( genap setahun) cukup nisab ( jumlah yang dikenakan zakat, cth: simpanan RM5000.) dimiliki secara sah iaitu hak sendiri dan bukan hak orang lain. harta mestilah bersih

4. Sejarah Institusi zakat dilaksanakan sejak zaman Kenabian Ibrahim a.s Nabi ishaq, nabiYaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa a.s. Pada permulaan Islam zakat ,mula dibayar secarasukarela oleh Bani Adhrah dari Yaman yang terkenal dengan sifat pemurah dan berbudimulia. Pada tahun ke dua Hijrah ( 623 M ), zakat difardhukan secara ijbari ( kuat kuasa )atau ilzami ( wajib ) diantara bulan Syaaban hingga bulan Syawal. Keenggan membayarzakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayar zakat olehpemerintah.

5. Latar belakang pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

6. Latarbelakang pemerintahan Khalifah Abu bakar: Memerintah selama 2 tahun 6 bulan ( 632 0 634 Masihi ) Menghadapi ancaman gerakan Ar – Riddah.

7. Latarbelakang pemerintahan khalifah Umar Al – Khattab. Memerintah selama 10 tahun 634 – 644 Masihi . Melalui zaman kemakmuran semasa pemerintahannya.

B. ISI: Perkembangan Zakat ( 5 isi X 4 markah=20 M)

Perkembangan zakat

1. Zakat mula difardukan pada tahun 2 hijrah antara bulan syaaban hingga syawal.Rasulullah s.a.w. pernah berpesan agar umat islam menunaikan zakat.Zakat terbahagikepada dua iaitu zakat fitrah yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, dan zakatharta, seperti zakat tanaman, binatang ternakan, zakat emas dan perak, zakatperniagaan.Kewajipan membayar zakat harta kepada meraka yang cukup haul dannisab yang ditetapkan.

Page 41: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

41

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

2. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum. KhalifahAbu Bakar memerangi golongan al – Riddah yang engkar membayar zakat. Dari segisyarak, pembayaran zakat adalah wajib keatas harta apabila cukup syaratnya ( sampainisabnya dan genap haul ( tahun / masa ).

3. Penubuhan institusi Baitulmal yang menguruskan pentadbiran harta negara, hartamasyarakat dan harta umum menghasilkan sumber zakat. Operasi baitulmal secararasmi berlaku pada zaman Khalifah Umar Al – Khatab.

4. Perlantikan ‘Amil’ yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakatdaripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran atau kadar nisab tertentu.

5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak

menerima antaranya:

a. Fakir Miskinb. Orang musafir.c. Amil.d. Muallafe. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.f. Orang yang berhutangg. Orang yang berjihadh. Orang yang merantau ( ibnu sabil ) dan kehabisan wangnya semasa dalam

perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasukmencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu )

6. Kutipan zakat bertambah semasa pemerintahan Umar Al – Khattab kerana beliau

banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam. Zakat dapat

meningkatkan ekonomi umat Islam.

7. Berlaku banyak pembaharuan dalam kutipan zakat, terutama zakat tanaman dan

binatang ternakan.( dari segi kadar zakat)

8. Pada zaman Khalifah Uthman, wang zakat (baitulmal) digunakan untuk

memperkukuhkan angkatan tentera laut untuk menghadapi ancaman Byzantin.

9. Perkembangan zakat (baitulmal) zaman Khalifah Ali tidak jelas kerana pemerintahan

beliau banyak menghadapi masalah dalaman akibat permusuhan dengan golongan

bani Umaiyah pimpinan Muawiyah.

C. KESIMPULAN: ( 2 M )

Perkembangan institusi zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin menjadi asas dalamperlaksanaan dan pentadbiran zakat hingga ke hari ini.

Perlaksanaannya yang diuruskan secara terpimpin akan membawa kemakmuran dankesejahteraan ummah.

Page 42: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

42

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 14

Bandingkan sistem pendidikan antara kerajaan Islam di Acheh dengan kerajaan Bani

Abbasiyah.

PENGENALAN (3 markah)

1. Latar belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam diAcheh Acheh telah mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat politik selepas

kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 M. Acheh juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang

terulung di Nusantara. Pada abad ke-17 M dan 18 M, kerajaan Aceh telah mencapai kegemilangannya

berikutan penubuhan kerajaan Perlak dan Pasai. Setelah terbentuk kerajaan Islam Perlak, institusi-institusi pendidikan

ditubuhkan bagi memudahkan rakyat mempelajari dan mendalami ilmupengetahuan.

2. Latar belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaanAbbasiyah Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah, sistem pendidikan telah mencapai

perkembangan yang pesat. Zaman ini dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan

Islam. Contoh, Zaman Khalifah Al-Makmun dan Khalifah Harun al-Rashid Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyyah menempa era baru dalam sejarah

pendidikan Islam apabila Perdana Menterinya Nizam al-Muluk membinasekolah pertama di Kota Baghdad.

Nizam juga memberi pendidikan percuma dan biasiswa kepada rakyat.

ISI:

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN ANTARA KERAJAAN ISLAM DI

ACHEH DAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH. (5 isi X 4 markah)

1. Institusia. Kerajaan Abbasiyah

Masjid Kuttab Sekolah Madrasah Istana khalifah Universiti Nizamiyah Perpustakaan

Page 43: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

43

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

b. Kerajaan Acheh Kerajaan Acheh sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan telah

menubuhkan institusi pendidikan Antaranya ialah; Meunasah/madrasah Masjid Dayah Rangkang Jamiah Baiturrahman Balai Setia Hukama Balai Setia Ulama Balai Jama’ah Himpunan Ulama

2. Kurikuluma. Kerajaan Abbasiyah

Sumber pengetahuan Islam berasal daripada 2 jurusan iaitu Al-Quran danHadith (sumber dalaman) dan ilmu-ilmu dari India, Parsi dan Greek(sumber luaran)

Peringkat rendah / awal ialah pelajaran yang berkaitan dengan Al-Quran,Sirah Nabi, membaca , menulis, puisi dan ilmu matematik

Pada peringkat menengah dan tinggi pelajaran yang diajar merangkumiilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu tasawuf, ilmu bahasa, fiqh, sejarah,falsafah, ilmu perubatan, ilmu falak, geografi, dan muzik.

b. Kerajaan Acheh Peringkat rendah/madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan asas

agama. Murid diajar membaca dan menulis Arab dan membaca al-Quran. Cara beribadat seperti sembahyang dan puasa Peringkat menengah rendah/rangkang diajar bahasa Arab, fekah, tauhid ,

tasawuf, ilmu tajwid dan tafsir al-Quran. Ilmu umum seperti Geografi, Sejarah dan Matematik diajar. Peringkat menengah atas/dayah diajar dalam bahasa Arab dengan

menggunakan kitab-kitab dari Arab. Ilmu-ilmu yang berkembang pesat sekali ialah ilmu-ilmu Usuluddin,

Fikah dan tasawuf

3. Peringkat pengajiana. Kerajaan Abbasiyah

Peringkat rendah Peringkat menengah Peringkat tinggi

Page 44: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

44

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

a. Kerajaan Acheh Peringkat rendah (meunasah) Peringkat menengah(rangkang) Peringkat tinggi (Baitulrahman)

4. Gurua. Kerajaan Abbasiyah

Ulama-ulama Cendekiawan Islam seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Imam Syafie,

Ahmad bin Hambal, al-Kindi, dan Imam Bukhari.

b. Kerajaan Acheh

Guru terdiri daripada ulama tempatan dan ulama dari luar Acheh. Banyak ulama muncul pada zaman ini. Antaranya Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, dan Abdul Rauf Sengkel. Ulama-ulama banyak menghasilkan karya-karya mereka dalam bahasa

Melayu dan juga bahasa Arab. Ramai ulama luar yang datang ke Acheh Mereka datang dari negeri Arab, Parsi, India, Turki, dan Gujerat. Mereka menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru di institusi

pengajian dan masjid-masjid. Contoh Syeikh Abu al-Khayr Ibn Hajar dan Muhammad Yamani dari

Makkah, Syeikh Muhammad Jayani dan Ibn Muhammad Hamid dariGujerat

5. Teksa. Kerajaan Abbasiyah

Al-Quran, dan hadith Kitab 4 mazhab (Shafie, Hambali, Hanafi dan Maliki) Buku terjemahan dari Yunani dan India Karya-karya utama semasa yang ditulis oleh ulama-ulama Islam seperti

Ibn Sina, dan Khawarizmi

b. Kerajaan Acheh

Al-Quran Kitab Perukunan Risalah Masail al-Muhtadin Kitab-kitab terjemahan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Buku-buku rujukan yang dikarang dalam bahasa Melayu dan bahasa

Arab. Kitab-kitab karya Hamzah Fansuri seperti Asyarabul Asyikin, Asyrabul

Arifin Kitab-kitab karya Syeikh Nuruddin al-Raniri seperti Bustanus Salatin,

dan As-Siratul Mustaqim.

Page 45: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

45

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

KESIMPULAN: (2 markah)

1. Kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Acheh telah mencapai zaman kegemilangan dalamsistem pendidikan dan telah berkembang maju sama ada dari peringkat rendah,menengah dan tinggi.

2. Hal ini kerana faktor para pemerintahnya yang cinta akan ilmu pengetahuan, dasarpendidikan, peranan para ulama dan sebagainya.

3. Acheh telah dikenali di seluruh Nusantara dengan gelaran Serambi Makkah.

Page 46: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

46

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 15

Sejauh manakah kepentingan agama menjadi pendorong kepada penjelajahan dan

penerokaan orang Islam?

PENGENALAN:(3 markah)

1. Definisi Penjelajahan Bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.

2. Definisi Penerokaan Bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.

3. Definisi Pelayaran Bermaksud menjelajah menggunakan jalan laut

4. Tokoh-tokoh Pengembara Islam seperti Ibn Battutah, Ibn Hawqal, Al-Masudi danIbn Majid

ISI:FAKTOR PENDORONG PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN DALAMTAMADUN ISLAM

Faktor kepentingan agama (5 markah)

1. Menyebarkan Dakwah Islamiah Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk

kegiatan dakwah. Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, ramai pendakwah Islam menjelajah ke

seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Antara pendakwah yang berjaya ialah Sheikh Abdul Aziz yang mengislamkan

Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Aceh, Maulana Ibrahimmenyebarkan Islam ke Gerisik, Jawa.

2. Mengagungkan Serta Membesarkan Allah swt Mengagungkan dan memperbesarkan Allah terhadap hamba-hambaNya setelah

memerhatikan segala ciptaan Allah swt dan proses pelaksanaannya.

3. Menambahkan Keimanan Dan Ketaqwaan Terhadap Allah Swt. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk

ciptaan Ilahi

4. Dorongan Al-Quran Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan

penerokaan. Firman Allah dalam Surah al- Jumuah ayat 9, Surah al- Mukmin ayat 82, Surah

al- Haj ayat 46

Page 47: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

47

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

Firman Allah yang bermaksud; katakanlah : Berjalanlah di muka bumi makaperhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya.Kemudian Allah menajdikannya sekali lagi.

Faktor-faktor lain;(5 isi X 3 markah)

5. Menambah Ilmu Pengetahuan Dilakukan menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap makhluk2 Allah swt

serta kesan2 peninggalan masyarakat pada zaman lampau Orang Islam juga dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti

India, Italy dan Andalus Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual

Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India di pelajari dan

mempengaruhi perkembangan intelektual Islam.

6. Mengambil Ikhtibar/ Pengajaran Manusia boleh mengambil pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan

daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu di sampingpeninggalan tamadun silam

7. Memakmurkan Alam Dengan Aktiviti Ekonomi Dan Perdagangan Umat Islam juga dapat diperkenalkan kaedah perniagaan di dalam Islam yang

berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran Pada zaman khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan

hubungan perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan

perdagangan laut antara barat dan timur. Mereka juga berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

8. Peningkatan Ilmu Pengetahuan ; Geografi & Pelayaran Disiplin Geografi telah diterokai oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan

dan penerokaan. Tokoh2 Islam seperti al-Masudi, al-Idrisi dan Ibn Hawqal merupakan ahli

geografi dan pelayaran Arab yang berusaha meningkatkan ilmu geografi danpelayaran.

Melalui ekspedisinya, al-Idrisi berjaya memperkemaskan rekod2 pelayaran danmembetulkan kesilapan yang direkodkan oleh penulis terdahulunya.

Al-Masudi sepanjang pengembaraannya telah membuat pemerhatian terhadapperubahan angin monsun, iklim negara yang dilawati dan kedudukan laut sertasungai.

9. Memperkukuhkan Politik Islam Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat

oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan

dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam. Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya

dikuasai oleh Islam.

Page 48: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

48

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

10. Perasaan Ingin Tahu Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan

mereka. Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dll Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke

kawasan lain.

11. Persaingan Dan Cabaran Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan

Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempahratus di Timur.

Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.

KESIMPULAN (2 markah)

1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafasbaru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan sertapeningkatan ekonomi masyarakat Islam.

Catatan:

Calon mesti menjawab faktor agama.

Jika calon tidak menjawab faktor agama, markah maksimum isi 9 markah.

Page 49: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

49

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SOALAN 16

Huraikan jenis-jenis seni khat yang terdapat dalam tamadun Islam.

PENGENALAN [ 3 markah]

1. Seni khat merupakan sebahagian daripada seni ukir Islam. Seni khat juga dikenali sebagikaligrafi. Khat ialah seni tulisan yang indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yanghalus.

2. Seni khat dianggap mulia kerana berasaskan tauhid islam. Seni khat juga membawamaksud tulisan yang ditulis dengan indah dan cantik.

3. Seni khat juga merupakan satu ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan caramerangkainya untuk membentuk tulisan yang tersusun.

4. Seni khat pada asalnya dipertingkatkan untuk salinan-salinan al-Quran yang cantik.Kemudian, tulisan khat dimajukan lagi dalam penulisan teks-teks agama yang lain sepertiyang terdapatpada kitab-kitab solat dan puisi-puisi yang bercorak keagamaan.

5. Seni khat berkaitan dengan peningkatan tamadun masyarakat Islam keran seni khatmerupakan hasil masyarakat yangmaju dan bertamadun. Hampir semua bangunan Islamdihiasi dalam bentuk khat sama ada dalam bentuk ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammads.a.w. atau doa salih.

6. Inskripsi dihasilkan mungkin batu, marmar dan sebagainya. Seni khat juga berkaitandengan geometri, saiz besar atau kecil, dan hubungan hurufnya ditentukanolehmatematik.

7. Kelahiran seni khat adalah serentak dengan kelahiran Islam. Salah satu daripadakepentingan seni khat ialah menyahut saranan Nabi Muhammad s.a.w. yang inginumatnya mengamalkan nilai membaca dan menulis denga baik dan mudah. Melalui senikhat. Ayat-ayat al-Quran lebih mudah dipelajari dan difahami.

8. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan perkembangangan seni khat dengan bersabda”Hendaklah kamu mengindah seni khat kerana antara sumber rezeki.”

9. Seni khat yang dihasilkan juga melambangkan kelembutan jari, kehalusan pemikiran danketajaman ilham penulis. Selain itu, seni khat juga merupakan satu saluran yangmenegaskan kekuatan tauhid dalam seseorang umat Islam.

10. Oleh sebab Islam melarang umatnya menghasilkan lukisan banda-benda hidup, hasil senikhat mula diperkembangkan dengan giat dan digalakkan.

ISI: Jenis-jenis seni khat yang wujud dalam tamadun Islam [7 isi X 3 markah = 21

markah]

1. Khat Kufi Berasal dari Kufah Pada zaman Bani Abbasiyah, seni khat kufi telah digunakan untuk menghiasi

bangunan seperti masjid, gedung, kubah dan sebagainya. Ditulis menggunakan seni ukiran timbul.

2. Khat Farisi Dikembangkan di Parsi Hurufnya condong sedikit ke kanan. Digunakan untuk menghiasi hasil-hasil kesusasteraan, tajuk karangan pada

majalah dan akhbar dan nama.

Page 50: SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK · yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan ... Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

50

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

3. Khat Nasakh Lebih jelas dan mudah dibaca. Paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku agama.

4. Khat Thuluth Kebanyakan digunakan untuk menghiasi kitab al-Quran naskhah ‘Uthmani. Khat jenis ini juga digunakan untuk menulis nama buku, nama orang dan bahan

rujukan yang lain.

5. Khat Diwani Diwani beerti catatan atau koleksi karangan. Digunakan secara meluas pada zaman pemerintahan Sultan Khedewry di Mesir. Digunakan sebagai penulisan rasmi surat perjanjian, surat penghargaan dan lain-

lain.

6. Khat Riq’ah Boleh ditulis dengan pantas. Sering digunakan dalam penulisan surat atau mengambil catatan di majlis-majlis

ilmu.

7. Khat Diwani Jali Peningkatan dalam khat Diwani Tulisannya lebih indah dan penuh dengan nilai estetika. Terdapat pelbagai bentuk. Lazimnya, tulisan khat ini ditulis dalam bentuk ikan, burung dan lain-lain.

8. Khat Raihani Lebih menyerupai khat Thuluth. Bentuk huruf-hurufnya lebih lebar dan panjang.

KESIMPULAN:[1 markah]

1. Tulisan khat terus berkembang menerima gubahan yang tidak pernah kaku. Perkembangnseni khat tetap penting dalam kemajuan seni ukir Islam.

2. Seni khat yang dimajukan sejak dahulu lagi merupakan pengaruh kepada seni khat padamasa ini.