Soalan 2003

download Soalan 2003

of 4

Transcript of Soalan 2003

Soalan 2003/ 2004 Soalan 4

Jelaskan prinsip prinsip yang terdapat di dalam pemakaian doktrina stare decisis di Mahkamah- Mahkamah Atasan di Malaysia.

Pemakaian doktrin stare decisis atau duluan mengikat merupakan satu doktrin penting yang diamalkan di Malaysia. Doktrin ini berfungsi dengan dua cara iaitu stare decisis menegak di mana mahkamah adalah terikat dengan keputusan-keputusan mahkamah yang lebih tinggi tarafnya dan stare decisis melintang di mana mahkamah adalah terikat dengan keputusankeputusan sendiri. Pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah berdasarkan kepada kewujudan struktur hirarki Mahkamah. Ia juga berdasarkan satu prinsip penting iaitu keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah-mahkamah Atasan akan mengikat keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamahmahkamah bawahan. Pemakaian doktrin ini di Mahkamah-mahkamah Atasan di Malaysia hendaklah dilihat dari tiga peringkat : 1) Sebelum pemansuhan Rayuan ke Jawatankuasa Rayuan Kehakiman Privy Council. 2) Pemakaian di Mahkamah Agung ( 1985-1994) 3) Selepas Tahun 1994

Sebelum pemansuhan Rayuan ke Jawatankuasa Rayuan Kehakiman Privy Council. a) Privy Council Privy Council merupakan mahkamah rayuan yang paling tinggi dalam struktur hirarki mahkamah-mahkamah di Malaysia sebelum tahun 1985. Keputusan-keputusan Privy Council akan mengikat semua mahkamah-mahkamah di Malaysia pada masa itu . Keputusan-keputusan yang mengikat ialah keputusan yang dibuat dalam keadaan berikut : i. Keputusan Privy Council dalam kes-kes rayuan dari Malaysia. ii. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Privy Council dalam kes-kes rayuan daripada negeri-negeri common law di mana statut-statut yang terlibat adalah in pari materia dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam statut tempatan kita. Prinsip prinsip ini telah dijelaskan dalam kes Khalid Panjang & Ors lwn Public Prosecuter dan disahkan dalam kes Director Of Inland Revenue lwn Kulim Rubber Plantations.

Keputusan-keputusan Privy Council akan mengikat semua mahkamah di Malaysia sehingga diputuskan sebaliknya dan juga menjadi panduan bagi tiaptiap Mahkamah Tinggi di Malaysia. Privy Council juga tidak terikat dengan keputusan-keputusannya yang terdahulu.

b) Mahkamah Persekutuan Kedudukan Mahkamah Persekutuan pada masa itu merupakan sebagai mahkamah Perantaraan di antara Mahkamah Tinggi dan Privy Council. Kedudukannya dalam kes-kes sivil adalah setanding dengan Mahkamah Rayuan England . Oleh itu, Mahkamah Persekutuan mengikat mahkamah-mahkamah di bawahnya dan juga terikat dengan keputusan Privy Council. Mahkamah Persekutuan juga terikat dengan keputusannya sendiri serta keputusan-keputusan mahkamah terdahulu yang setaraf dengannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes Public Prosecutor lwn Joseph Chin Saiko. Dalam kes-kes jenayah pula, keputusan Mahkamah Persekutuan akan mengikat mahkamah-mahkamah bawahan atau rendah. Mahkamah Persekutuan juga terikat dengan keputusan keputusan Privy Council tetapi tidak terikat dengan keputusannya sendiri. Ini telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor lwn Ooi Khai Chin.

Pemakaian Di Mahkamah Agung ( 1985-1994) Mahkamah Persekutuan yang lama telah digantikan oleh Mahkamah Agung pada 1985. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada masa itu telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Agung merupakan Mahkamah Rayuan Tertinggi. Banyak persoalan yang timbul dan masih tidak terjawab mangenai pemakaian doktrin ikatan duluan yang mengikat di Mahkamah Agung. Terdapat beberapa kes yang memberi pandangan yang berbeza. a) Lye Thai Sang v Faber Merlin Diputuskan jika Mahkamah Agung telah mendengar rayuan sesuatu kes yang dihadapkan kepadanya , ia tidak mempunyai kuasa untuk membuka kes itu atau mendengar rayuan itu semula . b) Lorraine Esme Osman vs Attorney General Of Malaysia Diputuskan bahawa Mahkamah Agung adalah terikat dengan keputusankeputusannya yang terdahulu dan tidak bersedia untuk menyimpang sebagaimana yang dilakukan oleh House Of Lords di England kecuali jika keputusannya yang terdahulu adalah salah.

c) Government Of Malaysia vs Lim Kit Siang Mahkamah Agung biasanya tidak akan menyemak keputusannya tetapi jika perlu , ia boleh melencong atau menyimpang dari keputusan-keputusannya yang terdahulu. Bagaimanapun, keputusan untuk menyimpang daripada keputusannya sendiri hendaklah ditimbangkan dengan berhati-hati.

Selepas Tahun 1994 Penyusunan semula hirarki mahkamah-mahkamah telah dibuat apabila Parlimen meluluskan Akta Perlembagaan 1994. Antara yang penting ialah penubuhan Mahkamah Persekutuan yang sedia ada hari ini untuk menggantikan Mahkamah Agung. a) Mahkamah Persekutuan Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah agung yang paling tinggi dan juga mahkamah rayuan yang terakhir.Secara umumnya, Mahkamah Persekutuan terikat dengan keputusan-keputusannya sendiri ataupun mahkamah-mahkamah yang telah diggantikannya .Mahkamah Persekutuan boleh menerima atau memakai apa-apa duluan daripada mana-mana bidangkuasa asing seperti keputusan kes. Mahkamah Persekutuan boleh menyimpang dari keputusan-keputusan yang terdahulu namun dengan berhati-hati. Jika terdapat keadaan di mana dua keputusan Mahkamah Persekutuan bercanggah berkenaan dengan persoalan undang-undang, maka keputusan Mahkamah Persekutuan yang terkemudian akan mengatasi keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu. Prinsip prinsip ini telah dinyatakan dalam kes Dalip Bhagwan Singh v Public Prosecutor. Kes ini merupakan kes yang penting kerana ia telah memutuskan beberapa isu penting mengenai kedudukan Mahkamah Persekutuan dalam konteks pemakaian doktrin stare decisis. b) Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan secara umumnya terikat dengan keputusan-keputusannya sendiri kecuali terdapat pengecualian-pengecualian tertentu seperti yang diperuntukkan dalam kes Young vs Bristol Aeroplane yang membenarkan Mahkamah-Mahkamah Rayuan menyimpang daripada keputusannya yang terdahulu dalam tiga keadaan: i. di mana Mahkamah Rayuan di Malaysia berhak untuk memilih dan memutuskan yang mana di antara 2 keputusan yang didapati bertentangan dan bercanggah antara satu sama lain.

ii.

iii.

dalam keadaan-keadaan di mana Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya mengikuti keputusan sendiri yang terdahulu jika didapati keputusan terdahulu tidak selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan. dalam keadaan-keadaan di mana Mahkamah Rayuan tidak terpaksa untuk mengikuti keputusannya yang terdahulu jika mahkamah berpuas hati bahawa keputusannya sendiri yang terdahulu merupakan keputusan yang dibuat per incuriam.

Kes Dalip Bhagwan Singh juga telah memainkan peranan dalam memutuskan beberapa perkara penting mengenai kedudukan Mahkamah Rayuan dalam konteks pemakaian doktrin stare decisis.

c) Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi adalah terikat dengan keputusan-keputusan mahkamah yang lebih tinggi daripadanya. Keputusan Mahkamah Tinggi pula akan mengikat keputusan mahkamah-mahkamah di bawahnya. Para hakim Mahkamah Tinggi tidak terikat untuk mengikuti keputusan hakim mahkamah yang lain tetapi ia berhak untuk mengikutinya.

Doktin duluan mengikat merupakan satu prinsip yang penting dalam sistem perundangan bagi memastikan kepastian yang sekadarnya. Prinsip yang diwarisi dari England dan digunapakai dalam sistem perundangan kita adalah berdasarkan prinsip umum di mana apabila mahkamah telah memutuskan sesuatu dasar maka adalah tidak wajar untuk menyimpang dari keputusan itu, walau dengan apa alasan sekalipun.