soalan tugasan

download soalan tugasan

of 3

description

soalan tugasan

Transcript of soalan tugasan

SOALAN TUGASAN 1

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN (KRB3023)SEMESTER 2 2014/2015

1.Mengapakah kemahiran menulis penting dalam pengajaran Bahasa Malaysia?(2 Markah)Kemahiran menulis penting kerana ia merupakan sebuah penglahiran idea, buah fikiran, hujah, perasaan dan pengalaman. Dengan erti kata lain pelajar dapat melahirkan maksud, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan jelas dan berkesan dalam penulisan. Oleh itu, kemahiran menulis ini di kalangan pelajar harus dipertitikberatkan kerana pelajar bakal menjadi penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa.

2.Terdapat beberapa fungsi kemahiran menulis yang disenaraikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Nyatakan SATU (1) fungsi tersebut dan huraikan secara ringkas tentang kepentingannya. (2 Markah)Fungsi kemahiran menulis yang disenaraikan dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia ialah kanak kanak boleh menulis dengan cekap, baik dan pantas. Fungsi ini amat penting kerana kebolehan menulis dikalangan kanak kanak akan dapat menyampaikan keinginan mereka yang timbul untuk mereka menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Namun begitu kemahiran menulis ini hanya dapat dilaksanakan dengan cekpap, baik dan pantas apabila kemahiran membaca dikuasai dahulu oleh kanak-kanak.

3.Dalam usaha guru mengajar karangan, aspek isi, organisasi dan ekspresi sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik. Nyatakan SATU (1) sebab kepentingan aspek-aspek tersebut.(2 Markah)

a) Aspek isi- guru dapat mengetahui sama ada penulis telah mendalami subjek yang dipilih dengan teliti atau tidak dengan penulis menunjukkan kebolehan menggunakan infomasi sedia ada.

b) Aspek organisasi guru dapat memeriksa struktur yang terpisah pada isi dalam penggan dan dalam unit karangan seperti :I. Format binaan perengganII. Penulisan tatabahasaIII. Rangka karanganIV. Isi dan huraian setiap perenggan

c) Aspek ekspresi Guru akan menitikberatkan penulisan yang sempurna, Seperti tanda bacaan yang betul dan aspek gramatis ayat juga diambil kira.4.Terdapat tiga kaedah penulisan, iaitu kaedah pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas, dan kaedah retorika. Nyatakan SATU (1) kepentingan kaedah-kaedah tersebut dalam pengajaran Bahasa Malaysia? (2 Markah)Kepentingan kaedah :-a. Pengucapan terkawal Murid dielakkan daripada melakukan kesalahan.b. Pengucapan bebas Murid diberi kebebasan menyuarakan pendapat. Dengan itu akan menimbulkan minat, aktif dan meningkatkan motivasi serta keyakinan diri.c. Retorika Menggunakan skema berdasarkan bahan yang boleh disusun, pelajar boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi.

5.Menulis ialah salah satu bentuk penglahiran mental yang melibatkan proses berfikir secara aktif, analitis dan kritis". Berikan komen anda. (2 Markah)

Menulis ialah satu kegiatan penghasilan simbol simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan seterusnya membentuk ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas lagi, ia melibatkan proses berfikir secara aktif, analitis dan kritis. Melalui penulisan juga membolehkan seseorang menyatakan gagasan pemikiran yang menjadi tumpuan kajian penulis iaitu menulis sebagai satu proses. Menurut Awang Sariyan (1991) ada menegaskan tentang hal yang sama iaitu penulisan itu sebagai proses dan mereka yang ingin menulis harus sanggup melalui proses yang bertahap tahap itu. Beliau juga telah memberi gambaran secara kasar tentang maksud proses menulis dan tahap tahapnya iaitu tahap persiapan, yang termasuk di dalamnya persiapan dari segi mental atau psikologi, beberapa penentuan yang harus dibuat iaitu penentuan bidang, skop, judul, sasaran dan maklumat. Kemahiran menulis juga dapat meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. Ia juga memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Seterusnya dengan perkembangan era globalisasi ini, menulis dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khususnya, kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

Nor Fadhilah Bt Hj Mohamad Sanusi781121-14-5316PPG 20341/11