TAJUK 9 pdp sains

9
MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG TAJUK 9a KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO – Perbincangan Hasil Eksperimen SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen. HASIL PEMBELAJARAN Peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen. KERANGKA TAJUK-TAJUK Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti a. Kenalpasti apakah yang guru perlu bincangkan selepas sesuatu eksperimen . Rujuk HSP pilih satu set data berdasarkan satu eksperimen. 103 Perbincangan Hasil Eksperimen Pemprosesan Data Membuktikan Hipotesis

description

macro teaching

Transcript of TAJUK 9 pdp sains

MERANCANG UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH PPG

TAJUK 9aKEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Perbincangan Hasil Eksperimen

SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen.

HASIL PEMBELAJARAN Peranan guru semasa perbincangan hasil eksperimen.

kerangka Tajuk-tajuk

Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai buktia. Kenalpasti apakah yang guru perlu bincangkan selepas sesuatu eksperimen . Rujuk HSP pilih satu set data berdasarkan satu eksperimen.b. Bagaimanakah pelajar anda mempersembahkan data. Adakah ia berkait dengan kemahiran proses sains seperti hipotesis dan variable.c. Bagaimana anda membuat rumusan dan kesimpulan eksperimen bersama pelajar anda.d Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan hasil eksperimen anda.

KANDUNGAN ISI

Selepas pelajar menjalankan eksperimen dan mengumpul data hipotesis perlu dibuktikan sebelum membuat kesimpulan. Data tersebut perlu diproses, diorganisasi, dianalisi dan dilapor. Dua perkara yang perlu dalam perbincangan hasil eksperimen ialah :

a. Pemprosesan Datai.Membuat pengiraan data yang telah dikumpul.ii.Mempersembahkan data dalampelbagai format seperti carta dan graf.iii.Menterjemahkan graf dan carta.iv.Mengenalpasti paten data dan hubungan.v.Mengelaskan data.

b. Teknik melaporkan maklumat dari eksperimen dan perkara yang perlu dibincangkan.i.Kaitkan dan huraikan keputusan, hipotesisdan ramalan.ii.Perbincangan keputusan.iii.Membuat laporan amali samada secara lisan atau penulisan.iv.Cadangan cara untuk memperbaiki eksperimenv.Pastikan setiap pelajar mempunyai data yang betul dan mengambil bahagian aktif dalam perbincangan.

BORANG ANALISIS KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO 3PERBINCANGAN HASIL EKSPERIMEN

Pengajar :Penilai :Unit : Tarikh:PEMERHATIAN - Tiada - Sekali - Banyak KaliULASAN -Tiada Berkesan - Berkesan-Sangat Berkesan

KATEGORI

Teknik Memproses Maklumat

1. Membuat kiraan berasakan data yang dikumpul

2. Mewakili data dalam bentuk yang berlainan, seperti jadual

3. Menggunakan graf dan carta

4. Mentafsir graf dan carta5.

5. Mencari pola atau perhubungan yang terdapat dalam data.

6. Mengelas Data

Teknik Melapor maklumat

1. Mentafsir perhubungan antara keputusan, Hipotesis & Ramalan2.

3. Memberi Penjelasan kepada keputusan eksperimen4.

5. Membuat Laporan secara Lisan atau bertulis6.

7. Memberi cadangan untuk membaiki atau melanjutkan eksperimen.

Lain-lain

TAJUK 9bKEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Variasi Rangsangan.

SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan pelbagai rangsangan yang perlu dimasukkan dalam pengajaran. Enam komponen variasi rangsangan akan dinyatakan dalam modul ini.

HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan enam jenis variasi rangsangan yang digunakan dalam Pengajaran.

kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

9.1Perubahan Pergerakan Langkah Gurui. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. ii. Pergerakan perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.

9.2Perubahan Pergerakan Anggota Gurui. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.ii. Penggunaan anggota badan secara bergilir-gilir mampu manarik minat pelajar dan memudahkan mereka memahami penerangan yang diberikan oleh guru.

9.3Perubahan Nada Suara Gurui. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.ii. Guru boleh menggunakan nada suara yang lantang bagi memberi penegasan terhadap sesuatu perkara.iii. Nada suara yang boleh digunakan semasa mengajar ialah rendah, tinggi, lantang, mendatar dan sebagainya.

9.4Perubahan Fokus Deria Pelajari. Ianya merupakan saluran kemasukan maklumat pelajar seperti mendengar, menonton, melihat dan merasa.ii. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM.iii. Penggunaan ABM yang sesuai perlu diambil kira agar fokus pelajar dapat dikekalkan semasa sedang mengajar.

9.5Perubahan Bentuk Lisan Pelajari. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.ii. Perubahan bentuk lisan pelajar seperti menyoal, menjawab, membaca, bercerita, interaksi dengan guru dan lain-lain.

9.6Perubahan Bentuk Fizikal Pelajari. Perubahan fizikal pelajar seperti menulis, duduk, berdiri, berlari, membuat eksperimen dan lain-lain.ii. Ianya termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.

9.7Interaksi DenganBahan Pengajaran

Variasi rangsangan interaksi dengan bahan pengajaran termasuklah interaksi guru dengan bahan dan interaksi pelajar dengan bahan.

Kemahiran Pelbagai Ransangan

Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..

Tarikh; masa :

Bulatkan nombor yang paling jelas sekali menyatakan pandangan anda tentang prestasi guru dalam Kemahiran Pelbagai Situasi Ransangan.

BilAspek Kepelbagaian

1.Gerakerja/pergerakan guru12345

2Gerakisyarat/Pergerakan anggota guru12345

3Suara/corak pertuturan Guru12345

4Hentian12345

5Pemusatan lisan/bukan lisan12345

6Saluran Deria/perubahan focus deria12345

7Pola Interaksi

(a) Guru dengan kumpulan12345

(b) Guru dengan individu12345

(c) Murid dengan guru 12345

Catatan / Ulasan :

.

Tarikh: Nama Pemerhati

.

Latihan

Berdasarkan senarai semak pelbagai ransangan di atas, minta kawan anda membuat pemerhatian setiap 30 saat perlakuan anda semasa menyampaikan pengajaran . Bincangkan bagaimana anda memperbaiki kemahiran komunikasi anda.

109