Teori Mentalis

2
Teori Mentalis Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu. Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna.Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya. Teori Mentalis

description

teori pembelajaran

Transcript of Teori Mentalis

Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu. Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna.Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya.

Teori MentalisTeori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut teori ini pemerolehan bahasa boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Kognitif, iaitu menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Oleh itu, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. Chomsky berpendapat, manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa atauLanguage Acquisition Device(LAD).Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.Menurut Jean Piaget yang juga berfahaman Mentalis mengatakan perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu merupakan manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperolehi penguasaan bahasa kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitif.Peringkat pertama (18 bulan 2 tahun) kanak-kanak membentuk skema atau struktur kognitif hasil dari interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Daripada umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang.Peringkat kedua dalam lingkungan 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.