· PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah...

14
SULIT 1 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak Markah penuh Kertas Dua ialah 110 markah AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan. www.banksoalanspm.com

Transcript of · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah...

Page 1: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

1

BAHAGIAN PENGURUSAN

SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak

Markah penuh Kertas Dua ialah 110 markah

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama

Penuh. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh

dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh

dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

www.banksoalanspm.com

Page 2: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

2

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Nota :

i. Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan.

- kata nama khas

- perkataan berganda

- kata depan di dan ke

- tarikh

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- gelaran

ii. Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum

diperiksa.

iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya

tidak

perlu diperiksa.

iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi Tersurat

4

5

6

7

8

9

10

11

12

(iii) Isi Tersirat

12

11

10

9

8

7

6

5

4

16

(iv) Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Markah

20

Bahasa [10 Markah]

www.banksoalanspm.com

Page 3: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

3

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti jadual berikut:

Peringkat

Markah Isi

Markah

Bahasa

Huraian Bahasa

Baik

18 - 20

15 - 17

9 - 10

7 - 8

- Kesinambungan isi baik.

- Struktur ayat / tatabahasa baik

- Kosa kata luas.

- Tanda baca / ejaan betul.

Sederhana

2 - 14

8 - 11

6 - 7

4 - 5

- Kesinambungan isi masih baik.

- Struktur ayat / tatabahasa masih

memuaskan.

- Kosa kata masih memuaskan.

- Tanda baca / ejaan juga memuaskan.

Lemah

1 - 7 1 - 4 - Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan / tidak memuaskan.

Nota :

(i) Jika bahasanya baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun

jumlah perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan, berikan

0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.

[Markah bahasa maksimum:10 markah]

www.banksoalanspm.com

Page 4: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

4

SOALAN 1 - RUMUSAN

Pendahuluan

Petikan membincangkan langkah-langkah membudayakan amalan budi bahasa dalam

kalangan masyarakat. [2markah]

Isi Tersirat

1. Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat

Kebangsaan. [2markah]

2. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai

pendekatan kontemporari. [2markah]

3. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kesayangan

mereka. [2markah]

4. Masyarakat harus mempunyai swadaya untuk menegur perlakuan remaja dengan cara

berhemah. [2markah]

5. Ibu bapa dan guru-guru haruslah berganding bahu dengan masyarakat untuk sama-sama

memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja. [2markah]

6. Para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang

halus dan budi pekerti yang mulia. [2markah]

7. Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. [2markah]

8. Guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi, warga pendidik harus

menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. [2markah]

9. Syarikat pengangkutan awam menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk

mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa. [2markah]

10. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan.

[2markah]

Isi Tersirat

1. Kempen yang dilaksanakan kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada

masyarakat. [2markah]

2. Ibu bapa kurang mengamalkan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.

[2markah]

3. Para pelajar tidak mempraktikkan amalam budi bahasa yang diajarkan oleh guru dalam

kehidupan. [2markah]

Kesimpulan

Kesimpulannya semua pihak perlu mengamalkan budaya budi bahasa dalam kehidupan

agar/supaya masyarakat yang berakhlak mulia dapat diwujudkan. [2markah]

SOALAN 2 – PEMAHAMAN

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

www.banksoalanspm.com

Page 5: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

5

Soalan 2(a) : 9 markah

Soalan 2(b) : 9 markah

Soalan 2(c) : 8 markah

Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh

(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah

DESKRIPSI MARKAH

-Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup + ayat gramatis (ICAG) 2

-Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup (IXC, AG) 1

-Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah

DESKRIPSI MARKAH

-Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

(ICAG)

3

-Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis (IC, AXG)

-Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis (IXC, AG)

2

2

-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis (IXC, AXG) 1

-Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis . 0

3. Soalan 4 markah

www.banksoalanspm.com

Page 6: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

6

DESKRIPSI MARKAH

-Isi cukup dan relevan dengan tugasan dan ayat gramatis (ICAG) 4

-Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis (IC, AXG) 3

-Isi tidak cukup /kurang relevan tetapi ayat masih gramatis (IXC, AG) 2

-Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis

(IXC, AXG)

1

-Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata meminggirkan nilai moral ialah mengesampingkan / mengetepikan

unsur-unsur baik [2markah]

(ii) Perkara yang merisaukan rakyat Malaysia dalam konteks amalan budi bahasa :

1) sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan

masyarakat Malaysia semakin terhakis. [1markah]

2) remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial [1markah]

3) Perlakuan mereka sudah melanggar adat dan tatasusila yang menjadi norma dalam

masyarakat. [1markah]

4) masyarakat hari ini lebih menekankan aspek meterialisme sekaligus meminggirkan

nilai moral seperti berbudi bahasa. [1markah]

[ mak : 3 markah]

(iii)Pada pendapat saya amalan budi bahasa harus menjadi budaya dalam kalangan

masyarakat kerana :

1) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia [1markah]

2) Dihormati oleh masyarakat luar [1markah]

3) Mewujudkan keharmonian dalam konteks kehidupan bermasyarakat [1markah]

4) Mewujudkan masyarakat penyayang [1markah]

[mak isi 3= 3markah]

Soalan 2 (b) – Cerpen

(i) Dua tanda yang menunjukkan semangat Pak Husain telah hilang

1) Dia menjadi takut-takut [1 markah]

2) Dia selalu meracau [1 markah]

(ii) Sekiranya saya ialah penulis, tiga tindakan yang akan saya ambil untuk membalas jasa Pak

Husain :

www.banksoalanspm.com

Page 7: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

7

1) Membawa Pak Husain tinggal bersama [1markah]

2) Menjaga kebajikan Pak Husain [1markah]

3) Berusaha mendapatkan pengiktirafan untul Pak Husain [1markah]

(iii) Satu perwatakan Pak Husain yang terdapat dalam petikan dan satu lagi perwatakan lain

yang terdapat dalam keseluruhan cerpen : 1) perwatakan dalam cerpen

berani, contohnya: Pak Husain berani membohongi tentera Jepun dan menyelamatkan

penduduk kampong [2 markah]

2) perwatakan dalam keseluruhan cerpen

tabah, contohnya: Pak Husain tabah apabila ditugaskan oleh tentera Jepun untuk menanam

mayat penduduk kampong dan tentera yang mati dalam pertempuran [2 markah]

Soalan 2 (c) – Prosa Tradisional

(i) Maksud rangkai kata terjunjunglah di atas batu kepala yang terdapat dalam petikan ialah

menerima tanggungjawab [2markah]

(ii) Dua permintaan Raja Indera Bumaya terhadap Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

1) Agar Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak menangis [1markah]

2) Supaya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak melukakan hatinya [1markah]

(iii)Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak pertumpahan

darah daripada berlaku ialah :

1) Mengadakan perundingan [1markah]

2) Mengamalkan sikap bertolak ansur dan bersangka baik [1markah]

3) Mengelakkan daripada menyinggung perasaan antara satu sama lain [1markah]

Soalan 2 (d) – Sajak

(i) Maksud Dirgahayu bahasaku ialah bahasa Melayu akan terus berkekalan

[2markah]

(ii) Pada pendapat saya bahasa Melayu sukar untuk dimartabatkan di negara kita

kerana :

1) mengagung-agungkan bahasa Inggeris [1markah]

2) tidak percaya kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu [1markah]

3) tidak mempunyai semangat patriotisme yang tinggi

[1markah]

4) menganggap bahasa Melayu tidak sesuai dijadikan pertuturan utama di peringkat

antarabangsa [1markah]

[mak: 3markah]

(iii) Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini :

1) Kita mestilah gigih memperjuangkan bahasa Melayu agar tidak ketinggalan

zaman.

www.banksoalanspm.com

Page 8: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

8

Contohnya, Para pelaut gagah belayar untuk menyebarkan bahasa Melayu. [1markah]

2) Kita hendaklah mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat memperjuangkan

bahasa Melayu.

Contohnya, penyajak bangga akan bahasa Melayu [1markah]

3) Kita haruslah kuat semangat supaya segala cabaran dapat ditempuhi dengan

sempurna.

Contohnya, masyarakat gigih memperjuangkan bahasa Melayu hingga terkenal di

seluruh pelosok dunia. [1markah]

SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi Soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul

2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa/ tanda baca daripada

keseluruhan soalan.

3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah

4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah

5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi

setiap ayat

7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

9. Isi tidak jelas tolak ½ markah.

10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

www.banksoalanspm.com

Page 9: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

9

(a) Bina ayat

(i) siku

1. persendian di antara lengan atas dgn lengan bawah;

2. selekoh atau kelok (pd sungai, jalan, dll);

3. ~ dangan (dengan) sj tumbuhan (herba)

siku-siku

1. ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor;

2. siku-siku, sesiku, sj alat berbentuk „L‟ atau „T‟ (utk melukis atau mengukur

sesuatu sudut tepat); b) sj alat segi tiga drpd kayu dll (dan bersudut 90°, 60°, dan 30°

atau 90°, 45°, dan 45° );

(ii) angkut

Mengangkat dan membawa berkali-kali

angkut-angkut

sj lebah dlm famili Eumemidae.

(iii) kuda

1. sejenis binatang

2. daya (kuasa)

3. buah catur

kuda-kuda

1. penyangga papan hitam yang berkaki tiga

2. kayu penyangga tulang bumbung rumah

3. penyangga pada alat bunyian untuk menegangkan kulit

4. pergerakan dalam silat

1 ayat = 1 markah

(b) Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk

Zamarul : Muis, boleh tak awak ajar saya pasang komputer? [1markah]

Muis : Boleh. [1markah]

Zamarul : Kalau macam tu, sekarang bolehlah awak tuliskan cara-cara untuk

memasangnya [1markah]

Muis : Janganlah awak risau. Saya janji, balik sekolah nanti saya akan ajar awak.

[1markah]

Zamarul : Saya ingin membeli sebuah komputer minggu depan dan ingin memasangnya

sendiri. Awak senaraikanlah komponen-komponen yang diperlukan.

[1markah]

Muis : Bagus tu! Saya berjanji akan datang ke rumah awak. Saya akan ajar awak

cara- cara memasangnya. [1markah]

www.banksoalanspm.com

Page 10: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

10

atau

“Muis, boleh tak awak ajar saya pasang komputer?” tanya Zamarul kepada Muis. [1markah]

“Boleh,” jawab Muis. [1 markah]

“Kalau macam tu, sekarang bolehlah awak tuliskan cara-cara untuk memasangnya,” kata

Muis. [1markah]

“Janganlah awak risau. Saya janji, balik sekolah nanti saya akan ajar awak,” jawab Muis.

[1markah]

“Saya ingin membeli sebuah komputer minggu depan dan ingin memasangnya sendiri. Awak

senaraikanlah komponen-komponen yang diperlukan,” terang Muis pula. [1markah]

“Bagus tu! Saya akan datang ke rumah awak. Saya akan ajar awak cara-cara memasangnya,”

janji Muis kepada Zamarul [1markah]

(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) matapelajaran – mata pelajaran [1m] , pemainan – permainan [1m]

(ii) pro-aktif – proaktif [1m] , mentangani – menangani[1m]

(iii) Walau pun – walaupun [1m] , dikata – dikatakan [1m]

(d) Kesalahan istilah dan tatabahasa

(i) banyak perkara-perkara - banyak perkara [1markah]

(ii) menahan - membanteras/mengekang [1markah]

(iii) Pengajaran - Pendidikan [1markah]

(iv) cintakan - cinta akan [1markah]

(v) Sehubungan itu - Sehubungan dengan itu [1markah]

(vi) serbuan - tangkapan [1markah]

1 jawapan betul = 1 markah

(e) Peribahasa

(i) Yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran

(ii) Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna

(iii) Masa itu emas

(iv) Ukur baju di badan sendiri

Mana-mana 3 jawapan - 1 jawapan betul = 2 markah

www.banksoalanspm.com

Page 11: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

11

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.

iii) Beri 2 markah untuk 1 isi- konflik

iv) Markah bagi 2 isi - maksimum 4 markah.

v) Markah bahasa maksimum 3 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih

daripada markah isi.

vi) Markah bahasa diberi seperti berikut:

Baik = 3 markah

Sederhana = 2 markah

Lemah = 1 markah

vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.

viii) Calon tidak menjawab = 0 markah.

[Maksimum: 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.

iii) Jawapan mesti meliputi sekurang-kurangnya dua pengajaran bagi setiap

novel.

iv) Aspek Pemarkahan – Berikan 2 markah untuk 2 pengajaran bagi setiap

novel

- Berikan 1/2 markah untuk contoh / huraian yang

lengkap / jelas bagi setiap pengajaran

- Maksimum markah setiap isi = 11/2 markah

. [ 4 pengajaran x 11/2 = 6 markah]

www.banksoalanspm.com

Page 12: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

12

v) Markah isi maksimum = 6 markah

vi) Markah bahasa maksimum = 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih

daripada markah isi

vii) Markah bahasa diberi seperti berikut:

Baik = 2 markah

Lemah = 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi = 0, berikan 1 markah untuk bahasa.

ix) Calon tidak menjawab = 0 markah

[Maksimum: 8 markah]

SOALAN 4 – NOVEL

SKEMA INI HANYA SEBAGAI PANDUAN ASAS KEPADA GURU-GURU.

JAWAPAN CALON YANG SESUAI BOLEH DITERIMA MENGIKUT NOVEL ZON

MASING-MASING

a) Dua konflik dari satu novel

(i) Azfa Hanani karya Hanis Azhan Mohd Hanafiah

-Azfa Hanani sentiasa berfikir tentang masalah yang berlaku pada dirinya yang sentiasa

mengambil buku daripada perpustakaan dengan cara yang salah.

-Azfa Hanani bergaduh dengan abang Muzaffar tentang hubungan Murni dan Akram.

-Azfa Hanani berhadapan dengan rahsianya diketahui oleh Datin Maziah yang akhirnya

mengusir dirinya dari rumah.

(ii) Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof

-Konflik hubungan rapat antara pelajar (Aisyah) dengan pensyarah (En Jefri).

-Konflik hubungan Julia dengan Rasylan.

-Konflik kandungan Intan Muliana yang membahayakan kesihatannya.

(iii)Renyah karya Gunawan Mohamad

-Datuk Dolhi beranggapan anak-anaknya menyimpang dari landasan sebenar dan tidak

mahu menolong dalam perniagaan.

-Konflik Tengku Munir yang gagal memperolehi tender.

-Konflik Mukhlis yang menerima gaji RM5.00 setelah seharian bekerja di kilang mi.

(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

-Fuad berhadapan dengan ayah yang disangkanya bapa saudara.

-Bapa saudaranya disangka ayah.

-Konflik Fuad dengan keluarga angkatnya.

(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

-Tau mempunyai konflik dalaman yang serius sehingga sanggup mengasingkan diri

selama 20 tahun di dalam hutan.

www.banksoalanspm.com

Page 13: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

13

-Jennifer menghadapi konflik dalaman kerana terpaksa merahsiakan perihal Malique

sejak sekian lama.

-Jacinta menghadapi konflik dengan ahli kerluarganya kerana tidak bersetuju bapanya

berkahwin lagi setelah kematian ibunya.

(vi) Interlok karya Abdullah Hussain

-Sawah penduduk Tung San diserang belalang.

-Kim Lock terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang tidak sesuaai dengannya.

-Konflik keluarga Seman terpaksa berpindah setelah kematian ayahnya.

(vii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan

-Alias yang kurang senang dengan perhubungan Adila dan Bujei.

-Ketika Bujei di tepi tebing sungai konflik berlaku dengan bapa saudaranya.

-Alias juga tidak berpuas hati apabila melihat Adila membawa Bujei ke pekan dan

berlaku pergaduhan.

(viii) Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

-Semasa koma Faridah berhalusinasi berada di Bukit Kutu pada era 1900 .

-Rahayu dan Faridah mengalami konflik dalaman apabila dipisahkan sejak mereka

berusia 7 tahun.

-Salmah mengalami konflik dalaman apabila begitu merindui Rahayu.

b) Dua pengajaran dari setiap novel

(i) Azfa Hanani karya Hanis Azhan Mohd Hanafiah

-Kita perlulah membantu orang yang dalam kesusaha. Contohnya Tengku Mazran

serta keluarganya membantu Zuraini menjalani perubatan di Indonesia.

-Kita perlulah jujur dalam semua tindakan yang dilakukan. Contohnya Azfa Hanani

sepatutnya jujur dalam menyatakan masalahnya.

(ii) Papa… Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof

-Kita mestilah menyayangi ahli keluarga. Contohnya Julia memberi keizinan kepada

Papa untuk berkahwin lagi.

-Kita hendaklah bersabar menghadapi segala cubaan. Contohnya kesabaran yang

ditunjukkan oleh Papa dalam menghadapi musibah yang menimpa.

(iii)Renyah karya Gunawan Mohamad

-Kita hendaklah berusaha gigih agar meperoleh kejayaan. Contohnya kegigihan

Datuk Dolhi menguruskan perniagaan.

-Kita perlu amanah dalam menjalankan tugas. Contohnya Datuk Dolhi tidak

menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi.

(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

-Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya Mak Salmah telah

memaafkan kesalahan Fuad.

www.banksoalanspm.com

Page 14: · PDF fileTINGKATAN 5 BAHASA MELAYU ... Nota : i. Panduan mengira ... Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

SULIT

14

-Kita mestilah memohon maaf setelah melakukan kesilapan. Contohnya Robert Lim

memohon maaf daripada Mak Salmah dan Pak Ismail yang menyebabkan mereka

kehilangan Sofia.

(v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

-Kita mestilah memberikan kasih sayang kepada ahli keluarga. Contohnya Prof.

Zaidah amat menyayangi Amira.

-Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Contohnya Tau berusaha mempertahankan

kampungnya di Bukit Mat Raya daripada diceroboh pencuri gali emas dan pembalak

(vi) Interlok karya Abdullah Hussain

-Kita hendaklah gigih berusaha jika ingin berjaya. Contohnya Lee Kim Lock dan

Maniam begitu gigih mencari rezeki di perantauan.

-Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Contohnya

Maniam tetap menunaikan tanggungjawab kepada isterinya walaupun berada jauh di

perantauan.

(vii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan

-Kita haruslah membantu golongan yang tidak bernasib baik. Contohnya Adila yakin

dengan membantu memulihkan Bujei kembali normal.

-Kita mestilah ikhlas dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya Adila

ikhlas membantu Sahak yang terlibat dalam kemalangan walaupun tidak mengenali

Sahak.

(viii) Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

-Kita hendaklah rajin menuntut ilmu. Contohnya Rahayu dan Azrul sangat rajin dan

tekun ketika menuntut ilmu di UPM.

-Kita hendaklah mengamalkan semangat berkerjasama. Contohnya kehilangan

Faridah telah mendapat kerjasama dari pelbagai pihak untuk berusaha mencarinya.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

www.banksoalanspm.com